16.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 17, part 1---


Pak Ali. Beliau merupakan antara individu terawal yang membuka jalur atau trail ke Loser ini. Dari segi fizikal, aku menjangkakan umurnya melebihi 70 tahun. Bersongkok dan berselipar sahaja mendaki hingga ke kem ini. Beliau merupakan bapa kepada Husin Kecik, salah seorang porter kami. Pak Ali juga adalah Ketua Adat dan Pawang Leuser.

Mr. Happy Happy. Ikon di Loser mungkin. Berperawatakkan yang mudah didekati. Umurnya sudah lanjut tapi masih kuat menjadi porter sekiranya diperlukan.

Di atas adalah dua daripada tiga individu yang menunggu ketibaan kami di Kem Kayu Manis II.

Pagi yang indah. Syukur yang teramat. Dapat melihat pemandangan matahari terbit.

Detik-detik terakhir kami di Aceh. Dalam trail ini, hari ke 15 sudah. Perasaan terhadap Puncak Loser pun kian hilang. Kami fokus keluar dari trail kerana Abang Jack masih belum sihat sepenuhnya. Apa guna teringatkan peristiwa tidak sampai ke puncak kerana ia tidak mungkin berubah. Faktanya, kami gagal ke puncak untuk trip kali ini. Apapun kami cuba positifkan diri. Yea....mungkin ada hikmah. Sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Apa yang terbaik kita fikirkan mungkin sebaliknya. Kan....kan....kan....





Bulan masih kelihatan










Sambil packing slow-slow, porter dah panggil untuk sarapan. Pagi ini adalah sarapan terakhir kami bersama porter. Ia juga adalah menu terakhir. Arghhhhhhhh.......sedihnya. 15 hari mengadap menu ini guys. Sarapan pagi ini ada ikan kering sama indo mee. Still tak berubah. Its a moment we never forget.


Bukan sahaja tinggalkan kenangan, malah kasut pun ditinggalkannya





Bertemu dengan orang lama Loser, pastinya sesuatu yang moment. Bergambar itu satu kemestian. Diaorag ni jeles tak leh tengok orang bergambar. Ada jer yang serbu. Sepanjang trip ni, ni baru foto aku yang pertama ok. Hahahahahaha.....



Dapat jua

Perjalanan hari ini viewnya terbaik guys. Allah belanja banyak. Masa datang hari tu apa pun tak nampak. Malah kami pun tak perasan bahawa ini adalah laluan masa datang. Hahahahaha....

Abang Jack dah jalan dulu diiringi dengan Mr Happy Happy.

Destinasi kami ialah terus ke Medan. Hahahahahahahaha....... Dari Kem Kayu Manis II, singgah di Angkasan untuk medical. Sambung terus ke Jalur Kedah. Naik Kijang terus ke Medan. Esok pagi tiba di sana. Itu rencananya.








Kurang 2 jam perjalanan turun dari Kayu Manis II, kami berhenti berehat di Kayu Manis I. Mirul nak membuang katanya. Dah berhari-hari tahan. Di kem ini sempat berjumpa dengan Abang Lan dan beberapa orang porter. Semirul pun dah ok kesihatannya. Semalam mungkin terlalu penat kot.

Kami borak-borak itu ini. Arep ajak naik Rajah hari Ahad lusa. Pastu ada juga la berborak pasal satu tempat ni. Aku tak ingat. Pastu Abang Lan join our borak-borak. Katanya, jangan lupa singgah pondok kat situ. Tu pondok dia selalu lepak atau memang pondok dia kot. Kami just ha je lah. Dia kata boleh makan ayam hutan bagai kat situ. Tetiba Arep tanya, "...ikan kering ada tak kat situ...?". Terus semua orang macam ketawa sikit.

Abang Lan pun tersengih juga tapi sambil angkat haversack dan ajak jalan. Jangan lama-lama sangat berehat katanya. Pertanyaan Arep memang killer questionlah. Baru nak mesra-mesra dengan Abang Lan. Dah potong. Tapi selepas Abang Lan pergi tu, semua orang tergelak-gelak. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.......

Tak boleh lupa first word dari Arep, "BUTOH la". Hahahahahahahahahahahaha.......

Kami meneruskan perjalanan apabila merasakan yang Abang Jack dah jauh di hadapan.



Selepas dari kem ini, kami bertemu dengan 3 orang pendaki Indonesia. Mereka adalah antara sukarelawan yang menyertai misi menyelamat. Waaaaaa......... time ni feeling macam happy gitu. Ye lah, ada orang yang try tu menyelamatkan kami kan.

Kami adalah team paling belakang. Mereka pun follow kami untuk menuju ke Angkasan.



Kami selamat tiba di Puncak Angkasan sekitar jam 11.13 pagi bersama-sama sukarelawan. Menariknya tentang pendaki Indonesia ialah mereka ada pakaian seragam. Haaaaaaaaaa...... Skraf paling utama. Ini aku cakap bukan kerana nampak mereka ini. Sebelum-sebelum ni aku mendaki di Indonesia, memang dia orang jenis macam tu. Dulu masa mendaki Wilerang pun jumpa sekumpulan pendaki yang macam ni juga.

Bersama pendaki Indonesia



Di sini, sedia menunggu adalah team SAR. Polis, staff Taman Nasional dan pendaki sukarelawan semua ada. Pesakit utama iaitu Abang Jack terus diberi keutamaan. Yang lain sebelum ni nampak ok pun nak juga rawatan. Alahai........manja angaaaaatttttt....

Yang lain rehat-rehat dulu. Bagi masa untuk Abang Jack dapat energy semula. Sambil tu ambil peluang untuk snap-snap.














Teropong ke atas nampak apa giler





Terlalu penat




Pak Ali

Masa untuk berangkat. Dari puncak ini dijangka ambil masa 5 jam untuk sampai ke bawah. Sekarang jam 12 tengah hari.

Masa kami nak turun ni pun, ada lagi pendaki sukarelawan yang baru sampai. Hahahahahaha......








Entry ni bersambung di bahagian 2 kerana storynya panjang. Ok? Tak ok? Alaaaaa...ok la.....hahahahhaha...

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...