10.10.11

--- AUTeM @ Cameron Highland ---


Sejak ditugaskan ke kawasan obersea di tengah Laut China Selatan, aktiviti mendaki aku semakin terbatas. Bukan kerna masa yang membataskannya tetapi kemudahan untuk balik ke darat yang amat sukar. Setiap kali melihat gambar2 teman sepergunungan di darat membuat aktiviti, hati ini begitu cemburu. Namun aku pujuk dan berkata pada diri ini, bahwa kehidupan dan zaman itu mungkin sudah berlalu. Aku kini pada fasa kehidupan yang baru. Ini menjadikan aku lebih kuat untuk mencorak dan cara kehidupan yang baru. (Ayat novel sangat...)

Apapun, ini bukan bermakna tiada lagi aktiviti mendaki untuk aku, cuma berkurangan sahaja. Melalui Persatuan AUTeM, setiap pertengahan tahun, kami merancang mendaki ke luar Malaysia. Untuk tiga tahun berturut2 ini, Indonesia merupakan destinasi popular.

Baru2 ini, dikesempatan menghadiri kursus di darat, aku tidak melepaskan peluang menyertai AUTeM ke Cameron Highland pada 8-9 Oktober 2011. Tujuannya ialah menawan beberapa gunung yang berada di sekitar Cameron Highland. Jom layan..... Disamping itu dapat berkenalan dengan Ketua Biro Rekreasi yang baru bagi sesi 2011-2012 iaitu saudari Jijie.

Actually aku bertolak dari Mersing pada 7 Oktober 2011 malam. Nak dijadikan story, tgh laju bawa keta kat highway, tetiba tayar keta buat hal selepas aku melanggar sebatang kayu. Aku benti tgk, tayar belakang kiri dah pecah. Tepon la PLUS minta bantuan. Then aku meneruskan perjalanan ke rumah Ery di Kajang. Tinggalkan keta aku situ, naik keta Ery. Disebbkan kejadian tersebut, maka aku, Ery dan Golok sampai lewat la. Very2 sorry to kawan2 yang lama menunggu.

Kami meneruskan perjalan ke kaki gunung pertama iaitu Gunung Cantik setelah selesai bersarapan pagi di Tanah Rata. Ops...!!! lupa nak bgtau line-up. Rombongan terdiri daripada Salam(leader), Jijie, Kucai, Rozis, Johan, Daus Klaska, Ikhwan, Daus KeReX, Red, Ali, Intan, Ery, Golok, Pendy, Shilah dan  .

Kaki gunung ini terletak di kawasan ladang teh, di Tanah Rata yang sangat cantik. Sepanjang perjalanan dengan menaiki kereta kami disajikan dengan pemandangan kehijauan ladang teh yang luas. Lalunya berturap sederhana baik. Biasa la kan, jalan kawasan ladang mana nak cantik macam highway. Hahahaha....

Jalannya yang berbengkang bengkok dan berselekoh tajam, membuatkan pemandunya perlu senantiasa berhati-hati pada tahap maksima dan perlu membunyikan hon.

Kami tiba di kaki gunung pada jam 8.52 pagi waktu Malaysia. Haaaaa...baget dok UK kan. Hahaha.... Di sini juga terdapat sebuah kilang memproses daun teh. Dari mengutip teh sehinggalah terhasilnya daun teh yang u all boleh beli di supermarket2. Kalu nak rasa terus pun boleh kerna terdapat kedai teh di sini. Mana tau ada yang tak percaya teh tu memang dari kilang tu kan. Hahaha.... Dan...dan...kilang ini juga memberi peluang kepada mana2 pengunjung untuk masuk ke dalam kilang tersebut melihat sendiri proses daun teh di proses.



Seperti dalam gambar di atas, tertera nama kedai tehnya. Minum teh sambil menghirup udara segar ladang teh yang bersuhu sejuk. Syahdu gi tu. Kalu dengan awek atau dengan orang tersayang, lagi la syahdu. Sentap hati mak nox....

Roza dan......hmmmmm....ala nama tak tahu la. Trip ni baru jumpe. Salam pula xbuat ice-breaking, so belom kenal sgt. Nanti2 kita kenal k. Apa pun gambar ni sweet gi tu.....


Inilah dia kilang yang aku sebutkan di atas tadi. Di depan kilang ni adalah kedai tehnya. So senang la nak buat teh kan. Takde la berlaku masalah terputus bekalan teh. Hahahaha...dan isu kenaikan harge teh pun takkan timbul. Kuikuikui....

Hasil produk kilang teh tersebut ialah Teh Boh. Nama teh ni memang dah terkenal. Aku dah dengar nama teh ni dari kecik lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi akan kualiti teh ini. Aku promote bukan men lagi kan. Macam dapat share plak. Hahaha....

Di kedai ini juga terdapat kedai cenderahati. Kalu u all nak beli untuk mak ker, kakak ker, adik ker, sesuai sangat la beli kan sini. Herge no komen. Boleh gi tu....

Kira lama gak la kami dok pusing2 kat kawasan ni. bukannya apa, kami punya go-go xjumpe jalan nak naik. Info yang dia dpt katanya inilah tempatnya. Manakala kata seorg dari pekerja di kawasan ini, bahwa xboleh naik keta dan macam2 lagi lah.
Lama sangat dok itu ini, kami pun redah jer dengan menggunakan GPS Salam. Kami terus mendaki menuju ke menara komunikasi yang ada kat atas sana. View jangan cakap la kan. Superb beb.


Trek menuju ke puncak menara telekomunikasi itu ada tangga. So mudah la bagi setiap pelancong yang datang. Nak bawa kanak-kanak pun xder masalah. Bawak jer.





Sesampai jer kat atas, cakap banyak xder, terus snap2 gambar. Teruja la konon. Lompat sana, lompat sini. Macam-macam gaya yg di buat. Nasib bek aku bawa 2 orang model yang mantap. Tak yah suruh, tahu jer nak posing.



Ok...jom jom....bila nak sampai kalu asyik gambaw jer. Maka kami pun rendah la ladang teh tu. Turun naik, turun naik. Aku plak pakai selipar jer tau. Salam kata santai. Boleh naik ngan keta sampai puncak. Nah ambik. Nyirap pun ada. Nasib bek cuaca sejuk, so xder la hot sangat.

Sekali tengok macam pekerja ladang teh pun ada ni. Hahaha... Macam filem hidustan dok menyanyi pun ada gak... Hahahaha.....


Dari puncak, kami dapat lihat trek atau laluan berkereta di bawah. Laluan itu seolah-olah menuju ke puncak. Kami pun memutuskan untuk turun semula menuju ke laluan tersebut. Haaaaa...baru la betul. Ada GPS pun tak berjaya menuju ke jalan yang sebenar.


Terdapat satu punca air pada laluan yang kami lalui itu. Boleh la basahkan tekak dan basuh kaki yang dah kotor dek trek ladang teh yang gambut itu. Trek ladang ni nampak macam mudah tapi, sekali kena menangis gak la. Di tambah kalu pakai kasut yang tidak sesuai seperti SELIPAR. Sentap...

Kami pun menyusuri la laluan tersebut. Baru la ok dan makmur. Sambil nyanyi2 lagi. Kalu dari tadi trek macam ni idak la menyumpah nyumpah. Bukannya apa, sebab xbiasa join trip yang redah2 ni. Dah la tu, xtraining plak. Berat tau dslr yang i bawa ni. Di tambah dengan badan dah tak macam dulu ( ayat Ery ) dan gemuk. Huhuhuhuhu....

Ni terbaring kepenatan atau apa ni? Hmmmm.... mesti terukkan trip ni. Haaaaa...itu la. Semua dah penat-penat. Siannya. Sabau je lah.



Nampaknya, Ery lebih pantas dari GPS. Laju jer dia cari jalan. Leh lantik jadi guider pasni. Tahniah Ery. Ery kata, dulu kawasan ni sawah. Betul ker...??? Hmmmm.....

Sekitar jam 11.45 pagi, baru lah kami tiba di pintu rimba. Bukan men jauh lagi pintu rimba ni. Inilah pintu rimba yang ditunjukkan dalam GPS tu. Payah bebenor. Rupa2nya, bukan pintu rimba, tetapi pintu ladang teh. Sentap hati mak nox...

Lebih kurang 45 minit dari pintu rimba itu, kami pun sampai la di Puncak Gunung Cantik ini. Dengan berketinggian 1475 meter dari paras laut, satu view pun tidak boleh di lihat dari sini. Hahaha...... Nama gunung dah cantik tapi pemandangan zero la. Takpe2. Yang penting kita dah sampai kepuncak. View pun dah dia kasi masa trekking. Kira ok la kan. Untuk info, atas puncak ni ada beirut, tapi dah terbalik dan punah di mamah usia. Ada sisa-sisa beirut kat sini.
Apa yang penting, kita tidak putus asa dalam mencapai matlamat kita walau apa pun halangan. Kalu putus asa tadi, tak sampai puncak ni. So alhamdulillah gi tuuuu.....

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke puncak sebelahnya iaitu Puncak Chentuk. Haaaaa.....tadi Cantik, sekarang Chentuk plak. Berdasarkan GPS, gambar di atas ini ialah Puncak Chentuk. Firstime jumpa puncak gunung macam ni. Macam puncak tipu jer. Hahaha.....
Ketinggian yang direkodkan, puncak ini berketinggian 1806 meter dari paras laut. Heran sebab lebih tinggi dari Cantik. Rasanya tadi macam menurun jer. Takpe, dah GPS rekod macam tu kita ikut ja. Hahahaha....

Masa untuk turun. Inilah gambaran pintu rimba tersebut. Ingatkan ada pintu gerbang apa ker. Rupa2nya macam ini. Perbezaannya ialah ladang teh dan hutan rimba. Sesuai gi tu.






Tetiba ada jer posing maut dari model ni kan. Siap pegang pisau lagi. Mesti baget gambar ganas ni. Hihihihi.....

Sampai je di bawah, kami berehat sebentar sambil minum teh di kedai tersebut. Salam belanja. Ye la kan. Tak luak rasanya belanja minum teh berbanding projek juta2 di dapat. Hahaha....amin. Sambil dok rileks2 tu aku try la guna dslr Salam, D5100 dan Golok EOS 50D.
Hasilnya ialah :

Yang ni semua camera Golok punya. Salam punya xder. Maaf.

Lokasi seterusnya ialah ke lapangan terbang lama peninggalan zaman British dahulu. Nama lapangan tersebut tidak dapat dipastikan. Lapangan Terbang Boh kot. Aku try gak cari dalam google, tp belom ke temui. So sapa2 yang dapat info tu bagi tau lah ek. Kongsi2 la ilmu tu. Info yang ada pun ialah koordinatnya iaitu 4°26'26.63"N, 101°25'11.30"E. Korang leh cari dalam Google Earth dan Google Map. Berdekatan jer dengan Gunung Beluat.
Cuaca pada masa tu dah mula mendung. Mula2 renyai jer. Pastu mula lebat. Susah gak la nak cari jalan menuju ke lapangan terbang yang terdapat di atas bukit tu. Tanya sana, tanya sini, baru la jumpa. Jalannya yang berliku2, membuatkan salah seorang teman muntah. Hehehe...sapa yang muntah tu biarlah rahsia. Kalu org tu baca blog ni, pasti tersenyum. Maka yang senyum tu la yang muntah. Hahaha....

Lebih penting pemandangan yang disajikan sepanjang perjalanan tersebut walaupun dalam hujan memang cantik. Kalu xhujan pastinya lagi cantik. Mesti berhenti nak shoot2. Tapi apakan daya, hujan. Maka tgk je la. Aku berkata dalam hati, nak dtg lain masa pada cuaca yang ok dan nak suggest pada mana2 pasangan pengantin untuk shoot kat sini. Pasti nice. Hehehehe........

Kami tunggu agak lama di sana sambil berharap hujan akan berhenti sebab nak ke Gunung Beluat yang berdekatan. Namun Allah tidak mengizinkan. Hujan berterusan hingga ke lewat petang. Akhirya kami mengambil keputusan untuk beredar turun kerna hari makin gelap. Solat pun belom ni.


Bagi tidak mengecewakan semua yang nak merakam kenangan di sini, dengan kecanggihan kamera compact kalis air, kami snap juga beberapa keping di waktu hujan masih turun itu. Maaf, dslr time2 mcm ni mmg tidak dpt berfungsi. DSLR takut air. Hahahaha....


Inilah antara pemandangan yang sempat aku snap dari dalam kereta semasa turun. Kami menuju ke masjid untuk membuat pengurusan diri.

Acara malamnya kami pergi makan di Brinchang. Brinchang ni satu lokasi yang sangat sesak. Mungkin disebabkan ianya adalah pusat bandar Cameron Highland. Dalam keadaan sesak dan berhujan, kami mencari kedai makan. Akhirnya terpecah dua. Satu kumpulan makan kat mana tah, manakala aku, Ery dan Golok mengambil keputusan untuk makan di KFC. Mudah dan Pantas. Haaaaa....gi tu.
Selesai makan, kami tidak banyak berjalan kerna hujan. So tak selesa nak g mana2 pun. Kami bertiga balik ke campsite iaitu Kem Sungai Pauh untuk tidur. Tidur dalam kereta jer. Zzzzzzzz....zzzz.....

Keesokkan pagi 9 Okt 2011, bangun untuk siap2kan diri for next hiking. Bangun pagi tu baru tahu bahwa ramai orang kat campsite ni. Ada murid-murid sekolah dok camping. Best2...




Next gunung ialah Gunung Jasar yang terletak di Tanah Rata. Sampai jer terus transform. Kali ni aku berpakaian dan berkasut yang sesuai dengan hiking kerna tak nak tertipu lagi dgn istilah 'santai'.

Oh ya! AUTeM sekarang dah ada kelab baru iaitu Kelab Photo AUTeM. Presiden dia ialah Abd Salam. Haaaaa....tgk Salam dan teammate nya sedang tekun mengambil gambar macro. Dahsyatttt....!!!
Bila dah lama tak trekking ni, sesekali tgk trek mcm lain sikit. Terasa macam cantik semacam jer trek Jasar ni. Seolah-olah baru pertama kali mendaki. Sebab tu snap pic trek ni. Feel fresh n holy.






Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang 30 minit lebih pendakian, kami pun sampai di puncak Gunung Jasar. Kaki gunung ini terletak di belakang flat-flat. Namun begitu, aku pasti orang-orang flat kat situ pun tak naik lagi gunung ni. Entah tahu atau tidak. Standard la kan. Ketinggian gunung ini ialah 1696 meter dari paras air laut.

Pas ambil group photo, sesi terbang2 plak. Ni dah macam trend remaja zaman sekarg. Nak gambar terbang. Seb bek Ahli Kelab Photo AUTeM sudi merakam gambar-gambar mereka. Tersentuh sangat. Terima kaseh pada mereka.

Haaaaa...nampak tak kesungguhan juruphoto ni menangkap gambar. Power2...





Seterusnya ialah Gunung Perdah. Gunung ini pula terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli Kampung Ruil. Semasa dalam perjalanan ke kampung ini terdapat kawasan macam sedang dalam pembinaan sesuatu. Tapi tak tahu la mungkin ini kesan dari tanah runtuh aritu yang pernah dilaporkan.




Sama seperti gunung sebelum ini, pendakian tidak mengambil masa yang lama. Sekejap jer dah sampai di puncak. Alhamdulillah, cuaca pun aman dan damai.
Ketinggian gunung ini pula ialah 1576 meter juga dari paras air laut. Dari paras air laut ni semasa air surut atau air pasang ek? Poning den.





Haaaa...orang asli sekarang bukan macam dulu. Kampung ni siap ada wi-fi lagi. So pasni kalu u all nak mendaki sambil update fb, boleh terus connect ternet. Tapi kalu yang canggih mcm guna Galaxy Tab dan sebagainya, boleh connect di mana sahaja anda berada.

Actually Kampung Ruil ni aku pernah datang dulu sekitar tahun 2006. Masa tu baru join kelab hiking KUTKM. Pertama kali join trip Trans Gopeng. So ending trans tu di sini la. Kami pernah snap gambau kat pentas ni dulu. Kucai, Rashid, Khazliyan, Botak, Han, Pobe, Miza, Mat dan lain-lain. Terimbau kenangan seketika. Hahaha...
Ingat lagi Abg Ayien Caslos yang snap pic. Dia kata Kamera xmuat. Pastu dia ambil separuh2 dan suruh balik nnt cantum. Eeee..... Hahaha....

Tidak tamat di situ, kami meneruskan perjalanan pula ke Gunung Brincang. Puncak Gunung ini boleh naik dengan kereta terus. Yang ni aku percaya boleh naik ngan kereta kerna dah pernah pergi dulu. Tapi dulu pergi dengan jalan kaki je la. Naik dari bawah sampai ke Gunung Brincang, pastu sambung ke Gunung Irau. Masa zaman muda-muda dulu la. Sekarang dah tua. Tak larat.

Namun begitu, siapa tahu bahwa takdir tidak mengizinkan kami sampai ke puncak. Baru masuk selekoh jer dah jem giler. Mana-mana kereta yang turun akan kata 'jem teluk...jem teluk....2 jam naik, 2 jam turun.' Nasib bek boleh turun. Kalu naik xtaurun2, macam mana tu. Hahaha... Tanpa pikir panjang, kami pun buat pusingan U dan terus ke masjib untuk pengurusan diri.
Selesai pengurusan diri, aku, Ery dan Golok bergerak pulang dulu kerna destinasi kami jauh. Yang lain KL dekat jer. Aku nak balik Mersing lagi. Mereka ada acara lagi nak g shopping dan bagai2. Apapun gembira dan join trip u all. Nanti ajak la lagi k. Terima kaseh pada semua.

Pembangunan berterusan di Cameron Hingland akan mengganggu ekosistem alam secara perlahan-lahan.

10.9.11

--- mOde raya : bEraya kE rumah aBah dan kLinik dEsa ---

Lalalala....mode raya lom habis. Kalu semalam ke rumah bahagian atas sana, kali ni kami akan beraya pula ke rumah Abah dan Klinik Desa Pulau Aur. Jom2...


Sebelum bergerak, kami lepak2 dulu kat depan Balai Polis Pulau Aur. Bukannya apa nak ajak En Nik sekali join the group. Biar ramai dan meriah gi tu.

Santai-santai sama GB Jasmi. Mulanya GB macam xnak join, tapi kami ayat baik punya. Hahahaha.....

Amboi takkan dah penat kot ustaz. Baru jalan sikit dah mengah. Ini belum naik bukit ke rumah Abah lagi. Hehehe....

Haaaa...kalu nak tahu, inilah laluan masa zaman 2010 di mana kedai Kak Ngah berada. Setiap kali nak makan, kena lalu kat sini la. Sebelah situ ada kubur. Teringat zaman tu masa lalu jalan ni. Hihihi... Sekarang kedai tu dah xder sebab dah berpindah kedai baru. Kebetulan tembok pun dah runtuh di pukul ombak.

Tongkang ni sedang menjalankan kerja-kerja membuat boya. Boya tu mcm tempat nak ikat bot-bot atau kapal-kapal besar yang singgah di pulau ini. Projek di bawah Taman Laut Negeri Johor katanya.




Bergambar kenangan di rumah Abah dan Mak Ma. Lokasi rumah ini dipanggil Air Sandang. Rumah Abah ni atas bukit tau. Haaaa...nampak tak pemandangan yang kat belakang tu. Dapat lihat pemandangan gi tu.



Destinasi seterusnya ialah Klinik Desa Pulau Aur. Haaaaa.....kat klinik tu ada 2 orang Jururawat Desa. saja nak serang umah diorang. Nak tengok apa la anak dara ni dok buat. Boleh masak ke tidak? Boleh mengemas umah ke tidak? Konon2 nak tengok calon2 pilihan. Sentap nox.



Selesai untuk hari ini, maka kami pun pulang dengan hati yang gembira. Terima kaseh kepada tuan-tuan rumah yang sanggup menerima tetamu ini. Tahun depan datang lagi untuk beraya k. Amin....

7.9.11

---mOde rAya d'pUlau aUr : bEraya d'rUmah mArziah dan sHikin---

Haaaaa...selagi xhabis Syawal, maka moh la kita beraya lagi. Selesai cuti seminggu Hari Raya Aidilfitri, aku dan teman2 sambung lagi beraya ke rumah-rumah orang kampung di sekitar Pulau Aur ini. Kiranya nak mengeratkan silaturrahim gi tuuuu......


Struktur muka bumi Pulau Aur tidak sama dengan pulau-pulau lain. Lain pulau, lain coraknya. Memandangkan Pulau Aur ini membukit, maka secara wajibnya, rumah-rumah masyarakatnya dibina di atas bukit-bukit sana. Maka terpaksa la kami mendaki sikit untuk ke rumah-rumah.


First, rumah yang kami pergi ialah rumah Abg Pie iaitu ayahnya Maziah. Rombongan terdiri daripada aku, Ustaz Zamri, Nordasila (wife ustaz Zamri), Nisa (anak ustaz Zamri), Nasafi, Rahimeey, Amir dan Jururawat Desa, Cik Norhasikin.


Amboiiiii...bukan men seronok Amir. Suka la tu dapat makan kuih sambil berposing. mESTI BAGET KACAK kan.....hihihihi



Settle makan di rumah Abg Pie, kami menuruni bukit ke rumah lain pula. Rumah Pie jugak tapi Pie lain la. Pie kali ini ialah ayah kepada Norhashikin, Syida dan Imran.

Kuih2 tidak la semeriah masa raya pertama hari tu. Sapa suruh datang lewat2 kan... tapi ok la. Bukan nak makan sangat pun. Yang lebih penting, kunjungan itu dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama saudara muslim.

Dalam dok berkunjung tu, sempat lagi berposing mode potrait. Cantikkan...

Bergroup foto kenangan di depan rumah Norhashikin.

Cerianya Ekin sbb pasni kami nak beraya ke Pulau Dayang plak iaitu rumah Pakcik Mat Tahir, ayahnya Sallehin.




Amboiiiiii...u all ni. Bukan main berposing gaya HOT gi tuuu...

Moto ni kami jumpa kat Pulau Dayang. Haaaa...antik kan. Entah siapa empunya pun tak pasti. Yang pasti ia menjadi daya penarik pengunjung yang berkunjung ke pulau ini.

Sedapnya bahulu....

Pemandangan Batu Cina dari Pulau Dayang.

Macam biasa bergambar kumpulan bersama-sama wakil rumah sebagai bukti bahawa kami pernah datang untuk berhari raya.

Selesai makan, kami pun meminta izin untuk mengundur diri.

27.8.11

--- sOksek...sOksek---

Pejam celik, pejam celik, dah 21 hari umat Islam menunaikan perintah Allah iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan.  Ibadah wajib ini merupakan ibadah ketiga dalam Rukun Islam dan dilaksanakan selama 30 hari, setahun sekali dalam Kalendar Islam. Haaaaa.....ayat aku seolah2 yang baca ni orang bukan Islam.  Hahaha...

Sedar atau tidak juga, dah lama juga aku tidak naik darat.  Last naik darat masa majlis perkahwinan Lyn di Masjid Tanah pada 2 Julai lalu. Haaa...sampailah sekarang dah tak naik.  Kursus pun tak der.  Dalam tempoh itu juga muvie kegemaran aku, H A R R Y P O T T E R tidak dapat aku tengok.  Tapi apa boleh buat.  Takder rejeki.


Kerja-kerja pejabat makin hari makin banyak plak terasa. SAPS la, SSQS la, SMM la dan macam2 lagi. Tapi xder la merungut yang bukan2.  Hahahaha...nama pun kijerkan. So dont soksek...soksek...

19 hingga 21 Julai merupakan antara minggu paling bz dengan keramaian. Kemeriahan Pulau Aur dimulai dengan majlis kesyukuran anjuran PIBG SK Pulau Aur. Besoknya disambung pula dengan majlis makan2 anjuran JKK Pulau Aur. Berpesta makan jer. Tidak tamat di situ, rezeki datang lagi dengan Program Komuniti anjuran RTM Johor. Diaorg berkampung di sini 3 hari 2 malam. Ada ceramah, pertandigan kareoke, mewarna bagi kanak2, sukaneka dan macam2 lagi. Kira xsunyi la minggu tu.

24 Julai, Pulau Aur didatangi oleh selebriti lawak terkenal, Mamat Sepah. Haaa...jangan tak tahu, kedatangannya bukan nak kembungkan perut jer (makan angin), tetapi beliau dan krew-krew produksi sedang membuat dokumentari mengenai pulau-pulau di Mersing ini. Nanti tajuk dokumentarinya 'Xplorasi Pulau-Pulau Mersing'.  Lebih kurang la.

26 Julai.  Haaaa...tahu tak hari apa tu? Heeee....THAT MY BESDAY. I'm 29 year old now. Rasa dah tua sangat. Hahahaha... Malam tu aku belanja kawan2 makan kebab jer. Itu jer yang mampu dan ader kat sini. Terima kasih pada kawan F A C E B  O O K yang tak putus2 wish to me.  Terasa diri ini begitu berharga. Perasan la tu. Haaaa...sentap mak nox.

Esok petang, kami bekerjasama membantu Ustaz Zamri untuk membuat garisan bagi gelanggang bola tampar (klik di sini). Siap buat garisan, terus cat. Xnak tunggu2 dah. Hahaha... Bukannya apa, ada 4 hari ja la gi nak masuk bulan posa. Nanti tak terbuat.

1 Ogos, penyimpan mohor besar Raja-raja Melayu mengumumkan tarikh berpuasa bagi seluruh negeri2 dalam Malaysia. Dengan pengumuman tersebut, maka bermulalah 1 Ramadhan dan terawih pertama. Macam tahun sebelum ini, berbuka dan sahur disediakan oleh Kak Ngah untuk GB dan cikgu-cikgu bujang yang ensem2 dan cute2 ni. Baget la tu...

Puasa tetap puasa, aktiviti riadah still ON. Puasa ketiga, gelanggang bola tampar di rasmi dengan game pertama bersama-sama penduduk kampung. Bukan men seronok lagi haaa...

Bulan Ramadhan, cabaran dan dugaan ditempuhi dengan penuh tabah. Kekurangan taburan hujan di kepulauan Mersing ini menyebabkan bekalan air bersih berkurangan.  Air di hulu makin kurang dan keruh. Hari-hari masak air dan minum air keruh. Nasib baik rumah ader tangki besar di atas sana yang berkongsi dengan sekolah.  Kedai Kak Ngah, sering sahaja putus bekalan air. Namun lately ini, tangki air sekolah di atas juga dah mula kekeringan. Dugaan-dugaan.

11 Ogos, GB menganjurkan majlis berbuka puasa di sekolah. Baget from him too. Tq my GB (dgn nada baget manja...kahkahkah). Majlis dihadiri murid-murid terutamanya guru-guru, ibubapa, Imam dan semualah yang dok Pulau Aur. Haaa...susah sangat nak ingat sorang2 kan. Zasss...

Setiap malam bila ke Masjid Jamek Pulau Aur, aku mesti tengok ke langit. Nak tengok bentuk Bulan samada bentuknya sama dengan kalender Qamari. Ternyata meleset. Bentuknya lebih cepat berbanding kalender Qamari. Mmmm...

Oklah, sebenarnya dalam hati ni dah berkobar2 nak belayar mahu pulang beraya...Hihihihi....zassss.....

22.8.11

--- mAjlis bErbuka pOse kEdai kNgah ---

Malam ke 22 berpuasa, K.Ngah aka Puan Norlila mengadakan majlis berbuka puasa di kedainya. Semua masyarakat dijemput hadir. Tak yah bayar. Makan free... Hihihi... Jom layan pic sepanjang majlis yang serba sederhana tapi meriah... Amin...

Time berbuka dah masuk. Kanak-kanak apa lagi, bukan men laju lagi makan. Takpe2, makanlah sepuas2nya. Hehehe....

Bukan geng bas sekolah, bukan geng surau, tapi geng ketuk2 kuali di bahagian dapur. Hahaha....kaum-kaum hawa yg dari petang td dok bertungkuslumus memasak, sedang makan di bahagian dapur.

Haaa...ini dia org kuat majlis. Kira tulang belakang la. Xder K.Ngah ni memang xjalan la majlis cenggini. Beliau dok kat kaunter memantau mana2 bahagian yang tidak cukup.  Nanti beliau akan cukupkan k. Beliau juga merupakan Ketua Wanita UMNO Pulau Aur ini. Gigih gi tu...

Masyarakat kampung sedang menjamu selera. Tua, muda, besar, kecil semua datang. Musuh atau tidak, datang juga. Bulan2 baik ni kan. Jangan dok dengki2. Kira 0-0 tau. Yang penting M A K A N....sentap mak nox...!!!

Meriahnya kedai K.Ngah... nnt nak dtg lagi lah ke sini. Terasa xnak keluar jer dari pulau.

Pemuda kampung, tonggak masa depan Pulau Aur ini.

Eh...!!! Ni pemuda kampung gak ker? Kacak-kacak jer tengok ni. Hehehe..... Makan jangan xmakan. Kalu xmakan, nnt K.Ngah marah.

I M R A N, permata Pulau Aur yang bakal menyinar kelak. Amin... Nama glamornya Bujang. Kat sekolah pun bijak. Anak sapa la ni kan....hihihi....

Geng dapur dan Tok Jarah. Haaa...Tok Jarah ni merupakan ibu kepada Bos Bluewater. Bos Bluewater tu boleh dikatakan anak jati pulau yang dah berjaya sekarang dan terkaya di kawasan ini. Kalu u all nak pergi Tioman, ferri yang korang naik tu, ferri anak Tok Jarah ni la. Hehehe.... Paling best, Tok Jarah xsegan-segan nak berposing di depan kamera.

Haaaaa...nampak tak, betapa multitasking wanita-wanita pulau. Petang jadi team masak, masa berbuka jd team dapur. Sekarang jadi team basuh pinggan. Teringat pepatah Melayu, Ibu sorang boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak itu, belum tentu dapat jaga sorang I B U. Huuu....senday la plak. Touching sangat. Hahaha....

Last sekali, tuan rumah kedarung gak la yang kena habiskan sisa-sisa pinggang mangkuk yang belum di cuci. Standard la kan. Dah la time2 ceng gi tu masalah air. Sabar je lah nox.

Akhir sekali, ucapan TERIMA KASIH kepada tuan rumah kerna menjemput kami anak beranak, sahabat handai ke maslis berbuka ini. Terharu sangat. Nanti kalu ader lagi, jemput la. Haaaa...jgn lupa jemput masa OPEN HOUSE k....zasss.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...