16.12.16

--- Kenyataan Akhbar ---

Hmmmm...femes la sekejap sebab masuk paper. Huihuihuihui.... Pagi ni ada lagi berita tentang trip Loser. Tapi beberapa artikelnya macam kurang tepat. Kisah sebenar kena la baca catatan saya yang sebelum ini ok.

Walauapapun, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu baik dari segi doa dan fizikal. Terima kasih pada pasukan penyelamat Indonesia dan sukarelawan. Tidak lupa juga kepada pihak konsulat Malaysia di Indonesia.


Link http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/12/16/pendaki-malaysia-gunung-loser-selamat/

15.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 16 ---

Hari 13   Hari 14   Hari 15   Hari 17

Hari ke 14 dalam trek Loser. Terus menghitung hari. Antara kecewa dan suka. Antara tewas dan menang. Keluarga. Ya....kami rindukan keluarga... 😢😢😢. Adakah mereka mengetahui hal kami di sini. Hmmmmm.....

Selesai Subuh, ustaz bagi tazkirah skit agar kami terus bersemangat. Sentiasa ingat bahawa Allah bersama kita. Kita masih hidup hingga detik ini keranaNya. Kita belum mati walau hanya makan nasi putih berlaukkan belalang. Nyawa kita adalah rahsiaNya. Ok....semangat kembali pulih.

Kami breakfast dan packing barang untuk meneruskan perjalanan.

Jam 10 pagi, kami berehat di view point. Pak Udin jadi sweeper bersama-sama kami. Melayankan kerenah kami. Take five kemudian sambung lagi satu jam dan kami berehat di Kem Papanji.

View point

Kem Papanji

Agak lama di Papanji sambil menunggu Arep membuang. Abang Jack dan Kak Imah dah gerak dulu bersama Pak Udin. We are the last person in Loser trail now.

Adi dan Fawas sekali sekala kelihatan agak keresahan kerana kehabisan rokok. Rokok ni macam ganja la. Tak dapat satu hari memang resah.

Selesai sudah Arep berak, kami pecut mengejar orang di hadapan dan berjaya menemui Abang Jack. Nak sampai ke Kem Lintasan Badak seakan jauh pula hari ni. Serius rasa jauh. Ustaz siap mengeluh, "awat lama sangat hari ni". Masa ni Min kat depan. Ustaz minta aku dok depan untuk lead. Tak salah aku 30 minit lebih kurang lepas tu, kami pun sampai Kem Lintasan Badak. Dah tak jauh pun dari pertukaran tadi. Huhuhuhuhu....

Kelihatan Kak Imah dan Upin ada di situ. Laju Kak Imah.

Agak lama kami break sini sebab nak solat. Sambil tu ada yang buat nasi goreng. Guna minyak masak yang ditanam di sini. Botol minyak tu pula ada bekas gigitan. Gigitan tikus rasanya. Selamba goreng dengan nasi.

Fawas pula gigih mencari puntung-puntung rokok di kawasan ini. Nampak tak. Punya la ketagih. Tapi usaha membawa kejayaan walaupun yang dijumpai sekadar 2 3 kali sedut sahaja. Hihihihi....

Abang Jack dah jalan ikut Upin. Kami saja tak cergas sangat sebab tak nak terhenti-henti bila jalan nanti. Faham tak maksud aku? Ok good.





Sekitar jam 2.15 petang, kami siap sedia untuk bergerak. Sebelum bergerak, Arep nak briefing sikit tentang perjalanan seterusnya. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... inilah satu-satunya briefing yang ada sepanjang trip ini. Lega rasanya. Sebaik ucapan habis, Arep dengan rasminya dilantik gogo baru. Dia akan lead kami hingga ke syurga sekejap lagi. Seram dengar. Hahahahahaha...

Sebelum kami bergerak, ustaz ada cerita pada Pak Udin bahawa keadaan menu tak sepatutnya macam ini. Kami dah bayar semua. Tapi....tapi.....mmmmm....... Ustaz hanya mampu mengangkat dua bahunya tanda redha. Huhuhuhu...


Briefing oleh gogo baru

Semirul bertongkatkan tongkat gergasinya

--- Keluar Surat Akhbar ---

Hahahahahaha... Sumber dipetik dari link ni http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1311865

Tarikh berita ini keluar adalah pada 15 Disember 2016. Waktu tu kami sedang bergerak dari Kem Pintu Rimba menuju ke Kem Kayu Manis II. Hari ke 16 kami di Aceh dan hari ke 14 kami on trek.

  • Diserang hypo tu betul tapi bukan Ahmad Nazit. Hypo tu pun sekejap jer. Lepas tu dah ok. Nazit mengalami sakit perut kerana dimasukki angin protes menu makan hanya nasi putih.
  •  'Terperangkap'? Hmmmmm....perkataan yang kurang tepat.
  • Betul faktor cuaca antara penyebab kami berhenti di Bivak Kaleng. Tapi that not the issue.
  • 'KHAIRIL, PENDAKI PROFESIONAL'........wow!!! Profesional ker? Menu makan pun hanya nasi putih sama indo mee. Kadang-kadang nasi putih sama garam. Nice...

Walau apa pun.... terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang membantu. Jasa kalian amat dihargai dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Kalian boleh tanya peserta lain jika sangsi dengan apa yang saya tulis.

14.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 15 ---


Hari ni 14 Disember. Kami bertolak dari Kuala Lumpur hari tu 29 November. Huhuhuhuhuhu..... Dah 16 hari di tanah Aceh ni. Argghhhhhh..... dan ini merupakan hari ke 13 kami on trek.

Trip pendakian paling lama dalam rekod pendakian peribadi aku. 16 hari, langsung tak sedar begitu pantas masa berlalu.

Jika tak salah, masa di Bivak Kaleng, katanya kita akan bertemu dengan pihak SAR di Kem Lintasan Badak. Itu berdasarkan kiraan / jangkaan porter. Maka, ini menaikkan semangat kami. Keadaan Abang Jack pun tidak seteruk sebelum ini. Dia dah mula menerima masuk bubur nasi ke dalam sistem badannya (ayat sains sangat). Tapi bukan bermakna sakitnya dah sembuh sepenuhnya. Bukan...bukan...bukan....

Abang Jack pun dah boleh berbual sikit-sikit. Kadang-kadang kami bertanya tentang kesihatan, dia jawab dengan baik Itu maknannya ada perubahan positif. Sekali sekala keluar ayat-ayat jenakanya.

Pagi ini cuaca baik. Tiduk pun nyenyak. Alhamdulillah... Makan pagi pun agak awal. Kata porter, memang nak gerak seawal mungkin sebab cuaca baik. Kita pun kalau boleh nak capai campsite sejauh mungkin. In shaa Allah...

Tanpa buang masa, kami cergas selalu. Yudie macam biasa la, kerahan tentera punya sebab nak lipat khemah.







Upin



13.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 14 ---


Cuba teka, hari ni hari ke berapa kami on trek? Ok...lambat teka. Hari ni hari ke 12 kami on trek. Bangun pagi tak awal sangat. Cerah baru bangun. Huhuhuhu....... Tapak khemah yang berlubang-lubang. No problem semua tu. Ustaz plak menggelunsur sampai ke bawah masa tidur. Sampai ke pintu khemah. Kalau Semirul tolak sikit lagi, kompom terkeluar dari khemah. Tapi tak buat macam tu sebab kami sayang pada ustaz. Hahahahaha...

Tahu tak kenapa kami sayang ustaz? Sebab semalam dia tak terpengaruh dengan panggilan khemah bawah sinun yang memanggil-manggil. Tapi dia tewas dengan bertukar sleeping bag.

Pagi ini, cuaca masih sejuk. Hujan renyai-renyai. Berkabus. Kena tahan juga untuk packing. Arghhhhh.......

Yudie dah tak sabar-sabar nak lipat khemah kami. So, kena pantas la bertindak tu. Jangan nak bercinta lama sangat. Yuide dah mula countdown 10 hingga 1. Pantaaaaaaaaaaassssssssssssssssssssss....!!!

Azam pagi ni nak kosongkan fikiran. Tak mahu fikir benda-benda negatif. Mana la tau tengah trekking, ajal datang menjemput dalam keadaan stress. So.....tak manis la kan. No gosip today ok. Tapi sebenarnya aku ok jer. Aku pemerhati yang baik. Trust me. Hahahahaha....

Jangan tanya di mana aku nak berhenti campsite. Tu kena tanya Abang Jack. Dia yang akan tentukan.




Kami berjalan dari permatang ke permatang. Dari puncak ke puncak. Still no view sepanjang permatang ini. Tak mudah nak habiskan permatang ini sebenarnya. Last permatang ini ialah Tanjakan Pantat dan di bawahnya adalah Kem Kolam Badak.

Dalam perjalanan tu ada la 2 3 kali kena stop. Stop sebab Abang Jack. Mula-mula tu Amin support Abang Jack. Tolong tolak dari belakang. Entah kenapa Abang Jack macam tak ngam dengan dia. Tak kimia katanya. Nak ustaz juga Abang Jack ni.

Jujur aku cakap, masa kat Bivak Kaleng, aku pernah terfikir seakan-akan nak kata pada Abang Jack, "Makan je la nasi Abang Jack. Jangan nak diikutkan perasaan tak sedap tu. Makan untuk tenaga jer. Kalu nak ikut selera, memang la.....". Tu masa dia dok sakit-sakit tu la.

Tidak lupa, Abang Jack pernah sound kami, "Hampa dok gelak-gelak pa? Tak kena kat hampa tak pa la. Aku tengah sakit ni". Huhuhuhu...

Owh ya... Min dan Azizah dah lama tinggalkan kami. Dia orang follow team Abang Lan di depan sana.


Ustaz memujuk Abang Jack












Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...