Hampir 2 jam lebih perjalanan dalam Kijang dan van turbo, kami mula memasuki Blangkejeren. Yudie membawa kami singgah minum kopi di sebuah kedai ala-ala hipster. Menurut Yudie, di sini terdapatnya kopi Gayo asli.
Apa itu Kopi Gayo? Hmmmm....ok aku terang sikit. Kopi Gayo ni merupakan produk asli dari penduduk Gayo Lues. Ia dihasilkan secara tradisional. Selain kopi asli, kopi ini juga terdapat dapat bentuk campuran.
Jarum jam dah menunjukkan jam 12 tengah malam ketika kami sampai di kedai kopi ini. Kami lepak hampir sejam menikmati kesedapan kopi Gayo Lues.
Kami meneruskan perjalanan ke rumah penginapan pendaki. Turunkan barang, setting tempat tidur. Semua orang kepenatan. Suasana agak sejuk. Jam telah menunjukkan jam 2 pagi. Zzzzzz....
.
.
.
Bangun pagi untuk Subuh dan pengurusan diri. Masa ni mandi pun tak berani sangat sebab airnya sejuk. Wuduk jer dulu. Nanti matahari naik sikit baru mandi.
Pagi itu kami dikunjungi oleh beberapa orang kampung. Abang Lan memperkenalkan mereka bahawa mereka adalah potter-potter yang bakal menyertai xpdc ini. Selain itu, mereka ini datang berkunjung kerana mengenali Abg Lan di mana ada diantara mereka pernah bersama beliau dalam pendakian solo ke Loser Leuser dulu.
Sambil itu mereka juga berkongsi-kongsi cerita tentang trail yang bakal ditempuhi esok. Kata Yudie, jangan cerita yang enak enak dahulu. Cerita saja yang susah susah. Hahahahahahaha....
Selain bercerita tentang gunung, bapak-bapak poter turut menceritakan tentang perspektif negatif Aceh. Ternyata apa yang kami alami sendiri, Aceh aman aman sahaja. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa Aceh dulu pernah bergolak dalam proses menuntut kemerdekaan dari republik. Mereka sendiri pernah berda dalam zaman tersebut dan pernah mengangkat senjata. Itu cerita masa dulu. Kini dah berubah.
Kata mereka lagi, jangan percaya bulat-bulat pada cari google. Datang dan rasai sendiri Aceh.
Perkara baik dalam trail menuju ke Loser ialah TIADA PACAT.