Saturday, December 27, 2014

--- Menara Condong, Teluk Intan ---

Entry kali ini paling simple. Saja nak update aktiviti aku di laman sosial. Tapi disebabkan fb aku dah deactivate, maka, aku update kat blog jerlah.

Time ni aku dari kampung halaman, Alor Setar. Sebelum tu, aku singgah Baling, kenduri kahwin rakan sekerja, Wan Afifudin. Then aku ikut Grik, cadangan dari Min. That time aku terlupa isi minyak. Bila dah masuk jalan Grik tu, aku terpandang meter. Kurang satu sengat.

Perghhhh……memang aku cuak giler. Jalan Grik ni, dah la sunyi sepi. Time tu jam 4 petang lebih. Hujan turun. Aku matikan radio dan ekon, dengan harapan penggunaan gas petrol dapat dikurangkan. Aku dah mula membayangkan keadaan sekiranya kereta mati kat sini. Aku tengok line tepon plak tak ada. Makin cuak tahap dewa.

Tapi alhamdulillah……aku selamat sampai di Pekan Grik dengan baik. Terus cari petrol stesen. Seriusly, aku tak sangka jalan Grik-Baling begitu jauh. Aku siap membayangkan gajah lagi. Hahahahahahahaha…… Nyah-Nyah

Setibanya di Pekan Grik, aku nampak Stesen Bas Grik. Terus datang memori yang aku sebenarnya pernah datang ke sini. Rasanya dua kali. Trip Hutan Royal Belom dan Gerah kot jika tak salah.

Dari Pekan Grik, dengan menggunakan map, pergi pula ke Telok Intan. Naper tetiba nak ke sana? Haaaaaa…..ini disebabkan aku ternampak member shared dalam pesbuk. Apa lagi, aku pun on la. Hari dah petang. So, aku niat, kalau sampai malam pun tak kisah. Janji pernah sampai.

Sesampai jer, parking kereta. Bawa tripod and snap. Tak dapat clean shoot sangat sebab ada bazar kat bawah tu. So ramai orang. Ni jer yang mampu.

DSC00262

DSC00263

DSC00266

DSC00269

Sejarah menara ini ada kat bawah menara. Datang and baca sendiri. Hihihihihi……. aku pun meneruskan perjalanan menuju ke Putrajaya.

IMAG1810 copy

Owh…..kenapa deactivated fb? Jawapannya, sebab ada orang salah faham tentang status yang aku letak di wall. That it. No komen….kbai…! Nyah-Nyah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...