22.10.14

--- Episod 1 : Berhid - Yong Yap - Bubu - Tok Nenek ---

*gambar-gambar adalah dari pelbagai kamera. Gambar yang takde watermark, bermakna bukan dari kamera aku.
*semua masa perjalanan, aku rujuk dari data yang tercatat dalam kamera.

Hmmmm…..trip ni aku follow orang jer. Tak rancang lansung. Selesai pre-wedding Nas, aku rasa macam bosan plak tetiba ada lebihan cuti Deepavali. Mulanya Fie-Da ajak buat aktiviti. Aku cakap ok jer. Then, saja tanya Abg Man, apa dia punya aktiviti cuti Deepavali.

Dia cakap nak gi BYYBTN. Berkerut dahi aku. Apo bondo eh? Abg Man explain, Berhid – Yong Yap – Bubu – Tok Nenek. Oooooo…. Aku tak rasa wow sangat sebab dah pergi kecuali Berhid. Dah graduat kat Yong Yap dengan MSU. 2 3 kali dok fikir, akhirnya terjoin gak.

Dah tekad tak nak pergi dah Yong Yap. Adoooiiii….gatai pergi juga. Hmmmmm……
Sebelum meneruskan catatan log ni ;-
1. Terima kasih kepada En. gogo kerana sudi menerima aku join this trip.
2. Line up trip ni boleh dikatakan on time. Ini membuatkan aku yang nerbes sebab takut tak boleh nak catch up.
3. Gogo yang sporting malah sangat laju. Pandai bergurau. Pandai masak. Pandai baca doa (kena la puji supaya nanti boleh follow lagi…hihihi)
4. Line up tak ada yang injured. Alhamdulillah…
5. Crew wanita, Siti aka Qayyum yang gagah giler. Beg dia lebih berat dari aku, tapi dia boleh laju. Haaaaaaaaaaaaaaa….
6. Line up yang sporting walaupun tak ada ice breaking. Aku tak kenal sesiapa pun kecuali En. Shariman sebab pernah Trusmadi yang lepas.
7. Perkataan HAKAM disebut paling banyak bermula dari berkumpul di Gombak sehinggalah hari terakhir. What so femes HAKAM tu? On trek HAKAM. Sedang masak HAKAM. Gurauan pun HAKAM. Nak tidur pun HAKAM.
8. Disiplin line up tahap A ok. Bangun pagi jer, terus lipat fly. Tak berlengah-lengah.
9. Uncle David yang power. Bad aka rambo.
10. Mereka semua adalah anak-anak muda yang bakal menggantikan guide-guide pada masa depan kelak.

21 Oktober 2014, semua berkumpul di LRT Gombak jam 9.00 mlm. Pengangkutan adalah carpool system. Gogo cakap, aku kena bawa kereta jika nak pergi sebab tak cukup. Dengan pantas, aku pun berkemas. Ration personal, bawa yang mana sempat jer.

Abg Man sampai. Baru la berkenalan dengan yang lain-lain. Masa aku sampai tu, aku memang dah perasan diaorang ni. Tapi malu la nak tegur. Kang salah orang. Takper, pergi makan dulu sebab gogo belum sampai.

Pecah ration. Divide kumpulan untuk naik kereta. 2 kereta ditinggalkan, kereta aku dan Ahmad. Lebih la pula. Hari tu cakap tak cukup.

Memulakan perjalanan sekitar jam 11.00 malam lebih. Lokasi perjumpaan seterusnya ialah Hentian RTC, Perak (2.40 pagi). Tidur sana sekejap. Jam 4 pagi, baru gerak ke Balai Polis Lojing.

IMAG1053


IMAG1054

IMAG1057

IMAG1059

20141021233656

22 Oktober 2014, 4.00 pagi, kami dah siap-siap dengan pakaian trekking dan memulakan perjalanan. Exit tol Simpang Pulai. Singgah breakfast di Nasi Kandar Karisma. Macam pernah datang jer kedai ni. Hihihihi…… Tapau lunch.

Gerak masuk menuju ke Balai Polis Lojing. Sila berhati-hati kerana suasana jalan yang licin dan berkabus.

Tiba di balai polis, terdapat satu group lain yang mengadakan aktiviti mendaki. Tapi diaorang tak pergi Berhid. So, 4x4 (anak Kumar) tu hantar mereka dulu. Ini memberi kesempatan kepada kami untuk Subuh dan perkemaskan haversack kami.

Sejam lebih kemudian, 4x4 pun sampai. Kami pun cergas naik dan dibawa menuju ke Kampung Kuala Regil. Masa kami sampai tu, group satu lagi sedang group foto. Dulu masa balik kot sini, waktu malam, so xnampak suasana sebenar. Kalu ni masuk waktu pagi, so boleh tahu. Hihihihihi……… Dulu jalan lagi teruk kot.

Taklimat dari gogo, Nas (fb : Kasut Getah). Taklimat ni sangat bagus sebab well prepared. Siap ada visual peta lagi. Terbaik dari gogo. Hahahahaha. Target hari ini ialah Kem Y Kecil. Kita akan bermalam di sana. In shaa Allah, kita akan sampai sebelum malam. Bacaan doa dan berjalan melintasi jambatan Kampung Kuala Regil. Bertemu dengan guide orang asli, Pak Dak yang bakal menjadi penunjuk arah. Berikut adalah senarai line up ;-
Pak Dak
Nas (gogo)
Siti (crew)
Uncle David
Amat
Awi
Bad (Rambo)
Asyraf
Ayam
Zul
Nazrin
Man
Ben
Am
Ayat
Arep (sweeper)
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Sejam lebih berjalan, kami sampai di Kem Y Besar atau persimpangan Tok Nenek. Kami sempat bertembung dengan group tadi di situ. Mereka akan menuju ke Tok Nenek pada hari pertama itu.
Berhenti ambil nafas kejap. Sambung meredah sungai sehingga kami berhenti makan tengah hari 4 jam kemudiannya. Menurut sumber, terdapat 21 lintasan sungai. Aku tak kira la sebab malas. Tapi masa aku gi V2, aku bilang ada 30 lebih lintasan.
Sebelum sampai Kem Agas, ada incident disengat oleh penyengat. Abg Man dan Asyraf masing-masing kena 5 sengatan. Kejadian bermula masa Abg Man nak gi buang air kecil. Belum sempat lagi, tetiba tentera penyengat menyerang. Hahahahaha….. Ini perkara normal la setiap kali trekking. Kitakan datang tempat dia. Takper-takper, jadikan pengalaman yer. Hihihihi…….
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Sambung kembali perjalanan. 2 jam berikutnya, kami sampai Kem Agas. Rilek kejap. Berjalan lagi 2 jam, kami pun sampai Kem Y Kecil, 5.12 petang. Alhamdulillah…
Pasang khemah dan buat pengurusan diri. Hujan turun petang itu. Nasib baik dah pasang khemah. Ada khemah bocor katanya. Takper, kita ada Rambo. Don’t worry.
Solat dan tolong masak. Berborak, then tidur.
Masa time hujan tu, teringat la yang aku dah lama tak alami suasana begini. Ye la dah jarang join trip-trip hardcore. Zaman-zaman muda dulu, seringkali hiking, kompom hujan. Kesejukkan. Nak cover beg, nak salin baju, nak mandi dan macam-macam lagi. Hihihihi……
SONY DSC
SONY DSC

Untuk hari ini punya trek, banyak melalui air sahaja. Mewah sungguh. Trek tidak banyak mendaki. Sungguh pun begitu, penat tetap ada.

bersambung…

Episod 2   Episod 3   Episod Terakhir

8 comments:

  1. Hai hai i nak follow you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah....hai...hai.... yam...boleh jer nak follow.....mohon tunjuk ajar jika ada yang salah k.......

      salam perkenalan yam....kahkahkah

      Delete
    2. Ben updatelah lagi.. hahaha mati kutu pulak ko satg...

      Delete
  2. salam tuan. salah sorang dari peserta trip ni saya kenal. pemandu 4 wheel waktu saya ke Jerangkang :D

    blog tuan antara blog yang saya rujuk waktu nak mendaki YYBTN. alhamdulillah berjaya setel pada 30 Ogos yang lalu. just untuk share pengalaman, saya sertakan link blog saya di sini:
    https://bedaduz2.blogspot.my/2016/09/yong-yap-bubu-tok-nenek-part-1.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...