29.8.17

--- Kerinci Ep 02 ---

Kerinci Episod 1   Kerinci Episod 3 

Morning guysss....... Tengah buat apa tu? Hahahahaahaha....

Pagi ni....yes pagi ni kami dah nak mula mendaki.

Bangun pagi buat pengurusan diri. Sejuk....arghhhhhhhhh sejuuuuuukkkkkk !!!

Sebelum memulakan pendakian ni jom aku shared sedikit tentang Gunung Kerinci ni. Yeeee....tahu korang boleh google, tapi aku nak juga citer. Hahahahahaha....

Gunung ini berketinggian 3805 meter dpl. Gunung ini dikelilingi hutan tebal atau rapat Taman Nasional Kerinci Seblat. Dikatakan memiliki dua puncak iaitu puncak tertinggi dikenali Puncak Indraputra dan satu lagi Puncak Mageger. Namun begitu puncak Indraputra adalah puncak yang paling popular iaitu puncak yang kita selalu sampai. Berkaitan Pucak Mageger pula kurang dikenali kerana tidak banyak kumpulan yang mengekplorasi bahagian tersebut. Mungkin korang-korang yang muda dan bersemangat boleh buat rekod. Hihihihi.... 😅

Gunung Kerinci merupakan gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Dalam kategori Indonesian 7 Summit, Kerinci berada pada kedudukan ke 2 selepas Gunung Cartensz. Lima lagi 7 Summit ialah Rinjani, Semeru, Binaiya, Latimojong dan Bukit Raya. Bagi mreka yang settle ke semua 7 Summit, TAHNIAH diucapkan. Persoalannya, ada ke yang dah sampai puncak Cartensz? Hmmm.... 😐😐

Selain itu Gunung Kerinci adalah gunung tertinggi dalam kumpulan gunung berapi di Indonesia. Kali terakhir gunung ini melepaskan debu panas ialah sekitar tahun 2014. Tiada arahan perpindahan waktu itu.

Selepas breakfast, kami sempat berfoto-foto atau mengambil mode di depan homestay. Depan homestay ni ada satu padang bola sepak. Semasa kami keluar tu kelihatan berpusu-pusu anak-anak ke sekolah. Ada yang sekolah rendah dan ada yang sekolah menengah.

Menariknya padang ini ialah ia berlatarbelakangkan gunung Kerinci. Makin rancak berfoto. Sesekali terasa ada titisan air. Hujan ker? Hmmmmm....

Jet dah mula bertanya-tanya, "abang dah siap?.....kakak dah siap?".

Kami mula loading beg ke atas 4x4 dan bergerak menuju ke pintu rimba.




Anak-anak ke sekolah

Breakfast

Pendidikan Jasmani mungkin






Cerianya kami punya guide



Lihatlah dunia


Apa yang cuba Eda sampaikan?



Kami berhenti sekejap di persimpangan Tugu Macan ini bagi membeli beberapa keperluan. Ada yang nak beli baju hujan, nak beli ehem..., kuih, gula-gula dan bermacam-macam lagi.

Takkala aku melihat tugu ni, aku mulai terfikir bahawa inilah simbol ikonik Kerinci. Ye la......sesiapa yang datang  pastinya akan bergambar di sini. Tapi rasanya tak ada pagar. Tapi aku tengok ni ada pagar.

Jet bilang, pagar ini baru dibina bagi menjaga kebersihan kawasan tugu. Katanya anak-anak muda suka lepak sini dan tidak menjaga kebersihan. So bila pelancong datang, tak manis la jika nampak kotor.

Selain tugu ini, ladang teh juga antara ikon yang sinonim bagi Kerinci. Di sini terdapat hamparan ladang teh yang sangat besar dan cantik. Tak percaya? Sila datang sendiri. Kami tidak berkesempatan bergambar pagi ini. Kata Jet, kita akan ada masa kelak. Dont worry....









Last packing


Bacaan doa dikepalai oleh Ustaz Amin Danial. Mohon diberkati dan dipermudahkan sepanjang pendakian.

Dari bawah, puncak Kerinci tidak kelihatan. Berkabus sahaja. Adakah itu satu petanda? Krik...krik....





Pintu rimba

Seperti yang dah aku ceritakan semalam, terdapat 3 post dan 3 shelter yang akan kami lalui sepanjang pendakian ini. Sebelum mendaki ni pun dah buat sedikit research dan bertanya pada member-member. Menurut maklumat, trek Kerinci ini agak lecak seakan-akan Irau. Kalau hujan akan bertambah kelecakkannya.

Menurut orang tempatan hujan agak lebat sejak semalam. Kata mereka juga pada tanggal 17 yang lepas ramai pendaki gagal ke puncak berikutan badai yang melanda. Ooooooo.....

Walaupun begitu banyak info yang beraura negatif, kami build up semula keyakinan dengan adanya Eda. Yes....Eda is our key. Eda adalah simbol kekuatan. Untuk info, Eda merupakan satu-satunya pandaki wanita yang mencipta rekod pendakian Gunung Tahan 3 hari 3 malam sahaja.

So, jika Eda boleh, kenapa kami tidak. Ok.... dalam gambar di atas, Eda yang tengah dan paling depan. Mohon marked ok. Kalau korang jumpa dia on trek, sila beri laluan.


Trek memang berlecak dan berlumpur

Dari pintu rimba ke Post 1, kami mengambil masa kurang dari 30 minit. Kami tidak lama berehat di Post 1. Time Eda baru nak duduk jer, aku dah cakap, "Jom...jom.....jangan berehat kalau tak penat." Lalu, kami pun meneruskan pendakian.

Post 1


30 minit dari Post 1 ke Post 2. Di post ni kami rehat sekejap. Rehat sebab Azizah mula rasa pening-pening sikit. Tapi dia masih ok.






Dari Post 2 ke Post 3 kami mengambil masa yang hampir sejam juga. Sebenarnyakan dari Post 1 hingga Post 3 ni, treknya mendaki jer. Treknya berakar, lembap dan berlecak.

Di Post 3 ni pun kami tidak lama sangat berehat. Pendakian diteruskan. Just tunggu Eda di belakang. Dia sampai jer terus gerak.




1230 pagi, kami selamat tiba di Shelter 1 setelah 1 jam 30 minit lebih mendaki. Di Shelter 1 ini kami berjumpa dengan satu team mendaki. 3 orang pendaki dengan seorang guide dan seorang potter.

Rupa-rupanya 3 pendaki itu adalah dari Malaysia. Dari Perak. Masa mula-mula nampak tu rasa macam orang Malaysia juga kerana ada seorang tu pakai seluar pendek bertight. Pendaki Indonesia rasanya tidak berpakaian trekking demikian. Hahahahahahaha.......

Guide mereka ialah Fendi. Owh....baru aku teringat bahawa Acap minta aku jumpa Fendi kerana ada barang nak kirim. Hmmmm...ok2.

Di sini masa Azizah sampai dia macam sedikit terhuyung hayang. Jet terus bergegas untuk dapatkan Azizah. Takut-takut dia rebah. Tapi alhamdulillah ok. Dia kata kaki krem. Lega rasanya. Fuuuhhhhh.....!!!

Di shelter ini, kami makan tengah hari lunch pack dan solat.

Sejuk guysss.........

Pemandangan Kayu Aro dari Shelter 1


Kabus mula meliputi Shelter 1 takkala kami berkemas-kemas memulakan pendakian

Sahabat akrab


Bergurau senda

Eda, Lina dan Azizah



Sebelum menyambung kembali pendakian, Azizah dan Lat bertukar beg. Azizah bawa beg Lat yang kecil itu. Bagi ringan sikit.

Tiada gambar di Shelter 2 kerana hujan agak lebat. Tangan pun dah kotor dengan lumpur. Maka malas nak pegang kamera.

Di shelter 2, kami berhenti menunggu Eda dan Jet yang agak jauh ketinggalan. Di Shelter 2 ini juga, team Fendi bermalam.

"Eda ni dah pergi trip kompres tapi.......", gurau Am. Kami tersenyum dan ketawa kecil mendengar jenaka dari Am. Ok la tu. buat penghilang stress kesejukkan.

Selepas Shelter 2, Azizah sekali lagi rasa kesan daripada altitude. Nak kata masuk angin, makan on time jer. Takper-takper.....its normal. Azizah meneruskan pendakian dengan free body. Begnya di bawa oleh Jet.

Altitude efek ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja ok.


Owh...terlupa satu perkara. Sebenarnya masa dalam pendakian dari Shelter 1 ke 2, kami didatangi oleh seorang pendaki wanita MAT SALLEH. Dia sempat kejar kami rupanya. Ini bermakna dia sangat laju.

Bagi mengantikan Daus sebagai pengantara dan penterjemah Lat adalah individu yang paling sesuai. So....dari point dia terserempak dengan kami hingga seterusnya, Lat yang intertain. Am pembantu Lat. Am ni bab-bab gila dan merapu boleh la bagi ke dia. Sebagai hiburan.

Wanita ini memperkenalkan dirinya sebagai Ola. Berasal dari Poland. Beliau mendaki hanya dengan sebuah beg kecil. Di dalamnya hanya terdapat botol air, windbreaker dan simple-simple jer. Tak ada khemah, tak ada sleeping beg, tak ada persalinan tidur, makanan pun tak ada rasanya  dan...dan...dan......hahahahaha.... Memang sehelai sepinggang jer. Dia plak rasa hairan kenapa kami bawa beg besar-besar.

Melalui Lat, kami dengan rasa sukanya menjemput beliau untuk join kami.

Sesekali terhibur apabila mendengar Eda menjerit. Macam-macam sebab la dia menjerit. Hahahahahahahaa.......

Menghampiri Shelter 3




Sekitar jam 1826 kami sudah mula menghampiri Shelter 3. Cuaca semakin sejuk. Dari kejauhan kami sudah nampak khemah yang telah siap di pasang oleh 2 orang potter kami iaitu Dori dan Izal.

Pemandangan senja tiada yang wow sangat berikutan kabus yang agak tebal. Matahari pula disebelah sana. Kami yang dibelakang ini perlahan-lahan menuju ke khemah.

Sampai di khemah, kami membuat pengurusan diri.

Kelihatan Lat dah mula menunjukkan sintom-sintom tidak sihat. Dia asyik mengadu kesejukkan. "Korang kalau tak suka Lat join tak per la....", kata Lat. Hmmmm....aku tak ambil port sangat. Mungkin itu kata-kata orang yang tengah stress atau mental kot. Normal la tu.

Sambil kami buat pengurusan diri, minuman panas dan kekacang dah sampai di pintu khemah. Service baik punya Dori dan Izal. Yang menghantar ialah Jet. Dah suruh Lat minum sikit air panas tapi dia enggan. Ok...ok.....dia nak rehat la tu.

Cadangan dari Am agar makan malam bersama-sama. Biar ikatan silaturrahim tu lebih erat diterima sebulat suara. Aku pun memberi cadangan kepada Jet dan beliau sangat-sangat bersetuju. Khemah wanita terpilih sebagai port untuk makan malam. Tahniah khemah wanita.

Sesekali angin bertiup kencang dengan membawa titisan air. Alhamdulillah....khemah lelaki dalam kondisi terbaik. Jet selalu datang memantau keadaan khemah. Jika ada pancang yang tercabut atau apa-apa jer, pasti akan di perbaiki dengan segera.

Siap menunaikan solat Maghrib dan jamaq Isyak. Jet ada datang ke khemah untuk melihat keadaan Lat yang berkemungkinan demam. Hanya sokongan moral dapat diberikan sambil urut-urut badannya.

Time makan malam tiba, kami pun bergerak ke khemah wanita. Ola pun nampaknya selesa bersama-sama rakan barunya. Makan malam agak mewah. Paling best kari ayam. Terbaiklah Jet and the gang. Kami makan dengan berselera. Ola tidak kekok makan makanan Asia.

Punya la sayang Jet ni pada kami, sanggup dia tak simpan kari ayam untuk Dori dan Izal. Bila ditanya, katanya untuk Dori dan Izal dah ada. Lepas tu kantoi.....Hahahahahaha..... Mujur kami tak habiskan. Hahahahahahaha....

Sambil makan, kami berborak-borak dengan pelbagai topik. Tapi banyaknya berkaitan dengan Ola la sebab kita nak raikan dia. Kalau kami cakap Melayu nanti dia tak faham. Mujur ada Am yang dok merapu dengan Ola. Eda plak kadang-kadang cubaan buat kelakarnya tidak sampai. Tak per Eda, cuba lagi ok.

Kata Ola, dia amat-amat berterima kasih kepada kami kerana sudi menumpangkannya di khemah malam ini. Dia tak tahu apa yang akan terjadi padanya jika tidak berjumpa kami dengan keadaan cuaca tetiba hujan begini.

Untuk Lat, Jet dah hantar sehidangan untuknya di khemah. Lat tak mampu nak bergerak keluar katanya.

Kami kembali ke khemah masing-masing selepas selesai makan. Rehat dan tidur...

Kerinci Episod 1   Kerinci Episod 3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...