28.8.17

--- Kerinci Ep 01 ---


Hmmmmm.....ok ok......this plan about Kerinci is beginning last year. That time aku fikir kalau tak ada yang nak pergi, aku nak pergi sorang jer. Aku ada follow satu ig tentang Kerinci. Yudakharsana nama ig nya. Aku pm bertanyakan tentang harga dan lain-lain.

Masa terus berlalu tanpa plan Kerinci itu berjaya dilaksanakan. Ada la sebab-sebab tak jadi. Antaranya, ada member beritahu yang time aku nak pergi tu cuaca kurang cantik. Memang termakan la aku dengan dakwaan sedemikian. Hahahahahahaha...

Takper....benda yang lepas jangan dikenang. Tahun ni setelah berjaya mencari teammate, maka kami pun on. Line up adalah Aku, Am, Lat, Azizah, Lina dan Eda. 6 orang jer.

Melalui Sem, dia mencadangkan Johan, salah seorang guide Kerinci. Melalui Johan, maka dapatlah kami Jetz (ig : kerinciparadise).

Thank you pada Lat sebab menguruskan tiket penerbangan dengan baik sekali termasuklah dengan luggage.

Kami dah mula berkumpul di airport seawal jam 1 pagi. Flight kami pada jam 0750.

Selepas Subuh, kami pun berjalan menuju ke gate L sepertimana yang telah ditetapkan. Jalan punya jalan, kami pun sampai di gate P. Mana gate L? Tanya orang, rupanya gate L di sana nun. Maka berpatah baliklah kami.

Entah kenapa, Lat tergerak hati untuk tengok board. Alahai......gate kami bertukar lagi. Gate P. Kami pun naik semula dan mujur ada kereta kecil yang bawa penumpang kurang upaya tu. Itu la hikmah kami tersalah gate. Dapat naik kereta benda alah tu. Sebelum ni asyik tengok orang je naik.














Alhamdulillah....penerbangan yang lancar. Walaupun lancar aku tetap nerbes. Siap sedia koyakkan sampul muntah lagi ok. Penerbangan ke Minangkabau International Airport, Padang adalah plus minus sejam.

Jangan lupa juga bahawa perbezaan masa antara Malaysia dengan Padang ialah sejam. Padang lewat satu jam dari Malaysia.

Minangkabau International Airport





Melalui perbincangan dengan Jetz, di airport nanti akan ada orang yang menjemput kami. Beliau tidak dapat menjemput kerana membawa orang mendaki.

Setibanya kami di pintu ketibaan, terdapat kertas yang tertulis Benz. Tanpa membuang masa, kami pun menaiki kereta (avanza) dan terus bergerak menuju ke Desa Kersik Tuo.

Hujan dan kabus sekali sekala mewarnai perjalanan kami di samping tempoh masa yang sangat panjang.


Berhenti makan walaupun masih kenyang makan di atas kapal terbang


Mental sebab lama sangat dalam kereta

Berhenti makan kali ke dua

Pastinya korang semua nak tahu berapakah kos atau pakej pendakian ini. Hahahahaha..... no hal. Boleh share. Berikut adalah harga piawai yang telah ditetapkan.

   5 - 6 pax = IND 2j / pax
  7 - 8 pax = IND 1.9j / pax
     10 pax = IND 1.75 / pax
up 12 pax = IND 1.75 / pax with free 1 pax

Pakej ini termasuk dengan transport dari airport hingga ke homestay dan kembali ke airport. Makan? Makan sepanjang pendakian sahaja. Makan on the way ke desa dan balik ke airport tidak termasuk. Pakej ini juga menyediakan porter, khemah dan peralatan makan. Pendek kata, korang bawa diri jer.

Sebarang penambahan porter akan dikenakan bayaran. Boleh bincang dengan guide ye.

Adalah menjadi kebiasaan bagi aku untuk buat research sebelum mana-mana trip dijalankan. Bukan pasal harga sahaja aku research malah pasal guide pun research. Kebetulan pula ada member aku ni guna Jetz sebagai guide. Maka terus aku tanya. Antara yang positif tentang Jetz ialah persediaan makanan. Kata Muin, Jetz terbaik 👍

Perjalanan dari airport ke desa berjalan lancar tapi sangat lama. Kami tiba di desa ketika hampir Maghrib.  Disamping itu, cara pemanduan supir-supir di sini boleh dikatakan ekstrem.

Family Homestay merupakan penginapan kami malam ini. Ketibaan kami di sambut oleh host homestay. Kami terus ditunjukkan bilik.

Pengurusan diri...

Selesai solat Maghrib, baru aku bersua dengan Jetz. Sebenarnya aku tak ingat sangat muka Jetz ni tapi masa bertembung di pintu, aku teka saja. Hahahahahahahahahahaaha.....alahai....macam cerita romantik plak. Adoooiiiii.....

Bersalaman dan borak-borak sekejap. Jetz beritahu yang makan malam ni kat luar aja. On pakej katanya. Masa makan nanti dia akan briefing sedikit tentang pendakian esok dan seterusnya.




Taklimat berjalan dengan lancar. Tak banyak yang perlu dititik beratkan kerana pendakian tidak nampak ekstrem. Berdasarkan taklimat la. Macam yang aku cakap di atas tadi, pakej ni dah termasuk semuanya. Hanya bawa diri jer.

Ok...ok....korang tetap nak tahukan apa yang ditaklimat? Hmmmm.....

Esok pagi sekitar jam 7 pagi adalah breakfast. Jam 8 bergerak dari homestay. Terdapat 3 post dan 3 shelter di dalam jalur pendakian menuju ke puncak. Makan tengah hari di Shelter 1. Bermalam di Shelter 3. Ada soalan dari Eda jika aku tak salah. Apa beza post dengan shelter?

Jawapan kepada soalan tersebut ialah post bermakna tempat yang sesuai untuk istirehat manakala shelter pula sesuai untuk bermalam/camping. Haaaaaaaaaaaa.........korang pun baru tahu kan. Mujur Eda tanya.

Ok, kami pulang untuk tidur.

Sedikit info sebelum tamat hari pertama ini, Kersik Tuo merupakan salah satu desa yang tedapat di dalam daerah Kayu Aro. Kayu Aro ini pula berada di dalam wilayah Jambi. Kayu Aro berada pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Pada ketinggian ini, suhu di sini adalah sekitar 10 darjah celcius. Di dalam wilayah ini juga terdapat Taman Nasional Kerinci Seblat di mana terdapatnya Gunung Kerinci. Hahahahaahhaa.....

Last but not least, bagaimana ejaan yang sebenar? Kerinchi ATAU Kerinci? Hmmmmm.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...