Kurang dari 3 jam tidur, terjaga dek alarm dari handset bawah (handset Epi). Tetiba terkejut pula apabila alarm handset aku pula berbunyi. Punya la semangat nak tengok waktu pagi di Kofu ni, boleh bangun awal. Semalam sebelum tidur dah niat. Lagi pun waktu Subuh di sini jam 3.15 pagi guys.
Selesai Subuh, naik rooftop. Pemandangan biasa sahaja. Sepi dan tenang suasana pagi. Tiada kedengaran bunyi kereta. Tiada kesesakkan. Mungkin terlalu awal bagi orang Jepun untuk bangun bekerja. Hanya kelihatan sorang dua warga emas berjalan. Itu tekaan aku.
Epi turut join di rooftop. Mungkin punya hasrat yang sama.
Aku turun ke pantry untuk minum pagi. Ada beberapa orang Jepun sedang membuat persediaan aktiviti mendaki. Gunung mana nak mendaki tu? Hahahahahaha.... Tanya aku dalam hati.
Aku teka jer orang Jepun. Mungkin orang Korea, China or lain. Tapi muka sama sahaja. Hihihihi....
Aku buat air teh panas. On televisyen. Tengok softball Jepun. Tukar siaran. Begitu seterusnya sehingga disapa oleh seorang uncle. Beliau sedang membuat persediaan mendaki. Beliau bertanya adakah aku dari Myanmar? Aku jawab, Malaysia. Dia pun, “Owh, Malaysia” ,sambil tersenyum.
Dia tanya lagi, datang untuk apa? Aku jawab, mendaki gunung Kita. Dia macam terkejut pandang aku atas bawah. Ye la sebab time tu aku pakai kain pelekat. Tapi aku Jawab bukan hari ni tapi esok. Barulah reaksinya, "haaaaaaaaaa…..", sambil tersenyum. Aku juga rasa dia sangka aku Myanmar sebab kain pelekat. Kan orang belah sana suka pakai kain. Hihihi.....
Aku sambung tonton berita pagi Jepun. Aku cuba memahaminya.











