15.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 16 ---

Hari 13   Hari 14   Hari 15   Hari 17

Hari ke 14 dalam trek Loser. Terus menghitung hari. Antara kecewa dan suka. Antara tewas dan menang. Keluarga. Ya....kami rindukan keluarga... 😢😢😢. Adakah mereka mengetahui hal kami di sini. Hmmmmm.....

Selesai Subuh, ustaz bagi tazkirah skit agar kami terus bersemangat. Sentiasa ingat bahawa Allah bersama kita. Kita masih hidup hingga detik ini keranaNya. Kita belum mati walau hanya makan nasi putih berlaukkan belalang. Nyawa kita adalah rahsiaNya. Ok....semangat kembali pulih.

Kami breakfast dan packing barang untuk meneruskan perjalanan.

Jam 10 pagi, kami berehat di view point. Pak Udin jadi sweeper bersama-sama kami. Melayankan kerenah kami. Take five kemudian sambung lagi satu jam dan kami berehat di Kem Papanji.

View point

Kem Papanji

Agak lama di Papanji sambil menunggu Arep membuang. Abang Jack dan Kak Imah dah gerak dulu bersama Pak Udin. We are the last person in Loser trail now.

Adi dan Fawas sekali sekala kelihatan agak keresahan kerana kehabisan rokok. Rokok ni macam ganja la. Tak dapat satu hari memang resah.

Selesai sudah Arep berak, kami pecut mengejar orang di hadapan dan berjaya menemui Abang Jack. Nak sampai ke Kem Lintasan Badak seakan jauh pula hari ni. Serius rasa jauh. Ustaz siap mengeluh, "awat lama sangat hari ni". Masa ni Min kat depan. Ustaz minta aku dok depan untuk lead. Tak salah aku 30 minit lebih kurang lepas tu, kami pun sampai Kem Lintasan Badak. Dah tak jauh pun dari pertukaran tadi. Huhuhuhuhu....

Kelihatan Kak Imah dan Upin ada di situ. Laju Kak Imah.

Agak lama kami break sini sebab nak solat. Sambil tu ada yang buat nasi goreng. Guna minyak masak yang ditanam di sini. Botol minyak tu pula ada bekas gigitan. Gigitan tikus rasanya. Selamba goreng dengan nasi.

Fawas pula gigih mencari puntung-puntung rokok di kawasan ini. Nampak tak. Punya la ketagih. Tapi usaha membawa kejayaan walaupun yang dijumpai sekadar 2 3 kali sedut sahaja. Hihihihi....

Abang Jack dah jalan ikut Upin. Kami saja tak cergas sangat sebab tak nak terhenti-henti bila jalan nanti. Faham tak maksud aku? Ok good.





Sekitar jam 2.15 petang, kami siap sedia untuk bergerak. Sebelum bergerak, Arep nak briefing sikit tentang perjalanan seterusnya. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... inilah satu-satunya briefing yang ada sepanjang trip ini. Lega rasanya. Sebaik ucapan habis, Arep dengan rasminya dilantik gogo baru. Dia akan lead kami hingga ke syurga sekejap lagi. Seram dengar. Hahahahahaha...

Sebelum kami bergerak, ustaz ada cerita pada Pak Udin bahawa keadaan menu tak sepatutnya macam ini. Kami dah bayar semua. Tapi....tapi.....mmmmm....... Ustaz hanya mampu mengangkat dua bahunya tanda redha. Huhuhuhu...


Briefing oleh gogo baru

Semirul bertongkatkan tongkat gergasinya
Perghhhhh....!!! Arep punya penangan lead memang kaw...kaw....punya. Tapi berbaloi kerana kami lebih pantas. Kami tiba di Kem Kayu Manis III kurang 2 jam. Waaaaaaaa........ Kem Kayu Manis II dah tak jauh. Di balik kabus depan tu sahaja.

Cuaca baik hari ni tapi still sejuk apabila terkena tiupan anginnya.






Cuba berlindung



Sebelum berjalan, yang mana tak tahan sejuk tu, sila pakai jaket. Di tuju kepada Azizah sebenarnya. Hahahaha....

Dalam sejam lebih, setelah turun dan naik semula, kami mula mendekati puncak. Kami jumpa Mysar sedang asyik menganyam rotan. So detik itu kami dah tahu bahawa sudah tidak jauh. Kami mula bau asap.

Alhamdulillah, kami selamat sampai sekitar jam 5 petang. Ketibaan kami disambut oleh porter dan Abang Lan. Sebaik sahaja kami sampai, Abang Lan yang berada di bawah fly dapur cakap, "untung la muka korang jadi muka depan paper....". Dengar jer suara dengan kata-kata demikian, terus aku sound, "haaaaaaaaaaa......ini la yang dibangga-banggakan sangat...", sambil berlalu pergi.

Aku pun tak tahu kenapa aku emosi plak time tu. Rasa nyesal plak. Mungkin dia cuba nak mesra kot. Tapi memang menyirap la dengar ayat tu. Huhuhuhuhu...... Sebenarnya masa on trek nak sampai tu, memang kepala aku macam stress sikit sebab fikir macam-macam. Tetipa ketibaan di sambut dengan ucapan demikian plak. Memang.....memang...memang......aiiii......

Sambil emosi tu, aku dan rakan lain pasang khemah. Mulut still bebel. Hahahahahaha...... "Sabar abang Ben. Aku ngerti perasaan kamu", pujuk Yuide. "Aku berlakon jer tadi. Hahahahahaha....", ucap aku sambil ketawa.

Dalam masa yang sama, kelihatan satu khemah kuning. Eh...! Pasukan SAR ker. Sebab kita tak ada khemah kuning sebelum ini.

Amin datang berbisik kepada kami memberitahu bahawa khemah kuning itu ada Ketua Kampung, Mr. Happy-Happy dan seorang staff taman negara. Kami diminta jangan terlalu gembira (bising) dan sesekali menimbulkan isu-isu yang tidak enak.

Dalam fikiran aku, haaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ada benda nak cover la tu dari benda sebenar. Eeeeeeeee...... Kami juga dinasihatkan oleh Abang Lan untuk tidak memberi apa-apa statement kepada media selain dia. Cis......!!!

Amin membantu kami memasang khemah. Tetiba kecoh pula apabila Mirul............................mmmmm.......Mirul..................mmmmmmmmmmmm.......aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia kelihatan lemah dan terduduk di situ.

Fawas dan Ustaz memberi bantuan kepada Mirul. Mirul pengsan? Penat? I don't have an idea what happen to him. Tapi something la yang berlaku. Look serius injured. Dia terus dipapah masuk ke dalam khemah. Tukar baju dan masuk dalam sleeping bag. Haversack dan peralatannya aku dan rakan-rakan kumpul letak depan khemah.

Aku masuk khemah, dan tanya apa keperluannya. Dia cuma cakap, tangan dan kakinya kebas. Sejuk. Tak boleh rasa apa-apa................... ok babak psiko drama bermula dengan Mirul ketawa-ketawa dalam keadaan sakit. Aku tanya, ko kenapa gelak-gelak dalam sakit ni. Dia kata, aku buat lawak. Eeeeeeeee...... Habis peranan aku, Watak Azizah pula masuk....bla....bla....bla..... Azizah pun ambilkan la blanket emergency bagai. Dia pun dalam keadaan was-was. Antara benar atau olok-olok. Antara sayang dan simpati. Dia keliru dengan perasaannya. Dalam keadaan bingung, dia mohon kembali ke khemah untuk tenangkan fikiran. Aku settlekan keperluan Semirul. Tapi Semirul masih ketawa-ketawa....walhal itu semua adalah susunan yang diplotkan oleh ustaz. Mirul berterus ketawa dalam sleeping bag.





Dengan pantas kami juga buat pengurusan diri. Dalam masa yang sama nak uruskan Semirul. Amin rajin mendapatkan air untuk dimasak buat Semirul. Tq Amin.

Time ni memang hari Semirul la. Kami layan baik punya. Makan pun kami suapkan. Nak air apa, cakap jer. Kami buatkan. Nak urut, kami urutkan. Yang penting kami nak Semirul kembali ceria. Kami tak mahu kehilangan mu. Owh...

Semirul terlena sambil mendengar perancangan psiko drama yang sedang diatur oleh ustaz. Ustaz sedang menceritakan plot-plot drama kepada aku. Lama jugak la dok nak lancar drama tapi akhirnya tak jadi. 2 3 kali la panggil pelakon-pelakon dari khemah sebelah. Tak muncul-muncul dan hari pun malam. Hahahahahahaha...

Ok....di kem ni ada line telefon. Bagi mereka yang telefonnya canggih, boleh berinternet lagi. Ada la 2 3 orang yang dah menelefon keluarga untuk memberitahu keadaan semasa. Abang Jack wajiblah telefon.

Melalui laman sosial rakan-rakan, rupanya berita ini dah viral di media massa. Ada rakan-rakan yang dah mula hashtag macam-macam. #prayforloser la.... #prayformalaysiatrekkers la.... dan macam-macam lagi. Kejadian ini juga masuk ke berita-berita perdana seperti ASTRO, TV3 dan RTM. Dalam surat khabar pun tidak kurang liputannya dengan berbagai tajuk. Kami baca pun tergelak tapi dalam masa yang sama berterima kasih pada semua rakan-rakan dan keluarga di Malaysia yang mendoakan kami.

Sampai ke malam mencari line telefon dan internet. Kami berehat.........

Sebenarnya perasaan kami dah gembira takkala mendapati ada proses menyelamat di sini. Kata mereka, team SAR dan keselamatan (POLIS) berada di Puncak Asahan. Mereka menanti di sana kerana signal radio hanya sampai situ sahaja. Esok kita akan shoot terus keluar menuju ke Jalur Kedah.

Sedikit rasa touching. Trip akan tamat tidak lama lagi. Segala kenangan manis dan pahit sepanjang trip....owh...tak mampu nak taip lagi guys....sedih angat..... nite.....

...bersambung

Hari 13   Hari 14   Hari 15   Hari 17

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...