Siapa sangka, hajat ini tercapai juga setelah 3 tahun berlalu. Aku pernah terfikir dan buat sedikit research tentang Brunei ini dari segi aktiviti hiking. Namun dapatannya agak terhad. Tidak banyak dari segi aktiviti outdoor. Tempat-tempat sekitar bandar banyak la di syorkan tapi aku tak nak yang tu. Kalau setakat pergi Brunei untuk ke masjidnya, agak ralat la kan. So aku lupakan trip pada masa itu.
Sebelum terbang ke Filipina, Daus ada rancang dan mengajak ke Brunei. Macam biasa, temanya ialah ngopi-ngopi. Dalam group Abg Berempat kurang mendapat sambutan dari rakan-rakan kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Man mace beso la, dio kijo 24/7 setahun.
Flight kami pada 21 April, jam 1320. Penerbangan mengambil masa 2 jam lebih. Mmmmmmmm....nervous. Ramai warga asing berbanding orang tempatan dalam flight ini.
Ok....apa yang terlintas di fikiran aku ialah bagaimana rupa orang Brunei? Dia orang cakap bahasa apa dan macam mana bunyinya? Bagaimana rupa Bumi Brunei dan bermacam-macam lagi.
Kami tak sempat tukar duit macam selalu. Maka, kami ambil keputusan untuk tukar jer di airport. Agak terperanjat juga masa tukar duit. Ye lah....jika sebelum ni nilai kami dapat agak ribu-ribu, tapi kali ini dapat puluh-puluh jer daripada beratus-ratus Ringgit Malaysia. Hahahahaha.....betapa mahalnya duit Brunei.
Aku dan Daus kongsi duit seorang RM200, menjadikan jumlahnya RM 400. Dengan nilai itu, kami peroleh BND 125 jer. Aku tanya Daus, cukup tak? Daus kata, gamble jer. Ni namanya travel. Bersedia menghadapi kemungkinan. Kalau kita dah merancang, itu bukan travel, itu bercuti. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....rasa nak menangis dengar kata Daus itu. Ok, Daus.....lepas ni nak pergi mana? Hahahahahaha...... Tak sia-sia berkembara dengan orang yang berilmu macam Daus. Cuma percintaan jer agak kurang luck. Dont give up Daus. Hahahahahahahaha...
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei sekitar jam 1545. Kecil jer lapangan terbangnya. Di hujung sana, kelihatan Royal Brunei Flight. Dari udara, kelihatan susunatur pembangunan Bandar Seri Begawan.
Di lapangan terbang, teruja nampak KFC dan beberapa gerai makan lain. Terus rasa nak makan kerana yakin semuanya halal. Sebelum-sebelum ni kalau sampai jer airport, langsung tak teruja nak makan sebab belum tentu boleh makan. Tapi hajat itu hanya sekadar impian kerana harga platenya mahal dowwwwwww......nanti tak cukup duit.
Bagi memudahkan akses maklumat sepanjang berada di negara terkaya di dunia ini, kami ambil la satu simcard dengan nilai BND 10 bersamaan 1Gb/seminggu 👇.
Solat dulu di masjid airport. Lawa masjidnya.
Owh...punya la excited nak pergi Brunei, aku boleh tak perasan yang aku tak bawa camera. Arghhhhhhhhh..... So, guna XZS dan P8 jer.
Untuk penginapan, Daus dah buat booking di internet. Aku tak pasti menggunakan apa samada Agoda atau Booking. Yang pasti kami menginap di Hostel AE Backpackers.
Dari airport, kami menaiki bas bandar menuju ke stesen bas bandar. Berhampiran port water taxi. Info ni kami dapat melalui risalah-risalah yang kami ambil di airport. Tambang dari airport ke bandar ialah BND 1.
Dari stesen bas, kami menuju ke jeti water taxi. Dari jeti itu, boleh kelihatan sebuah perkampungan. Ye....itulah Perkampungan Ayer yang terkenal di Brunei. Melalui pertanyaan, untuk ke Kampung Kiulap, boleh naik water taxi. Lebih mudah dan cepat. Menurut orang di sini juga, water taxi adalah pengangkutan paling murah dan pantas untuk ke mana-mana di sekitar Bandar Seri Begawan. So, why not kita cuba kan.
Mercu tanda hari keputeraan baginda yang ke 60
Tambang dikenakan BND 2/seorang. Tak sampai 10 minit, kami tiba di jeti Al-Afiah. Dengan berbekalkan map
pada telefon pintar, berjalanlah kami menuju ke AE Hostel. Mulanya
memang susah nak cari. Rupa-rupanya, ia terletak di kawasan bangunan
yang sedang di bina. So.....out of our expectation. Bila pandang atas, baru nampak signboard.
Naik ke tingkat 2 dan check in. Layanan yang baik dari host sangat-sangat menyenangkan. Kami berdua diberi bilik private. Ada sebuah jer bilik tu. Yang lain semua dorm. Sedang kami buat pengurusan check in, ada la beberapa pelancong Barat keluar masuk. So...agak terkenal juga hostel ni. Kata host, hostel ni baru sahaja di buka. Korang boleh cari hotel ni di HOSTELWORLD.COM. Harap-harap hostelworld ada terbaca yang aku bagi sedikit iklan dan dapat komisyen. Hahahahahhaha...
Menariknya sepanjang berjalan kaki menuju ke hostel, semua papan tanda premis perniagaan mempunyai tulisan jawi. Mungkin ini adalah syarat yang dikenakan oleh pemerintah. Benda baik, why not kan. Ia mewujudkan suasana semua benda adalah HALAL. Hahahahahaha...
Dah jam 6 petang lebih masa kami check in. Dah nak malam. So...kami lepak dulu. Buat pengurusan diri dan Jamaq Qasar solat. Sambil itu, Daus sedang mentelaah map dan membuat planning.
Selesai solat, kami pun cergas menuju ke sebuah bazar yang menjual pelbagai makanan. Yup....kami nak makan malam sekali. Atas cadangan host, beliau mencadangkan kami berjalan sahaja kerana tidak jauh. Dalam masa yang sama boleh singgah Masjid Jameq Hasanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Dalam kata tak jauh tu, berpeluh gak la berjalan menuju ke bazar. Tapi ok la. Dapat tengok-tengok bangunan di Brunei ni. Sepanjang jalan ni, boleh dikatakan banyak kedai akan berkonsepkan cafe dan hipster.
Ok dah sampai. Bazar ni macam pasar malam. Tapi dia buat dalam bangunan yang berbumbung. Proper punya place. Bersih even longkang pun. Di sini dijual pelbagai jenis makanan dan kuih. Kebanyakkan harga sekitar BND 1. Dengan adanya note BND 1, maka memudahkan pembeli. Kurang syiling katanya. Misi adalah mencari makanan Brunei.
Yes...yes...yes...dah jumpa. So excited. Nak makan Nasi Katok. Ada tak kat Malaysia? Entah... Selain itu, kami beli kepak ayam dan ikan panggang. Kecewa sedikit dengan nasi katok ni kerana nasinya macam agak keras. Arghhhh.....aku memang tak boleh kalau nasi mentah. Kalau dalam hutan, no hal nasi mentah. Huahuahua....
Sedang makan tu, turun hujan dengan agak lebat. Ok.....how to balik hostel?
Kami redah juga hujan apabila ianya renyai. Kami singgah sebentar di Masjid Jamek Hassanal Bolkiah. Cantik masjid ni. Megah. Dari jauh dah boleh nampak.
Kemudian, kami terus berjalan dalam hujan menuju ke hostel. Kata Daus, kita kena game dengan awek hostel. Hahahahahahaha....
Kami hanya satu malam jer di sini. Nak lepak lagi sebenarnya. Kawasan ni macam tak banyak tempat lepak. Kami bertanya juga, mana anak-anak muda Brunei lepak ek? Dan....satu lagi, macam tak nampak mat rempit di jalan raya. Waaaa....
Tak nampak plak pusat-pusat hiburan 'keluarga' la di sini. Naper ek?
Waktu matahari terbit di Brunei adalah satu jam lebih awal di Semenanjung. Ini bermakna waktu solat juga lebih awal. Dalam masa kami berjalan pulang tu, kami sempat singgah di sebuah cafe. Tujuan adalah untuk minum kopi. Itulah tema kami. Huahuahuahua...
No comments:
Post a Comment