30.5.15

--- Annapurna Base Camp 2 ---

30 Mei 2015… m o r n i n g P o k h a r a !

IMAG2819 copy

IMAG2821

IMAG2823

Breakfast dulu…

Sedang makan tu, jeep dah sampai. Orang hotel dah macam kelam kabut minta kami pantas. Ye la, kan dah cakap jam 8.00 jeep datang. Ni breakfast pun tak habis lagi. Hihihihi…. Tapi memang sini semuanya pantas la orang-orangnya.

2 orang porter pun dah bersiap sedia. Barang-barang yang kami nak bagi porter dah pun kami masukkan dalam beg yang mereka akan galas. Kami cuma bawa yang ringan-ringan jer. Aku bawa water bleeder dan kamera jer. Owh…dan juga selendang merah. Abang Nas Kasut Getah kata ini trend sekarang. Hahahahaha…

Perjalanan dari hotel ke Phedi (starting point) memakan masa hampir 2 jam. Keadaan jalan sederhana. Sekali sekala akan melalui jalan tidak berturap. But its ok. Nama pun travel. Kalau nak selesa, pergi la Hawaii ke, London ker… Datang tempat orang, WAJIB ikut cara orang. Gituuuuu….!!!

Sempat terpandang driving school mereka. Keluasan kawasan driving school tu hanya separuh padang bola. Macam mana aku kata driving school? Sebab nampak ada gadis dok bawa moto buat nombor 8. Pastu ada sikit tanah tinggi untuk drive naik bukit, konon-konon. Tak berturap. Total tanah.

Rumah-rumah pula ada ciri-ciri tertentu. Mereka cenderung membina rumah bertingkat. Jika buat satu tingkat, pasti akan ada lebihan cerucuk beam di atas. Mungkin belum ada duit untuk buat sekaligus.

Sampai di Phedi sekitar jam 9.00 pagi. Dalam fikiran aku menggambarkan Phedi ni macam ada satu pintu gerbang dan ada pondok atau pejabat renjer yang akan tulis WELCOME TO ANNAPURNA BASE CAMP or sewaktu dengannya.

Tapi ianya meleset sekali. Ia seperti hentian tepi jalan yang tak perasan pun. Mmmmmm……Hahahaha…. Jalan berbatu yang luas dan tentu sekali panassssss.

DSC04859

DSC04860

DSC04861

DSC04862

DSC04863

DSC04865

Selepas itu, kami ambil jalan shot cut dengan melalui kampung halaman. Boleh jer kalau nak terus ikut trek berbatu tersebut.

Masa melalui kampung halaman tu, ada la budak-budak dok follow Rina sebab diaorang nampak sweet pada tepi beg nya. Rina pun dengan baik hati ambil dan terus bagi pada seorang kanak-kanak. Tetapi dengan tetiba beliau diserbu ramai kanak-kanak yang rakus nakkan sweet tersebut. Macam tak pernah makan 8 tahun. Hahahaha….. Rina pun mempercepatkan langkahnya. Lega rasanya. Aku hanya senyum jer.

Sebelum datang sini, aku interview Abg Shariman tentang ekspedisi beliau di ABC tempoh hari. Beliau ada memberi amaran tentang perkara tersebut. Dan satu lagi, jangan sesuka hati snap pic mereka tanpa kebenaran. Jika ada kebenaran pun, mereka akan meminta duit. So, better not. That why aku tak bagi sweet dan TAK snap pic area tu. Huhuhuhu…

Dari trek berbatu, kami mula memasuki kawasan kebun dan trek bertangga batu. Wow…!!! Awesome… Layan jer.

Tiba di Dhampus sekitar jam 10.45. Boleh dikatakan ini adalah permatang la. Tadi mencanak menggunakan tangga. Sini pun ada disediakan kemudahan guest house.

DSC04868

DSC04870

DSC04871

DSC04872

DSC04874

DSC04875

DSC04876

IMAG2826

IMAG2829

DSC04877

DSC04879

DSC04880

DSC04881

DSC04883

DSC04884

IMAG2830

Alamak, aku tak bawa selipar or sandle. Aku pun cari kat area perkampung tersebut. Yes, ada kedai runcit. Selipar harga RS 250. Cari juga topup untuk reload internet, tapi tak ada jual. Mungkin sebab off season. So pelancong kurang. Faham-faham.

Kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di Tourist Check Point. Di sini, kami membuat pendaftaran pendakian. Jerul sempat bertanya tentang pelancong yang mendaki. Menurut jurudaftar tersebut, tiada pendaki selain daripada kami. Ok…

DSC04885

DSC04886

Lunch? Owh……Jauh lagi rasanya. Tadi Jerul ada cakap yang kita akan lunch di bukit sana. Kelihatan awan agak mendung. Sekali sekali/a terasa titisan air.

Sambil mendaki tu pala hotak ku dok fikir, mmmm….cenggini la datang trekking takder model. Kalau ada Kak Sha ok la skit sebab dia suka bergambar. Suka pose. Rina? Mmmmm….masih belum mengenali. Kang aku snap, kena baling batu. Jerol? Belom nampak dia punya fotogenik. Daya? Daya seorang wife ok. Cannot snap sesuka hati. Mesti ada kebenaran. Terpaksa la selfie dengan menggunakan tongkat ajaib ni. Sambil snap, felling ensem. Eh…! Kahkahkahkah….gurau jer. Alaaaa….baru kenal. Kita tengoklah nanti 2 3 hari lagi. Mungkin serasi. Kihkihkihkih…

Sedang asyik mendaftar, aku terlihat satu gambar perkampungan dengan belatar belakangkan Annapurna Range. Jerul said, dari sini sebenarnya dah boleh nampak view tapi cuaca kabus. Aku pun macam ‘wow’… Ye lah kan. Di sini kita nampak gunung yang tinggi. Jika nampak Annapurna Range di belakang bermakna betapa gah dan tingginya puncak-puncak tersebut. Subhanallah…!!!

DSC04888

DSC04889

DSC04890

Melalui satu jalan yang sedang dibaikpulih, kami ditegur oleh salah seorang, "’Malaysia?’ Kami jawab yes. Dia cakap, dia pernah kerja di Port Klang. Hihihihi…

DSC04893

DSC04894

DSC04895

DSC04897

Lebih kurang jam 1.00, kami berhenti makan tengah hari. Photana nama tempat ni. Nama restaurant, Shangri-La Guest House & Restaurant. Menu, nasi goreng (ada sayur) dan air teh. The dia sedap. Serius. Ada rasa macam teh limau. Pilih dari menu yang telah disediakan.

Portion nasi goreng memang sangat banyak bagi mereka yang jenis perut kecil. Dinasihatkan shared 2 orang. Aku habis jer kalau sorang pun. Tapi ada sayur. Maka tak habislah.

Ada nasi tak habis. Kami minta bungkus, dia gelak-gelak. Kami pun gelak juga. Potter seolah bagitau tak perlu la nak bungkus. Mesti diaorang pelik dan berkata, ‘itu pun nak bungkus?’. Hahahaha…

DSC04899

DSC04900

DSC04904

DSC04906

IMAG2835

DSC04908

DSC04912

IMAG2838

DSC04913

Tiba di Bhichok Deurali jam 3.13. Tak rehat. Terus jer.

Jika tadi trek banyak menaik dan flat, kini untuk menuju ke Landruk, treknya menurun sahaja. Trek tangga berbatu menurun. Macam mudah tapi tidak semestinya. Hahahaha… Perjalanan turunnya memang jauh juga la. Dari atas, akan kelihatan Landruk yang berada di lembah sana. Selepas trek tangga berbatu, kami melalui pula trek berbatu (open trek mcm trek 4x4) untuk sampai ke tempat yang dituju.

Aku dah mula berfikir, nanti azab balik. Alhamdulillah… Rina yang kuat bertanya pada Jerol, dan Jerol menyatakan bahwa kita tidak balik ikut trek ini. Waaaaaaaaaa…….lega.

Memandangkan dah tak ikut trek ni, gambar jangan miss.

DSC04914

DSC04916

DSC04917

DSC04921

DSC04922

DSC04923

Rumah ini cantik. Dibina hanya dengan susunan batu sahaja. Suasana sejuk menjadikan kawasan ini begitu damai. Disebabkan off season, ianya tutup. Sebenarnya ini merupakan antara Guest House dan Restaurant yang terdapat di sepanjang trek menuju ke ABC.

Cuba bayangkan betapa gigihnya mereka memotong dan mengetuk batu dengan bentuk yang sama dan menyusun membuat tangga ini. Jika mereka ini Islam, bayangkan betapa pahala mereka dapat demi memudahkan perjalanan orang ramai. Sampai akhirat pahala dapat.

DSC04924

DSC04925

IMAG2847

DSC04926

DSC04927

DSC04929

Jam 4.27, kami tiba di Tolka… no rehat-rehat. Cepat jalan atau basah kena hujan. Hihihihi…. ada anjing dok buat ramah plak

Landruk (6.45 sampai) merupakan sebuah lembah. Penduduknya mengusahakan tanaman sebagai sumber makanan. Bukan sahaja sayuran, turut ditanam ialah jagung dan padi bukit. Haiwan seperti kerbau, keldai dan ayam dipelihara bagi membantu kerja-kerja mereka. Mereka tidak makan daging. All vegetable.

DSC04932

DSC04933

Siapa tahu, apakah alatan dalam gambar di atas? Salah…next. Salah…next. Ok, dah hampir tapi salah. Mmmmm….assume korang tak tahu je lah. Inilah alat yang digunakan untuk menggulung benang. Haaaaa….terngangakan.

Gambar bawah ni pula sekolah.

DSC04934

DSC04935

DSC04936

Mencari-cari guest house mana yang akan kami diami. Tapi rasanya Jerol dah tahu. Dia kata jom kita pergi yang bumbung biru tu. Penting mencari guest house yang ada pemandangan Annapurna Range (Annapurna South peak and Hiunchuli peak) yang superb.

Kami berhenti di Hotel Sherpa & Restaurant. Kami selamat dari kebasahan hujan yang turun sebentar tadi. Nyaris-nyaris. Langit terus mendung. Pemandangn Annapurna masih tidak kelihatan.

Masa tu aku masih blur sebenarnya sebab tak tahu bagaimana view Annapurna Range tu. Aku pun macam ia tak ia jer. Buat pengurusan diri. Cuaca sejuk.

Tetiba diaorang macam bersuara ‘ok..ok…dah buka sikit….’. Aku pun terus capai kamera. Tapi dengan tahap lens yang minimum, gambar kurang wow. Layan ngan mata jer. Hahahahaha…. Tapi serius, superb. Time tu aku rasa, Ya Allah. Macam tak percaya. Gembira sangat. Hihihihi….

DSC04942 IMAG2854

Aku gagahi mandi walaupun airnya sejuk. Sejuk yang boleh layan lagi la. Solat dan rilek-rilek sambil baca buku #amranfans_77.

IMAG2856

Dinner jam 8. Nanti Ram datang dan cakap, “dinner ready”. Hihihihihi…

Menu malam ialah roti yang keras bersama kuah dal, sup ubi yang sedap dan air kopi.

Satu lagi yang menarik ialah, dalam lembah yang jauh dari bandar ni, masih ada liputan jalurlebar. Omputih cakap bandwidth. Walaupun tak 4G tapi sekadar E, liputannya masih membanggakan. Boleh akses insta, pesbuk, line, kalkota, wechat dan semuanya. For ur information to, sepanjang trekking tadi pun masih ada liputan. Kalau kat Mesia, masuk hutan getah pun dah hilang line. Bukan merendahkan negara sendiri tapi cuba fikir-fikirkan. Kbai…

Sambil rileks, teringat sepanjang trek hari ni. Jauh juga la. Trek mudah jer. Tapi jauh.

Pasal alat penggulung benang yang kat atas tu, aku gurau jer. Hahahaha…..

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...