10.11.18

--- Cambodia, Dirt Bike Tour ---

Guys...guys...guys.... Hari ini adalah hari yang paling di nanti-nantikan. Aktiviti kemuncak. Penyebab kepada datangnya kami ke Cambodia ini. Kahkahkahkah....

Ikut perancangan, jam 8.30 kami akan di pickup oleh pengusaha dirt bike tersebut. Sebelum itu, sarapan dulu. Aku dah turun dan habis sepinggan. Then aku mesej member-member bilik yang lain turun sarapan.

Uncle ni dari hari pertama kami sampai, dia jer yang mandi kolam. Lepas dia...dia...lepas dia...dia...lepas dia...dia..... Yang lain pun turun sarapan. Pagi ini kami borak pasal pendidikan. Macam-macam yang dibualkan. Segala cadangan dan kelemahan diutarakan. Tapi keputusannya tiada sebab kami bukan menteri.



Jam 8.30 pagi..... Seorang lelaki dalam separuh umur sedia menunggu kami di lobi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lis. NorC pula memperkenalkan kami kepada Lis. Ramah mesra la begitu. Tak cakap banyak, kami menaiki tut-tut Sarak dan kawannya. Kami di bawa ke rumah Lis. Ada sedikit salah jalan tapi tak jauh.




Bayaran tut-tut dibiayai oleh Lis. Kira cincai la.

Kami agak teruja melihat motor-motor yang ada di sini. Menurut Lis, semua motor ini telah diselenggara untuk kegunaan kami. Kami naik ke atas rumah untuk memilih safety clothes, boot, glove, knee pad, helmet dan macam-macam lagi. Ini yang paling menarik dan berbeza dengan Bromo Motocross. Spec motor juga sedikit berbeza. Ini merupakan Honda 250cc.

Jangan lupa bayaran sebanyak USD 115/head untuk motocross ini.















GoPro setting

Sebelum memulakan tour, kami sempat uji lari motor yang telah kami pilih. Check-check apa yang patut. Mana-mana yang rasa tak puas hati tu, boleh bagi tahu. Akan cuba diperbetulkan. Motor first aku mudah nak mati so aku bagi tau. Then dia tukar. Mudah....

Ok guys...masa bergerak ni. Kami pun dah siap sedia. Menurut Lis, trip kali ini beliau tidak ikut. Tugas ini diberikan kepada anak lelakinya, Dolla. Aku rasa Lis tak nak ikut sebab tengok kami semua muda-muda. Takut tak masuk kepala. So dia bagi tugas ini kepada anak dia. Kihkihkih.... Ada lagi 2 orang yang akan membantu Dolla dalam tour ini. Menjadikan semua rider 8 orang.

Dalam kami 5 orang ini, Rais first time with this activity. So...he very excited. We can look he andrelin blow up..up...up....and up..... But dont worry Rais. We know you can do it.

Start your engine...

Kami mula menunggang motor menuju ke jalan raya. Sedikit sukar dan janggal. Satu nak biasakan diri dengan ragam motor. Kedua, boot yang tak merasai di mana gear dan brek. Terakhir ialah sistem jalan raya yang berlawanan dengan Malaysia.

Sesekali ada rakan-rakan yang motornya mati dan tak boleh start. Namun dapat dibantu oleh guide. Alhamdulillah....

Kami melalui lorong-lorong rumah. Berselisih dengan kereta-kereta. Jalan berlubang dan sebagainya sebelum kami memasuki jalan yang tidak berturap dan berdebu. Adegan potong memotong dan mintas berlaku. Ada yang slow....pastu tetiba memulas clutch memecut. Zassssss.....makan debu.

Kelihatan semuanya excited. Aku yang sebelum ni pun feel lain sikit dengan motor ni. Performance dia lain macam. Macam ada satu ketagihan dan kegilaan. Dolla juga tidak kurang kegilaan apabila asyik memecut meninggalkan kami. Apalagi, Daus yang terkenal dengan semangat pantang dicabar, terus mengejar. Adegan kejar mengejar.










Aku agak terkebelakang sebab tak pakai gogel pada permulaannya. Disebabkan debu teruk, agak perlahan aku bawa. Beberapa kali mencuba untuk pakai tapi gagal. Akhirnya sebab tak tahan sangat, aku berhenti dan pakai. Bro tu berhenti tanya kenapa? Aku kata nak pakai gogel. Jalan dulu nanti aku kejar. Isyarat tangan jer.

45 minit beraksi, kami tiba di check point pertama dan berehat sebentar sambil kami punya tour guide buat penyelenggaraan. Yes....motor aku tak ada brek guys....mati la mak nak bawa laju-laju. Aduuhhhh.....

Sedang membaiki brek motor aku





Masing-masing menceritakan keseronokkan sebentar tadi. Untuk aku, aku memang kagum dengan pada bahagian fox depan motor. Acap kali masuk lubang akan kedengaran serapan hentakan. Memang tak terasa langsung hentakkan yang sakit. Memang smooth giler.

Masing-masing story la itu ini....bla...bla...bla....

Untuk fasa satu ni tak ada peluang langsung nak ambil gambar. Celah mana nak ambil gambar? Semuanya macam pelesit apabila dapat motor.

Sambil-sambil tu Dolla berborak dengan kami menerangkan route yang kami lalui ini. Katanya ada route-route lain bergantung pada pakej yang diambil. Sekarang musim kering. Maka trek lebih banyak debu.

Sempat bertanya pada Dolla tentang trek lain tapi jawapannya mengecewakan. Tak tahu samada dia tak faham soalan kami atau memang itu jawapannya. Aku tanya, ada tak trek yang melalui sungai-sungai, denai hutan, lumpur dan sebagainya yang lebih mencabar? Dia ulang jawapan sama iaitu trek ini berdebu sebab musim kering.

Jom sambung ride... 🏍🏍🏍



Dengan anak-anak yang baru balik dari sekolah


Di sini berlaku 2 tragedi. Tragedi satu ialah NorC terlibat dengan kemalangan kecil. Motosikalnya terbalik dan mengakibatkan bahagian kakinya sedikit cedera. Ini kerana beliau hilang keseimbangan apabila melalui kawasan berpasir.

Pastinya korang tahu apabila kita menunggang motor atau basikal di atas pasir. Macam tulah keadaannya. Masa ni aku, Rais dan Wan dah ke depan. Dolla minta berhenti sekejap kerana rakan belakang agak lambat tiba. Dollar pun patah balik untuk membuat tinjauan.

Lama juga sebenarnya Dolla buat tinjauan kerana dalam tempoh masa itu, kami bertiga sempat berborak hal-hal pentadbiran negara. Buat para pembaca luar sana, masa-masa terluang kami memang berbicara hal-hal begitu jer. Sembang kosong memang tak la. Kahkahkahkahkah.......

Ok, Dolla dah muncul dengan diikuti oleh NorC. Kami ingat dah boleh gerak tapi tidak. NorC berhenti dan menceritakan hal yang berlaku.

Dolla patah balik lagi berikutan Daus dan 2 orang lagi guide tiada. Aduuhhh..... Sebenarnya kami menyangkakan bahawa NorC dan Daus mengalami masalah semasa meredah kawasan air yang agak dalam tadi.

Tragedi ke dua ialah Daus dan seorang guide TELAH TERSESAT. Mereka tidak memasuki jalan yang berair itu.

Dolla muncul dengan seorang guide yang mungkin sempat nampak Dolla patah balik. Bincang punya bincang, Dolla kata, kita teruskan perjalanan. NorC pun dah siap sapu ubat. Cergas selalu. Kami punya semangat terus membuak-buak. Seolah-olah kuasa motor tersebut menghantui kami.

Pecut selalu...



Sedang bertanya tentang teammate lain.....LOST





Medic...medic...medic....




Trek seterusnya lebih mencabar apabila banyak jalan yang berlubang, berpasir dan kecil. Lubangnya bersambung-sambung dan dalam. Tapi itu semua ditangani dengan baik kerana motor tu memang power beb. Omg......susah nak terang dengan kata-kata. Korang kena rasai sendiri.




Menurut Dolla, kita akan jumpa dengan 2 orang rakan kita yang sesat tu samada di kuil atau di satu simpang di hadapan.

Ok...dah jumpa Daus. Sedang mengambil gambar kami melintasi jambatan kayu. Tapi kenapa video tu macam tak ada? Delete ek? Hahahahahahahahaha....

Tidak jauh dari situ, kami pun tiba di next check point. Aku tak ingat nama kuil ni. Ia sebuah kuil lama. Strukturnya dah banyak yang roboh. Rasanya kuil ini sezaman dengan Angkor Wat. Rasanya betullah. Pakir motor dan buat lawatan ke kuil tersebut.

Owh... Bagaimana Daus boleh sesat? Mmmm.....mmmm..... Aku tak dapat clear pic sangat how dia boleh sesat or miss orang depan. Menurut NorC pula, dia mati-mati ingat Daus di belakangnya. Untuk cerita sebenar, nanti aku tanya Daus.

Titik pertemuan







30 minit kemudian, kami meneruskan kembali perjalanan. Next check point is kemuncak kepada tour ini. Di sana juga merupakan hentian untuk lunch. Tapi kali ini keghairahan motorcross hanya sekejap sahaja setelah kami mula memasuki highway. Masing-masing layback sahaja.

Bukan kata kami, malah Dolla pun sama. Katanya, off trek rasa laju menggila, tapi bila di highway, walaupun dah gear 6, tetap rasa slow giler.

Kami berhenti makan untuk tengah hari di sebuah simpang tiga. Tak tahu nama simpang tersebut. Tapi aku boleh bagi koordinat, (13°28'15.18"N, 104°13'29.52"E).

HALAL tak? PM tepi ok...







Settle bab makan. Suit ON. Bersusah-susah pakai balik suit. Tak sampai 30 saat pun ride, kami berhenti pula di sebuah kuil. Feel down sikit sebab sekejap sangat. Kalau tahu nak berhenti di sini, tak perlu beriya-iya. Hahahahaha...

Ok, sebenarnya kuil tersebut ialah Beng Mealea, iaitu kemuncak destinasi. Aku memang tak tahu sebab seakan-akan tak rasa dia punya klimaks. Rasa biasa-biasa jer. Lebih kepada nak main motor lagi. Dah pakir semua motor, Dolla cerita sikit la tentang sejarah kuil ini. Korang wiki je lah ye. Malas nak tulis kat sini.

Hanya aku dan Daus jer yang berjaya mengelilingi kuil ini. Yang lain hanya lepak di depan. Hampir sejam baru selesai penjelajahan tersebut. Rasa memasuki demensi lain apabila memasuki kuil ini. Sambil-sambil jalan tu, aku pasang telinga mendengar penerangan pemandu pelancong kepada rombongannya. Antara info yang aku perolehi, laluan ini menuju ke sebuah bukit. Di situ berlakunya proses memotong batu-batu berbentuk bongkah bagi pembinaan kuil. Batu itu diambil daripada bukit tersebut. Katanya lagi, Angkor Wat juga dibina daripada batu sini.



Nak jadi model ker?














Perjalanan perlu diteruskan. Semangat pastinya tidak pernah down. Bunyi enjin sahaja, kami terus semangat. Kami akan menuju balik ke bandar tapi melalui trek lain.

Mencabar? Itu pasti. Kami melalui satu jalan yang lurus di mana kiri dan kanan pokok. Masa tu aku rasa suasananya sangat tenang. Cantik. Nak berhenti ambil gambar tapi tak terberhenti kerana masing-masing laju.

Selain itu, pengalaman rakan-rakan yang lain menarik juga. Katanya ada yang di acah-acah oleh lembu. Hahahahahahaha....



Dikejutkan oleh lembu









Kami berkejar balik ke bandar sebelum matahari terbenam. Segala pengalaman hari ini sangat-sangat menggembirakan kami kerana berjaya mengharungi tour ini. Syukur tiada kecederaan serius yang berlaku.

Semasa memasuki town, rata-rata dah mula mengeluh sakit tangan kerana asyik menarik clutch. Normal la. Masa nak mula-mula tadi apapun tak sakit. Bila dah nak balik, mula la macam-macam. Hahahahaha...

Kami selamat tiba di rumah Lis sekitar jam 6.00 waktu tempatan. Kami membuat pengurusan diri.








Sebelum berpisah, ucapan terima kasih kepada Lis sebagai host dan Dolla and the gang yang menjadi tour guide

Tut-tut pun dah sampai. Kami bergerak balik ke hotel. Apa yang dikesal dalam dirt bike tour hari ini ialah gambar. Tak sama macam di Bromo tempoh hari. Banyak faktor yang punca kurangnya gambar. 

i. kurang view menarik.
ii. line up yang sedikit.
iii. semua laju macam pelesit.
iv. aku sendiri pun laju

Kami membayangkan bahawa di Beng Mealea adalah kemuncak trip di mana di situlah kami akan bergambar sakan tapi sebaliknya berlaku. Masa sampai di Beng Mealea tu tak rasa klimaksnya. Hmmmm.....

Aku ada dapat mesej dari seorang teman bertanyakan tentang dirt bike ni Aku jawab jujur la. Dalam banyak-banyak perkara, Bromo lebih win. Di Cambodia ni win pada motor dan sut.

Dalam perjalanan pulang ke hotel kami dah bincang-bincang nak lepak mandi kolam. Semua ON.

Time to eat. Lapar giler katanya. Nak mudah, kami terus ke restoran Backpackers Halal Food. Menu istimewa ialah Lembu Naik Bukit. Perghhhh..... Nak tau sedap atau tak, kena cuba sendiri. Tak nak terang kat sini. Hahahahahaha.....

Lembu Naik Bukit





Apa nak buat lepas ni? Tak ada benda lain kecuali jalan-jalan ke night market. Pastu ada sikit usha-usha nak urut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...