30.8.17

--- Kerinci Ep 03, Summit Attack ---


Beberapa kali terjaga dari tidur. Pusing kiri...pusing kanan....tengok jam..... Sejuk? Tak sangat. Tidak sesejuk masa di Loser dulu.

Jam 3 pagi alarm henset berbunyi. Dalam keadaan mamai.......bangun pagi. Buat pengurusan diri untuk ke puncak. Orang kata, SUMMIT ATTACK.

Seketika kemudian, Jet datang menghantar breakfast. Hahahahahahaaha.....breakfast jam 3 pagi. Nice. Breakfast pula sangat mat salleh. Tengok jer gambar di bawah. Hahahahahaha......

Aku gagahi juga untuk habiskan.

Breakfast

Jam 4 pagi, kami akan memulakan pendakian ke puncak. Semalam, Ola tanya, kenapa mendaki terlalu awal sedangkan hanya 2 jam sahaja pendakian. Tapi dah explain pada dia yang fizikal orang Asia dengan Europe tak sama. Hahahahahahaha

Dari Shelter 3, tempat kami berkhemah, nampak cahaya lampu di atas sana. Pasti itu team Fendi. Dia orang dah summit acttack.

Perlahan-lahan kami pun mula mendaki. Ikut tahap masing-masing. Selsema Am pun nampaknya belum reda. Aku plak batuk-batuk. Mmmmmm.......ok ok, chill.....

Sepanjang pendakian, kami berhenti berehat beberapa kali. Ambil nafas. Suaikan diri dengan altitut. Kamu juga turut berhenti menunggu sahabat di belakang di Batu Gantung. Dalam seminit kemudian, Abang Izal cakap, "jom kita jalan. Kita Subuh di Tugu Yudha". Kami pun cergas selalu.


Alhamdulillah.... Kami sampai di Tugu Yudha sekitar jam 0545. Tanpa membuang masa, kami terus menunaikan solat Subuh.

Kelibat Lina kelihatan sekitar jam 0610. Perlahan-lahan Lina berjalan menghampiri Tugu Yudha.

Kenapa dinamakan Tugu Yudha? Masa mula-mula diberi penerangan semalam, aku membayangkan Tugu Yudha ni seakan sebuah patung atau sebuah tugu. Rupanya tidak. Tugu Yudha dibina bagi mengenangkan seorang pendaki yang dikatakan hilang semasa pendakian. Hingga kini beliau tidak ditemui. Pelbagai cerita mengenai Yudha ini. Antaranya dikatakan sedikit ego semasa pendakian. Maka ini balasan bagi orang yang ego. Tugu ini sebagai peringatan bahawa jangan sesekali mencabar alam.

Ada satu lagi tugu dibina berdekatan dengan Tugu Yudha. Tugu ini pula adalah mengenangkan seorang pendaki dari Europe yang dikatakan terjatuh dari tebing ini apabila berjalan dalam keadaan kabus tebal.

Pada kedua-dua tugu ini dikibarkan bendera Indonesia.

Sementara menunggu Eda dan Jet, kami berfoto-foto dulu.

Satu perkara yang terlintas difikiran aku apabila tiba di tugu ini ialah suasananya hampir sama macam Gunung Merapi di Yogja.

Tugu Yudha




Eda muncul sekitar jam 0626

Ketika Eda, Azizah, Lina dan Jet tiba di tugu, kami yang dah lama kat sini meneruskan pendakian. Dari tugu ini kami dapat lihat team Fendi di atas tidak jauh dari kami. Ini membuatkan kami berkobar-kobar ingin sampai ke puncak.

Ola ok? Ola ok jer.

Sebelum bergerak naik tu, sempat berborak dan bertanya keadaan Eda dan yang lain. Mereka juga berhenti untuk solat. Eda ada cakap pada aku, "Cikgu Ben, nanti boleh tak snap pic saya seakan-akan sedang mendaki?". Aku cuma senyum dan berlalu pergi jer. Hahahahahahahaahhahahahahahaha...

Eda memang penghibur la trip kali ini. Bukan Eda sahaja kelakar, Jet pun juga seorang kelakar. Hahahahahaha..... Jet sekarang masih lagi menuntut di Akademi Manajeme Informatika dan Komputer Depati Parbo. Belajar dalam bidang programming. Lahir dalam bulan Jun berbintang Cancer. Lahir pada tahun mmmmmm....mmmmm.....ok rahsia katanya. Hahahahahaha..... Selain itu beliau juga sangat berminat dalam dunia fotografi. Banyak gambar-gambar dalam ig nya yang superb. Cuma pada masa kami mendaki ni, dia tak bawa sebab terlupa bawa charger untuk bateri kamera.


Eda sedang berswafoto sementara menunggu rakan lain solat

Sedang menghampiri caldera puncak



Pendakian yang kurang 30 minit. Akhirnya kami sampai di caldera puncak. Alhamdulillah... Kami kini berapa pada ketinggian 3805 meter dpl.

Kelihatan berkepul-kepul asap keluar dari lubang gunung berapi Kerinci ini








Cubaan mengibarkan Jalur Gemilang

Sekejap-sekejap aku berlari ke tebing sana untuk melihat samada team belakang dah sampai atau belum. Sambil nak bagi moral support skit. Lagipun nak tunaikan hajat Eda supaya snap picnya sedang mendaki. Kang tak snap nanti nak left group katanya.

Sedang perlahan-lahan mendaki ke puncak




Alhamdulillah....semuanya selamat tiba di puncak. Tahniah semua...

Eda, aktiviti dia nak acah-acah trend sekarang konon-konon bawa nama member ke puncak untuk bergambar. Am pun. Sesuai la korang dua.

Siapa tu Eda? Boy priend ek?

Aku macam kenal la mamat dalam henset tu...alahai.....






Catwalk

Lina ada bagitau yang dia nak hantar contest tentang berfoto dengan Jalur Gemilang. So dia minta kami bagi idea dan snap. Inilah hasilnya. Dia macam tak yakin yang gambar baring dia tu akan menang. Hmmmm....

Jet ada bagitau supaya pergi ke hujung sana untuk bergambar. Aku tengok macam gayat jer, terus tak jadi nak pergi. Hahahahahaha...





Gadis-gadis yang tengok Jet ni pasti akan cakap dia 'comel'

Lina pasti menang



Kayu Aro

Tahukah rakan-rakan bahawa orang Minang di Negeri Sembilan adalah berasal dari sini? Mmmmmm...... korang nampak macam tak percayakan? Ok2....takper. Its ok.




I'm try too hard untuk posing ok





Mesraaaaaaaa







Selamat Hari Merdeka an advance






Sehingga waktu kami nak turun, aku masih buntu memikirkan gambar-gambar yang aku snap. Seakan-akan macam tak cukup.

Actually, aku masa kat puncak pun tak tahu nak snap angle mana lagi. Tengok dalam gambar orang yang dah datang sini macam superb jer. Tapi bila sendiri dah sampai, krik...krik..... Mungkin sebab cuacanya agak mendung kot.

Sejam lebih berlalu dan bergembira di puncak, tiba masa untuk turun.




Ola with yoga style


Turun pun sempat lagi




Danau Gunung Tujuh


Shelter 3



Jet bilang nak turun dulu ke Shelter 3 bagi membantu Dori masak tengah hari.





Kami terus turun dari Tugu Yudha menuju ke Batu Gantung. Kami akan tunggu yang lain di situ ok.

Batu Gantung



Batu Gantung berlatarkan Danau Gunung Tujuh



Disebabkan cantik, semua orang nak bergambar di sini juga. Eda yang baru tiba pun nak berfoto. Ok....yang ni memang kelakar kesnya.

Eda pun cuba la memanjat batu tu untuk dipotretkan. Then dia malas nak panjat. Nak duduk sikit jer. Aku pun cakap la, dok situ tak cantik. Ok, Eda up sikit lagi. Then aku sound, "kalau kat situ  tak cantik. Baik tak yah snap..." Eda terus left group. Muka dia lain terus. Dia turun dari batu yang dia naik sikit tu. Kami cuba pujuk agar dia naik balik tapi gagal. Last skali kami pancing dia dengan Lina dan Azizah dengan statement "gambar gadis-gadis aja". Dia pun naik juga.

Kahkahkahkahkahkahkahkah....lawak la Eda merajuk. Boooooooooooooooooooooooooooooo........

Ahli dah cukup, kami teruskan lagi perjalanan turun kami. Dari jauh boleh nampak warna oren khemah di Shelter 3.

Merajuk





Kabus tebal sekali sekala menutupi ruang pemandangan

Lat tidur on trek

Tadi masa turun nampak Lat terbaring. Katanya pening kepala. Dia suruh jalan dulu. Aku pun jalan. Orang terakhir ialah Izal. So, kita biarkan pada yang pakar. Kami tunggu lagi di sini.

Bila dah sampai sini pun nampak Lat belum mahu bergerak. Tak per. Layankan Ola dulu. Bahagian Ola ni serah pada Am jer lah. Aku dengar jer dari jauh. Cakap omputih pun tak fasih sangat. Asyik senyum jer. Kipidap Am..... You can do-it. Gambar-gambar bawah ni kira moment-moment indah Am dengan Ola.

Cuma kesian pada Am la. Ola akan terus travel. Am......hanya bekerja di TM sahaja. Hmmmmm....... Mungkin Am belum sedar yang dia hanya sedang dimainkan oleh Ola. Cinta memang indah time mula berputik tapi pedih takkala dikianati. Hmmmmm...sob...sob...sob......





Eda masih di jauh di atas sana





Kami selamat tiba di Shelter 3 semula sekitar jam 1000. Terus buat pengurusan diri. Jet dan Dori sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari. Kabus dah mula menutupi ruang puncak.

Kedengaran suara Izal di radio memanggil Jet. Katanya tentang Lat. Jet tanya ada botol kosong tak sebab nak isi air panas untuk Lat. Jet terus menyusur naik ke atas. Aku pun cuba follow. Acah-acah hero la. Bila naik ke atas, rupanya Lat dan Izal lagi atas sana. Terus nafas panjang. Maka aku hanya mampu sampai sini jer. Hahahahahahaha.......

Jet dah jauh mendaki menuju ke Izal dan Lat. Hampeh betul aku. Sorry-sorry.......memang tak mampu. Ni pun dah tercungap-cungap.


Rancak memasak

Lat dan Izal....tak dengar apa yang dibualkan mereka

Aku hanya mampu tengok dari jauh jer


Alhamdulillah....Lat selamat sampai ke khemah dan terus baring. Katanya kepala berat. Dia kata kalau korang nak gerak turun, turun la dulu.

Am kata, "apa Lat cakap ni? Kitakan satu team. Naik sama-sama, turun sama......".

Lunch time. Ke khemah wanita ok. Makan tengah hari sangat special. Siap ada hiasan nanas lagi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Terbaiklah Jet and team.


Selesai makan, buat pengurusan diri sebelum khemah di lipat.

Jet dengan penuh kasih sayang, membawa hidangan kepada Lat. Aku tak pasti samada dia jamah atau tidak. Yang pasti, dia ada makan ubat.

Entah macam mana tetiba Lat muntah. Aku yang nampak kejadian tersebut pun turut terkesan. Berlari ke belakang khemah dan muntah angin. Jet dan Am di dalam khemah dapat mengawal keadaan. Kemudian, Lat kembali berselimut. Katanya kepala berat. Tak boleh nak bangun.

Kami sudah sampai ke packing yang terakhir. Dua khemah telah siap di lipat. Jet memberitahu kami agar berjalan turun dahulu dengan diikuti oleh Izal dan Dori. Jet akan perlahan-lahan follow kemudian. Ikut tahap kekuatan Lat. Samada mereka akan bermalam di Shelter 1 dan keesokkan paginya akan turun ke homestay.

Ola menghulurkan pertolongan untuk membawa beg Lat. But I explain to her that we dont know iether Jet and Lat will with us or not today. Possibility is they go down is tommorrow. Depend on Lat strength. Power tak aku punya Britain English? Ok, kalau tak faham bukan salah aku. Korang yang tak faham....hahahahahaha....

Mendengar penjelasan tersebut, Ola terus berjumpa Jet dan _________ mengucapkan terima kasih kerana membenarkan beliau menumpang kasih. Bukan sekadar menumpang kasih malah layanan yang sangat istimewa lagi dari Jet dan rakan-rakan. Makanan pun terbaik katanya.

Sebelum bergerak, aku bertanya sekali lagi pada Jet samada dia perlukan seorang lagi untuk membantu beliau. Katanya tak perlu kerana dia boleh 'settlekan Lat'. Bagaimana dia nak settlekan tu jangan tanya.

Maka dengan itu, kami pun berjalan turun. Tinggallah Lat yang masih berselimut di dalam khemah. Jet sedang buat kemasan di luar.


Dalam perjalanan turun, kami berselisih dengan satu kumpulan pendaki dari Jakarta. Sempat bertegur sapa.

Perjalanan turun berjalan lancar dan terhibur dengan telatah Eda yang asyik menjerit kecil. Mungkin sebab nak tergolek kot. Terfikir juga bagaimana Eda boleh buat kompres gunung Tahan?

Ketika kami menghampiri Shelter 1, tetiba Jet dan Lat dengan laju muncul di belakang kami. WOW...!!! Lajunya berjalan walaupun sakit. Powerlah Jet punya kaedah. Bila ditanya, Jet kata rahsia antara dia dan Lat jer yang tahu. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... 👿👿👿

Namun begitu, kata Lat, dia gagahi juga berjalan takkala mengenangkan rakan-rakan yang lain. Mereka adalah kekuatannya.

Hujan turun tidak begitu lebat. Suhu yang sejuk bertambah sejuk. Kami berhenti rehat di Shelter 1 bagi memberi ruang kepada semua untuk berehat. Dikesempatan itu, Jet dan rakan masakkan mee bagi mengalas perut.

Selalunya maggi ni satu makanan yang nikmat di dalam hutan. Tapi disebabkan masih kenyang, makan sikit jer maggi.

Kami meneruskan perjalanan turun dan berhenti berehat sekejap di Post 1. Just tunggu Eda dan Izal. Mereka sampai....rehat dalam 5 minit....sambung jalan.

Sekali sekala aku rasa jauhnya perjalanan turun ni. Adoooiiii...... Nak sampai ke pintu rimba pun puas memujuk hati. Hahahahaahhahaha.....

Mujur ada Am yang menghiburkan. Bukan sahaja Am, Eda pun boleh tahan. Asyik bertanya tentang Lina. Kata Am, Eda cuba kumpul bahan nak kenakan Man Klate dalam group. Hmmmmm....nakal la Eda ni.

Alhamdulillah....semuanya selamat sampai di pintu rimba sekitar jam 1821. Peserta terakhir ialah Eda. Tahniah Eda.


Tahniah kepada semua.... Jom balik...!!!

Kami tiba di homestay dan buat pengurusan diri.

Ok.....ada sedikit salah faham pada malam tersebut di antara kami. But its ok. Its normal perbezaan pendapat. Selesai makan malam, perkara tersebut telah diselesaikan.... 👍👍👍👍

Sedikit taklimat dari Jet berkaitan aktiviti esok di mana kami akan di bawa ke beberapa tempat wisata sekitar Tanah Aro. Yang tu, esok aku cerita ok.

Pada lewat malam sedikit, aku berkesempatan keluar dengan seorang lagi guide Kerinci yang agak femes di ig iaitu Yuda Kharsana. Lepak di kedai kopi yang hipster. Aku pun pertama kali tengok penyediaan kopi sedemikian.

Kami just story tentang travel bla....bla...bla.... Mungkin one day akan trip bersama beliau. In shaa Allah.

Cuaca sejuk menyebabkan batuk semakin menjadi-jadi.......zzzzzzzzz.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...