30.10.16

Seketika Di Pekan Gopeng, Muzium Gopeng

Di kesempatan cuti Deepavali ni, saja la nak jalan-jalan tengok kawasan. Hahahaha..... Kebetulan pula ada meeting atau perjumpaan dengan geng-geng trip yang dibuat di pekan kecil Gopeng ini.

Pada mulanya aku membayangkan Pekan Gopeng ni tempat persinggahan masa nak pergi Tasik Banding dulu. Hahahahaha....salah rupanya bayangan aku. Itu Pekan Grik. Hihihi....

Mengambil masa 2 jam lebih memandu dengan kereta dari Putrajaya, aku tiba di pekan ni sekitar jam 11 pagi. Terus cari KFC sebab katanya meeting point pagi tadi di situ. Sambil menunggu diaorang rafting di Sungai Kampar, aku pusing-pusing dulu. Aku sempat google 'Menarik Di Gopeng'. Ada la beberapa blogger shared their informasi. Kebanyakkannya menyenaraikan 4 tourist attraction.

Dari 4 tu aku pilih satu jer. Muzium Gopeng. 3 yang lain tu tak minat sangat. So inilah apa yang aku jumpa. Menarik juga muzium ini walaupun kecil.












2.10.16

--- Mendaki Batu Cina dengan Our Touch Community Service ---

Seperti yang telah direncanakan, hari ni kami akan meneruskan aktiviti cuti-cuti kami dengan mendaki Batu Cina. Yup, Batu Cina. Daya tarikkan ini tidak dapat dipisahkan dari Pulau Aur. Tak lengkap rasanya jika datang ke pulau ini tapi tidak mendaki ke sana. Itu apa yang diceritakan dalam kebanyakkan blog-blog yang kami baca sebelum sampai ke sini.

Oleh itu, untuk melengkapkannya, kami pun memdaki jugalah. Pendakian ini di pandu oleh Awie. Beliau merupakan salah seorang pekerja Blue Water Resort dan juga merupakan anak jati pulau. Ayanhnya imam di Masjid Jamek Pulau Aur.

Ada briefing tak sebelum mendaki? Takder dan tak perlu sebab kebanyakkan sukarelawan ini too many pengalaman. So they know do and dont in trekking.

By the way, aktiviti petang ni terbahagi kepada 2 kumpulan dan 2 aktiviti. Satu kumpulan nak mengelilingi pulau dengan menaiki lopek. Manakala sebahagian lain ingin mendaki. So we goes with that plan. The choice is setup.

Sorry tercakap mat salleh.

Dari bawah dah boleh lihat batu tersebut. Merupakan mercu tanda. Dari resort, kami naik dan turun melalui trek bersimen sehingga kami tiba di sebuah rumah usang. Dari rumah usang tersebut, terus pacak naik menuju ke Batu Cina.

Kebetulan ada satu group pelancong dalam perjalanan turun dari Batu Cina. Pelancong Teluk Sebukang jika tak salah.




Owh...hampir terlupa. Sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada guru, jurutera, arkitek, doktor, wartawan, suri rumah, pelajar, artis dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang merahsiakan pekerjaan atas sebab keselamatan. Hmmmm....perisik la tu. Apapun latar belakang, mereka semua ini very sporting.

Semasa kami dalam perjalanan tu, sempat kami mengajak dua orang anggota polis marin yang sedang lepak-lepak di jeti. Lagi ramai, lagi meriahkan. Aku perati ada yang suka apabila encik polis join. Hmmmm........

Dalam perjalanan pendakian ini, terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar. Sangat tidak rugi.










1.10.16

--- Mendaki Bukit Batu Semalu, Pulau Dayang ---

1 Muharram....yeaaaaaa...sempena cuti Awal Muharram. Pastinya ramai yang merancang aktiviti time cuti panjang ini. Ye lah bukan selalu dapat cuti free.

Tanpa membuang masa nak mikir ayat yang sesuai, aku terus terang je lah ke mana destinasi aku kali ini. Bersama team Our Touch Community service, ke Pulau Aur. Hahahahahahahaha.....mesti ada yang akan cakap, asyik ke pulau tu jer. Tak bosan ker? No komen.

Macam mana nak ke sini? Alahai, kena habaq lagi ek? Ok2.....jangan down. I tell u all. Mudah jer. Cari bot dari jeti Mersing. Cakap nak ke Pulau Aur. Settle. Hahahahaha..... Mudahkan.

Ok......trip kali ni kami akan mendaki 2 bukit. Bukit je lah. Kat pulau mana ada gunung. Pagi ni kami akan mendaki Bukit Batu Semalu dahulu. Esok mendaki Batu Cina pula.

Macam aku dah mention awal tadi, trip kali ni aku join satu team sukarelawan. Nama sukarelawan ini Our Touch. Korang boleh terus ke laman web dia orang di ourtouch.org.my untuk mengenali mereka. Kat situ korang boleh tahu aktiviti-aktiviti yang pernah dan akan mereka lakukan. Mereka ni bukan buat kerja amal hanya dalam Malaysia jer malah dah sampai ke oversea. Kebetulan mereka ada program kat sini bersama masyarakat kampung pada kali ini.

Sebelum bertolak, kami bersarapan dulu di kedai Kak Ngah Norli. Kedai ni antara kedai yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke sini. Kak Ngah Norli juga ada ambil upah memasak jika ada yang ingin bercuti di sini.

Di kepulauan Aur ni terdapat 4 buah pulau. Satu ialah Pulau Aur ini sendiri, Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Lang. Bukit Batu Semalu terletak di Pulau Dayang.

Untuk ke Pulau Dayang, kami menaiki lopek. Kami sewa lopek orang kampung. Selain dari menaiki lopek, anda juga boleh berenang ke Pulau Dayang. Kalau berani la. Jarak antara 2 pulau ni tak jauh pun. Tak lebih 1 km.




Dalam pendakian pagi ini, selain kami, ada beberapa orang kampung dan guru juga turut menyertai. Guide kami ialah Encik Fadli. Muka nampak garang tapi sebenarnya dia sweet-sweet gitu. Hihihihi....

Tu haaaa guide


Sesampai kami di Pulau Dayang ni, semua macam teruja. Mana tak teruja, pasirnya cantik bangat. Putih bersih, halus dan cantik. Apa lagi, masing-masing posing sakan.

5 minit jer guide bagi kami teruja. After that, dia dah ajak kami mendaki. Dari pantai tu sebenarnya boleh lihat batu yang besar di belakang chalet. Tu lah Batu Semalu yang akan kami daki.


Atas lopek pun boleh pose









Antara cabaran dalam pendakian




29.7.16

--- Bawa PG ke Batu Cina ---

Hari merupakan hari terakhir di Pulau Aur. Bot katanya jam 11.30 pagi. Soooooo...dikesempatan masa yang ada ni, aku bawa PG ke Batu Cina.

Kami memulakan pendakian sekitar jam 7 pagi lebih. Kurang 30 minit pendakian, kami dah sampai di kaki bukit dan terus merangkak menuju ke hujung sana.

Dari atas sini, dapat dilihat pemandangan sekitar Kampung Teluk Berhala. Cantik. Jika naik waktu pagi, pemandangannya lebih asyik kerana matahari dari belakang dan terlindung oleh batu besar dan tinggi.

Tetapi jika waktu petang, matahari akan berada di hadapan sana. Maka susah sikit jika nak snap pic wajah.

Mana lebih cantik? Ke dua-duanya cantik. Jawapan save. Hahahahahahaha....










28.7.16

--- Bawa PG ke Teluk Sebukang, Pulau Aur ---

Jom......sekitar jam 4 petang lebih, kami dah bersiap-siap untuk berjalan ke Teluk Sebukang.

"Wow! Cantiknya kawasan ni.", kata PG takkala tiba di satu kawasan rumah.

"Ada duit ker nak beli?", tanya aku dengan pantas.

"Perghhhh.....best dow kalau dapat buat rumah kat sini. Buat homestay kepada mat salleh yang dah pencen.", kata PG lagi.

Lebih kurang 10 minit melayan suasana tenang kat situ, kami meneruskan perjalanan.

Trek dari Teluk Berhala ke Teluk Sebukang ini adalah laluan bersimen. Ada yang sudah rosak dimamah usia. Ada juga batang-batang pokok kelapa yang tumbang merentangi laluan. Ranting-ranting pokok berduri turut menjadi cabaran laluan petang ini.

Dari celahan pokok-pokok kelapa, dapat dilihat Pulau Lang.

Cuaca akhir-akhir ini agak berangin kencang. Langit tidak biru sepenuhnya.




15 minit berjalan, kami sudah nampak jeti Teluk Sebukang dari celahan rimbunan pokok-pokok.

Alhamdulillah...kami selamat tiba.




Dari jauh kelihatan Mak Su dan Pak Manap sedang berehat-rehat di pondok di depan chalet mereka.

Sambil tersenyum, kami mengucapkan salam dan bersalaman. Kami berborak seketika sebelum meminta izin untuk ke hujung jeti.

Di Pulau Aur ni terdapat 3 jeti. 1 jeti batu dan 2 jeti kayu. Jeti batu seperti diketahui di Teluk Berhala. Jeti kayu pula di Teluk Sebukang ini dan satu lagi di Teluk Meriam. Teluk Meriam adalah teluk selepas teluk ini. Namun begitu, jeti Teluk Meriam telah uzur dan menunggu masa untuk dibaham air laut.

Jeti Teluk Sebukang ni walaupun kelihatan uzur, tapi hakikatnya ia masih kuat walaupun ada bahagian-bahagian jeti tersebut bergoyang ketika berjalan di atasnya. Hihihihii......

Tak mandi laut? Aku memang tak la. PG mungkin. Tapi time ni tidak la sebab kelihatan agak berbahaya. Laut agak bergelora. Pasti arusnya kuat.

Ada chalet tak sini? Haruslah ada naaaaaakkkkkk........ Selain Dayang Resort dan Bluewater Resort, Sebukang Resort ini antara yang aktif menerima pelancong. Semoga resort ni tidak menerima nasib yang sama seperti Ba'Ai dan Batu Kembar. Huhuhuhu...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...