11.11.18

--- Cambodia, Angkor Wat Tour ---

Sedang leka aku membuat log di telefon pintar, Rais beritahu aku yang namanya 'z', 'bukan 's' seperti yang biasa ditulis. So namanya ialah Raiz..... Raizoo....Raizul kot...

Morning guys...Ke mana kita hari ini? Yes.....hari ini Angkor Wat Tour. Kami masih menggunakan khidmat Sarak untuk pengangkutan. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi tour guide.

So...hasil perbincangan dah dapat. Untuk hari ini aku tak banyak sangat nak tulis sebab hari ni semuanya kuil. Maka layan jer lah gambar-gambar.

The story about all temple yang kami lawati ini, korang boleh google atau Wikipedia jer. Semua dah lengkap kat situ.

Style habaq hampa semua motor ni

Sesi perbincangan


Lokasi pertama kami ialah Prasat Kravan Temple. Mempunyai 5 menara tapi yang masih kekal sekarang hanya 1.

"Please buy. We don't have money to school"..... masih teringat kata-kata anak kecil yang merayu agar barangan mereka dibeli.









Tak lama di situ, kami meneruskan tour ke Srah Srang. Merupakan sebuah kolam mandi diraja. Pada mulanya kami fikirkan ia sebuah kolam biasa tapi sebaliknya. Ia merupakan sebuah tasik yang besar. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....sebesar ini dikatakan kolam? Amazing....


Srah Srang





Bertentangan dengan kolam tersebut ialah Banteay Kdei Temple. Rasanya itu merupakan istana baginda. Kemudian bila nak mandi, baginda akan berjalan ke tasik yang luas itu. Mungkin....... Satu lagi fakta menarik ialah dikatakan terdapat istana/temple di dasar tasik tersebut. Hmmmm....... Sila kaji.

Sarak menunggu kami di sebelah sana. Di penghujung temple.

Banteay Kdei Temple




Dari situ, kami di bawa pula ke Ta Prohm Temple. Kelihatan temple ini lebih ramai orang berbanding temple sebelum ini. Keunikan temple ini ialah pokok-pokoknya yang besar dan akarnya. Malah temple ini juga panjang. Penat nak jalan.

Sarak tunggu di sebelah sana.

Ta Prohm Temple






















Meneruskan tour, kami menuju ke Ta Keo Temple. Kelainan temple ini ialah mempunyai kedudukan menara yang tinggi yang perlu didaki anak tangganya.

Lapaaaaarrrrr......

Ta Keo Temple












Cuaca panas la. Dahaga...! Turun dari kuil, kami minta Sarak bawa ke tempat makan tengah hari yang sesuai. Sarak membawa kami ke kedai yang lebih terjamin kebersihannya.

Owh....mana lagi 2 orang? Ok...2 orang rakan kami tidak ikut kerana mereka pernah ke Angkor Wat. Maka tiada keperluan untuk mereka mengulanginya. Tiket pun mahal iaitu USD 37/seorang.



Makan tengah hari untuk 3 orang ialah USD 18.






Kami hanya melewati sahaja Bayon Temple. Dah tak boleh hadam. Dari jauh kelihatan kuil ini lebih padat senibinanya.

Bayon Temple


Akhir sekali, kemuncak tour ialah Angkor Wat. Katanya Angkor Wat adalah Cambodia, dan sebaliknya.

Orang memang ramai kerana ia merupakan tumpuan. Apa yang kami hairan ketika di Angkor Wat ialah binaannya terlalu ringkas. Tidak seperti temle yang lain. Cuma Angkor Wat ini mempunyai Tanah yang luas dan dikelilingi air atau sungai.

Gahnya temple ini hanyalah pada nama dan luas kawasan. Itu pada pendapat aku la. Tapi tak per, kami layan juga.






















Kami pulang ke hostel. Tip kepada Sarak, kami decide sebanyak USD 20. Sarak bagus guys. Sangat recommend. Beliau pandai berbahasa Inggeris. Beliau juga bercerita kepada tentang kepayahan untuk terus survive. Beliau turut berkongsi misi dan visi untuk mengadakan sebuah laman web atau blog yang menawarkan pakej pelancongan. He want to be a boss.

Mandi kolam tenangkan fikiran. Kemudian berjalan menuju ke Muslim Family Kitchen. Kedai ni kelihatan agak exclusive pada mula-mula kami tengok. 2 malam yang lepas kami segan nak makan di situ.

Memandangkan malam ni malam terakhir, kami makan di sini. Rupanya kedai ini pernah dikunjungi oleh beberapa selebriti Malaysia. Rancangan JJCM juga pernah membuat liputan di sini. Harganya lebih kurang sahaja. Malam ni makan malam kami berharga USD 16.25.

Layan night market untuk malam terakhir ini. Maka acara shopping bermula. 2 malam yang lalu hanya survey sahaja.


4 comments:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete
  2. Great blog, I enjoyed reading it

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...