14.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 15 ---


Hari ni 14 Disember. Kami bertolak dari Kuala Lumpur hari tu 29 November. Huhuhuhuhuhu..... Dah 16 hari di tanah Aceh ni. Argghhhhhh..... dan ini merupakan hari ke 13 kami on trek.

Trip pendakian paling lama dalam rekod pendakian peribadi aku. 16 hari, langsung tak sedar begitu pantas masa berlalu.

Jika tak salah, masa di Bivak Kaleng, katanya kita akan bertemu dengan pihak SAR di Kem Lintasan Badak. Itu berdasarkan kiraan / jangkaan porter. Maka, ini menaikkan semangat kami. Keadaan Abang Jack pun tidak seteruk sebelum ini. Dia dah mula menerima masuk bubur nasi ke dalam sistem badannya (ayat sains sangat). Tapi bukan bermakna sakitnya dah sembuh sepenuhnya. Bukan...bukan...bukan....

Abang Jack pun dah boleh berbual sikit-sikit. Kadang-kadang kami bertanya tentang kesihatan, dia jawab dengan baik Itu maknannya ada perubahan positif. Sekali sekala keluar ayat-ayat jenakanya.

Pagi ini cuaca baik. Tiduk pun nyenyak. Alhamdulillah... Makan pagi pun agak awal. Kata porter, memang nak gerak seawal mungkin sebab cuaca baik. Kita pun kalau boleh nak capai campsite sejauh mungkin. In shaa Allah...

Tanpa buang masa, kami cergas selalu. Yudie macam biasa la, kerahan tentera punya sebab nak lipat khemah.







Upin




Khemah kami siap dilipat. Khemah porter dah siap dilipat. Khemah perempuan pun dah siap dilipat. Orang lain semua dah siap packing barang. Tinggal nak pakai kasut jer lagi. Ada pula satu khemah ni sunyi sepi. Khemah yang dihuni oleh Abang Lan, Najman, Arep dan Fawas. Tahu kenapa? Sebab diaorang tak bangun lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Adoiiiiii...... Orang dah nak jalan la giler.

Pak Udin kejutkan dia orang. Keluar khemah dengan muka bangun tidur, pakai seluar dan baju. Pastu ambil makan. Then packing bag. Adoooiiiiiii........ Kahkahkahkahkah......

Muka Akbar mutih lain macam sebab dia letak bedak amnesia

1... 2... 3... lompat

Cuaca baik hari ini memberikan seribu makna kepada kami. Ye la...dah berhari-hari trekking tak nampak apa-apa. So hari ni Allah seakan-akan belanja dengan pemandangan yang indah-indah.

Bertepatan dengan gelaran Negeri Seribu Gunung, kami dapat menyaksikan berlapis-lapis puncak dan banjaran di hadapan sana. Tu baru depan. Belakang dan tepi belum kira. Serius lawa.

Dari Kem Kolam Badak, kami akan terus turun ke Kem Ranto Panjang. Dari atas, kami dapat lihat porter yang gerak awal tadi dah sampai di kem tersebut. Di kem tu kami berhenti berehat dan makan nasi kosong yang pagi tadi kami tapau. Bagi peluang Abang Jack nak rehat.










Berehat di Kem Ranto Panjang




Di kem ni, kelihatan mental-mental kami dah mula stabil. Tengok la perangai sorang-sorang. Yang ustaz pun naik sheikh juga. Upin pun nak join jugak. Hahahahahahahaha.... Ni lah jadinya apabila terlalu happy.

Kami pernah tanya kepada Yudie, kenapa kemudahan di Paru Paru Dunia ni tidak di upgrade. Contohnya diadakan cabin-cabin yang diperbuat daripada kayu-kayu. Bukankah itu akan menarik lebih ramai pelancong. Namun jawapan Yudie sangat best. "Jika dah ada kemudahan semua itu, di mana susah payah pendakian yang bakal menjadi kenangan kelak". Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... Terus mak setuju nox. Kelas jawapan seorang ranjer.
















Dah happy happy...seronok seronok bagai, kami teruskan perjalanan. Trek menurun jer sambil layan view yang superb. Follow jer rentak Abang Jack.










Dari bawah, aku toleh ke belakang nak tengok team sakai. Kelihatan Kak Imah dah ke hadapan lebih dari Arep dan Fawas. Perlakuan mereka berdua agak ganjil. Buka haversack pastu berlari-lari dan terkinja-kinja.... Mungkin terlalu happy kot. Hahahahahaha....



Di bawah sana kelihatan Kem Sungai Alas. Ada kepulan asap dari situ. Mereka sedang masak makan tengah hari mungking. Kami mempercepatkan langkah kami Tapi tak boleh mendahului Abang Jack. Hahahahaha...




Ni je yang beruang tu tinggalkan untuk kami

Mysar dan Jul

Kami tiba di Kem Sungai Alas ketika jarum jam menghampiri 12 tengah hari. Bila kami sampai, kami tengok keadaan campsite yang agak selerak dengan bungkusan makanan. Rupanya, makanan yang ditanam oleh porter di sini telah dimusnahkan oleh beruang. Haaaaaaaaaaaaaaa.....

Rokok-rokok porter pun habis dimusnahkannya. Lagi mental la porter-porte. Hihihihihi.... Sementara makanan nak disiapkan, kami mandi dulu. Hahahahahahaha....... Akhirnya.....setelah berhari-hari tak mandi, akhirnya kami cuba untuk mandi walaupun tahu bahawa air Sungai Alas tu sangat sejuk.

Selesai makan tengah hari, kami settlekan juga solat. Kemudian terus jalan. Kami sempat ambil 3 indo mee. Korang kena faham keadaan masa tu agak tidak terurus dan prasangka yang bukan-bukan. So, kami decide untuk ambil. Pendek kata, ambil makanan-makanan yang masih selamat la.

Sambung jalan...













Mysar membuat gelang rotan pada Akbar


Baru selesai daripada mendaki satu tanjakan yang pacak











Kami tiba di satu kawasan savana yang dipenuhi belalang. Then teringat yang Abang Lan pernah cerita tentang dia makan belakang masa trip dia dulu.

Then porter pun bersama-sama kami untuk menangkap belalang. Tujuan? Untuk dijadikan sumber protein malam ni. Arghhhhhhh......mati la makan belalang malam ni. Huahuahua.....

Bermacam-macam aksi. Belalang memang banyak. Ada yang kegelian nak pegang dan ada pula yang so excited. Aku macam biasa, tukang senyum dan ambil gambar jer. Berdiri dengan berkaca mata. Mungkin ada yang beranggapan aku ni macam poyo la. Whatever......!!! Kahkahkahkahkah....





Banyak dapat tangkap belalang Azizah?




Yuide berlari ke bawah untuk memadamkan kebakaran hutan

Tekun menganyam




Sambil tangkap belalang tu, kami berhenti berehat di beberapa point. Dikesempatan tu kita buat photoshoot sikit. Macam-macam post. Ada yang macam majalah pengantin, majalah health dan sebagainya.



Sesuai tak untuk cover Men Health?







Majalah Pengantin?

Hasil


Merenung niat nak repeat ker?




Penantian sang penunggu






Rehat sebentar di Batu Padang Rumput

Libas rambut ker tu?




Umur bukan penghalang untuk merealisasikan sebuah impian. Minumlah Anlene.

Gaya seorang petualang














Sejenis bunga

Kami mula meninggalkan savana. Ini adalah savana terakhir. Selepas ini tiada lagi savana. Kami mula memasuki hutan mossy untuk menuju ke Kem Pintu Rimba. Bawah tu jer.

Sedang melayan langkah, tetiba hujan turun. Kami terus berlari anak untuk sampai ke campsite. Sesampai kami di kem, hujan pun berhenti. Fuuuuuuhhhh....lega.

Setibanya kami di campsite, macam biasa la nak pasang khemah. Tapi kami agak stress sebab susun atur 2 khemah yang awal di pasang. Korang boleh tengok rajah yang aku buat di bawah. Tapak khemah seakan empat segi begini. Tapak A dan B kosong. Mungkin nak bagi kat kami la yang lewat ni. Tapi masalahnya khemah Abang Lan yang di bawah A tu makan ruang tapak A. Walhal dia ada lagi ruang ke bawah. Apa salahnya pasang khemah tu ke bawah lagi supaya ruang kami ada. Tapak B ok la sikit. Kami pasang khemah perempuan.

Masa kami sampai tu dia dah senyap dalam khemah. Korang dapat tangkap tak apa yang aku nak terangkan? Macam ni ke pengurusan. Aiyooooo.... So kami yang terpaksa beralah, pasang juga la kat tempat kecil dan agak curam ke bawah tu. Arghhhhhhh........... Niat tak mo sebut-sebut dah benda ni. Tapi.......mmmmmmm........ Nanti bila korang baca seolah-olah aku macam memburukkan orang. Hello ni trip 18 hari. Kalau trip 2 hari 1 malam boleh la esok tu kami lupa dan tak kisah. Adooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......what happen guyyyyyysssssssssssss....!!! Sindir-sindir pun macam tak makan gak dowww.....


"Wow...!!! Sedapnya indo mee", teriak Arep sebaik dia datang ke khemah kami.
Kami buat pengurusan diri dalam emosi 50-50. Tapi bersyukur kerana team khemah kami very positif person. Kami senyum jer.

Sambil dok buat pengurusan diri, kedengaran isu nak masak belalang pula kat luar. Arep dan Najman. Indo mee juga ada isu apabila si Najman datang bertanyakan pada khemah kami. Mulanya kami cakap tak tahu. Tak ambil. Lama kelamaan, kami lepaskan jua. Kami yang menyirap tu sebab ada orang nampak dia pun ambil. Tapi dok kata orang lain ambil. Arghhhhh...pening tak tahu yang mana satu betul.

Yudie buat keputusan untuk kumpul semua belalang dan dia yang masak. Settle. Arep tolong potong ikan kering.

Seterusnya acara makan. Dapat la dalam bekas aku tu 3 ekor belalang. Nasi putih berlaukkan ikan kering sikit dan belalang. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... Mula tu macam takut nak makan. Tapi tengok diaorang semua selamba jer, aku pun kunyah juga. Huhuhuhuhuhu....... Hahahahahahaha.......

Itulah satu-satunya protien kami sepanjang trip ini. Syukur, alhamdulillah.







Kaki belalang. Macam lipas pun ada.

Abang Jack kat khemah sebelah. 4 khemah ni rapat sangat malam ni. Berbisik dalam khemah pun khemah sebelah boleh dengar.

Khemah pepenjuru memanggil-manggil ustaz. Alhamdulillah, iman ustaz kuat malam ni. Kami berjaya membuatkan ustaz kekal bersama kami.

Kami mula membuat kiraan kasar berkaitan perbelanjaan trip. Kami cuba mencari jawapan kenapa menu makan sebegini. Info, kami dapatkan dari beberapa orang porter. Hasil kiraan menunjukkan semuanya baik tapi kenapa nilai makan yang di beli seperti tidak logik. Pada fikiran kami la.

4 juta rupiah untuk kos logistik.

Seriusly aku bukan jenis orang yang bijak buat perbandingan terutama kos-kos ni. 4 juta dengan menu macam ni. Aku fikir ok la kot. Hahahahahahahaha....... Takpa, nanti kita buat postmortem. So kita akan dengar penjelasan dari Abang Lan. Ye la, nak tuduh-tuduh pun tak ada bukti. Kami cuba berpositif.

Dalam khemah sebelum tidur, ustaz ada buat diskusi ilmiah sikit. Banyak la yang kami pelajari dari ustaz. Tq ustaz. Muah.

Sebelum itu aku keluar sekejap ke khemah porter untuk rakam dia orang tengah berdikir. Hihihihi..... zzzzzzzz....zzzzzzzzzzzzzz

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...