16.9.14

--- Hari Kelima : Lastday in Sabah, Trus Madi in memories ---

16 September 2014
P: Malam Ku Bermimpi
Hai dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada
L: Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa
P: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu
P&L: Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda
L: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu
P&L:Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda
Bangun awal pagi, aku pasang lagu P Ramlee & Saloma – Malam Ku Bermimpi. Motif? Tak ada motif. Sesaja ja sebab tetiba nak dengar lagu tu. Hihihihi….
Packing dan bergerak ke ruang makan untuk breakfast. Then check-out. Kami bergerak balik ke Borneo Backpackers, Kota Kinabalu.
SONY DSC
Di Borneo Backpackers, kami take time untuk berehat sekejap sebelum pergi bershopping. Time ni ada yang nak check e-mail, check ticket, check-in dan serve ticket Air Asia untuk next destination. Air Asia sedang promosi. #kaurasa?
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Then, kami pun keluar berjalan-jalan di sekitar Filipina Market. Aku macam biasa la, tak shopping sangat. Just nak cari key-chain untuk orang-orang kampung jer. Mutiara-mutiara dan ikan-ikan kering ni, memang langsung tak tengok la. Tak larat nak beli. Tu tugas gadis-gadis kita. Selamat bershopping ok.
SONY DSC
SONY DSC
Masa hampir tiba untuk aku, Azizah dan Zul bergerak ke airport. Flight aku dan Zah, 1630. Ada yang flight petang lagi. Ada juga yang malam. Bukan itu sahaja, esok pagi pun ada. Hihihi…. Tak puas dok Sabah katanya. Ok, faham
Kami bertiga order teksi melalui auntie hostel. Azizah dan auntie tu deal RM30 ke airport. When kami nak naik, driver tu cakap RM50. Huish….! Alasan dia sebab berbeza airport. Hmmmm……~!@#$%^&*. Naik juga lah. Nak bertekak pun dah time is come. Choy punya driver… Nextime tak nak driver teksi ni dah. Bueeekkkk….. Smile with tongue out
Teksi menghantar aku dan Azizah dulu di KKIA Terminal 1 kerana kami naik MAS. Bersalaman dengan Zul. Zul ke KKIA Terminal 2.
Kami berdua check-in luggage. Disebabkan pertama kali di KKIA T1, agak jakun la sebab salah masuk. Hahahahaha….. Takper, kita belajar dari kesilapan.
IMAG0839
IMAG0840
IMAG0841
IMAG0843 copy
IMAG0852 copy
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
1630, kami pun naik flight dan terbang balik ke KLIA 1. Maka tamat sudah trip ini. Hihihihi….. Ops..!!! Terlupa nak story, kurang 15 minit fly, kami mendarat di Labuan Airport. Nak turunkan dan ambil penumpang. Hmmmm….macam naik bus plak kan. Hahahaha….
Tapi tadi di udara, agak kecut skit aku sebab flight macam goyang-goyang sebab awan tebal. Kapten ada umum yang cuaca kurang baik. Pakai tali pinggang molek-molek katanya.
SONY DSC
SONY DSC
IMAG0860
SONY DSC
SONY DSC
IMAG0870
SONY DSC
Pramugara/i siap-siap mengedarkan makanan. Hihihi……. Selesai makan, bosan. Aku cuci-cuci kamera. Pastu tidur. Buka mata dah sampai. Alhamdulillah….
Kesimpulan trip Trus Madi, BEST. Treknya tidak sukar. Mudah sahaja dan tidak jauh pun. Menurut info bahawa warga emas umur 65 tahun pernah mendaki. Maka jangan segan-segan nak mendaki ok. View masa aku naik ni berkabus. So tak nampak sangat. Untuk aku, tak kisah pun. Janji happy dah sampai ke puncak dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Syukur……
Line up? Hmmmm…..jujurnya ok. Lagipun ni fisrtime trip sama kan. So belom mengenali dengan lebih dekat. Lagi saya ni pemalu. Alahaiiii…….kihkihkih….. In shaa Allah, nextrip kita sama-sama lagi ok. Di samping itu berasa gembira kerana dapat trekking bersama senior-senior dalam dunia hiking ni seperti Sem, Uncle, Amir, Man, Zul dan ……….. sesiapa yang rasa seniorlah. Hikhikhik….. Trekking bersama senior ni best sebab kita dapat ilmu. Boleh lihat bagaimana mereka berfikir secara rasional jika berlaku masalah dan memberi pendapat. Al maklum la, saya baru berjinak-jinak. Kihkihkih……
Gogo dan ahli dapur adalah terbaik. Amir, Sem, Atok, Acap, Bad, dan ……….. sapa-sapa lah. Semuanya best dan sangat kommited pada task yang diberikan. Pendek kata, bila depa ajak tuk nextrip tu, aku suka la. Tapi tak tahu la jika depa yang tak suka aku. Hahahahahahahahahaha……
Perkara paling tak boleh aku lupa trip ini dan menyentuh perasaan ialah masa aku beri Snickers pada Emelda (guide wanita). Dia ambil dan bau. Then berkata, “Ini coklat mahal”. Dia simpan. Tak makan. Masa dia buat macam tu, aku terfikir seolah-olah dia mendapat sesuatu yang berharga yang jarang dia perolehi. Hmmmm……
Sama juga dengan guide masa naik ke puncak. Aku tak ingat nama. Aku bawa kurma. Bile rest, aku kasi kurma pada guide tu. Walaupun dia sedang hisap rokok, dia berhenti hisap dan ambil kurma. Dia tak tolak pemberian kita. Kan kalau orang kita, jika kasi, malu-malu nak ambilkan sambil menolak.
Perkara paling ralat ialah aku tidak memberikan lebihan coklat-coklat dan biskut-biskut pada guide-guide. Sebenarnya dah niat nak bagi pada Emelda, tapi masa nak berpisah tu, ada ramai sahabat-sahabat dia yang lain. So takut ada yang berkecil hati tak dapat. Sampai balik sini pun rasa macam menyesal sangat tak kasi. Tapi takpe, mungkin bukan rezeki.
Seterusnya, aku baru tahu bahawa selain Sinua Trail, ada trail lain iaitu Tambunan. Seingat aku, memang aku mati-mati itu trail Tambunan sebab memang dah search kat internet. Masa sampai kat Keningan tu nak tanya gak tapi takut nanti dikatakan tak elert pada info yang diberi dalam group apa ker. Hihihihi……. Di airport baru la Azizah cakap yang Tambunan Trail tutup untuk naik taraf. Katanya nak buat jalan tar sampai ke puncak. Ooooo….. Takper, mungkin kena repeat sekali lagi kot melalui sana plak. Hihihihi…….
Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya sepanjang trip terdapat kesalahan yang saya lakukan tanpa saya sedari. Mungkin kurang senang di mata rakan-rakan. Mungkin saya kurang beri kerjasama atau sebagainya. In shaa Allah jumpa nextrip.
Assalamualaikum…
Sebagai tanda kenangan, sedikit vidoe…..hihihihi….


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...