Beberapa kali terjaga dari tidur. Pusing kiri...pusing kanan....tengok jam..... Sejuk? Tak sangat. Tidak sesejuk masa di Loser dulu.
Jam 3 pagi alarm henset berbunyi. Dalam keadaan mamai.......bangun pagi. Buat pengurusan diri untuk ke puncak. Orang kata, SUMMIT ATTACK.
Seketika kemudian, Jet datang menghantar breakfast. Hahahahahahaaha.....breakfast jam 3 pagi. Nice. Breakfast pula sangat mat salleh. Tengok jer gambar di bawah. Hahahahahaha......
Aku gagahi juga untuk habiskan.
Breakfast
Jam 4 pagi, kami akan memulakan pendakian ke puncak. Semalam, Ola tanya, kenapa mendaki terlalu awal sedangkan hanya 2 jam sahaja pendakian. Tapi dah explain pada dia yang fizikal orang Asia dengan Europe tak sama. Hahahahahahaha
Dari Shelter 3, tempat kami berkhemah, nampak cahaya lampu di atas sana. Pasti itu team Fendi. Dia orang dah summit acttack.
Perlahan-lahan kami pun mula mendaki. Ikut tahap masing-masing. Selsema Am pun nampaknya belum reda. Aku plak batuk-batuk. Mmmmmm.......ok ok, chill.....
Sepanjang pendakian, kami berhenti berehat beberapa kali. Ambil nafas.
Suaikan diri dengan altitut. Kamu juga turut berhenti menunggu sahabat
di belakang di Batu Gantung. Dalam seminit kemudian, Abang Izal cakap,
"jom kita jalan. Kita Subuh di Tugu Yudha". Kami pun cergas selalu.
Alhamdulillah.... Kami sampai di Tugu Yudha sekitar jam 0545. Tanpa membuang masa, kami terus menunaikan solat Subuh.
Kelibat Lina kelihatan sekitar jam 0610. Perlahan-lahan Lina berjalan menghampiri Tugu Yudha.
Kenapa dinamakan Tugu Yudha? Masa mula-mula diberi penerangan semalam, aku membayangkan Tugu Yudha ni seakan sebuah patung atau sebuah tugu. Rupanya tidak. Tugu Yudha dibina bagi mengenangkan seorang pendaki yang dikatakan hilang semasa pendakian. Hingga kini beliau tidak ditemui. Pelbagai cerita mengenai Yudha ini. Antaranya dikatakan sedikit ego semasa pendakian. Maka ini balasan bagi orang yang ego. Tugu ini sebagai peringatan bahawa jangan sesekali mencabar alam.
Ada satu lagi tugu dibina berdekatan dengan Tugu Yudha. Tugu ini pula adalah mengenangkan seorang pendaki dari Europe yang dikatakan terjatuh dari tebing ini apabila berjalan dalam keadaan kabus tebal.
Pada kedua-dua tugu ini dikibarkan bendera Indonesia.
Sementara menunggu Eda dan Jet, kami berfoto-foto dulu.
Satu perkara yang terlintas difikiran aku apabila tiba di tugu ini ialah suasananya hampir sama macam Gunung Merapi di Yogja.
Tugu Yudha
Eda muncul sekitar jam 0626
Ketika Eda, Azizah, Lina dan Jet tiba di tugu, kami yang dah lama kat sini meneruskan pendakian. Dari tugu ini kami dapat lihat team Fendi di atas tidak jauh dari kami. Ini membuatkan kami berkobar-kobar ingin sampai ke puncak.
Ola ok? Ola ok jer.
Sebelum bergerak naik tu, sempat berborak dan bertanya keadaan Eda dan yang lain. Mereka juga berhenti untuk solat. Eda ada cakap pada aku, "Cikgu Ben, nanti boleh tak snap pic saya seakan-akan sedang mendaki?". Aku cuma senyum dan berlalu pergi jer. Hahahahahahahaahhahahahahahaha...
Eda memang penghibur la trip kali ini. Bukan Eda sahaja kelakar, Jet pun juga seorang kelakar. Hahahahahaha..... Jet sekarang masih lagi menuntut di Akademi Manajeme Informatika dan Komputer Depati Parbo. Belajar dalam bidang programming. Lahir dalam bulan Jun berbintang Cancer. Lahir pada tahun mmmmmm....mmmmm.....ok rahsia katanya. Hahahahahaha..... Selain itu beliau juga sangat berminat dalam dunia fotografi. Banyak gambar-gambar dalam ig nya yang superb. Cuma pada masa kami mendaki ni, dia tak bawa sebab terlupa bawa charger untuk bateri kamera.






















































