28.8.17

--- Kerinci Ep 01 ---


Hmmmmm.....ok ok......this plan about Kerinci is beginning last year. That time aku fikir kalau tak ada yang nak pergi, aku nak pergi sorang jer. Aku ada follow satu ig tentang Kerinci. Yudakharsana nama ig nya. Aku pm bertanyakan tentang harga dan lain-lain.

Masa terus berlalu tanpa plan Kerinci itu berjaya dilaksanakan. Ada la sebab-sebab tak jadi. Antaranya, ada member beritahu yang time aku nak pergi tu cuaca kurang cantik. Memang termakan la aku dengan dakwaan sedemikian. Hahahahahahaha...

Takper....benda yang lepas jangan dikenang. Tahun ni setelah berjaya mencari teammate, maka kami pun on. Line up adalah Aku, Am, Lat, Azizah, Lina dan Eda. 6 orang jer.

Melalui Sem, dia mencadangkan Johan, salah seorang guide Kerinci. Melalui Johan, maka dapatlah kami Jetz (ig : kerinciparadise).

Thank you pada Lat sebab menguruskan tiket penerbangan dengan baik sekali termasuklah dengan luggage.

Kami dah mula berkumpul di airport seawal jam 1 pagi. Flight kami pada jam 0750.

Selepas Subuh, kami pun berjalan menuju ke gate L sepertimana yang telah ditetapkan. Jalan punya jalan, kami pun sampai di gate P. Mana gate L? Tanya orang, rupanya gate L di sana nun. Maka berpatah baliklah kami.

Entah kenapa, Lat tergerak hati untuk tengok board. Alahai......gate kami bertukar lagi. Gate P. Kami pun naik semula dan mujur ada kereta kecil yang bawa penumpang kurang upaya tu. Itu la hikmah kami tersalah gate. Dapat naik kereta benda alah tu. Sebelum ni asyik tengok orang je naik.














Alhamdulillah....penerbangan yang lancar. Walaupun lancar aku tetap nerbes. Siap sedia koyakkan sampul muntah lagi ok. Penerbangan ke Minangkabau International Airport, Padang adalah plus minus sejam.

Jangan lupa juga bahawa perbezaan masa antara Malaysia dengan Padang ialah sejam. Padang lewat satu jam dari Malaysia.

Minangkabau International Airport





Melalui perbincangan dengan Jetz, di airport nanti akan ada orang yang menjemput kami. Beliau tidak dapat menjemput kerana membawa orang mendaki.

Setibanya kami di pintu ketibaan, terdapat kertas yang tertulis Benz. Tanpa membuang masa, kami pun menaiki kereta (avanza) dan terus bergerak menuju ke Desa Kersik Tuo.

Hujan dan kabus sekali sekala mewarnai perjalanan kami di samping tempoh masa yang sangat panjang.


Berhenti makan walaupun masih kenyang makan di atas kapal terbang


Mental sebab lama sangat dalam kereta

Berhenti makan kali ke dua

Pastinya korang semua nak tahu berapakah kos atau pakej pendakian ini. Hahahahaha..... no hal. Boleh share. Berikut adalah harga piawai yang telah ditetapkan.

   5 - 6 pax = IND 2j / pax
  7 - 8 pax = IND 1.9j / pax
     10 pax = IND 1.75 / pax
up 12 pax = IND 1.75 / pax with free 1 pax

Pakej ini termasuk dengan transport dari airport hingga ke homestay dan kembali ke airport. Makan? Makan sepanjang pendakian sahaja. Makan on the way ke desa dan balik ke airport tidak termasuk. Pakej ini juga menyediakan porter, khemah dan peralatan makan. Pendek kata, korang bawa diri jer.

Sebarang penambahan porter akan dikenakan bayaran. Boleh bincang dengan guide ye.

Adalah menjadi kebiasaan bagi aku untuk buat research sebelum mana-mana trip dijalankan. Bukan pasal harga sahaja aku research malah pasal guide pun research. Kebetulan pula ada member aku ni guna Jetz sebagai guide. Maka terus aku tanya. Antara yang positif tentang Jetz ialah persediaan makanan. Kata Muin, Jetz terbaik 👍. 

Perjalanan dari airport ke desa berjalan lancar tapi sangat lama. Kami tiba di desa ketika hampir Maghrib.  Disamping itu, cara pemanduan supir-supir di sini boleh dikatakan ekstrem.

Family Homestay merupakan penginapan kami malam ini. Ketibaan kami di sambut oleh host homestay. Kami terus ditunjukkan bilik.

Pengurusan diri...

Selesai solat Maghrib, baru aku bersua dengan Jetz. Sebenarnya aku tak ingat sangat muka Jetz ni tapi masa bertembung di pintu, aku teka saja. Hahahahahahahahahahaaha.....alahai....macam cerita romantik plak. Adoooiiiii.....

Bersalaman dan borak-borak sekejap. Jetz beritahu yang makan malam ni kat luar aja. On pakej katanya. Masa makan nanti dia akan briefing sedikit tentang pendakian esok dan seterusnya.




Taklimat berjalan dengan lancar. Tak banyak yang perlu dititik beratkan kerana pendakian tidak nampak ekstrem. Berdasarkan taklimat la. Macam yang aku cakap di atas tadi, pakej ni dah termasuk semuanya. Hanya bawa diri jer.

Ok...ok....korang tetap nak tahukan apa yang ditaklimat? Hmmmm.....

Esok pagi sekitar jam 7 pagi adalah breakfast. Jam 8 bergerak dari homestay. Terdapat 3 post dan 3 shelter di dalam jalur pendakian menuju ke puncak. Makan tengah hari di Shelter 1. Bermalam di Shelter 3. Ada soalan dari Eda jika aku tak salah. Apa beza post dengan shelter?

Jawapan kepada soalan tersebut ialah post bermakna tempat yang sesuai untuk istirehat manakala shelter pula sesuai untuk bermalam/camping. Haaaaaaaaaaaa.........korang pun baru tahu kan. Mujur Eda tanya.

Ok, kami pulang untuk tidur.

Sedikit info sebelum tamat hari pertama ini, Kersik Tuo merupakan salah satu desa yang tedapat di dalam daerah Kayu Aro. Kayu Aro ini pula berada di dalam wilayah Jambi. Kayu Aro berada pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Pada ketinggian ini, suhu di sini adalah sekitar 10 darjah celcius. Di dalam wilayah ini juga terdapat Taman Nasional Kerinci Seblat di mana terdapatnya Gunung Kerinci. Hahahahaahhaa.....

Last but not least, bagaimana ejaan yang sebenar? Kerinchi ATAU Kerinci? Hmmmmm.......

12.8.17

--- Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan ---

Alhamdulillah...akhirnya ada juga bahan untuk di up kan dalam blog yang dah lama sepi dan sunyi. Sebenarnya ada banyak bahan nak up tapi disebabkan sibuk dengan kerja-kerja pejabat membuatkan aku tak terkejar dengan berblogger. Bukan itu sahaja, pertambahan blog membuatkan aku tak sempat nak organize semua. Blog peribadi, blog pejabat, blog business, blog wedding dan terbaru blog art. Mmmmm.....hahahahahaha.....

Oklah...baru-baru ni aku secara tak tersengaja mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu. Secara tak sengaja ni maksudnya, ada satu hari tu aku ternampak ada satu meeting di salah satu bilik di pejabat. Aku sengaja la lalu dan snap-snap. Bila masuk dan tahu itu meeting pengakap, terus rasa bersemangat. Ye la sebab cogan kata "sekali berpengakap, selamaya pengakap".

Selepas beberapa hari, member ku pun bercerita tentang pengakap dan manikayu. Aku pun terus cakap nak join. Haaaaaaa.....begitu la cerita tak sengaja join kursus ini. Korang nak tahu tak member ku tu siapa? Ok faham.....tak mau tahu kan. Its ok.

Kursus ini diadakan di SMK Taman Scientex, Pasir Gudang. Seawal jam 5.30 pagi aku dah gerak dari Mersing. First sampai dengan bangganya kerana aku orang terawal. Sekali map ni bawa aku ke SK Taman Rinting. Puiiiii....

Aku pun remap balik. Ok dah sampai SK Scientex. Parking la dalam sekolah tu. Eh...! Kenapa tiada orang yang nak berkursus ni? Aku pun call my friend. Rupa-rupanya sekolah sebelah iaitu SMK Taman Scientex. Adooiiiii........what the day lah kan. Dah la tadi kopi tertumpah dalam kereta, salah sekolah pulak. Hmmmm....

Kursus ini adalah kursus peringkat penerangan sahaja. Tapi ia wajib dihadiri kerana ia salah satu rukun. Hahahahaha..... Kalau tak cukup rukun, tak sah la. Begitu la ringkasnya.

Sekitar jam 8.30 pagi, para peserta dah berada dalam dewan bagi memulakan kursus.

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan berikutan sambutan amat-amat menggalakkan dan melebihi jangkaan. Bagi peserta yang dari daerah Pasir Gudang, akan meneruskan kursus di dewan ini manakala selainnya akan ke Bilik Muzik.




Apa kaitan Pengakap dengan Akatsuki?

Semasa aku duduk-duduk di kerusi, aku nampak ada jurulatih bawa sekerat kayu dan diletakkan di depan. Area ucapan dan perasmian kejap lagi. Aku terfikir kayu tersebut nak buat apa? Nak buat bakar-bakar ker? Siap ada kapak lagi.

After that ucapan dan perasmian kursus. Kata pengacara, kursus bermula apabila kapak ini ditetak pada kayu tersebut. Aku pun..."Oooooooooooooooooooooo........."

Dalam fikiran aku, naifnya aku sebab tak tahu ritual tersebut. Dulu tak ada pun. Hahahahahaha.....

Guru Besar SMK Taman Scientex turut berkursus



Isyarat kursus bermula




Bila tengok gambar atas ni, aku teringat akan satu kes. Gambar atas ni aku ada post kat group pengakap daerah sendiri. Tetiba member ku cakap yang ada orang respon tentang gambar tersebut. Dia tanya gambar apa? Aku pun dah cuak. Eh! Salah ker gambar tu? Mmmmm.........😉😉😉

4.6.17

--- Iftar KeReX Junior ---

Aku tidak ada ditempat kejadian ini. Tapi nak juga rasa ada di sana untuk menyemarakkan majlis dan give support walaupun dalam bentuk alam maya.

Asal punya plan adalah seperti yang diwar-warkan dalam group whatsapp. Idea asal nak bersama-sama dengan senior yang mungkin ada dalam radius terdekat. Tapi entah bagaimana, plan bertukar ke Dataran Sejarah Melaka. Mungkin senior-senior tak ramai kot.

Bersama junior masa tu Senior Sharul dan wife & Sharul Jr. Walaupun tak ramai, junior-junior tetap happy beriftar. Yang datang lewat pun dah kira bagus. Yang penting kita semua rasa kebersamaan. Teamwork.

Turut hadir dalam iftar ini ialah Presiden baru (Hazim), Timbalan Presiden (Nik), ex-Presiden (Cokek) dan AJK-AJK lain.







// Entry telah disemak dan disahkan oleh presiden semasa. Gambar-gambar adalah dari junior-junior. Sebarang kesalahan fakta boleh pm tepi. Benda boleh bincang. //

30.5.17

--- Senarai Naib Presiden 10 tahun KeReX ---

Siapa ingat naib presiden setiap sesi? Hmmmm.....bukan kata tak ingat tapi tak tahu kan? Ah...! Korang kalau tanya tentang Fazura ke, Fatah Amin ke...? kompom ingat. Ceh.....

Ye lah, asyik presiden jer dihiglightkan dalam setiap perkarakan. Naib presiden tak berfungsi ker? No....no...no.....naib presiden pun sebenarnya sama penting dengan presiden. Sahabat-sahabat bawah nilah yang sebenarnya banyak melaksanakan segala perancangan.

Oleh itu sukacitanya kita nak buat senarai naib presiden sempena ulang tahun ke 10 KeReX. Tapi satu jer aku nak tanya, kenapa ada yang 2 timbalan dan ada yang cuma satu? Kenapa ada perbezaan tersebut? Pastu ada juga presiden yang lupa dia punya timbalan. Hahahahahaaha..... Ok, jika ada maklumat terbaru, pm tepi ok.

Tahukah anda, satu-satunya presiden KeReX yang bukan datang dari timbalan ialah MOHAMAD AIREEN BIN AHMAD. So keputusan tak cliche sangat la kan. Selalunya orang boleh agak siapa bakal presiden kalau bukan timbalannya. Even bakal Perdana Menteri pun orang dah boleh teka. Hahahahaahahaha.....


Sesi 2017 - 2018

Presiden :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID

Naib Presiden 1 :
MOHD SYAFIQ BIN GARIP (FKEKK)


Naib Presiden 2 :
NIK WATIKAH BINTI NIK HASSAN (FKM)



Sesi 2016 - 2017

Presiden :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL

Naib Presiden 1 :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID (FKT)

Nota :
Sukar mendapatkan foto beliau. Huhuhuhu...


Naib Presiden 2 :
SITI NUR AZWATI ABD MANAP (FKP)



Sesi 2014 - 2016

Presiden :
MOHD AIREEN BIN AHMAD

Naib Presiden 1 :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL (FKP)



Naib Presiden 2 :
ZUL LEE COPPER (FKM)

Nota :
Selain meminati bidang pendakian, beliau juga sangat berbakat dan bersemangat dalam sukan fressbe.



Sesi 2013 - 2014

Presiden :
MOHD ANIS BIN ABD RAHMAN

Naib Presiden 1 :
ALIA FARHANA BINTI ADNAN (FKEKK)



Naib Presiden 2 :
AIZAD SAFWAN (FKM)


Nota :
Nama glamor Pok Jak. Sangat meminati acara berbasikal.


Sesi 2012 - 2013

Presiden :
MOHD HAFIZI ZUBEL

Naib Presiden :
MOHD SHARUL SHAZWAN BIN MOHD SHAID (FKE)

Nota :
Sangat berdedikasi. Pencapaian terbaik beliau ialah salah seorang dalam team menawan Puncak Everest.



Sesi 2011 - 2012

Presiden :
MOHD SHAUFY BIN SUHAIMI (Bino)

Naib Presiden :
NOOR ADIBAH (FKP)



Sesi 2010 - 2011

Presiden :
NURIL ANUAR

Naib Presiden :
- tiada maklumat -

Nota :
Missing in action.


Sesi 2009 - 2010

Presiden :
AHMAD SHAHIR (Chaer)

Naib Presiden :
FAZIELAH DARWIS


Nota :


Sesi 2007 - 2008

Presiden :
ABDUL SALAM BIN ADAM

Naib Presiden :
-tiada kesahihan -

Nota :
Was-was.

28.5.17

--- 9 Presiden KeReX, UTeM untuk Ulang Tahun ke 10 ---

Berikut disenaraikan individu-individu yang pernah memimpin Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem. KeReX sepanjang 10 tahun penubuhannya. Aku sangkakan 10 tahun bermakna 10 orang presiden, rupa-rupanya 9 sahaja. Mana 1 lagi?

Terdapat 2 orang presiden yang memegang kepimpinan lebih dari 2 semester. Siapa? Tugas anda untuk mencarinya. Hahahahahaha.....

Setiap presiden mempunyai cabaran yang berlainan mengikut batch masing-masing. Politik? Jangan cakap tak ada. Perebutan? Ada tapi tidak menonjol. Tak puas hati dan tidak sependapat? Resam kehidupan. Hahahahahaha..... Tapilah menjadikan kita sekarang. Semoga kelab ini terus sukses pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua mereka yang pernah meneraju kelab ini. Tidak lupa kepada konco-konconya. Tanpa konco-konco, kelab ini tidak mungkin sukses. Terima kasih juga pada AJK Tertinggi.

Owh....masih ada. Tidak lupa mendedikasikan kepada En. Tinta dan En. Epul yang banyak memberi dorongan dan semangat di saat mula-mula penubuhan KeReX.

Akhir kata, aku nak tanya, KeReX ni memang untuk gunung jer ek? Hahahahahaha...... Ye la, tengok semua presiden berlatar belakangkan hiking jer. Hahahahahaha.....

Sambungan senarai presiden masa hadapan boleh klik di sini.

Presiden Kesembilan

Nama :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID

Fakulti :
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Sesi :
2017 - 2018



Presiden Kelapan

Nama :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2016 - 2017



Presiden Ketujuh

Nama :
MOHD AIREEN BIN AHMAD

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2014 - 2016



Presiden Keenam

Nama :
MOHD ANIS BIN ABD RAHMAN

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2013 - 2014



Presiden Kelima

Nama :
MOHD HAFIZI ZUBEL (Komeng)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2012 - 2013




Presiden Keempat

Nama :
MOHD SHAUFY BIN SUHAIMI (Bino)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER

Sesi :
2011 - 2012



Presiden Ketiga

Nama :
NURIL ANUAR

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2010 - 2011



Presiden Kedua

Nama :
AHMAD SHAHIR (gigi besi)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Sesi :
2009 - 2010



Presiden Pertama (Pengasas)

Nama :
ABDUL SALAM BIN ADAM

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2007 - 2008


Mohon dihalalkan gambar-gambar yang aku ambil dari muka buku korang. Hihihihihi..... PM tepi kalau apa-apa yang tak puas hati k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...