Playback sikit, tahun lepas bulan 6 gak, biro ini telah mengadakan xpdc yg pertama. Pergi ker Padang, Sumatera Barat. Naik Gunung Marapi dan Gunung Singgalang. Best woooo......
So ini bermakna ini xpdc ke dua di bawah biro ini. Dah mcm projek tahunan plak. Kalu boleh mmg nak jadikan ia xtvt tahunan pun. Insya-Allah.
XPDC kali ini diarahkan oleh Saudara Abd Salam Adam. Beliau merupakan CEO Syarikat Utasjohan Sdn. Bhd. Beliau juga turut menyumbangkan kewangan untuk projek ni. Sponsor la. Gitu2... Tq pada beliau yg bermurah hati. Tahun depan sumbangkan la lagi k.
Mcm biasa la setiap projek mesti ada sejarah bagaimana ia berjaya kan. Mulanya nak buat Bromo-Semeru. Tapi disebabkan kekurangan contact time tu, maka di tukar kepada Gunung Kerinci dan Gunung Tujuh, Sumatera Selatan. Tapi entah apa masalahnya, di tukar pula ke Gunung Sinabung dan Sibayak.
Untuk pengetahuan juga, setiap xtvt, kami berusaha untuk menampilkan bakat setiap individu AUTeM. Dulu aku yg lead, so kali ni peluang diberikan kepada Saudara Salam. Next xpdc mungkin Nor Hazilina kot. Hope so....
Jom kita usha catatan blog sepanjang xpdc ni k.... Zasssss
15 Jun 2010 Selasa
Penat V2 belum habis dah kena rush tuk ke airport plak pagi tu. Aduhai... Tapi minat punya pasal, redah jer. Sesampai jer di rumah sekitar jam 6 pagi, aku terus berkhemas2 tuk next trip. Sempat la tidur sejam 2 sbb flight kul 3 petang.
Aku drive pergi ambil Salam dan terus ker rumah Fida. Parking keta ku kat sana, then ayah fida hantar kami ke KLIA. Sampai dengan selamat. Lepas ayah Fida beredar, terlupa plak sbb sepatutnya Kak Yan nak tinggal barang dalam keta Fida tu. Adehhhh.... Fida kena call n kejar ayah dia plak. True story tanya dia je lah.
Sementara tunggu fligt, kami sempat makan dulu sambil bincang2. Kak Yan korang dok bincang pasal menu makan apa tah.
Bincang pasal menu
Passport
Cite pasal kapal terbang ni malas lah citer. Bukan perkara baru pun.
Kami sampai sana agak lewat berikutan fligt delay.
Polinia Airport, Medan
Sesampai kami di sana, kami telah di sambut oleh Kabil, Kak Roy dan beberapa org lagi teman kami di sana.
Kak Roy ni kami kenal masa gi Singgalang tahun lepas. Pastu kami berhubung dengan fb. So kami minta bantuan dia sepanjang xpdc kami kelak. Nice org nya....
Transport pun dah siap ditempah oleh Kabil. Kabil benarnya sampai dulu dari kami sbb tiket dia exsklusif sikit.
Sebelum berangkat ke destinasi, kami makan dulu di KFC. Lapo la katakan.
KFC
Menu
Dah kenyang, kami pun naik pick-up tuk ke Dataran Tinggi Karo, Kabupaten Karo, Sumatera Utara. Di situ terletaknya Gunung Sinabung.
Malam itu perjalanan kami memakan masa hampir 4 jam. Bayangkan dalam sempit2 pick-up kami duduk. Perghhhh.... masa di Medan tu ok lagi. Tapi makin lama, makin sejuk kerna mula memasuki tanah tinggi.
Kesejukkan hawa sejuk nya begitu menusuk ke dalam tulang2 kami yg pada ketika itu tidak memakai baju tebal. Akibat tak tahan, aku meminta Salam memberhentikan driver agar dapat kami ambil baju tebal di dalam beg.
Yes!, akhirnya berjaya ambil. Kami meneruskan perjalanan. Dalam kegelapan malam, pandangan kami terhad untuk melihat pemandangan sekeliling. Yang pasti ader gaung dan gunung.
16 Jun 2010 Rabu
Seawal pagi kami dah bangun tuk siap2 nak nek Gunung Sinabung.
Pondok kecil
Pada pagi itu juga kami dapat melihat keindahan sebenar kawasan ini. Terdapat tasek yang besar. Tiupan angin pagi yg kencang, membuatkan suasana begitu dingin sekali. Dah macam dok kat oversea la plak.
Ni kat oversea ker?
Tika kami nak berjalan untuk ke pintu rimba, kami terdengar laungan suara seorg wanita memekik ke arah kami. Terkejut gak kami. Nape tetiba kan. Dalam masa yang sama Kak Roy, Dian dan Ulil pun pergi ker org tersebut.
Pastu kami di minta patah balik. Rupa2nya kami perlu mendaftar dan membuat pembayaran terlebih dahulu. Wanita itu plak adalah org kampung situ. Merangkap org yang bertanggungjawab menjaga kawasan ini.
Iakh3..... Dah jom la kita nek.....
Signboard
Permulaan trek tidak lah sesukar yang di jangka. Sama jer macam gunung kat Malaysia. Pokok2 tinggi. Tapi penat gak la. Berpeluh aku. Dah la time tu aku pakai baju 3 lapis sbb tadi sejuk nak mampuih. So skrg panas la plak kan. Hehehe.... Tanggal satu2....
2 jam pendaki, kami pun berhenti berehat. Time tu pukul 9.45 lebih2 waktu Malaysia (ini berdasarkan rekod pada kamera).
Masa rehat tu kami masak air dan makan roti bersapukan ikan tuna. Sedap sehhhh.....
Amboi2....bukan men lagi boleh berehat ek?
Penat yer!!!
Gaya seorang PM dan photographer rasmi xpdc
Dah2.... jom gerak. Kalu lambat2 bila nak sampai. Asyik berehat jer...
Perjalanan diteruskan tak kira apa pun rintangan. Kejap depan, kejap terkebelakang. Macam2. En. Fadli dah mental2 dah. Hahahaa....
Kami juga ada berhenti di beberapa lokasi lagi otw tu. Penat jer benti. Tak salah aku ader 5 station/checkpoint.
Last waterpoint
Daripada sini kami sudah menghampiri kawasan cadas (batu). Seperti kebanyakkan gunung berapi aktif lain, pokok2nya tidak sampai ke puncak.
Melalui kawasan cadas begitu mengujakan. Dengan pemandangannya yang begitu memukau. Kami dapat melihat keluasan tasik Lau Kawar.
Pendakian cadas walaupun indah namun begitu memenatkan dan psiko. Nampak mudah namun sukar benarnya. Aku sempat lagi berlumba2 dengan kereta VIOS. Hahaha....
Berhati2 k sbb ader batu yang licin.
Masalah rumahtangga
Injured
Kami sampai dengan selamatnya di puncak sebelum jam 1 tengah hari. Sampai jer puncak, semua org mcm org gila. Sebb happy sangat dan pemandangan yang indah. Nak snap sana la, sini la.
Cuaca plak sejuk dow dan kabusnya agak tebal. Sekali sekali panas menggigit kulit takkala angin meniup kabus pergi.
Gaya photographer profesional
Di atas puncak juga kami sempat masak air dan makan biskut. Cicah lagi. Sedap dow minum kopi panas2 waktu sejuk. Segar rasanya. Hehehehe....
Entah apa2 entah
Kat situlah Superman dilahirkan
Ni la puncaknya
Disebelah puncak itu ialah kawah gunung berapi tersebut. Walaupun tidak lagi meletus, namun ianya masih mengeluarkan wap2 panas. Juga terdpt sulfur2. Berbau gak rupanya sulfur ni ek?
Dikesempatan yang ada, aku, Der, Qabil, Lin dan Dian memberanikan diri untuk turun ke kawah nya. Kami nak tulis AUTeM kat bawah tu dow. Untuk keselamatan kami memakai facemask bagi mengelakkan terhidup bau sulfur yang berlebihan. Yang lain malas nak turun. Tak larat kata mereka. Kak Yan plak racun diaorg tu, lagi la.
Dah puas bermain kat atas, kami pun bergerak turun. Sebelum turun, Mas Dian memberi sepatah dua kata. Dia mengajak kita sama2 menjaga kebersihan alam. So otw trun tu, kutip la mana2 yg termampu sampah2 tu ye.
Jam 2 kami gerak waktu Indonesia dan tiba di bawah sekitar jam 6.30 lebih waktu Indonesia juga. Hujan renyai2 mulai turun. Angin juga sama tiup dikala itu. Sejukkkk....
Setia menanti di bawah ialah Roy dan Dani. Roy mencadangkan makan terlebih dahulu di sini. Ade satu kedai muslim kat situ. Menunya hanyalah nasi sama Indo Mee. Menurut Roy itu adalah menu standard di daerah ini.
So nak xnak, layankan ajer. Naseb baik kami bawa ikan goreng. So kami minta org kedai panaskan dan masak tumis. Dalam masa yang sama Salam menguruskan pengangkutan untuk mmbawa kami ke kaki Gunung Sibayak. Melalui Roy, kami berjaya mendapatkannya. Selesai makan, kami pun bergerak ke rumah tumpangan area sana.
Malam itu kami dapat mandi air panas kat rumah tumpangan tu. Wahhh!!!....best giler.
17 Jun 2010 Khamis
Malam yang boleh dikatakan amat selesa. Tempat tidur selesa. Mandi pun best. Hehehe....
Pagi tu kami masak nasi lemak. Kali ni aku dok dapur tolong diaorg masak. Bagus, semua makan habis apa yg di masak. Siap nak tambah lagi. Kak Yan kata lepas ni kita masak sikit sbb bila sikit ia akan jadi sedap. Semua org nak tambah. Tapi kalu masak banyak, xder plak yg nak tambah. membazir lagi ader la. Hmmm.... satu falsafah yg menarik.
Sarapan pagi
Hari ni kami akan mendaki gunung ke dua plak iaitu Gunung Sibayak. Menurut Roy, trek ke gunung ni just jalan tar jer. Pastu baru sambung trek batuan tuk ke puncak.
Mulanya aku xkasi Ara ikut sbb kesian kat dia sakit. Tapi dia tekat nak join sbb dah niat nak panjat gunung. Aku pun ok kan ajer. Fida kata aku berpaling tadah plak (lalang). Eeeee...
En Fadli pun mula2 xnak ikut sbb dah sakit lutut masa turun Sinabung. Tapi budak2 ni pandai pujuk dan kelentong, maka dia pun ikut juga. Hahaha....
Regangan
Puncak Gunung Sibayak dari rumah tumpangan
Dari rumah tumpangan, kelihatan puncak Sibayak yang berasap-asap itu. Takut tak? Gerun tak? Takkkkkkkkkkkkkkkk.............
Beli buah tangan
Ulil yang keren
Ulil dan Dian
Otw tu kami melewati stesen janakuasa elektrik wap. Haaaa... Pertama kali tgk janakuasa gunakan wap/stim. Tahu tak dari manadatangnya? Dari Gunung Sibayak ni la.
Memang benar kata Roy, trek dia hanyalah jalan tar. Ala2 nek gunung jerai gitu. Tapi penat gak. Hahaha.....
Dah mental si minah ni
Trek tidak la susah tapi mengambil masa yang agak lama. 3 jam gak la kami mendaki. Ini termasuk la berehat dan bagai2. Pendakian sampai dihujung dan kami memasuki trek berbatu untuk puncak.
Apa yang pasti, sepanjang pendakian, kami di sajikan dengan pemandangan yang indah bangat. Nice.... that y i love nature.
Dari jauh sudah kelihatan wap-wap panas yang keluar dari gunung ini. Bukan itu sahaja, terdapat bunyi yang agak kuat hasil dari hembusan wap itu. Ini menunjukkan betapa lajunya hembusan tersebut. Wow..... interesting beb.
Ala2 Khasmir kan....
Sesampai jer atas, aku pun snap pic sendiri dengan menggunakan tripod. Sementara nak tunggu yang lain sampai. Ambil pic sendiri lagi senang. Kalu org len ambil macam2 alasan. Tak reti la. Kamera mahal la. Eeeee..... pastu kalu ambil pun mesti xjd. Maleh kawan korang....
Styl sehhh!!!
Nama jer gunung berapi tapi sejuk dow kat puncak. Sampai jer sana, kami pun masak. Apa lagi kan. Tu la rutin kalu dah nek gunung. Mesti org lain terpikio, naik gunung nak masak jer ker?...Hehehe.... Aku akan jawab,"meme la. Naik gunung semata2 nak masak jer pun selama ni".Hehehe......
Rajinnya
Orang len bz masak, budak dua org ni dok gaduh. Awat hampa ni? Jgn kelai boleh. Nak kelai p jauh2. Pih...pih....
Masak Indo Mee jer. Bukan spegetti pun. hehehe.....
Siap makan kami bergambar sakan. Dian, aku, Yan, Lin, dan Ara turun ke bawah. Nak ambil pic dekat dengan hembusan wap panas tu. Ader belerang warna kuning lagi.
Kami juga sempat menyetuh air yang keluar dari puncak tersebut. Airnya menggelegak dan panas. Best nya....serius....
Air panas semulajadi
Belerang
Selesai bermain2 di bawah tu, kami terus ke bahagian sana pula. Menghala ke puncak tertinggi gunung itu. Atas sana tu ader transmitter-reciver apatah. Tuk alat komunikasi punya. Dan juga ada alat pengukur gempa bumi. Wow.....
Puncaknya nampak mcm tak tinggi, tapi ponek deng naik.
Macam2 stlye la diaorg nak posing. Lagak ngeri la. Tak ngeri la. Setengah ngeri la. Tak kurang juga ala2 wonder girl dan BFF. Eeeee......
Selesai bermain2 di bawah tu, kami terus ke bahagian sana pula. Menghala ke puncak tertinggi gunung itu. Atas sana tu ader transmitter-reciver apatah. Tuk alat komunikasi punya. Dan juga ada alat pengukur gempa bumi. Wow.....
Puncaknya nampak mcm tak tinggi, tapi ponek deng naik.
Semangat Ara
Macam2 stlye la diaorg nak posing. Lagak ngeri la. Tak ngeri la. Setengah ngeri la. Tak kurang juga ala2 wonder girl dan BFF. Eeeee......
BFF konon
Foto kumpulan
Foto comel
Dah puas ker belom? Kalu dah jom la turun. Dah lewat ni. Asyik lewat jer kita ni kan... huhuhuhu.....
Jalan menuruni gunung tidaklah lama seperti naik, tapi sampai bawah pun agak gelap gak la. Kami menaiki 2 buah angkutan yang membawa kami ke persimpangan jalan utama menuju ke Medan.
Di simpang itu, Roy menggunakan kemahirannya menahan mana2 pic-up atau transport. Tujuannya nak free. Tapi menarik dow sbb betul2 bagpackers. Dah mcam citer org puteh. Tahan jer mana2 keta.
Apa yg dapat aku pelajari ialah, org2 Indonesia ni mmg baik hati. Tidak sukar pun untuk Roy mendapatkan pick-up. Suasana sini seolah2 dah mmg mcm tu. Menarik sgt....
Malam tu kami akan bermalam di rumah Roy. Berdekatan dengan UNIVERSITI SUMATERA UTARA. Roy tinggal bersama2 dengan 4 lagi gadis/pelajar wanita. So aku tgk mcm selamber jer kami masuk. Diaorg tak kisah. Hehehehe....
Makan malam tu kami masak ration yang kami bawa dan beli. So jimat la sikit. Walaupun tidak mewah tapi sodap sebb lapo dan makan ramai2. Kahkahkah....
Zzzzz...Zzzzzz.....
18 Jun 2010 Jumaat
Hari ke berapa dah ek ari ni? Entah la. Korang kira sendiri lah ye.
Pagi itu kami siap2 tuk perjalanan yang jauh lagi. Ke tasek terkenal dan tertua di dunia, Danau Toba. Mcm biasa pagi tu kami bekpast dgn nasik goreng yang di masak oleh gadis-gadis Malaysia dan Indonesia.
Breakfast
Dalam masa yg sama, kebetulan ader org jual roti kat depan. Aku pun pergi la beli. Mak ai, murah giler. Roti yang seakan2 DUNKEN DONAT tu berharga Rp1000 jer. Mean xsampai RM1. Ya ampunnnnn....... Kalu kat Malaysia, busuk2 pun RM3. Hmmm.....
Boleh cepat sikit tak Salam.
Dah lepas makan pun masih bermasam muka. Der ni nak yg mana satu? Kakak atau adik?
Kalu tak ambil pic group mesti xsah. So ini la pic group dengan dak2 umah Roy.
Selesai makan, kami pikul beg dan bergerak ke jalan utama sambil menunggu angkutan lagi.
Nak gi ambil exam
Penantian
Perjalan untuk ke stesen bus kota boleh di kata sesak gak la. Selain dari jalan yang sempit, faktor kepadatan penduduk juga merupakan penyebab kesesakkan. Apa pun kami selamat sampai.
Selamat tak selamat, satu beg terjatuh dari atas bumbung angkutan semasa kat kota tadi. Eeeeee...ngerinya. naseb bek motor2 belakang bawa slow. Hehehehe.....
Selamber beg letak atas
Dari sini kami menaiki bus. Ala2 bus ekspress tapi tak mcm ekspress di Malaysia la. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam lebih gak la tuk sampai ke Danau Toba. So apa lagi, tidur je la.
Di sana nanti kami akan mencari tapak khemah. Mean mlm ni kami kena pasang fly. Hehehe... Sesampai jer kami di sana, kami menaiki ferry yang akan membawa kami masuk ke bahagian tengah Danau Toba.
Menariknya di sini ialah terdapt 2 org budak yang menyuruh kami melemparkan duit ke dalam laut dan mereka akan berenang untuk mendapatkannya. Campaklah sejauh mana, mereka akan kejar duit tersebut. Iskh3..... Kami pun cuba la. Pantas giler budak2 tu berenang. Sebelum duit tu jatuh ke dasar, diaorg dah dapat duit tu. Iskh3......
Happy
Gurau senda
Sekodeng
Xperimen tuk jd model
Masalah rumah yg tidak bertangga
Kemesraan
Ketenangan
Kami menyewa sebuah bilik untuk letak beg dan pasang fly kat luar. Malam tu kami baberkiu.
Cinta lokasi
Habis makan mlm tu, kami jalan2 ke kedai2 cenderahati.
Tulisan batak/aksara batak
Di kedai ni terdapat seorg gadis yg begitu pandai menyanyi. Sedap gak la suara dia. Kami sempat dihiburkannya dengan beberapa lagu.
Zzzzz...Zzzzzz....
19 Jun 2010 Sabtu
Lewat2...cepatannnn...
Hari ni kami akan ke beberapa2 tempat atau kawasan pelancongan terkenal sekitar Brastagi. Antaranya Rumah Raja Batak, Air Terjun Piso-Piso dan Air Terjun 2 Warna.
Dengan menaiki angkutan semalam, kami di bawa ke jeti. Sementara menunggu ferry gerak, kami sempat bershopping dulu di kawasan berdekatan. Kami juga berhasrat untuk melihat Tarian Patung Gale-Gale.
Mana satu patung Si Gale-Gale?
Weiiii!!!!!!!!!...bot mau jalan sudah. Lambat tinggal. Padan muka. Shopping tak hinggat.
Danau Toba seolah2 merupakan sebuah gunung yg sangat besar. Meletus jutaan tahun dahulu. Di tengah2 tasik ini terdapat lagi sebuah pulau. Tasik ini dikelilingi tanah tinggi yang di kenali Gunung Barisan.
Gunung Barisan
Kami menaiki 2 biji MPV yg ditempah khas semalam. Mereka akan membawa kami terus ke rumah Roy. Dalam perjalanan tersebut, kami berhenti di beberapa lokasi dengan pemandangan keindahan Danau Toba.
Seterusnya kami ke Rumah Raja Batak. Senibinanya seakan-akan rumah Minang.
Tempat pemujaan
Keranda dalam rumah
Senarai nama
Keseniaan
Seni warisan
Stor penyimpanan makanan
Penjara
Kukuh
Pelancong Malaysia
Kami menyambung kembali perjalanan yang terhenti. Terlalu jauh rasanya. Seterusnya kami akan ke Air Terjun Piso-Piso. Setibanya kami di sana, masih kelihatan tasik Danau Toba ini. Walhal kami dah berjalan hampir 4 jam lamanya. Berdasarkan pemandangan aku, Air Terjun Piso-Piso ini merupakan had lingkarangnya. Ending la kiranya. Iskh3....
Air Terjun Piso2 ni benarnya merupakan air terjun tertinggi. Tinggi mana aku tak tahu la. Di dunia ker, di Medan ker atau di Indonesia ker. Kedudukannya seolah2 air terjun Niagra tu. Tapi yg ni sedikit jer la. Air terjun biasa. Tapi tinggi dow. So untuk merasainya, kena la turunnnnnn kebawah sinun. Hahahaha....
Aku stay sampai sini jer sbb nak jaga camera. Kalu maju lagi akan basah sbb tempias air terjun. Diaorg ni pergi jer dah macam mandi. Basah habis. Padan muker kan. Rela jaga kamera lagi. Hehehe.... Apa2 pun selendang aku tu cantik kan???
Petang dah semakin larut ni. Oklah jom kita gerak. Kami naik kereta kami semula dan meneruskan perjalanan. Petang itu kami menempuhi perjalanan yg sgt jauh. Penat lagi kan. Pemanduan plak ala2 racing dengan jalan rayanya yang kurang baik. Fuhhhh......tidur asyik terjaga aja. Kaki aku pun beberapa kali krem. Aduhai....
Ada satu daerah tu banyak giler gereja. Kawasan tu macam ladang tau. Pastu ader gereja. Ala2 citer org putih kat ladang, pastu ader church. Rasa mcm bukan negara Islam. Roy kata, hampir semua penduduknya adalah Kristian. Rupa diaorg pun agak berbeza. Satu pengalaman yg lain la kan..... Mmmmm.......
Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Roy pada malam tersebut. Malam tu kami xmasak sbb malas dan xder ration. So kami makan kat kedai depan area USU tu jer. Hehehe....
Zzzzz....Zzzz....
20 Jun 2010 Ahad
Hari terakhir kami di Medan.
Cam biasa la cewek2 kitaorg bangun awal tuk buat breakfast. Makan2, pastu snap pic dgn teman2 Roy. salam dan bagai2. Tidak lupa untuk ucapkan terima kaseh atas kesudian membenarkan kami stay kat umah diaorg.
Kami berjalan ke jalan utama untuk mencari angkutan. Pagi ni kami nak gi shopping dulu. Biasa la, org pompuan matlamat dia shopping jer. Telekung lah, batik lepas tak terlepas dan bagai2 lagi. Aku pun sama sbb mak aku pesan kain telekung. Hahahaha.....
Pengalaman yg menarik gak berbelanja ditempat org ni. Hehehehe.... Ade mamat ni sampai ikut jer kitaorg sbb nak suruh beli barang dia. Naik rimas. Merayu dan pujuk2 lagi. Hahahaha.... Adat la berniaga kan.
Puas belum habis mmbeli belah, kami berangkat pula ke kedai outdoor. Haaaaaa.... ni yg baru betul. Area Universitas Medan, Sumatera Utara (UMSU). Kat sini dikatakan banyak kedai Eiger. Kedai mmg banyak tapi barang2nya agak tidak mengujakan. Berbanding masa kami kat Bukit Tinggitahun lepas. Lagi meriah sampai gelap mata nak beli macam. Kat sini hampa gak la.
So beli apa yg ader jer la. Aku beli beg Eiger 45L (Rp 600 000) dan beg camera (Rp 445 000) serta barangan kecil lain.
Jam dah melewati pukul 1.30 tgh hari waktu Malaysia. Flight plak jam 3.45 petang waktu Indonesia. Kami pun naik angkutan untuk ke airport. Terus check-in barang2. Barang aku bukan main banyak lagi. Mana tidaknya sbb tambah dua lagi beg. Hehehe.....
Masa ada lagi ni kami gi makan dulu kat luar tu. Siap buka ground lagi. Hahaha.....
Oklah, masa pun dah sampai. Sebelum berpisah, kami bersalaman dan mengucapkan jutaan terima kasih pada Roy, Dani, Ulil dan Dian yang terlalu banyak membantu kami sepanjang kami di Indonesia ni. Yelah dari ari pertama hinggalah habis diaorg bersama kami. Allah jua yg mampu membalasnya.
Senang2 datanglah Malaysia k. Suasana sedih takkala kami mula memasuki ruangan check-in. Yang mana2 cinta terpaksa di tinggalkan tu, sabo je lah. Balik nnt korang berfacebook je k.
Kami tiba di KLIA sekitar jam 6. Ambil beg dan bagai2 dan terus pulang ke rumah masing2. Ader satu insiden tu boleh plak beg hiking aku xder. Org tu kata mungkin beg aku tertinggal kat sana. Eeeee.... dah nak buat report ni, aleh2 walkie talkie dia kata ader satu beg lagi. Katanya terjatuh masa pindah naik lori. Cis... baru nak saman 1 juta ringgit.
Tamat sudah perjalanan kami. Satu lagi pengalaman menarik kami timba sepanjang xpdc ini. Apa yg penting silaturahhim itu semakin erat dia antara kami dan dapat kawan baru di Indonesia. Jumpa lagi tahun depan dengan next trip k.
~~~end~~~
best2....
ReplyDeletebest2x......... sgt best...!!
ReplyDeletenice picture....
tq miss fai....
ReplyDeletebest..best!!:)
ReplyDeletegambar pon tersangatlah menarik.:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteno tepon saper nak? no saya ker?
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete0125292953..... ni fb aku: Aefit Bentuah
ReplyDelete