Morning guys... Apa khabar orang Malaysia? Tengah kerja ke tu? Hahahahahaha..... Ops...!!! Hari Jumaatkan cuti.
Aku bangun awal sedikit. Saja nak ambil street photoshoot.
Breakfast telah disediakan di hotel pada jam 8 pagi waktu Malaysia. Menu sarapan biasa-biasa jer.
Di luar hotel, kelihatan para penjual setia menunggu dengan barangan mereka. Begitu gigih menunggu pembeli. Bukan sorang...tapi 4 orang.
Selesai breakfast, kami shopping untuk sesi terakhir. Ni je masa yang ada sehingga solat Jumaat. Maka, bersepah-sepahlah kami sepanjang jalan kedai-kedai menjual. Ada yang repeat ke kedai yang sama. Tawar serendah mungkin.
Tuan Haji Kamarudin gagal mendapatkan kasut idamannya dengan harga yang ditawarkan. Takper, kita cuba tempat lain plak. Hahahaha.....
Aku cuba untuk bertanya tentang kedai menjual barangan outdoor. Tapi, katanya tiada di sini. Dumai ada. Hmmmmm.....satu hal plak nak naik feri untuk ke sana. Hahahahahahaha...
Beli apa tu En. Azmi
Selesai solat Jumaat, kami di bawa makan tengah hari di sebuah kedai yang agak istimewa. Katanya.... Nama kedai itu Rumah Makan Pondok Otek. Bukan nasi padang kali ni. Macam masakan kampung. Ikan darat rasanya. Ada siput sedut. Hihihihi.....
Banyaknya makan
Kami kembali ke hotel untuk check out. Sehingga jam 4.30 petang, kami masih lagi shopping. Nak habiskan duit rupiah.
Sebelum berpisah, ada yang masih sempat bertukar-tukar nombor dan ig sama itu Melati. Receptionist hotel.
Selesai itu, kami pun di bawa ke jeti.
Sempat jumpa dengan kenalan di atas bumbung feri. Kawannya si Adi.
Jam 5 petang lebih, feri kami pun belayar meninggalkan jeti Tangjung Balai.
Alhamdulillah.....trip tamat dengan selamat dan happy ending. Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan trip ini. In shaa Allah, nextime kita berkelana lagi ok. Jangan segan-segan ajak tau. Muah.....
Buat En Halim, selamat bersara. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan ceria. Amin.
Jika ditanya, "adakah destinasi ini menarik?". Bagi aku, untuk jalan-jalan dengan family sambil shopping barang murah, ok la. Advanture site? Mmmmm...tak pasti sebab belum sempat terokai semua pulau. Pastinya ada sesuatu yang manerik di sini yang belum ditemui. Pasti.....
Kembali...
No comments:
Post a Comment