22.3.20

--- Hari Ke Lima Perintah Kawalan Pergerakan ---

Morning guys....

Sedang cuba mikir benda nak buat agar sibuk. Perut dan bahu rasa tak selesa. Semalam pun tak dapat tidur dengan tenang sebab keresahan.

Pagi buat kerja-kerja pejabat sikit. Tolong staf.


Layan tv...layan lagu...layan movie.....


Hampir 20 kali ulang tengok episod ni. Episod Siti Nordiana paling meriah untuk musim ke 3 setakat ini.

Setiap hari ada jer rayuan dari pihak kesihatan kepada geng tabligh untuk membat saringan kesihatan. Satu lagi is penumpang bas Plus Linear. Kes kematian juga turut meningkat. Menakutkan. Semoga Allah membantu kita.



Masa untuk makan tengah hari. Semalam dah beli bahan-bahan masak. So tengah hari ini nak masak nasi goreng kampung.

Kupas bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Tumbuk bersama. Panaskan minyak. Masukkan bahan tadi. Tunggu bagi naik bau. Masukkan nasi dan perencah nasi goreng kampung. Tak kisah jenama apa pun. Gaul hingga sebati. Masukkan telur di tengah-tengah. Gaul sekali dengan nasi. Tunggu hingga semua masak dan kelihatan boleh di makan. Siap....




Lepas makan tentulah mengantuk. Tidur kejap.

Bangun petang. Need same activity. Ok, nak kemas rak tv dalam bilik tidur yang sudah berhabuk itu.

Malamnya aku buat lagi nasi goreng macam siang tadi sebab ada nasi lebih. Tapi kali ni tak sesedap siang tadi. Tak pasti apa yang salah. Rasanya minyak terlebih kot. Hummmm......

19.3.20

--- Hari Kedua Perintah Kawalan Pergerakan ---

Hari kedua.......

Semalam tidur agak lewat kerana tidur siang Jam 3 pagi rasanya. So pagi ini sekali lagi terbabas sedikit. Tapi dah cover...... Semoga Allah mengampuni kita semua. Amin.

Perkara pertama hari ini aku fikir ialah nak makan apa? Nak masak macam semalam? Rasa bosan. Yes, install Food Panda. Food Panda ni baru seminggu lebih kat sini. Dua tiga menjak ni pun kelihatan dalam ig rakan-rakan, rancak mempromosikan food delivery. Lagi rancak apabila arahan atau Perintah Kawalan Pergerakan.


Sebelum sambung blog, usha-usha jap Whatsapp dan Teleg. Aduh, group apa plak ni add? Group AJK Covid19............. Ok, kena buat data nih...!!!

Nak layan tv? Ah...!!! Malas la tengok. #astro pun asyik bagi cerita pasal pembunuhan....penyakit....pembunuhan....penyakit....pembunuhan....penyakit....... Langsung tak ada yang positif. Mentality apa la diaorang ni.

Lunch dah sampai guys.... Nasi Ayam Otai katanya.


Selesai makan, tidur tengah hari hingga jam 3.30 petang. Bangun untuk Zohor. Itu ini.....Asar. Petang buat workout sikit. Maghrib....... Layan Avatar. Isyak........pastu join bacaan Yasin di rumah masing-masing.


Sebenarnya aku ada sedikit sindrom mudah panik. That why aku tak baca info-info covid ni. Ia boleh memberi kesan. Entah la. Lately ni aku mudah cepat resah pada sesuatu perkara.

Malamnya aku hanya masak nasi dan goreng telur jer. Sambal siang tadi sedap. Aku simpan sikit untuk malam. Hihihihi...


Zzzzz.....

Semoga Allah menolong kita dari #covid19

18.3.20

--- Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan ---

Macam biasa......jam dan henset alarm berdering seperti yang ditetapkan. Sama jer dengan semalam, semalam, semalam dan semalam. Covid-19 tidak memberi kesan kepada masa.

Aku terjaga.....cuma pagi ini terbabas sedikit hingga jam 7.15 pagi. Kelam kabut bangun untuk Subuh. Kemudian baca empat surah lazim dari Al-Quran. Baru mula buat sejak covid-19 ni. Manusia memang bila dah susah, baru teringat Tuhan. In Shaa Allah, akan cuba istiqamah. Mungkin ini panggilan atau mesej dari Allah kepada aku. 😓😓😓

Ke jendela. Nampak Syafiq tengah lepak-lepak bawah motor. Aku panggil jer terus dia menggelabah datang dan nak masuk rumah. Memang itu rutin dia. Aku pun terus bagi dia makan. Dia bukan nak makan sangat pun tapi memang dah otak dia telah diprogram begitu. Mesti nak masuk rumah.

7.40 pagi.....Dhuha... Bancuh air Nestum. Sementara tunggu sejuk, tengok group Whatsapp dan Telegram. Hanya sekadar skrol. Syarat jer. Terlalu banyak informasi. Pastinya informasi tentang covid-19. Arahan itu...arahan ini...... Memang aku takkan baca. Baca tajuk dan sikit-sikit jer.

Sapu sampah di garaj. Sambil melayankan Syafiq. Sisir bulu dia kasi bersih. Che Ta mana tah. Tak nampak plak pagi ni. Cabut-cabut rumput di depan rumah. Rumput sikit jer. Saja nak kenakan badan dan muka dengan matahari pagi.

Tak banyak kereta lalu lintas depan rumah pagi ini...

Jam 9 pagi, ke pejabat untuk ambil botol air yang tertinggal. Kena tahan dengan guard. Selalunya lepas tapi pagi ini ada guard baru. Pas plak tak bawa. Aduhhhh....!!! So kena tulis buku. Di samping ambil botol, nak hidupkan penghawa dingin di dalam bilik server dan matikan penghawa dingin bilik ict.

Terus balik. Tak mau lama-lama kat luar. Takut. Boleh lihat pagi ini, jalan utama lengang.

Di rumah, mengadap komputer pula. Semak email dan page.

Sedar tak sedar.....sedang asyik membuat blog, dah menghampiri jam 1 petang.  Rasa nak tidur kejap. Nak ambil sunat tidur sebentar sebelum Zohor. Tadi aku dah masak nasi, sardin dan telur. Lepas Zohor baru nak makan.

Menu hari pertama

Menu tengah hari. nasi + sardin + telur goreng. Nasi aku masak 2 pot. Senang nanti malam tak yah masak. Sardin pula tin kecil. Dalamnya ada 3 ekor. Aku makan 2. Seekor lagi untuk malam. Telur 2 biji. Habiskan semua. Malam goreng lain. Menu-untuk kelangsungan hidup. Hahahahahaha....

Petangnya melayankan I Can See Your Voice musim lama-lama. Kemudian kemas rumah. Vakum bilik tidur.

Maghrib...

Panaskan sardin siang tadi. Stimkan bronkoli dan goreng telur. Makan malam siap. Sambil layan Hellboy 2019.

Katanya ada live amanat dari PM. Aku tak sanggup lagi tengok dan dengar. Pada rakan-rakan, followlah arahan yang dikeluarkan. Untuk kepentingan sejagat.

Oklah, dah nak sleep. Esok nak menghadapi hari ke dua pula.

Allah.....semoga Allah membantu kita....amin....

Macam detailkan entry kali ini. Ye lah banyak masa. 14 hari tau perintah ini.

#civid19

29.2.20

--- Fun Ride ---


Hey guys out there.... Tengah buat apa hujung minggu?

Ok, minggu ni aku ada sertai fun ride sikit kat Kuantan. Ni member aku si Labu yang ajak. Tahun lepas register. Sedikit tak sihat tapi join juga. Mungkin dengan aktifkan diri dapat mengurangkan masalah kesihatan.

Ride ni anjuran UIA Kuantan. Ada 3 kategori; 72km, 200km dan 1200km. 72km adalah kategori fun ride.

Bagi kategori fun ni, routenya adalah dari UIA Kuantan ke UIA Gambang. Then patah balik ke UIA Kuantan. Crowd boleh nampak ramai juga. Flag off  jam 7.15 pagi dan kami pun berlepas.

Masa pergi aku macam sukses tapi masa balik aku pancit. Labu pun dah jauh meninggalkan aku. Arghhhh....!!! Rasa dah tak larat. Ride ni menggabungkan MTB dan RB. RB kita tolak tepi la sebab memang dah laju. Aku notice kebanyakkan MTB mereka ni bersaiz besar. No wonder la mereka boleh laju. Anggapan aku la. Hahahahahaha.... Tayar MTB aku jer kecil. Labu punya MTB pun besar.

Tak faham kenapa masa aku beli dulu macam tak saiz tu? Hahahahahahaha....

Cut off kam 2.00 petang.

Ada cabutan bertuah. Aku tak bertuah tapi Labu ye. Tahniah...!!!









Sekitar jam 1 petang lebih, kami pun balik. Uruskan diri dan rehat. Jam 3 aku akan bergerak balik. Esok kerja.

Labu kata nak follow hingga ke Pekan. Nak makan murtabak viral katanya. Tapi malangnya kedai tutup. Then membawa ke kedai murtabak lain. Hihihi....

Selepas murtabak layan cendol pula. Aku macam dah tak boleh masuk tapi tidak bagi Labu. Katanya dia dah banyak kehilangan tenaga masa cycling tadi. So ini adalah kewajipannya untuk add semula what he lost. OMG...!!! 😓😓😓

Di sini kami berpisah until next activity.


3.1.20

--- Jom Berbasikal ---

Dapat mesej dari Azri, ajak ride esok pagi. Dalam mesej tersebut katanya, Halim ON. Selepas 30 saat memblue tick mesej tersebut, aku pun reply ON juga walaupun lenguh-lenguh berbadminton belum hilang.

Cuma aku beritau Azri yang jika aku terlewat bangun, gerak jer dulu. Minggu ini aku asyik bangun lewat jer.

Zzzz....zzzz.....

Jam 6.15 pagi, aku bangun dan bersiap-siap. Kebiasaan ride adalah jam 6.45 pagi. 6.40 pagi, aku dah bersedia basikal di luar. Hummm...kenapa dia orang belum mesej "Jom"?

Tanpa membuang masa, aku pun gerak keluar. Pertama sekali, lalu depan rumah Azri. Masih gelap. Aku ke rumah Halim pula. Pun macam tidak kelihatan tanda-tanda Halim dah bangun. Halim ni mudah jer tandanya. Kalau pagar dah buka tu, maknanya dia dah ada.

Aku pun terus mengayuh. Sebenarnya sebelum keluar tadi, aku dah mesej tanya dia orang jam berapa? Tapi tiada respon. Setelah aku berkayuh sampai ke Petronas, dia orang baru reply. Kata Halim jam 7.00 pagi. Azri pula jam 7.20 pagi. 

Semasa aku di jalan area tanjung, angin agak kuat. Susah nak kayuh laju. Kemudian hujan renyai-renyai. Aku terus maklumkan kepada Halim dan Azri.

Aku sampai Pantai Air Papan. Hujan renyai dan berteduh di bas stand sambil menunggu mereka. Hampir setangah jam berlegar-legar di pantai, aku pun bergerak pulang. Dalam perjalanan itu, barulah berselisih dengan mereka. Aku cakap, jumpa di port sarapan.

Hujan turun dengan lebat semasa di kedai Kak Ju. 5 minit kemudian, Halim dan Azri pun tiba dalam kebasahan. Hahahahaha.... Berborak panjang hal-hal politik negara. Dari isu Dato' Maszlee Malik meletak jawatan sehinggalah ke isu Sirul dan Azilah.

Selesai bersarapan, kami menyambung kembali kayuhan. Singgah sekejap di kedai basikal.

Halim ajak ke pantai Dataran Mersing (dulu dikenali Dataran Pulau). Rehat sebentar. Kemudian pulang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...