Sebelum mulakan episod akhir ni, nak tanya la satu soalan. Persoalan ni asyik menerpa ke fikiran ku sejak mula-mula kita kat stesen Putra Gombak lagi.
Nea dan Abang Nas cousin betul atau acah-acah kazen?
11 Feb 2016
Semalam punya cerita kita simpan elok-elok. Hari ni hari baru, semangat baru.
Bangun agak awal dan Subuh. Then, lepak sambil baring-baring. Bermalas-malasan. Saper kata Noring hakkur? Taklah. Biasa jer. Kuikuikuikui...
Memandangkan ada sungai besar, kita mandi pagi ni. Yeaaaaaa....
Perlahan-lahan buat pengurusan diri dan packing yang mana patut. Santai jer hari ni. Abang Toba cuba menghabiskan sekotak cabury nya dengan mengagihkannya satu seorang. Aku pun mula-mula macam....Wow...!!! Bawa satu kotak cabury. Tapiiiiiiiiiiiiii......dah expired. Hahahahahaha...
Bila dah siang cenggini, barulah berpeluang melihat kawasan Kem Y ni macam mana. Nak jalan-jalan jap melawat sekitar ni. Sambil tu nak draw plan pembangunan kat sini.
Cuaca yang kering elok bakar sampah kot.
Pic atas ni menunjukkan teknik menukar baju atau pakaian. Terutama sekali pada muslimah-muslimah di luar sana. So jangan takut untuk hiking.
Sehingga ke hari ini, aku berjaya mengawal untuk tidak kentut on trek bila mana ada orang belakang aku. Serius. Aku rasa ini adalah sejarah. Mungkin sebab aku menghormati Abang Nas yang jadi sweeper belakang aku. Tak elok la kentut depan otai. Nanti kena sumpah baru tau. Hahahahahaha....
Lina sedang mencari pasangan mistinnya. Hmmmm....
Tetap nak cantek walaupun dalam hutan. Walhal kami-kami jer dalam ni. Dah 5 hari kot sama-sama. Well....that we call #woman .... Mungkin untuk tatapan Zu kot. Hahahahahaha...
Nikmatnya hisap rokok dalam hutan. Hahahahaha.... #toba
Masih ingat, Abang Nas cakap,"...ko Ben dari mula masa BYYBTN memang pakai macam ni. Ko ada kan seluar hiking yang beli aritu?".
Aku tak jawab direct tapi senyum jer. Sebenarnya, seluar tu mahal kot beli. Takkan la nak pakai masuk hutan. Nanti habis rosak kena duri. Huhuhuhu...
Tapi memang sekarang ni trend masuk hutan pakai seluar hiking 'tu'. Korang tahulah maksud aku seluar hiking tu kan. Aku pun tak tahu nak istilahkan apa seluar tu. Hiking pant kot nama dia.
Nak tahu tak jam berapa kami mula gerak? Hmmmmm.....punya la malas. Jam 2.30 petang baru kami gerak. Hahahahaha...
Ok, cross that river.
Lalalala....... haaaaaaaa...... hati banyak senang ek. Jalan sambil nyanyi. Ye la, hari ni dah nak keluar.
Sambil borak tu, ada kata-kata, harap-harap kita keluar ni ada perubahan la pada Malaysia........teeeettttttt........... teeetttttt...... teeettttt...... Semua orang gelak. Hahahahaha....
Abang Nas story ada satu campsite yang best juga selain dari Kem Y ni.
Trek balik ni pun tidaklah semudah yang sangkakan. Pada permulaan trek tu kena layan buluh-buluh. Mendaki pacak. Nanti hujung-hujung tu baru layan sungai jer. Tahap kesusahan adalah boleh stress. Hahahahaha....
Sejam berlalu, dari satu kawasan yang redup di dalam hutan, kami tiba di satu kawasan yang lapang. Ada sungai. Terang.
"Huish........dah berubah kawasan ni...." kata Abang Nas.
Ok....macam ni senarionya. Bayangkan, korang pernah pergi satu tempat. Then after few year, korang datang semula dan terkejut melihat bahawa tempat ni totally change.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... macam tu la perasaan Abang Nas dan Ki.
Kata mereka kawasan ni bukan macam ni dulu. Berubah terus. Ini adalah kesan daripada banjir besar tahun lepas. Amazing...
Kami yang tak tau pa ni, hanya "Oooooooooooooo...." Hihihihihi......
Ok...wow sikit-sikit jer. Kita biarkan perubahan muka Bumi ini pada Maha Pencipta. Dia lebih tahu mentadbir dari kita yang hanya hamba sahaja. Yang penting, kita buat apa yang diperintah, meninggalkan larangannya. Settle...
Kurang dari sejam perjalanan, kami tiba di Kem Sakai.
Di kem tu ada beberapa bungkusan makanan. Actually that bungkusan is belong to group pendaki yang on the way ke Noring juga. Cuma kami tak berselisih la on trek. Mungkin guna laluan lain.
Rasanya group yang mendaki ni adalah Chinese. Why? Sebab kami jumpa cebisan kertas sepanjang on trek. Style kertas ni selalunya Chinese jer. Diaorang jadikan sebagai marking.
On the way balik, kami hanya cross sungai sekali jer. Hmmmmm....naper ek? Masa datang hari tu rasanya 3 kali kot. Tempat lunch hari tu pun kami tak lalu. Mungkin Ki pilih jalan yang lebih mudah dan selamat.
Sesekali terasa ada rintik-rintik hujan.
Jam 6.41 petang, kami sudah nampak stesen janakuasa. Alhamdulillah...syukur pada Maha Kuasa. Misi hampir berjaya. Namun perasaan masih berdebar kerna nak cross that empangan.
Rupa-rupanya, arus air sudah tidak sederas hari pertama. Maka, suka la nak bergambarkan.
Hari pun dah nak gelap. Mujur sampai sebelum malam.
acah-acah puas...!!!
Yang aku perasan mamat epi ni pose dia memang asyik tunjuk depan macam tu jer. Nak sound suruh ubah style, takut dia kecik hati. Owh...!!! Aku rasa memang itu trademark dia la. Ok2...teruskan. Hahahaha...
Menjadi kebiasaan dalam trip, masa hari 2 dan 3 bila dah mental, mesti fikir, nanti balik nak rehat lama sikit. Tak pun fikir tak nak mendaki dah. Tapi, bila hari last, dah mula keluar idea-idea tuk next trip. Hmmmmmm....propa jer ek masa mental hari tu?
Sepanjang trek dah ada promo-promo seperti Trans Jelawang, C Curve (Kepala Naga), Air Terjun Jerangkang, Korga dan bla...bla...bla... Pilih jer. Repeat Noring? Hmmmmmmmm......aku ok jer. Dua-dua puncak tak dapat view. Very not my day.
Kepuasan jelas terbayang di muka semua orang. Walaupun penat, tetap rasa happy. Puas sebab dapat menjayakan trip dengan baik. Gogo dan guide pun best. Thanks Abang Nas.
Kelihatan 2 jeep dah menunggu kami.
Sambil lepak-lepak tu, kedengaran berita bahwa ada satu kemalangan yang meragut nyawa telah berlaku di Taman Negara. Kejadian tersebut menyebabkan Taman Negara ditutup buat sementara waktu.
What happen? Owh...kedengarannya ada pendaki hanyut di Lata Luis. Hmmm...
Ok, semua dah happy dan bersedia untuk keluar.
Kami singgah di Balai Polis Kuala Balah untuk memaklumkan yang kami semua selamat.
Bergerak menuju ke RnR untuk buat pengurusan diri.
Sebelum pulang, bersalaman dengan guide, Ki dan beberapa rakan guide yang lain. Ucapan ribuan terima kasih pada semua yang membantu.
Kami bergerak pulang dan berhenti makan di Hentian Gua Musang (Baru).
12 Feb 2016
Selamat tiba di Stesen Putra LRT Gombak sekitar jam 5 pagi. Bersalaman dan pulang ke rumah masing-masing.
Gambar macam mana Ben? Hmmmmm...tunggu je blog. Mungkin 6 bulan lagi. Hahahahahaha......
Ok, akhir kata, sebelum mengakhiri catatan, terima kasih pada semua line up yang sukses menjayakan trip Trans Noring ini. Pastinya trip kali ini telah menambahkan lagi pengalaman pendakian kita. Lebih penting, pengalaman ini akan menjadikan kita lebih rendah diri pada Maha Sang Pencipta.
Aku ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah laku dan perbualan secara sedar atau tidak sedar. Mungkin kita ingat semua orang ok dengan kita. Tapi kita tak tahu hati orang kan. Mungkin teman kita terkecil hati. Oleh itu, sekali lagi aku minta maaf.
Korang semua pada aku, VERY GOOD and EXCELLENT. I LOVE U ALL. Muah...!!!
Berapa banyak gunung yang telah kita daki tidak membawa kita jauh kehadapan sebaliknya pengalaman dan tindakan kita yang akan mematangkan diri. Apa yang kita peroleh ini kita salurkan kembali kepada masyarakat.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah s.w.a
bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi
seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang
yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni).
Trip ni awesome. Samada hakkur atau tidak, mmmmmmmmmm........... hihihihihi...... Jumpa next trip... Assalamualaikum...
Owh...!!! Lupa, sebahagian dari tulisan hanya ditambah sebagai penyedap cerita sahaja. Jangan ambil serius sangat. Jika terdapat kesalahan fakta, dont shy to mesej. Hihihihi...
thank sbb shared...
ReplyDeletekazen by blood k.. kazen mmg btol2 kazen haha
ReplyDeleteoooo...ok2...hihihihi
DeleteJadi siapakah Anip yang sebenar? dah dapat tau?
ReplyDeletemmmmm....sampai skrg masih menjadi misteri.....hope 1 day rahsia ini dapat terungkai....mmmmm
Deleteterbaik,,,
ReplyDeleteterima kasih.....hihihihi
Delete