Akibat tidur terlalu awal, terjaga beberapa kali di awal pagi. Jam 11 terjaga, jam 1 terjaga, jam 3 terjaga……..
27 November 2014, bangun… bangun… bangun… Abg Jept paling awal bangun. Dia dah bergegas ke dapur. Pantas saja. Subuh pun dah hujung-hujung. Maklum la. Subuh sini lagi awal dari Semananjung.
Abang Jept dengan bantuan chef-chef wanita, sedang menyiapkan sarapan pagi dan lunch pack. Sementara dapur dok kung kang….kung kang….bunyi senduk dan periuk, yang lain lipat fly. Buat la mana-mana patut. Alhamdulillah….semuanya berjalan lancar.
Cuma Min kelihatan agak kurang sihat. Sejak semalam, dia kurang makan dan tidur awal.
Kami mula bergerak jam 8.30 pagi. Target hari ini ialah Musang Camp.
Dari Wuluh Camp, kami menuruni bukit dan melintasi sungai. Tak dalam sangat sungainya. Boleh lompat-lompat atas batu untuk elak dari kasut basah. Kemudian mendaki semula. Time naik ni la Min dah mula injured. Injured sini bukan kaki. Tapi dah mula muntah-muntah. Perut masuk angin kot. Maka terpaksa berehat sekejap.
Abang Jept dah ambil sedikit barang dari beg Min untuk meringankan begnya. Namun masih berat. Akhirnya, guide tolong bawakan hingga ke Kepuakan Kem. Cubaan memberi ubat kuat pun gagal kerana dia muntah juga. Hmmmm…..rasanya akibat tak makan ni.
Pendakian hari ni, sama macam semalam. Turun naik bukit. Turun banyak….pastu naik lagi banyak. Ye la sebab nak ke puncakkan. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih dari Wuluh Camp ke Kepuakan Camp (10.45 pg).
Di Kepuakan Camp, kami masak maggi. Sesiapa nak makan pack lunch pun boleh. Group depan dah siap mandi manda lagi. Untung la.
Bila aku sampai di campsite ni, aku terfikir, alangkah bestnya kalau campsite kat sini jer. Sungai besar. Airnya cantik. Banyak kolam. Terbaik. So, pada pendaki-pendaki seterusnya, highly recommended berkhemah di sini. Hihihihi…..
Selepas makan, kami agihkan barangan dari beg Min. Tinggalkan sleeping beg jer. Tu pun berat. Abg Jept kata, “……orang dah tak pakai sleeping beg besaq-besaq macam ni. Murah ni…….”
Lagi fakta menarik, “……jangan beli la karrimor. Kosong saja pun dah berat………” Hahahahhahaha……
11.45 pagi, kami mula bersiap untuk bergerak. Lintas sungai. Kasut kena buka sebab sungai agak dalam. Line up kali ni, Min dok depan. Tak boleh potong. Dari sini pergerakkan kami menjadi agak slow dan banyak berhenti. Takper. Setia kawan. Kata Kelab Kembara, kena la tunggu kawan. Hihihihi…..
Sambil-sambil tu dengar cerita kenangan masa kegemilangan bekas ahli Kelab Kembara UUM, Adi dan Abg Jept. Kira manis la kenangan mereka dulu. Zaman-zaman kemuncak. Kita layan jer.
Walaupun Min di depan, Huda tetap potong. Tapi takper sebab dia guide.
Owh…! Lupa nak bagitau yang line tepon ada. Tapi tak semua tempat. Ada beberapa port on trek pun ada. So boleh la nak call awek, tunang, nenek, mak dan sebagainya.
Kami tiba di Musang Camp pada jam 4.00 petang. Hujan agak lebat masa kami otw nak ke sini dan renyai-renyai bila kami tiba di campsite. Masa ni, aku tak guna camera aku sbb hujan. Camera murah tak boleh kena air. Hihihihi…
Cooling down…….. masa untuk dirikan khemah. Kemudian, kami turun ke punca air untuk ambil air. Semua bawa botol. Paling terharu, guide-guide ni yang tolong ambil air. Jam 5.30 petang, hari makin gelap. Aku bergegas ambil toiletries. Semangat nak mandi nih. Memang dah niat, mana-mana trip, mesti mandi bila ada air. Fight for my fear, coolest.
Trek tak susah sangat nak turun dan tak jauh. Sesampai jer kat punca air, mmmmmm…….hanya mampu menelan air liur je. Kelihatan air keluar melalui batang paip yang telah disediakan. Kecil jer airnya. Terkulat-kulat aku tengok air tu.
Punya la bersemangat nak mandi. Hahahahahahaha……… Takper, bukan rezeki. Cuci muka dan wuduk jer. Yang lain pun sama. Siap bawa towel bagai. Harapan punah. Kembali ke khemah dan para chef bertungkus lumus menyediakan makan malam.
Selesai makan malam, persediaan untuk tidur. Pendakian masih jauh esok…. Zzzzz….
Sambil tidur, Huda bercerita tentang seorang doktor di tempat kerjanya ;
Cerita 1, datang seorang pesakit yang sakit perut. Pesakit itu memberitahu doktor. Lalu doktor bertanya (doktor India), “…..cirit berapa kali, birit berapa kali?…..”
Cerita 2, seorang pesakit menelefon doktor bertanyakan tentang sakit beliau. Dah lewat malam. Jam 1 pagi dia telepon. Last kali, doktor tu jawab, “…….esok u telefon. Esok semua pakar ada. Pakar telor pun ada……..”
Mendengarkan cerita Huda, tergelak besar kami. Hahahahahaha…….
bersambung…
Kepuakan best utk camp site....tp toilet x berfungsi mcm di wuluh camp. Kalau x kisah, blh je digigi air tu.....hehehe....
ReplyDeleteBab kutuk beg karrimor tu aku marah ben. Hahahaha....
hihihihihi....
Delete