12.8.17

--- Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan ---

Alhamdulillah...akhirnya ada juga bahan untuk di up kan dalam blog yang dah lama sepi dan sunyi. Sebenarnya ada banyak bahan nak up tapi disebabkan sibuk dengan kerja-kerja pejabat membuatkan aku tak terkejar dengan berblogger. Bukan itu sahaja, pertambahan blog membuatkan aku tak sempat nak organize semua. Blog peribadi, blog pejabat, blog business, blog wedding dan terbaru blog art. Mmmmm.....hahahahahaha.....

Oklah...baru-baru ni aku secara tak tersengaja mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu. Secara tak sengaja ni maksudnya, ada satu hari tu aku ternampak ada satu meeting di salah satu bilik di pejabat. Aku sengaja la lalu dan snap-snap. Bila masuk dan tahu itu meeting pengakap, terus rasa bersemangat. Ye la sebab cogan kata "sekali berpengakap, selamaya pengakap".

Selepas beberapa hari, member ku pun bercerita tentang pengakap dan manikayu. Aku pun terus cakap nak join. Haaaaaaa.....begitu la cerita tak sengaja join kursus ini. Korang nak tahu tak member ku tu siapa? Ok faham.....tak mau tahu kan. Its ok.

Kursus ini diadakan di SMK Taman Scientex, Pasir Gudang. Seawal jam 5.30 pagi aku dah gerak dari Mersing. First sampai dengan bangganya kerana aku orang terawal. Sekali map ni bawa aku ke SK Taman Rinting. Puiiiii....

Aku pun remap balik. Ok dah sampai SK Scientex. Parking la dalam sekolah tu. Eh...! Kenapa tiada orang yang nak berkursus ni? Aku pun call my friend. Rupa-rupanya sekolah sebelah iaitu SMK Taman Scientex. Adooiiiii........what the day lah kan. Dah la tadi kopi tertumpah dalam kereta, salah sekolah pulak. Hmmmm....

Kursus ini adalah kursus peringkat penerangan sahaja. Tapi ia wajib dihadiri kerana ia salah satu rukun. Hahahahaha..... Kalau tak cukup rukun, tak sah la. Begitu la ringkasnya.

Sekitar jam 8.30 pagi, para peserta dah berada dalam dewan bagi memulakan kursus.

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan berikutan sambutan amat-amat menggalakkan dan melebihi jangkaan. Bagi peserta yang dari daerah Pasir Gudang, akan meneruskan kursus di dewan ini manakala selainnya akan ke Bilik Muzik.




Apa kaitan Pengakap dengan Akatsuki?

Semasa aku duduk-duduk di kerusi, aku nampak ada jurulatih bawa sekerat kayu dan diletakkan di depan. Area ucapan dan perasmian kejap lagi. Aku terfikir kayu tersebut nak buat apa? Nak buat bakar-bakar ker? Siap ada kapak lagi.

After that ucapan dan perasmian kursus. Kata pengacara, kursus bermula apabila kapak ini ditetak pada kayu tersebut. Aku pun..."Oooooooooooooooooooooo........."

Dalam fikiran aku, naifnya aku sebab tak tahu ritual tersebut. Dulu tak ada pun. Hahahahahaha.....

Guru Besar SMK Taman Scientex turut berkursus



Isyarat kursus bermula




Bila tengok gambar atas ni, aku teringat akan satu kes. Gambar atas ni aku ada post kat group pengakap daerah sendiri. Tetiba member ku cakap yang ada orang respon tentang gambar tersebut. Dia tanya gambar apa? Aku pun dah cuak. Eh! Salah ker gambar tu? Mmmmm.........😉😉😉












Pasukan Pengakap Udara SMK Taman Scientex

Cungkil ilmu dari senior/jurulatih

Fokus

Take noted katanya


Berlatih melafazkan Kesetiaan Pengakap


Lapor setiap kali mula dan akhir sesi taklimat

Freestyle ker?




Raptail penuh

Ketibaan VIP




Bacaan doa


Barisan jurulatih





Majlis penyampaian sijil kursus





Ucapan penutup oleh Tuan Haji Ya'akob bin A. Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor




Rasmi penutupan kursus


Freestyle katanya






Selepas aku menghadiri kursus ini fikiran aku mula terfikir samada nak teruskan atau tidak dengan step-step seterusnya. Kerana apa? Kerana ada satu frasa yang diucapkan oleh jurulatih, "Manikayu yang kita dapat ini bukan satu kebanggaan tetapi satu tugas".

Di samping itu, the way of pengakap ini ada sedikit yang lari dari point of view of me. Aku tak nak la explain lebih nanti disalah tafsirkan pula.

Apa pun, secara keseluruhannya kursus ini banyak memberi info-info berguna bagi mereka yang ini mara ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia kepengakapan. Malah, jurulatih-jurulatih pada hari ini sangat-sangat berpengalaman sehingga ada yang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Syabas dan #jeles.

Sebelum mengakhiri tulisan, ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan kepada korang. Bolehkah anda menjadi seperti BP? Perlukah kita yang berpengakap dari sekolah rendah terus berpengakap tanpa mendaftar? Adakah Kursus Manikayu itu satu kemestian dalam melangsungkan aktiviti pengakap kita?

Hahahahahahaa.......... Jumpa di perkhemahan 3 hari 2 malam nanti ok. Hahahahaha...... Owh....perhemahan ni ala-ala Pengakap Raja.

4 comments:

  1. tahniah semua..teruskan KMK hingga tn pn dikalongkan MK 2biji.pengakap ini seronok,banyak ilmu kepengakapan diajar kpd tn pn nanti supaya PKK PM PR PK dapat kejayaan cemerlang dlm KoKO..syabas semua.

    ReplyDelete
  2. lamanya x baca entri ni.... insya allah jika d izin kan allah taala akan baca jugak entri ni... tp buat beberapa bulan ni terpaksa di lupakan.. kerana emosi masih terganggu... allahu Akbar... ya allah tolong lah permudahkan lah urusan ku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...