10.12.12

--- Outdoor Session with Azam at UPM ---

Ok2....ni 4th time aku follow Azam berphotoshoot. Kapel yang sama actually cuma kali ni nak wat post wedding gitu. Last aritu kat Singapore. Tapi kali ni berkonsepkan picnic dan UPM telah terpilih sebagai lokasi pilihan. Kami pergi ke area padang ragut UPM. Mencari kawasan yang ader sepohon pokok yang rendang dan cantek. Berikut beberapa keping yang sempat aku snap.

Sesi bermula dengan adegan berjalan dan berlari menuju ke pokok.  Pastu picnic dengan baca novel dan main gitar.  Lakonan diteruskan lagi dengan main cat warna, belon2 dan kapal terbang kertas.  Fun2.....  Akhir sekali sebelum pulang, kami snap skit kat bawah.













Gambar2 yang elok disnap using camera Azam kot sbb dia OP. Aku hanya sekadar pembantu belakang tabir. Aku snap2 sekitar sesi tersebut sahaja. Apapun aku banyak menimba ilmu sepanjang berphoto bersama2 beliau. Tq 1 again.... Jumpe lagi nextime........




9.12.12

--- Persandingan Fazrul dan Azlina ---

Majlis bersambung di sebelah pihak lelaki pula di Felda Gelanggi, Jerantut, Pahanng. Kali ni Golok join sebagai pembantu. Katanya nak belajar dan mengisi masa lapang. Kami bergerak dari Putrajaya menuju ke Jengka 20. Naper Jengka 20 plak? Sebab kami bermalam di umah Amir, member aku. Tq Amir.

Shoot sama mcm resepsi belah perempuan. Cuma untuk belah lelaki ni, kami berpeluang buat outdoor sikit di Felda Residence. Namun tak lama kerana hujan turun. Apapun, yg pasti saya dah melengkapkan sesi seperti yang ditawarkan di dalam pakej aku tu.

Seterusnya tunggu album siap je lah k.












Di sini saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada pasangan, Fazrul dan Azlina. Disamping itu saya juga mengucapkan terima kaseh kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik2 bahagia anda berdua. Harap anda berpuas hati dengan service yang diberikan. tq......

2.12.12

--- Persandingan Azlina dan Fazrul ---

Ok, sambungan yang semalam punya k. Hari ni majlis resepsi di sebelah pihak perempuan, iaitu Azlina. Hari ni shoot ketibaan pengantin lelaki, santapan, pelamin wit family n friends, potong kek dan kamar pengantin. Settle. Outdoor xbuat sebab petang tu hujan turun dengan lebatnya. Seb bek dah buat semalam kan. Hihihihihihi...







1.12.12

--- Majlis Akad Nikah Azlina + Fazrul ---

Majlis Akad Nikah : 01.12.2012
Lokasi : Sik, Kedah
Pakej : Pakej 3 - 2 majlis + Mockup 15' x 15' + 14R pix with frame + 4R ( include 6R, A4 ) bawah 150 keping + unlimited softcopy

Majlis akad berlansung di masjid berdekatan rumah pengantin perempuan selepas selesai waktu Zohor. Balik umah makan2 kat umah pengantin. After that, lepas Asar, kami bergerak ke lokasi outdoor iaitu Taman Anggur, Beris Jaya. Motif buat sesi outdoor petang ni sebab takut esok busy ngan majlis. Selain itu, that time musim hujan. So better buat siap2. Kalu esok ader masa, kita wat lagi. Planning2....










Ini pic yg dipilih oleh pengantin untuk saiz 14R berbingkai mereka.

Ok, majlis persandingan akan sambung esok. Zasssss.......

26.11.12

--- Outdoor Session at SINGAPORE ----

Pengalaman baru hari ini, ialah kami ber outdoor shoot di Temasik a.k.a Singapore.  Wow....!!! Nice kot.  Pengantin plak spoting habis.  Maka tiada yang akan mutahil pabila kita nak berseni.  Yang penting enjoy dan itulah keinginannya.

Kami bergerak dari rumah pengantin dengan menaiki kereta Azhar sekitar jam 10 pagi.  Masuk Singapore dengan kereta sendiri.  Settle semua urusan kemasukkan, kami pun mencari lokasi2 menarik untuk shoot.  Kami melalui Jalan Orchard.  Terus terlintas tuk shoot street punya style.  Terus cari parking.  Dah dapat parking, diaorg nak gi kencing pulak.  Ok2..... ader la cerita menarik dari mereka kerana toilet Singapore xder paip air.  Bla...bla...bla....





Selesai di Jalan Orchard, kami menuju pula ke Merlion Statue or Merlion Park.  Ramai orang tapi kisah la kan orang lain.  Bestnya sbb suasana Singapore ni lain skit.  Kalu wat kat Malaysia wedding2 cenggini, nnt ader jer suara2 sumbang yang akan kedengaran.  OMG.......!!!

Hari sudah semakin lewat petang.  Nak shoot banyak lagi tempat tp disebbkan xberapa nak tahu sgt jalan2 Singapore ni, maka kami putuskan tuk ke Danga Bay jer.  Sebelum tu kami nak shoot kat USS.  Tapi cari punya cari USS tu dalam GPS xjumpa.  So dah malas, balik ke Malaysia je lah.






Perut dah berbunyi2 sebab xmakan lagi hari ni.  Last makan, pagi tadi jer.  Makan roti canai dan nasi lemak. Punya la kuat kijer sampai xsempat makan tengah hari.  Kaannnnn.....!!!

Walaupun malam, kami tetap shoot di sekitar Danga Bay.  Gambar memang cantik la kan dengan berlatar belakangkan kapal2 berlampu neon.  Habis shoot, baru la kami makan di area2 situ gak.  Kami pun balik.  Sampai di Parit Sulung sekitar jam 11.30 mlm.  Kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Putrajaya untuk hantar aku pulang.  Azam ke rumah kawannya dan Azhar pula balik kampung di Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...