1.10.16

--- Mendaki Bukit Batu Semalu, Pulau Dayang ---

1 Muharram....yeaaaaaa...sempena cuti Awal Muharram. Pastinya ramai yang merancang aktiviti time cuti panjang ini. Ye lah bukan selalu dapat cuti free.

Tanpa membuang masa nak mikir ayat yang sesuai, aku terus terang je lah ke mana destinasi aku kali ini. Bersama team Our Touch Community service, ke Pulau Aur. Hahahahahahahaha.....mesti ada yang akan cakap, asyik ke pulau tu jer. Tak bosan ker? No komen.

Macam mana nak ke sini? Alahai, kena habaq lagi ek? Ok2.....jangan down. I tell u all. Mudah jer. Cari bot dari jeti Mersing. Cakap nak ke Pulau Aur. Settle. Hahahahaha..... Mudahkan.

Ok......trip kali ni kami akan mendaki 2 bukit. Bukit je lah. Kat pulau mana ada gunung. Pagi ni kami akan mendaki Bukit Batu Semalu dahulu. Esok mendaki Batu Cina pula.

Macam aku dah mention awal tadi, trip kali ni aku join satu team sukarelawan. Nama sukarelawan ini Our Touch. Korang boleh terus ke laman web dia orang di ourtouch.org.my untuk mengenali mereka. Kat situ korang boleh tahu aktiviti-aktiviti yang pernah dan akan mereka lakukan. Mereka ni bukan buat kerja amal hanya dalam Malaysia jer malah dah sampai ke oversea. Kebetulan mereka ada program kat sini bersama masyarakat kampung pada kali ini.

Sebelum bertolak, kami bersarapan dulu di kedai Kak Ngah Norli. Kedai ni antara kedai yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke sini. Kak Ngah Norli juga ada ambil upah memasak jika ada yang ingin bercuti di sini.

Di kepulauan Aur ni terdapat 4 buah pulau. Satu ialah Pulau Aur ini sendiri, Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Lang. Bukit Batu Semalu terletak di Pulau Dayang.

Untuk ke Pulau Dayang, kami menaiki lopek. Kami sewa lopek orang kampung. Selain dari menaiki lopek, anda juga boleh berenang ke Pulau Dayang. Kalau berani la. Jarak antara 2 pulau ni tak jauh pun. Tak lebih 1 km.




Dalam pendakian pagi ini, selain kami, ada beberapa orang kampung dan guru juga turut menyertai. Guide kami ialah Encik Fadli. Muka nampak garang tapi sebenarnya dia sweet-sweet gitu. Hihihihi....

Tu haaaa guide


Sesampai kami di Pulau Dayang ni, semua macam teruja. Mana tak teruja, pasirnya cantik bangat. Putih bersih, halus dan cantik. Apa lagi, masing-masing posing sakan.

5 minit jer guide bagi kami teruja. After that, dia dah ajak kami mendaki. Dari pantai tu sebenarnya boleh lihat batu yang besar di belakang chalet. Tu lah Batu Semalu yang akan kami daki.


Atas lopek pun boleh pose









Antara cabaran dalam pendakian






Pendaki tidak mengambil masa yang begitu lama. Kurang dari 30 minit, kami dah sampai puncak. Bergantung pada kecepatan. Kalau santai-santai mendaki, 10 langkah stop, 10 langkah stop, mungkin ambil masa berhari-hari la nak sampai puncak. Hahahahahaha....itu perumpamaan jer.

Trek pendakian pula tidaklah sesukar mana. Cuma pacak tu biasa la. Budak kecik pun lepas naik ke sini. Takkan la u all tak boleh kan?

Alhamdulillah....selamat sampai. View cannot tell u. Biar gambar berbicara jer k. Dari gambar itu juga akan menggambarkan perasaan kami.




Macam biasa, aku suka jadi 'cina gambar' jer. Mana-mana yang aku nampak menarik dan sporting, aku snap. Satu....dua....tiiiiiiiiiiiiiii............ Wow...!!! Gambar korang amazing. Serius.









































Selepas sejam melayani view dari Batu Semalu ini, kami bergerak pula ke satu lagi lokasi. Sorry, nama aku tak ingat. Jarak perjalanan lebih jauh. Kurang satu jam kami tiba.

Semasa mendaki tu, diaorang ni berborak-borak. Aku pasang telinga. Aku actually boleh dikatakan telinga lintah dan mudah mendengar. Good listener orang putih cakap. Hahahaha...

Ada satu peserta ni, nickname dia Oshin. Pengalaman mendaki dia agak superb. Banyak sudah gunung-gunung di Indonesia yang dia dah tawan. Bukan setakat gunung, malah beliau juga kuat merantau. Balkan, Bosnia, Korea, Filipina, China......semua dah sampai. Just name it. Trip seterusnya ke Monggolia.  Trans Balkan kalau saya tak salah. Lupa plak nama trip tu.

Bukan dia sahaja. Yang lain pun tak kurang hebatnya. Pendek kata, semuanya dah punya pengalaman yang wow. Terus rasa diri ini begitu kerdil di kalangan mereka walaupun hakikatnya mereka bersaiz besar-besar. Hahahahahaha......alaaaaaaaaaa.....gurau pun tak boleh. Hahahahahahaha....




Kampung Teluk Berhala


Nak ke mana tu Kak Oshin













Selesai pendakian di Batu Semalu, kami kembali ke Teluk Berhala untuk makan tengah hari dan pengurusan diri.

Sebelah petangnya kami merancang untuk ke Teluk Sebukang.  Teluk ni antara teluk yang hot sejak kebelangan ini. Banyak pelancong ke situ. Boleh usha di insta diaorang, Sebukang Bay Resort.

Ada 2 pilihan ke sana. Apa? Berenang? No....no....no.....salah. Satu melalui jalan air iaitu lopek. Kedua, melalui jalan darat, berjalan.

Kami pilih laluan air kerana dah letih nak berjalan. Abang Supar menjadi tekong lopek kali ni. Seorang demi seorang mula memasuki lopek. Agak sarat kelihatan. Tekong cakap boleh jer lagi. Maka naiklah lagi kami.

Perlahan-lahan lopek bergerak dengan menggunakan enjin 40 hp. Tetiba salah seorang penumpang memberitahu tekong yang lopek di masuki air di depan. Tekong hanya tersenyum dan terus mengemudi lopek. Katanya itu air yang tadi.

Kurang 1 minit, ada lagi yang bersuara bahwa air banyak dalam lopek. Aku masa first tadi pun dah cuak. Cuak sebab memang air masuk dalam lopek. Kali ini semakin banyak. Aku yang tadi berdiri terus duduk dan muntah angin. Mabuk. Serius aku cemas. Mulalah bermacam-macam yang datang dalam fikiran ku. Arghhhhh.....kenapa la aku salah buat keputusan hari ni?

Menyedari hakikat bahawa air semakin banyak masuk, tekong merapati tepian. Tekong mengarahkan lelaki turun dulu. Nanti datang ambil semula selepas menghantar wanita.

Bosan menunuggu, kami berjalan sahaja dari situ menuju ke teluk. Kurang 30 minit, kami pun sampai. Layan sunset view.










Kami kembali semula ke Teluk Berhala takkala azan Isyak sedang berkumandang.

Hari ni dua pengalaman buat aku. Satu yang indah ialah dapat sampai ke puncak Batu Semalu. View terbaik. Ke dua ialah pengalaman cemas lopek nak karam. Pengalaman ini yang ke dua memberi perasaan trauma selepas kejadian kapal terbang masa ke India tempoh hari.

Kami berehat. Esok aku cerita pula pengalaman ke Batu Cina ok.....muah...!!!

7 comments:

  1. Mabukkk ohmannnn hahahahahaa y u so funneh?

    ReplyDelete
  2. Mabukkk ohmannnn hahahahahaa y u so funneh?

    ReplyDelete
  3. Macam kenal je kakak Oshin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.....oshin tu telah dilistkan dalam 50 individu pendaki terkenal negara.....mmmmmm....

      Delete
  4. view kali memang cantik la... pic 2 perahu tu memang cantikkkk... boleh buat pemandangan indah desktop ni.. he he he.. sorry curi pic.... lg satu nak tanya la lopek tu bukan perahu ke...? ke orang mersing panggil tu lopek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan LOPEK ada dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat yang membawa maksud 'perahu kecil'.

      Adakah ia dialek tempatan? Tidak pasti asal perkataan tersebut. Yang pasti ia merupakan bahasa baku yang telah wujud. Dalam bahasa lain ia adalah bahasa standard.

      ...dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya.....hihihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...