28 Mei 2015… Pepagi dah cergas menuju ke Putjaya Central. Naik ERL Transit jer. Fadi mesej tuk go together-gether. Ok, aku pun tunggu jer kat ERL. Ok gak tunggu. Aku ingat, aku dah lewat. Kuikuikui…… 
Tiba di KLIA 2, check-in and drop luggage. Lepak MacD sambil tunggu sorang lagi member iaitu Rina. Sorang lagi dah ada di Kathmandu, Jerol.
Ok….nak re-cap balik. Beli tiket dari tahun 2014. Target 20 orang. Yang dapat join, around 15 orang. Antara training yang dibuat ialah Gunung Stong dan Pine Tree Hill & Twin Peak. Aku dapat join Pine Tree Hill dan Twin Peak jer. Kejadian gempa bumi di Kathmandu menggusarkan hati. Ada yang 50-50 nak teruskan trip. Datang pula gempa susulan, 10 orang tarik diri. Divert ke Vietnam. Along arrange kan. Tinggallah 5 orang yang masih ingin meneruskan pendakian ke ABC.
Tu ceritanya. So kami berlima jer trip ni. 3 orang organizer dan 2 orang peserta. Hahahahaha….heaven sangat trip 2 orang peserta. Kata-kata Rina. Kahkahkahkah…
Aku pun sebenarnya nak cancel gak. Kak Sha pun cancel. Mmmmm…… Takper, fly jer…





Ada orang kata yang jika naik satu flight ngan orang Nepal, nanti bau satu macam dalam flight. Tapi pengalaman aku, ok jer. Takder la bau rempah sangat. Logiknya, jika betul la kan, tahan pula attendance flight yang hari-hari ulang alik flight. Hihihihihi……. Moral of the story, jangan ada diskriminasi. Tapi, kita juga tidak menolak ada yang sensitif higungnya. Yup….its true becoz I have a friend like that. But its ok. Manusia punyai pelbagai cara dan gaya. Eh…!!!
Flight penuh dengan orang Nepal. Dalam hati, ramainya orang Nepal balik kampung. Beg besar-besar.
4 jam flight menuju ke Tribhuvan International Airport. Masa kat atas flight, masa stewardess sedang edarkan borang lawatan, dia boleh bypass jer aku. Dia ingat aku orang Nepal. Haish…… Aku plak kena panggil dia minta borang. Gelap tak semestinya Nepal hokey…..
Keadaan udara agak tebal awannya. Bergoyang juga sekali sekala. Owh……masa tu seat aku tepi tingkap. Memang aku dah niat nak tengok Banjaran Himalaya dari udara, berdasarkan sebuah blog. Tapi tak ada rezeki. Tak nampak pun. Huhuhuhuhu…
Alhamdulillah….kami tiba awal dari jangkaan. Good job pilot. Tadi sebelum touch down, sempat la usha di jendela melihat-lihat keadaan Kathmandu after earthquake. Yup…nampak la beberapa kesan runtuhan bangunan. No komen…
Ketibaan penumpang di sambut dengan bus yang akan membawa penumpang ke bangunan sana. Wow…! Good service. Tapi…..tak sampai 2 minit dah sampai. Hahahaha…hampeh. Tak sempat duduk pun.