Hari ke 14 dalam trek Loser. Terus menghitung hari. Antara kecewa dan suka. Antara tewas dan menang. Keluarga. Ya....kami rindukan keluarga... 😢😢😢. Adakah mereka mengetahui hal kami di sini. Hmmmmm.....
Selesai Subuh, ustaz bagi tazkirah skit agar kami terus bersemangat. Sentiasa ingat bahawa Allah bersama kita. Kita masih hidup hingga detik ini keranaNya. Kita belum mati walau hanya makan nasi putih berlaukkan belalang. Nyawa kita adalah rahsiaNya. Ok....semangat kembali pulih.
Kami breakfast dan packing barang untuk meneruskan perjalanan.
Jam 10 pagi, kami berehat di view point. Pak Udin jadi sweeper bersama-sama kami. Melayankan kerenah kami. Take five kemudian sambung lagi satu jam dan kami berehat di Kem Papanji.
View point
Kem Papanji
Agak lama di Papanji sambil menunggu Arep membuang. Abang Jack dan Kak Imah dah gerak dulu bersama Pak Udin. We are the last person in Loser trail now.
Adi dan Fawas sekali sekala kelihatan agak keresahan kerana kehabisan rokok. Rokok ni macam ganja la. Tak dapat satu hari memang resah.
Selesai sudah Arep berak, kami pecut mengejar orang di hadapan dan berjaya menemui Abang Jack. Nak sampai ke Kem Lintasan Badak seakan jauh pula hari ni. Serius rasa jauh. Ustaz siap mengeluh, "awat lama sangat hari ni". Masa ni Min kat depan. Ustaz minta aku dok depan untuk lead. Tak salah aku 30 minit lebih kurang lepas tu, kami pun sampai Kem Lintasan Badak. Dah tak jauh pun dari pertukaran tadi. Huhuhuhuhu....
Kelihatan Kak Imah dan Upin ada di situ. Laju Kak Imah.
Agak lama kami break sini sebab nak solat. Sambil tu ada yang buat nasi goreng. Guna minyak masak yang ditanam di sini. Botol minyak tu pula ada bekas gigitan. Gigitan tikus rasanya. Selamba goreng dengan nasi.
Fawas pula gigih mencari puntung-puntung rokok di kawasan ini. Nampak tak. Punya la ketagih. Tapi usaha membawa kejayaan walaupun yang dijumpai sekadar 2 3 kali sedut sahaja. Hihihihi....
Abang Jack dah jalan ikut Upin. Kami saja tak cergas sangat sebab tak nak terhenti-henti bila jalan nanti. Faham tak maksud aku? Ok good.
Sekitar jam 2.15 petang, kami siap sedia untuk bergerak. Sebelum bergerak, Arep nak briefing sikit tentang perjalanan seterusnya. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... inilah satu-satunya briefing yang ada sepanjang trip ini. Lega rasanya. Sebaik ucapan habis, Arep dengan rasminya dilantik gogo baru. Dia akan lead kami hingga ke syurga sekejap lagi. Seram dengar. Hahahahahaha...
Sebelum kami bergerak, ustaz ada cerita pada Pak Udin bahawa keadaan menu tak sepatutnya macam ini. Kami dah bayar semua. Tapi....tapi.....mmmmm....... Ustaz hanya mampu mengangkat dua bahunya tanda redha. Huhuhuhu...
Briefing oleh gogo baru
Semirul bertongkatkan tongkat gergasinya