12.1.18

--- Hujan Melebihi 24 jam ---

Hari ni dah masuk hari kedua hujan tanpa henti di Mersing. Walaupun tidak lebat seperti haritu tapi kegusaran untuk banjir lagi sekali sangat tinggi apabila hujan turun sudah melepasi 24 jam.

Katanya pusat pemindahan telah dibuka kembali seperti SK Air Papan.

Pagi ini, dalam keadaan hujan yang masih turun, aku sarung baju hujan dan bermotor menuju ke beberapa lokasi. First sekalinya ke jalan belakang taman dan sungai depan taman. Dalam group taman asyik kerisauan air naik. Hasil tinjauan, ok jer paras air. Jalan belakang taman pun belum sepenuhnya dinaiki air.

Seterusnya aku ke tepi pantai berdekatan dengan mahkota johor tu.








Seterusnya ke Jalan Makam. Nak pergi breakfast kat Nasi Dagang Warisan Kak Ju. Hujan makin lebat.

Selesai breakfast, menuju pula ke Air Papan.

Sekali sekala kelihatan kenderaan bomba, JKR dan APM lalu lalang. Samada membuat rondaan atau yang bertugas di pusat-pusat pemindahan.



Paras air sungai masih ok


Sepanjang melalui jalan Air Papan tu tengok kiri kanan, rumah-rumah masih belum ditenggelami air. Alhamdulillah... Cuma yang dekat dengan sungai dan masjid tu jer. Air sungai dah melimpah.

Singgah sekejap di SK Air Papan. Saja nak tengok situasi pusat penempatan. Nampak lengang sahaja. Tak ramai mangsa. Nak juga tanya-tanya guard tapi nanti dia tanya kita siapa pulakan. Takkan wartawan naik motor dan berseluar pendek. Hahahahaha.....

Owh...sebelum ke SK Tanah Abang, aku singgah sebentar di Pantai Air Papan. Saja rindukan laut. Laut Pulau Aur. Huhuhuhuhu.....

Eh...! Aku macam kenal la Honda tu? Aku tidak cuba mendekati kerana....kerana...kerana..... Hmmmm...mungkin salah kereta kot. Tapi nombor plat is familiar. QSR jer yang aku familiar. Nombor aku tak ingat. Ok...snap dulu sebagai bukti. Hahahahahaha...


Dalam whatsapp Radio Amatur melaporkan kejadian tanah runtuh di Jalan Telok Arong. Dah tak jauh dari sini. Why not pergi tengok sekejap. Hahahahaha.....


Hah...! Kelihatan lori TETO di situ. Aku pun ambil gambar sikit-sikit. Driver tanya, "nak buat viral ker bang?". Aku jawab,"laporan untuk unit khas negara".  Aku berlalu pergi sebelum dia tanya macam-macam. Hahahahaaha...




Ok....nak balik sebab solat Jumaat dah nak dekat.

5.1.18

--- Sampai Ke Tanah Abang Tengok Banjir ---

Weekend yang mendung. Walaupun mendung dan hujan renyai, gigih juga untuk keluar jogging pusing-pusing taman.

Selesai jogging, balik tengok member belum bangun lagi. Janji kata nak gerak jam 6.30 pagi. La ni dah nak dekat jam 9 pagi. Haishhhh....

Nak ke mana pagi ni? Haaaaaaa.....kami nak ke Tanah Abang.


Masa banjir tempoh hari, Jalan menuju ke Tanah Abang antara yang dinaiki air dan menghalang kenderaan kecil untuk melaluinya.

Salah satu jalan yang dinaiki air


2 buah Y150 sedang memcuci motor




Padang yang ditelenggami air. Berdekatan dengan sungai

Di dalam kawasan Tanah Abang ini terdapat sebuah sekolah kebangsaan iairu SK Tanah Abang. Pada hari kejadian, guru-guru menagalami kesukaran untuk memasuki ke sekolah ini berikutan paras air yang tinggi. Alhamdulillah, dengan bantuan pihak APN, para guru berjaya masuk untuk sesi persekolah seperti biasa.



Cantik surau

Makmal komputer



Syukur dapat makan durian kampung masa kami di sini. Hihihihihi....


Kami tidak lama di sana kerana kelihatan awan hitam sedang berarak ke kawasan ini. 

1.1.18

--- Banjir Di Mersing ---

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa....hujan yang turun lebat tanpa henti dari malam semalam amat-amat merunsingkan.

Pagi ni aku gi kerja pun terpaksa naik kereta. Hari ni kena pergi area Penyabong. Sepanjang jalan hingga ke destinasi, hujan lebat. Akibat dari itu, traffic agak perlahan. Masing-masing mengambil langkah pemanduan berhati-hati pada tahap Jingga. Hahahahahaha.....

Semalam telah dikeluarkan amaran cuaca buruk pada hari ini.

Selesai kerja, balik rumah tukar baju....terus naik moto pergi ronda-ronda area jalan belakang taman perumahan. Katanya air naik agak tinggi. Masa aku redah ni pun, memang agak kecut gak la sebab memang dalam airnya. Mujur ekzos RS150R ni tinggi. Hihihihihi......feeling saved la.

Dalam peta tu, aku ada hightlight jalan yang dinaiki air sehingga membuatkan keadaan sesak dan jem apabila kenderaan tidak boleh dilalui kecuali kenderaan berat dan pacuan empat roda.












Agensi bertanggungjawab dengan pantas datang bertugas dan mengawal lalu lintas pada jalan yang dinaiki air. Mereka turut memberi info dan nasihat kepada semua pemandu kenderaan ringan agar mengambil lencongan yang telah disediakan oleh mereka. Alhamdulillah...semua pemandu akur dengan arahan tersebut. Pada yang degil, kalau sangkut jap lagi, ko jangan datang minta tolong tau.

Pihak JKR pantas bertindak mengawal lalu lintas


Taman Seri Mersing antara kawasan perumahan yang dinaiki air.


Selesai buat acah-acah liputan banjir sini....dalam keadaan masih hujan, aku henjut pula ke Air Papan. Saja nak tengok-tengok banjir sana plak. Tapi alhamdulillah....dalam keadaan terkawal. Mangsa yg pindah, dibantu oleh pihak JPNM dan lainnya.

Esok dijangka cuaca lebih buruk dari hari ini......

22.12.17

--- Meraikan Pegawai Bersara Di Karimun Besar, Epi 2 ---

Morning guys... Apa khabar orang Malaysia? Tengah kerja ke tu? Hahahahahaha..... Ops...!!! Hari Jumaatkan cuti.

Aku bangun awal sedikit. Saja nak ambil street photoshoot.

Breakfast telah disediakan di hotel pada jam 8 pagi waktu Malaysia. Menu sarapan biasa-biasa jer.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...