22.3.14

--- Hari 2 Jalan Jalan di Beijing ---

Balik semalam tak keluar mana-mana. Just buat pengurusan diri dan buat persedian untuk hari ni jer. Google tentang Great Wall dan cara nak pergi. Setelah berbincang dan diputuskan semalam, kami ke Great Wall melalui entrance Badaling jer.

Badaling adalah entrance paling popular. Selain itu, ada juga entrance lain seperti Mutianyu dan beberapa lagi. Boleh pilih. Sambil tu berborak-borak dengan sweet couple, Alex and Lucy. Alex from Taiwan and Lucy from England.

Hari ni, kami bangun awal, Subuh semua bagai dan bergerak keluar. Destinasi hari ini adalah Great Wall of Beijing. Itu yang utama. Then ke stadium olimpik. Dua orang ni siap pakai baju kurung lagi. Katanya, itu wish diaorg. Aku nak juga tapi terlupa bawa. Arghhhhh……. Satu lagi nak buat profile pic kat fb konon2 ucapan selamat Hari Raya dari perantauan. Hihihihihihi………
DSC02627
Nak pergi kelas ke ni....?
DSC02629
DSC02631
DSC02633
DSC02638
DSC02639 2
DSC02643
DSC02644
DSC02649
Disiplin yang tinggi
DSC02650
DSC02651
DSC02652
DSC02653
Ok, dari hostel, naik subway. Then turun di Jishuitan (2) stesen. Berjalan lebih kurang 15 minit gitu, sampai di Deshengmenxi Bus Station. Tak banyak bus pun. Takpe, kami cuba cari bus bernombor 919 seperti yang dinyatakan dalam blog busuk. Kami bertanyakan orang. Tapi, biasa la mereka tak faham orang putih. Then aku tunjuk gambar Great Wall. Barulah diaorang beritahu kena jalan depan lagi. Kat tepi macam satu tembok besar di sini.

Yes dah nampak bus banyak.  Bus 919 pun ada. Mak ai, ramainya orang tengah beratur. Semuanya orang tempatan jer nih. Takkan la diaorang pun nak pergi Great Wall. Muka pelancong tak ada. Kami cuba bertanya orang situ, cara nak beli tiket. Lagi sekali, ayam dan itik bercakap.
DSC02654
DSC02656
DSC02658
Dalam banyak-banyak tu, ada geng baju biru. He can speak omputih. Dia bagi info tentang nak ke Great Wall. Dia kata selain bus, boleh juga naik kereta. Permulaannya kami ingatkan dia orang bus. Rupanya dia orang taxi dan kereta sapu. After that dia offer naik keta sambil memberitahu bahwa naik kereta lebih murah dan cepat berbanding bus. Kami macam termakan sikit kerana memandangkan orang sangat ramai beratur. Tapi kami nak rasa naik bus sambil lihat pemandangan.

Kami juga terfikir, jika naik kereta or taxi lebih murah, kenapa busuk tak tulis dalam blog nya. Maka, kami pun beratur la untuk bus 919. Ketika kami beratur tu, ada la beberapa orang yang dok beratur tu bercakap sambil tengok kami. Mereka seolah-olah sedang memberitahu kami sesuatu. Aku senyum-senyum je lah kan sebab tak faham.

Sambil bercakap, mereka juga menunjukkan satu arah sambil menyebut Badaling. So aku dapat tangkap bahwa ia cuba memberitahu bahwa, bus untuk ke Badaling adalah belakang sana. Kami pun bergerak ke sana sambil mengucapkan terima kasih.

Bus belakang sana ialah 877. Hmmmm…menurut busuk, naik bus 919. Tapi orang sini kata 877. Takpe, kami pun cuba bertanya dan ia betul. Bus ini adalah untuk ke Badaling. Secara kebetulan, untuk 877 ni tidak ramai orang dan ada mat salleh. Haaaaaaaaaaa……compom la bus nih. Fuhhhhh….terasa selamat kami. Rasa macam nak pergi kiss auntie tadi sebab bagitau. Pastu ada amoi sedang memanggil-manggil menggunakan mini mic nya…. Badaling….Badaling…..
DSC02659
DSC02660
DSC02661
Sambil beratur, kami bertanyakan herge tiket sebab nak menyediakan duit. Kata wanita tu, 12 Yuan. Owh…..murahnya. Tadi mamat tu cakap naik bus mahal. U all nak tahu berapa dia letak herge tambang kereta? 60-80 Yuan. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa………….. so clever ha meniaga. Huh…..

Takperlah. Maka, kami pun naik bus. Keadaan atas bus pula sangat kondusif. Maka, bergeraklah kami menuju ke destinasi. Perjalanan sangat lancar. Satu perkara yang aku perasan ialah, akan ada laluan khas bagi bus di setiap tol. Dan tol tidak dikenakan. Hmmmm….nice……..
DSC02662
DSC02665
DSC02667
DSC02668
DSC02669
DSC02671
Kurang sejam perjalanan, kami tiba dikawasan pergunungan. Dari dalam bus, kami dapat lihat binaan-binaan Great Wall seperti pintu-pintu gerbang. Semakin dekat, kami dapat perhatikan tembok tersebut nun jauh dipergunungan sana. Perasaan sangat teruja.

Satu lagi nak kongsi perkara menarik ialah, di atas bus ni macam ada tour guide. Macam dah automatik. Setiap bus ada. Dia akan bercerita la….bla….bla…..bla…… Compom la tak fahamkan. Tapikan, bila dia bercakap, sekali-sekala, dia akan melihat kami sambil bercerita seakan-akan kami faham. Hihihihihi……. Even dalam bus tu bukannya pelancong pun.

Aku terfikir bahwa benda ni memang dilakukan setiap kali. Cuba korang bayangkan, jika di negara kita. Pastu ada orang Melayu dok bagi penerangan pada majoriti bus adalah Melayu. Kompom terdetik dalam minda kita, jadahnya ko nak cerita-cerita ni kan? Macam tak tahu.

Keadaan ini sebenarnya satu disiplin. Cara amoi tu bagi penerangan sangat bersungguh-sungguh. Seriusly.
DSC02672
DSC02675
DSC02676
DSC02677
DSC02678
DSC02679
DSC02680
DSC02682
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi. Bus berhenti di sebuah bus stop dan semua orang turun di sini. Sebelum tu, wanita tadi yang bertindak sebagai tour guide tu mengeluarkan bendera kecil sambil bercakap la……..kami memang tak faham.

Tapi apa yang dapat aku simpulkan ialah, sebenarnya ini macam satu pakej dan one of business strategi. Haaaaaaaaa…..gi tuuuu. Dia tak paksa tapi dia cuba menarik minat pelancong. Nanti orang dalam bus tu akan follow dia sepanjang kat Great Wall tu dengan harapan, nanti balik, mereka akan naik bus yang sama. Tiket ni sehala ja. So untuk balik, tiket lain pula. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan. Bagi mereka yang tak nak, takper. Dia tak paksa. Bagi mereka yang malas nak serabut otak, ini memudahkan la.

Kami? Ooooo…kami ada plan sendiri. Maka kami tak ikut. Kami pilih jalan sendiri. Hahahahaha……. Masa turun tu, kami tercari-cari mana kaunter tiket ni. Sebelum tu, kami nak g toilet dulu. Tahap kebersihan toilet, 50-50.

Dalam masa yang sama, kami dok fikir, kat mana stesen keretapi yang diceritakan busuk. Hmmmm…… hasil pertanyaan, mereka kata kena berjalan lagi untuk sampai ke kaunter Great Wall. Ok, jalan je lah. Seb bek sejuk. Perjalanan sekitar 2km la. Hihihihiihi……
DSC02683
DSC02684
DSC02685
DSC02686
DSC02688
DSC02690
Ok teruja sangat bila dah sampai batu yang bertulisan cina ni. Tak faham pun tulisan tu, tapi feeling excited. Hahahahaha…… Atas bukit sana nun dok nampak dah Great Wall. Takper, kita bergambar dulu sebagai bukti. Hahhahahaha……..
DSC02691
DSC02692
Kami pun berjalan masuk untuk mencari kaunter tiket. Panas dan sejuk. Orang pun tak ramai sangat. Seronok berjalan, kami tak perasan langsung yang kami dah melepasi entrance. Gambar kat atas tu adalah entrance. Tapi kami tak sedar. Kami berjalan jer sehingga melepasi gerbang depan tu.

Dalam gambar ni nampak macam landai tapi sebenarnya ia condong. Bermakna kena mendaki la gitu. Pastu dengan suhu yang baru ni, pernafasan pun agak tercungap-cungap sikit. Hidung aku plak berdarah sikit sejak sampai sini.
DSC02693
DSC02694
DSC02695
DSC02696
DSC02697
DSC02698
DSC02699
DSC02700
DSC02702
Dah berjalan agak jauh, kami pun macam pelik kerana tak sampai-sampai lagi. Laluan ni macam dah semakin menurunkan. Kami berpatah balik dan nampak signboard entrance. Haish…….

Aku pun berkata, kenapa letak signboard dari arah sini ja? Orang yang dari arah sana macam mana nak tahu? Hahahahaha….sebenarnya ada jer signboard dari arah sana. Kami jer yang terlepas pandang. Cuba tengok gambar yang kat atas sana, ada signboard kan. Hihihihihi……

Harga tiket untuk dewasa adalah 45 Yuan, sepertimana yang tertulis.
DSC02703
DSC02704
DSC02705
DSC02706
DSC02707
Selepas beli tiket, naik atas gerbang tu. Rupa-rupanya, itulah entrance nya. Ok, nanti, akan ada 2 arah. samada nak ke kiri atau ke kanan. Aku tak ada gambarnya sebab gambar tu dalam handphone yang dah hilang kat Chengdu tu. Dia akan tulis, jika ke kiri, ada apa dan kanan ada apa. Memangdangkan tak tahu apa yang ditulisnya, kami pilih kanan sebab orang tua-tua kata, langkah kanan. Hihihihihihi…… Salah satu yang aku faham ialah 10 Tower. Hmmmmm…. Jika nak pergi ke dua-dua laluan, rasanya makan tahun kot.

Satu tip yang perlu difikirkan untuk memilih laluan, adalah, exit nanti. Samada exit di sana atau patah balik. Haaaaaa…..plan betul-betul.
DSC02709
DSC02711
Tower ni bermaksud yang petak-petak tu. Nampak tak dalam gambar? Lebih kurang macam stesen la. Ada bahagian-bahagian tertentu, anda boleh juga turun ke bawah sebab dia ada macam satu part di bawah tu. Disamping itu, ada satu stesen dimana, anda boleh naik gelongsor dan akan sampai ke bawah sana. Something like roller coster la.
DSC02712
DSC02714
Sambil dok jalan tu, ada jer mata-mata yang melihat diaorg ni. Sebab apa? Sebab pakai baju kurung. Mungkin diaorang tak pernah tengok kot. Atau diaorang akan kata, apa la minah ni pakai baju macam ni datang Great Wall. Hahahahhaha…….

Aku memang dah niat nak tahan sejuk. Tak nak pakai baju sejuk masa mendaki Great Wall nih. Hihihihihi…… Tengok orang tempatan, pakai baju tebal-tebal. Mula-mula tu memang sejuk tapi bila dah mendaki nih, ketiak pun dah mula basah. Hmmmmm…….

Nak cerita tentang betapa gahnya Great Wall ni agak sukar. Sebab ia melibatkan feeling. So memang korang kena datang sendiri. Cuma dari sudat lain, ianya agak kureng sedikit dari segi ketinggian. Pada fikiran aku, tembok ni sangat tinggi dari tanah, rupanya tidak. Tembok tu tak tinggi sangat dari tanah. Cuma ianya tinggi sebab dibina di kawasan pergunungan. Haaaaaaa…… hihihihihi…… Panjang? Yup, memang panjang. So nak berjalan satu hari memang tak larat kot. Orang lain tak tahu la. Hihihihi….
DSC02715
DSC02717
DSC02718
DSC02720
DSC02722
DSC02724
DSC02726
DSC02728
DSC02733
Haaaaaaaaa….nampak tak tower belakang sana nun. Mampu ke nak sampai sana? Aku memang dah target nak habiskan jua. Aku akan keluarkan semangat naga yang telah lama tersimpan dalam badan ini. Inilah masanya.

Tip lain, sesiapa yang takut kulit burn, sila bawa payung atau pakai sunblock ye jika datang season cenggini. Walaupun cuaca sejuk tapi terik matahari tetap membakar. Tapikan, why orang Cina sini tetap putih. Tak burn pun. Hmmmmm……
DSC02735
DSC02736
DSC02739
DSC02740
DSC02743
DSC02744
DSC02746
Ok, apabila dah sampai yang dekat sini, didapati, tembok ni dah terputus. So akan ada lecongan. Bukan baru putus. Dah putus atau runtuh sejak zaman berzaman. Mungkin disebabkan pergerakan tanah kot. Atau pun memang ianya tidak bersambung sebab terdapat batu besar. Nak tahu, kena datang buat kajian.

DSC02747
DSC02749
DSC02750
DSC02751
DSC02753
DSC02754
DSC02756
DSC02759
Selepas dari tower tertinggi tu, masa untuk turun pula. Ada 2 pilihan, samada nak sambung atau berpatah balik. Alang-alang sampai, baik cover semuakan. So kami teruskan walaupun dalam fikiran kami time tu, dok fikir, exit dimanakah tembok ini.

Dari sini, kecerunan tembok sangat extreme ok. Sangat-sangat tidak sesuai bagi mereka yang dah berumur atau mempunyai masalah lutut. Tak percaya? Takper….. Ada orang tergelincir masa turun. Hahahahaha…… Tapikan, dalam bahaya-bahaya tu, ada juga pelancong Cina ni, wanita, siap pakai hill. Korang mampu? Tapi terkial-kial la dia turun. Ada laluan yang licin dan ada yang bertangga. Tangga tu pun aku dah gayat sebab cerun sangat.

Dalam gambar diaorg duduk-duduk ni bukannya posing pun. Sebab penat. So untuk tidak nampak penat, bergambar la kan. Haaaaaa….permainan tu.
DSC02761
DSC02765
DSC02770
DSC02771
DSC02777
DSC02782
DSC02784
DSC02787
DSC02789
DSC02791
DSC02792
DSC02793
DSC02799
DSC02803
Akhirnya, kami sampai di exit. Actually, kami exit sebab semua orang exit situ. Lagipun, memang dah penat. Untuk pengetahuan, ada jer lagi laluan tembok tu ke depan. Tapi dah tak ada orang yang pergi, maka kami rasa, this the exit. Masa yang kami ambil plus minus 2 jam.

Sebaik sahaja exit tu, kat bawah akan ada kedai-kedai jual suviner yang cantik-cantik pada pandangan mata. Sorry, tak beli sebab duit tak ada. Huhuhuhuhu……. Haiwan beruang pun ada.

Perut dah berdendang. Lapar. Kami mampu beli ubi bakar shared 3 orang. Singgah toilet, tp aku tak jadi kencing sebab, ……………… hmmmm, faham-faham je lah.
DSC02808
DSC02809
DSC02811
DSC02814
DSC02816
DSC02817
DSC02819
DSC02821
DSC02825
DSC02808-3
Ni nak story. Rujuk map, so baru la nampak clearkan. Nanti turun di bus stop. Pastu berjalan naik tangga. Follow anak panah hijau sehinggalah jumpa entrance. Beli tiket pastu jalan-jalan la sepanjang tembok tu. Last sekali, Tower 10 dan keluar. Cuci mata dengan kedai-kedai cenderahati. Sesiapa yang nak bergambar bagi seorang Maharaja China pun boleh. Bagi makan beruang.

Jumpa semula bus stop tadi. Follow semula jalan tu sehingga entrance. Teruskan lagi melepasi gerbang tersebut. Yang tadi yang kami terlajak tu. Jalan terus sehinggalah jumpa Stesen Keretapi Badaling. Dalam perjalanan tu juga, akan jumpa stesen kereta kabel.

Jarak dari exit tu nak ke stesen keretapi, boleh dikatakan agak jauh. Not rekemen pada yang ada masalah kaki atau yang cepat penat. Tapi bagi yang nakkan cabaran, why not. Selamat mencuba…!!!
DSC02826
DSC02828
DSC02829
DSC02830
DSC02831
Stesen Keretapi Badaling
Beli tiket dengan harga 6 Yuan seoarang. Lagi sejam keretapi. Kami solat dululah kat sini. Solat sambil duduk atas kerusi dengan perasaan takut. Huuhuhuhuhuhu……. Wuduk memang susah sebab tak ada pancur. Pancur hanya di singki kat luar.

Kami isi air dalam botol, then masuk dalam toilet. Huhuhuhuhuhu……..
DSC02832
DSC02836
DSC02836
DSC02837
Tiba di Beijing North Railway Station sekitar jam 3.00 petang waktu Mesia. Wow……besar stesennya. What next destination? Yup…..Olympic Stadium.

Seterusnya, kami nak beli tiket keretapi ke Xi’an. Ok, kat sini pun letih gak nak story sebab masalah bahasa. Tapi menarik bila dikenang. Haaaaaaaaaaaa…..sebelum tu, kami ada masalah nak mencari kaunter. Orang mungkin akan kata, alah, kaunter tiket pun susah ker? FYI, dalam bangunan ni banyak laluan, banyak gate, banyak lorong dan banyak orang. Dalam tu jugaklah subway lagi. Ditambah dengan semuanya bahasa Cina. Penat meneka dan mencari, kami jumpa kaunter pertanyaan. Yes…alhamdulillah.

Kat kaunter tu ada auntie. Kami pun tanya la. Alahai…..auntie ni tak faham pula omputih. Garu kepala kami. Aku siap berlakon lagi menunkukkan beli tiket. Dia tak faham sambil cakap Cina. Kebetulan, ada pengawal. Pengawal ker? Nampak macam polis pun ada. Tak kisah lah. Auntie tu panggil 3 orang tu tuk bantu. Hmmmmmmm….lebih kurang dan mereka pun tersenyum-senyum. Lastly, kami naik jer tangga dan jumpa.

Kami hantar Yana untuk beli sebab dia otai dalam travel-travel nih. Tapi, nasib baik kami dah minta awek hostel tuliskan dalam bahasa Cina kat kertas. So kami just tunjuk pada dia jer. Mula-mula macam dah senang, tapi masalah timbul biler soft sleeper habis dan jadual keretapi yang kami nak, habis… Haaaaaa…dah mula la. Awek kaunter dok cakap Cina tanya kami bla…bla…bla…. Pastu dia tunjuk skrin untuk kami pilih time. Hmmmm….sama gak sebab tulisan Cina gak. Hahahahaha….pastu awek kaunter panggil pegawai lelaki lain. Riak muka awek tu macam takder ekspresi dan kadang-kadang dia tersenyum sebab situasi ni…….. 15 minit bergelut, akhirnya berjaya. Fuhhhhh…..!!!

Alang-alang di kaunter tiket, kami nak beli terus tiket dari Xi’an ke Chengdu. Kali ni diaorg hantar aku. Ok, aku sahut cabaran tersebut. Muka awek kaunter tu dah macam sedikit tersenyum sebab dia dah terfikir situasi yang sama bakal berulang. Hahahahahahahaha…… dan berjaya. Hahahahahahahahahahahahahahaha…………

Tip yang nak dikongsi, minta orang hostel tulis dalam bahasa Cina, lokasi, senarai jam dan kreteria lain yang korang nak. So nanti bila nak beli tu, korang susun tulisan Cina tu supaya menjadi ayat. Nak shared gak, nombor digit pun orang Cina, ada yang tak tahu. Diaorang totally Chinese Language. Aku siap lukis gambar bulan lagi nak menunjukkan malam sebab dia tak faham a.m dan p.m. Tapi, dalam tak tahu bahasa mat salleh, China merupakan negara kuasa veto. Korang mampu?

Next, nak pergi  Stadium Olympic atau dikenali stadium sarang burung.
DSC02838
Kami tengok map mencari gambar stadium tu. Hmmmmm…tidak jumpa. Subway punya map pun kami usha-usha. Pastu gi temgok map yang besar kat luar bangunan pulak. Gagal. Hmmmmm…… Kami turun dan sekali lagi jumpa auntie tu. Hihihihihihihi……. Auntie tu dah tersenyum-senyum.

Kali ni aku buat aksi burung nak menggambarkan stadium sarang burung. Auntie tu dah tergelak-gelak. Ada gak aku buat aksi sukan-sukan olimpik bagai, dan akhirnya entah macam mana, dia macam dapat hidayah kot. Dia ambil subway map dan tunjuk subway mana yang perlu turun. Dan, paling hampeh, station tu memang tulis Olyimpic Sports Center. Hihihihihi…… So, naik train menuju ke Olyimpic Sports Center (8).
DSC02840
DSC02843
DSC02846
DSC02847
DSC02848
DSC02849
DSC02851
DSC02853
DSC02859

DSC02867
DSC02861
DSC02867
DSC02871
DSC02872
DSC02874
DSC02878
DSC02879
National Aquatics Centre. Waktu masih siang, so masih belum nampak dia punya cahaya. Tunggu malam. Sambil duduk melayankan cuaca sejuk, kami buka la roti keras dan tuna. Apalagi, makan la. Sambil-sambil tu memerhati keadaan sekeliling. Melihat sekumpulan warga emas, berjalan dalam barisan. Hmmmmmm……sangat berdisiplin orang-orang China ni.

Aku ada insta beberapa keping gambar ni masa kat sana. Antara solan menarik dalam komen, “Wei! Hang pi Beijing dengan Persatuan Guru Besar ka?”. Melayankan komen tu, aku jawab jer, “haah……”. Sambil tangan kat dada, mata pandang atas……Kahkahkahkah………. Pakai baju kurung dan sweater. Hmmmm….. Guru Besar sangat….hihihihihihi……
DSC02884
DSC02903
DSC02905
DSC02907
DSC02908
Hari pun dah malam. Dah penat, kami pun pulang ke hostel…….. sebelum tidur, sempat berbual-bual dengan Alex dan Lucy. Smile

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...