Cuba teka, hari ni hari ke berapa kami on trek? Ok...lambat teka. Hari ni hari ke 12 kami on trek. Bangun pagi tak awal sangat. Cerah baru bangun. Huhuhuhu....... Tapak khemah yang berlubang-lubang. No problem semua tu. Ustaz plak menggelunsur sampai ke bawah masa tidur. Sampai ke pintu khemah. Kalau Semirul tolak sikit lagi, kompom terkeluar dari khemah. Tapi tak buat macam tu sebab kami sayang pada ustaz. Hahahahaha...
Tahu tak kenapa kami sayang ustaz? Sebab semalam dia tak terpengaruh dengan panggilan khemah bawah sinun yang memanggil-manggil. Tapi dia tewas dengan bertukar sleeping bag.
Pagi ini, cuaca masih sejuk. Hujan renyai-renyai. Berkabus. Kena tahan juga untuk packing. Arghhhhh.......
Yudie dah tak sabar-sabar nak lipat khemah kami. So, kena pantas la bertindak tu. Jangan nak bercinta lama sangat. Yuide dah mula countdown 10 hingga 1. Pantaaaaaaaaaaassssssssssssssssssssss....!!!
Azam pagi ni nak kosongkan fikiran. Tak mahu fikir benda-benda negatif. Mana la tau tengah trekking, ajal datang menjemput dalam keadaan stress. So.....tak manis la kan. No gosip today ok. Tapi sebenarnya aku ok jer. Aku pemerhati yang baik. Trust me. Hahahahaha....
Jangan tanya di mana aku nak berhenti campsite. Tu kena tanya Abang Jack. Dia yang akan tentukan.
Kami berjalan dari permatang ke permatang. Dari puncak ke puncak. Still no view sepanjang permatang ini. Tak mudah nak habiskan permatang ini sebenarnya. Last permatang ini ialah Tanjakan Pantat dan di bawahnya adalah Kem Kolam Badak.
Dalam perjalanan tu ada la 2 3 kali kena stop. Stop sebab Abang Jack. Mula-mula tu Amin support Abang Jack. Tolong tolak dari belakang. Entah kenapa Abang Jack macam tak ngam dengan dia. Tak kimia katanya. Nak ustaz juga Abang Jack ni.
Jujur aku cakap, masa kat Bivak Kaleng, aku pernah terfikir seakan-akan nak kata pada Abang Jack, "Makan je la nasi Abang Jack. Jangan nak diikutkan perasaan tak sedap tu. Makan untuk tenaga jer. Kalu nak ikut selera, memang la.....". Tu masa dia dok sakit-sakit tu la.
Tidak lupa, Abang Jack pernah sound kami, "Hampa dok gelak-gelak pa? Tak kena kat hampa tak pa la. Aku tengah sakit ni". Huhuhuhu...
Owh ya... Min dan Azizah dah lama tinggalkan kami. Dia orang follow team Abang Lan di depan sana.
Ustaz memujuk Abang Jack
Amin
Team sakai ni pun tak jalan depan dah hari ni. Layan belakang jer. Malas nak jalan depan dengan ehem la tu. Ops...! Lupa tak nak gosip. Maafkan saya.
Kami berhenti di satu kem darurat bagi memanaskan badan. Ini memberi peluang kepada Abang Jack untuk berehat. Api dinyalakan bagi memanaskan badan. Walaupun kayu-kayu basah, tetap boleh nyala. Huhuhuhu...
Sambil berehat tu, makan biskut. Kat kem darurat ini juga dapat kami lihat sisi lain Arep ni. Dia pandai menari ala ala princess dan juga ada unsur-unsur kecindan dalam dirinya.. Ada video tapi malas nak up. Hahahahaha.... terhibur la kami kat kem darurat ni.
Dah kenapa?
Kem darurat
Kesian Abang Jack kat belakang sinun
Team belakang ditemani Pak Udin
Kak Imah dan lopak air berpisah tiada
Dari kem darurat, kami berjalan lagi. Dah tak jauh dah. Turun dari Tanjakan Pantat tu kena berhati-hati. Kurang jam 5 petang, kami selamat tiba di Kem Kolam Badak.
Team hadapan tiba sekitar jam 2 petang. Masa sampai tu, sempat bertanya pada Azizah. Wow.....awalnya sampai.
Cuaca di Kolam Badak baik petang ni. Sempat la tengok pemandangan depan tu sebelum ditutupi kabus.
"Miiiinnnnn.......tolong jahit seluar jap. Seluar koyak", pinta ustaz. Tapi jawapan agak hambar. Ustaz pun jahit la sendiri. Siaaaaaannnnnnn......
Kak Imah pulak emo time ni. Biasa la, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula khemah sebelah-sebelah. Hal nasi jer. Kahkahkahkahkahkah...
Stok rokok semakin habis. Asyik datang khemah dengan harapan Adi ada rokok. Huhuhu.... Memang nampak la dia orang ni tak boleh hidup tanpa rokok. Rasa tak keruan.
Menariknya di Kolam Badak ni ialah satu-satunya individu yang berani mandi ialah Adi. Yes...kita patut tepuk tangan untuk Adi.
Waktu terus berlalu, kami lepak-lepak dalam khemah. Sambil makan nasi. Macam biasa, kami buat bubur. Semalam kat kem darurat, kami cuba buat bubur special. Orang utara biasa makan bubur kemudian tabur gula. Namun ia kurang digemari oleh Adi dan Semirul. But its ok. Kita saja nak cuba kelainan. Hihihihihi....
Sempat lepak di khemah Mysar. Yes, tepat pada masanya, Mysar buatkan gelang rotan. Gelang rotan ni kena buat terus pada tangan.
Cuaca malam ni baik sangat. So ada la lepak santai di unggun api. Aku memang dah lama nak lepak-lepak sama porter. Nak rekod bunyi seruling Pak Udin. Semangat la keluar menuju ke unggun api. Tapi berdiri dari jauh jer. Masa tu Kak Imah ada juga dari jauh.
Potong semangat nak pergi lepak sebab ada Abang Lan. Terus tak jadi. Balik masuk dalam khemah je lah.
Malam ni kami tukar posisi tidur dalam khemah. Alhamdulillah, posisi baru ni membuatkan kami boleh lunjurkan kaki dengan lebih baik. Hahahahahahaha.......
Alhamdulillah...berjaya untuk tidak gosip hari ni. Betul ker?
Zzzzzz.....
...bersambung
best2... x sabar nk bc sambungan cite ko tuah...
ReplyDeletehihihi...terima kasih...ok, sedang mengarang
Delete