Monday, January 1, 2018

--- Banjir Di Mersing ---

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa....hujan yang turun lebat tanpa henti dari malam semalam amat-amat merunsingkan.

Pagi ni aku gi kerja pun terpaksa naik kereta. Hari ni kena pergi area Penyabong. Sepanjang jalan hingga ke destinasi, hujan lebat. Akibat dari itu, traffic agak perlahan. Masing-masing mengambil langkah pemanduan berhati-hati pada tahap Jingga. Hahahahahaha.....

Semalam telah dikeluarkan amaran cuaca buruk pada hari ini.

Selesai kerja, balik rumah tukar baju....terus naik moto pergi ronda-ronda area jalan belakang taman perumahan. Katanya air naik agak tinggi. Masa aku redah ni pun, memang agak kecut gak la sebab memang dalam airnya. Mujur ekzos RS150R ni tinggi. Hihihihihi......feeling saved la.

Dalam peta tu, aku ada hightlight jalan yang dinaiki air sehingga membuatkan keadaan sesak dan jem apabila kenderaan tidak boleh dilalui kecuali kenderaan berat dan pacuan empat roda.












Agensi bertanggungjawab dengan pantas datang bertugas dan mengawal lalu lintas pada jalan yang dinaiki air. Mereka turut memberi info dan nasihat kepada semua pemandu kenderaan ringan agar mengambil lencongan yang telah disediakan oleh mereka. Alhamdulillah...semua pemandu akur dengan arahan tersebut. Pada yang degil, kalau sangkut jap lagi, ko jangan datang minta tolong tau.

Pihak JKR pantas bertindak mengawal lalu lintas


Taman Seri Mersing antara kawasan perumahan yang dinaiki air.


Selesai buat acah-acah liputan banjir sini....dalam keadaan masih hujan, aku henjut pula ke Air Papan. Saja nak tengok-tengok banjir sana plak. Tapi alhamdulillah....dalam keadaan terkawal. Mangsa yg pindah, dibantu oleh pihak JPNM dan lainnya.

Esok dijangka cuaca lebih buruk dari hari ini......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...