2.6.16

--- Hari 5, Leh - bahagian 2 ---

Ok...sambung dari bahagian 1. Ni bahagian 2.

Dari Magnetic Hill, kami di bawa pula ke satu lokasi lain. Masa driver bawa tu memang tak tahu la dia punya nama tempat. Dalam perjalanan ke sana tu view dia memang memukau beb.

Tak lama berada dalam kereta, kami berhenti di satu view point. Di bawahnya terdapat pertemuan dari 2 batang sungai yang terkenal. Satu dari Sungai Indus manakala satu lagi dari sungai Zanskar. Apa nama tempat ni? Entah la apa nama khas sini. Dari google map, dia tulis Lembah Zanskar. Korang boleh cari dengan menggunakan koordinat ini 34° 9'58.27"N,  77°19'59.70"E. Siap bagi koordinat ok. Apa lagi mau? Hahahahahaha.....

Di bawah sana kami dapati ada satu bangunan, kereta sedang parking dan pelancong-pelangcong. Kompom nak ke sana kan kejap lagi. Apapun tak puas nak shoot gambar berlatar belakangkan view cantik ini.















Kereta lama yang sering kita tengok dalam filem-filem Amittha Bachan zaman muda-muda


Setibanya kami di sini, kami dapati terdapat aktiviti rafting. Tu haaaa, ada syarikat yang mengendalikan aktiviti ni. Terpampang INDUS HIMALAYAN EXPLORER. Mula dari mana, aku tak pasti. So...korang boleh la planning untuk rafting. Aku ngan Daus dah tak sempat sebab tak tahu benda alah ni ada. Kalau tahu memang kami bawa baju aktiviti.

Aku cuba membayangkan pemandangan lagi indah jika naik raft ni melalui lembah Sungan Indus ini. Arghhhhhhhhhhhhh......



Daus kata, ini gaya SRK











Rasanya sungai ini tak ada jeram. Aku tengok mereka yang dalam raft tu macam tak basah jer. Semua sedang gelak-gelak. Yang naik tu pun ada mak-mak dan atuk-atuk.

Kurang sejam bercengkerama di sini, kami bergerak ke destinasi lain pula. Adakah ianya lebih wow? Kita saksikan. Hahahahhaha....

Menarik lagi tentang perjalanan kami ini ialah terdapat papan-papan tanda dengan kata-kata yang menarik di mana kata-kata itu dituju kepada pemandu-pemandu.















Spituk Monastery. Yes......next destinasi kami ialah Biara Spituk. Biara ni atas bukit. Kami lapar sebenarnya. Bibir pun dah kekeringan. Air minum dah banyak tapi perubahan cuaca tetap memberi kesan.

Spituk Monastery

Itu Lapangan Terbang Leh










Ok Daus, sila pusingkan benda tu dan semua benda dia nak baca



Leh Palace

Dari Leh Palace. Tak tahu nama. Koordinat 34.159967,77.583825

Sebelum masuk Leh Palace, kami singgah di restoran berdekatan untuk mengisi perut yang dari tadi asyik berkeroncong. Kami hanya order makanan yang tidak ada asas daging. Aku minta nasi goreng kosong jer. Daus order apa benda tah namanya. Dia macam roti canai skit.

Untuk masuk Leh Palace ni kena bayar. Yes....buy a ticket at the counter.






Kalau tak salah aku, Leh ini merupakan pusat kerajaan bagi Ladakh. Di sini terdapatnya istana pemerintah. Ni cerita berzaman dulu la sebelum wujudnya presiden bagai. Kalau nak lebih detail kena baca sejarah atau tengok National Geo lah.

Masa aku tengok pemandangan bandarnya dari atas ini, seakan-akan melihat sebuah bandar zaman atau tamadun. Satu zaman atau tamadun dahulu. Sesuatu yang aku belum pernah tengok secara realiti. Dalam movie-movie biasa la tengok. Rumah-rumahnya dibina dari batu-batu dan tanah. Dibina di atas bukit-bukit. Arghhh...susah nak gambarkan.





Keunikan senibina








Kami tidak lama sangat di Palace of Leh. Seterusnya kami dibawa pula Shanti Stupa. Dari jauh dah nampak. Warna putih.

Monastery ialah biara. Tempat tinggal para sami. Stupa pula satu tempat atau objek yang dibina untuk pemujaan. Boleh dikatakan macam kuil tapi bukan bukan kuil. Shanti stupa ni kira stupa zaman baru. Jika korang jalan-jalan sekeliling Leh ini, akan ada binaan-binaan stupa lama berzaman dahulu.














Menarik di Shanti Stupa ialah terdapat beberapa signboard yang menunjuk kepada beberapa tempat atau lokasi pelancongan yang terkenal seperti Leh Palace, Khardungla Pass, Indus River dan lain-lain.















Masa untuk pulang. Shanti stupa adalah tempat terakhir dalam tour kami hari ini. Menarik gak la. Kalau ada banyak masa dan duit lagi, memang nak lanjutkan sahaja keberadaan di Leh ini.

Pasti ada yang bertanya, semua tempat yang pergi tu semuanya kuil jer ker? Jawapannya YA. Di Leh ni banyak kepada biara-biara dan stupa. Sebenarnya masa mula-mula aku tiba di Kashmir, memang aku beranggapan semuanya adalah Islam. Masa tu tak terbayang lagi bentuk muka buminya yang antara lain menyumbang kepada budaya dan agama setempat.

Kebanyakkan penduduk Leh menganuti agama Buddha. Sebab itu banyak ke arah kebuddhaan. Raut wajah orang Leh lebih kepada cina-cina iaitu bermata sepet. Pakaian mereka juga melambangkan agama Buddha. Pendek kata mereka seakan-akan orang Tibet. Manakan tidaknya kerana Leh atau Ladakh ini bersempadan dengan Tibet.

Kami kembali ke hotel. Di hotel, kami membuat pengurusan diri dan solat. Kemudian kami keluar untuk berjalan-jalan di sekitar pekan Leh ini. Kami berjalan sehingga ke bazaar. Sambil berjalan, kami ingin melihat-lihat jika ada barang yang boleh dijadikan cenderahati.

Bukan itu sahaja. Kami ingin mencari ATM dan gas memasak. Ada banyak kedai kedai outdoor rupanya di jalan ini. Kami singgah di beberapa buat kedai outdoor untuk dapatkan gas. Kebanyakkannya tidak ada. Mujur ada satu kedai tu ada. Lega rasanya. Gas yang dia ada jenis warna biru tu. Harga INR 400 untuk satu. Kami beli 2.

Selain itu di setiap kedai outdoor ni akan menawarkan beberapa pakej dan mencari rakan perjalanan ke tempat-tempat pelancongan. Aku bagi satu contoh. Dia akan letak satu notis mencari rakan kongsi kenderaan untuk ke Nubra, Panggong Lake, Manali dan sebagainya. So pada fikiran aku, eh, ada rupanya pakej macam tu. Tapi kami dah deal dengan hotel. Huhuhuhuhu.....pada notis tidak dipamerkan harga.

So apa yang aku cuba nak sampaikan ialah pada korang yang kiranga datang melancong ke Leh berdua la katakan atau sorang. Then pening nak pergi jenjalan nak kena sewa kereta mahal. Jawapannya tidak perlu. Korang hanya perlu datang ke kedai-kedai outdoor ni dan ambil pakej yang ditawarkan. Kelemahan dengan sistem ini ialah kita tidak tahu rakan kongsi tu bagaimana? Adakah tarikh perjalanan kita match dengan diaorang atau tidak? Adakah kita sebulu dengan pelancong lain?

Selain pakej transport perjalanan tersebut, ada juga kedai outdoor yang menawarkan aktiviti outdoor seperti camping dan mendaki. Satu yang aku terbaca adalah tentang pendakian ke Stok Kangri. Yup....ada sorang member aku ni suruh aku cuba mendaki Stok Kangri.

Seterusnya nak cari atm. Ok, kenapa nak cari atm? Ok..ok...memang la nak keluarkan duit tapi main reason is kerana kami dah kekeringan duit. Pada peringkat awalnya, kami baget hanya RM 3000 dah mencukupi tapi disebabkan kami hanya berdua maka baget bertambah pada transport.

Limit atm di sini alah INR 10000 untuk sekali pengeluaran. Kami buat 5 kali transaksi pengeluaran untuk dapatkan INR 50000. Ini bermakna 5 kali caj dari bank atas pengeluaran di luar negara. OMG.......mati la mak nak. Perkara lain yang menarik ialah carta alir pengeluarannya. Jika di Malaysia, kita perlu masukkan pin terlebih dahulu tapi tidak di sini. Nombor pinnya adalah yang terakhir. Hihihihihi.....






Settle bank tu, kami mencari cyber cafe pula. Kami nak print tiket balik. INR 20 caj.

Balik ke hotel sebab hari dah nak malam.

Malamnya, kami habiskan masa di dalam bilik. Nak keluar pun tak tahu nak ke mana. Pekannya pun kelihatan mati. Lagi pun sejuuuuuk.....

Selesai solat, kami masak Brahim.

Keadaan bilik



Daus tidur awal malam ni. Awal masuk selimut. Katanya sejuk sangat. Tak tahan. Melihatkan keadaan Daus macam tu, aku bantu dia menyelimutkannya. Then Daus kata, "thank Ben. 5 bintang....5 bintang......hahahahahahaha......"

Sebelum tidur, aku buat sedikit catitan sepanjang perjanan hari ini.







KOS :
Tiket flight Delhi - Srinagar                             INR 14000
Airport Srinagar + guest house + jalan-jalan   INR   3000
Gulmarq + guest house + Leh                          INR 29000
                                                   Jumlah          INR 46000


Jenjalan hari ini                                                 INR  3000
Gas                                                                    INR    800
Internet                                                              INR      20

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...