11.6.16

--- Hari 12, 13 dan Terakhir Di India ---

 Hari 1&2    Hari 3    Hari 4    Hari 5    Hari 11

09 Jun 2016

Masuk hari ke dua kami berpuasa di India. Kami hanya berbuka dan sahur di atas bas dalam perjalanan kami dari Manali ke Delhi. Aku tertanya-tanya nak turun dimanakah? First pit stop, ada orang sebut airport. Tapi aku tengok mat salleh ni tak turun. So bukan sini lah tu. Ok, jalan lagi.

Pit stop ke dua ialah Kashmere Gate. Nampak signbord. Ok, nampaknya semua penumpang bas turun kat sini. Kami pun callo bete. Macam biasa, penumpang bas yang turun akan dihujani dengan driver teksi dan tut tut. Pening kepala mak nox. Rimas. Ada yang menggelikan hati aku, dia orang boleh cakap Daus ni dari Korea. Dalam hati ku, agak-agak la nak puji pun atau nak ambil hati. Daus Korea? Jauh kot perbezaan.

Dalam kerimasan tu, aku ada dengar mat salleh ni cakap nak pergi Main Bazaar pada driver tut tut. So kami pun decide ke tempat yang sama. Harga tut tut, INR 200.

Hotel? Nak dok hotel mana? Hmmmm......

30 minit lebih gak la naik tut tut, kami pun sampai. Driver tut tut tu menurunkan kami di depan sebuah hotel. Hmmm....tak fikir panjang, itulah hotel kami malam ni. Malas dah nak fikir dan nak cari. Nama hotel tu Satyam Hotel.

Sambil tokey dok geleng kepala, dia bagi harga bilik, INR 1000. Dengan bantuan guard, kami di bawa ke tingkat 3. Nombor bilik 302. Masuk bilik tengok masih ada pinggan yang belum diangkat. Hmmmm.... Bilik belum kemas. Kami turun semula dan beritahu tokey. Tokey meminta orang suruhannya bersihkan. Oooooo...patut la. Kami check-in awal sangat. 10 minit kemudian, siap. Kami naik ke atas dan buat pengurusan diri. Bilik ada 1 single dan 1 queen. Besar dan selesa. Selesa.

Kurang jam 10 waktu tempatan, kami keluar berjalan ke menuju ke New Delhi Railway Station. Street Main Bazaar tu, sampai la stesen keretapi. Sambil jalan, kami usha-usha jika ada cenderahati yang berkenan di hati. Sayangnya, tidak ada yang menarik. Daus belum beli apa-apa cenderahati tuk kawan-kawan. Hmmmm.....

Owh....masa kami keluar hotel tu, singgah kedai telco untuk beli internet simcard. Dengan niat untuk kemudahan carian maklumat nanti. Simcard INR 300 + internet INR 300. Total INR 600. Dah bayar semua dan pasang, mamat tu cakap after 2 pm akan aktif dan boleh guna. Terkejut gak aku. Lambat rupanya. 3 jam lagi. Adoiiii.....lupa nak tanya sebelum beli tadi. Mmmm...


Buat apa pergi stesen? Haaaaaa....dikesempatan masa yang ada ni, kami nak pergi ke Taj Mahal. Monumen simbol percintaan yang digembar-gemburkan tu. Very excited. Hihihi...

Ok...untuk pelancong asing, kena naik atas. Isi borang bla...bla...bla.... Hasil perbincangan, kami hanya beli tiket pulang sahaja berikutan timing tiket pergi tidak sesuai.

Macam ni, kami pergi balik hari. Kalau kami pergi dengan train berikutnya, berkemungkinan kami sampai Taj Mahal, gate dah tutup. So dia mencadangkan kami ambil bas.



Kami pun turun. Ambil tut tut untuk ke bas station terdekat. Dah masuk dalam tut tut, datang plak 2 orang manusia bertanyakan adakah kami ingin ke Agra. Dia tanya, dia jawab. Kami cuma mengiyakannya jer. Tapi kami nak pergi ke station bas dulu. Ok....mamat 2 orang start psiko.

Dia kata naik keretapi sekarang. Tiket dia boleh arrangekan. Kami cakap kat dia, kaunter atas tadi kata, gate dah tutup. Keretapi dah nak jalan. Boarding time dah tamat. Mamat tu bertegas, dia dah 30 tahun kat sini. So dia tahu semuanya.

Then, kami cakap, its ok. Kami nak pergi station bas jer. Dua mamat ni cakap plak, better naik teksi/kereta sewa plak. Bas ambil masa yang lama. Berkemungkinan tak sempat....bla...bla...dia mula tawarkan harga. Pakcik tut tut tu senyap jer. Dia dah duduk tempat driver.

Last sekali, kami turun tut tut dan beredar pergi. Kami nak ambil tut tut di tempat lain. Dia panggil kami dengan macam-macam offer. Kami tak layan. Manusia 2 orang tadi siap jerit, "...dont come again...". Kami senyum jer. Tak sopankan. Haish. Masa kami turun dari tut tut tu, pakcik tu macam pujuk, jom la pakcik hantarkan. Tapi mamat 2 ekor tu memang spoil. Kesian driver tu.

Dalam dok berjalan, ada lagi dok offer teksi. Dia bagi INR 4000 sehala. Kami pun setuju je lah. Kami naik van kecil. Feeling lega dah sebab dah dapat transport. Rasa nak tidur jer. Sambil tu drive tu pun berborak la dengan kami.

Sambil borak tu, dia nyelit plak dengan tawaran baru. Katanya ada 2 laluan untuk tiba di Agra. Ada laluan biasa dan ada laluan pantas. Untuk laluan pantas, kena tambah INR 500. Dalam fikiran aku, tak habis-habis la orang India ni. Kami just say, laluan biasa jer.

Tak berhenti setakat itu. Dia cuba yakinkan kami lagi bahawa kalau ikut laluan biasa, ditakuti kami sampai, gate Agra dah tutup. Adooiiii......seboleh-bolehnya dia yakinkan kami. Sambil tu dia dok cakap telefon. Borak dengan siapa pun tak tahulah.

Ok, kami berhenti di tepi jalan selepas kira-kira setengah jam perjalanan. Kelihatan sebuah kereta ala-ala Inova. Driver minta kami keluar untuk tukar kereta dan pemandu. Mamat van ni berborak dengan driver Inova.

Eeeeee...jadahnya la driver-driver kat sini. Ok, dia minta kami bayar INR 4000. Daus tak nak bagi. Kami cakap, kami bayar bila dah sampai. Mamat van tak setuju. Dia kata nak bayar duit tol dan minyak bla...bla...bla... Daus still refuse sbb itu bukan yang sepatutnya. Driver Inova tak cakap apa pun. Aku dan Daus dah letak beg dalam Inova.

5 minit lebih berbalah, satu persetujuan diambil. Kami bayar INR 1500 jer dulu. Balance nanti sampai Agra. Mamat van tu macam tak setuju tapi kena setuju juga. Ok....dalam Inova ni selesa la skit berbanding van kecil tadi.

Dalam kereta, aku tanya Daus, kenapa tak setuju bayar INR 4000? Tak percaya ker? Daus jawab, dia saja jer buat kelam kabut. Oooooooo......aku hairan gak Daus tadi. Dia biasanya tak macam tu. Daus ni jenis orang yang cool. Tapi bila dia berkonfrantasi tadi, rasa lain plak. Hahahahaha...

Akunya internet ni belum aktif-aktif lagi. Haish....

2 jam lebih perjalanan, kami pun sampai di kawasan Agra. Dari jambatan dah kelihatan beberapa senibina Agra.

Kereta menurunkan kami di satu roundabout. Katanya kenderaan boleh sampai situ jer. Kami pun bayar lagi INR 2000 pada driver dan turun. Kata driver, dari sini, kami boleh ambil tut tut, jalan kaki atau apa saja untuk sampai ke gate. Kebetulan ada beca datang.

Satu perkara yang kami berdua tak tahan ialah bahang panas. Sebaik sahaja kami buka pintu kereta, dia punya bahang, masya-Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Kami cuba layankan.

Kami pun naik la beca pakcik tu. Kesian la tengok pakcik beca tu mengayuh. Jalan plak macam membukit sikit. Nak minum air tapi puasa. Eeeeeee....tapi memang tak tahan bahang ni. Bak kata Daus, seolah-olah ada api kat tepi muka. Korang biasakan duduk tepi unggun api atau bakar sampah. Haaaaaaa....macam tu la bahangnya. Panas tu bukan tak biasa. Malaysia pun panas. Tapi ni panas bergabung dengan bahang.

Jarak lebih kurang 850 meter dengan bayaran INR 100.

India pun ada unta

Sebelum masuk ke ruangan agra, kena simpan beg di loker dulu. Semua pelancong tidak dibenarkan membawa beg masuk ke kawasan Agra.

Baru jer melangkah masuk, bermacam-macam tawaran dok mai. Budak-budak jual cenderahati bersepah-sepah. Tawaran guide tak henti-henti menerjah. Dah la panas dengan bahang. Haish... Kami jawab, tak nak guide sebab tak nak masuk pun.

Kami pun berjalan-jalan dan sampai gate. Eh...!!! Kena tiket rupanya kat sini. Hahahahaha...

Kami berpatah balik. Tengok orang ramai beratur. Hmmmmm.....adoiii..... Dalam keresahan itu, muncul seorang mamat datang bertanya. Then dia bawa kami ke kaunter tiket pelancong antarabangsa/tourist. Macam biasa di mana-mana tempat, harga tourist mahal la sikit, INR 1000/seorang. Dengan bayaran sebanyak itu, dapat sebotol air dan shoes cover.

Sebelum masuk, di tepi kaunter tu, ada taklimat sikit. Bukan taklimat biasa tapi taklimat nak suruh pelancong hired tourist guide. Hmmmm....

Dia mulakan leteran dengan menunjukkan kad kuasa yang telah diiktiraf oleh badan Agra ni. Antara benefit mengambil tourist guide adalah tidak perlu beratur panjang dan mendapat penerangan yang lengkap mengenai Agra. Mulanya tak nak ambil tapi ambil juga sebab malas nak itu ini. Faktor lain sebab kami tolak adalah kerana tak ada duit. Then dia tawar dengar harga tempatan, INR 675. Kami tak mampu. Dia tanya berapa kami mampu? Kami jawab INR 500 (berat juga sebenarnya). Lagipun nampak muka macam jujur jer.

Dia perkenalkan dirinya sebagai Muhamad Imran Khan. He also Muslim. Orang sini, kalu tahu kita Muslim, mereka terus bagi salam dan berjabat tangan. Mereka juga terus tersenyum. Seolah-olah satu rahmat. Kami pun berjalan masuk dalam suasana panas dan berbahang. Tapi memang betul, dengan adanya tourist guide ni, kami tak perlu beratur panjang. Easy access.




Tak sia-sia juga kami hired tourist guide sebab banyak info. Kalau aku, tak ambil guide pun takper sebab dah ada Daus. Hihihi....

Untuk more detail tentang Agra ni, korang google jelah ye. Kalau aku nak cerita sini semua, makan tahun plak nak habis. Aku cuma petik yang penting-penting dan wow jer bagi aku.

Firts, terdapat 3 gate atau pintu masuk ke Taj Mahal ini. 2 gate kiri dan kanan dibina untuk 2 orang isteri Shah Jahan dan 1 lagi gate adalah untuk para pekerja keluar masuk. Pada 2 gate yang dibina untuk isterinya bukan semata-mata gate tetapi ia juga merupakan makam.

Gate orang awam


Taj Mahal ini mengambil masa lebih kurang 21 tahun untuk disiapkan. Bilangan 21 tahun itu digambarkan pada bilangan kubah kecil gambarajah bawah.

Terdapat satu lagi pintu gerbang yang tedapat di sini yang dikenali sebagai Royal Gate. Gate ini dibina khas buat isteri Shah Jahan yang ke tiga iaitu Mumtaz. Tetapi Mumtaz tidak dikebumikan di bawah gate ini seperti isteri-isterinya yang lain. Dari gate ini, tersergam indah Taj Mahal.

Gate utama atau Royal Gate


Kami mula memasuki ruangan Taj Mahal. Tapi sebelum itu, kami ditunjukkan dengan satu pemandangan Taj Mahal yang indah. Lihat gambar di bawah. Dalam pada itu, Imram menerangkan bahawa Taj Mahal ini adalah semetri. Keseluruhan kawasan, dari pintu gerbang hingga ke taman-taman dan Taj Mahal itu sendiri adalah semetri.

Ok, actually, Taj Mahal ni adalah salah satu tempat yang sangat diidam-idamkan, termasuklah aku. Perasaan berkobar-kobar tu dari Malaysia lagi. Tapi, realitinya, masa aku sampai sini, perasaan nak gembira tu tak jadi dek kerana cuaca panas dan berbahang ini. Adooiii....tak tahan giler aku.

Kalu perasanlah ek, tak banyak gambar menarik sepanjang kat sini. Masa aku tengok balik pun, rasa tak puas hati. Sebab apa? Sebab masa tu, otak aku terus jem. Aku tak leh berfikir secara kreatif. Fikiran aku melayang kerana bahang dan panas.

Mata aku plak tak boleh fokus sebab panas dan silau. Tak boleh nak adjust komposisi cahaya dengan betul. Imran jer yang banyak offer ambil gambar kami berdua dengan guna henset aku. Time tu plak henset dah hujung-hujung bateri. Aku berkata dalam hati, malas nak caj dah sebab letih dengan panas dan bahang.







Kiri Taj Mahal terdapat sebuah masjid manakala sebelah kanan pula tedapat sebuah rumah rehat atau rumah tetamu. Senibina kedua-duanya adalah sama.

Seperti yang diketahui, keseluruhan Taj Mahal ini dibina daripada batu marmar berkualiti tinggi. Marmar utamanya bercahaya takkala disinari cahaya Bulan.

Info paling best aku dapat ialah keempat-empat menara Taj Mahal ini tidak 90 darjah tepat menegak. Ia condong ke luar sedikit. Ditanya kenapa? Jawapannya adalah untuk mengelakkan menara tersebut menimpa ke atas Taj Mahal jika berlaku gempa bumi. Waaaaaaaaa.....gineus kan.

Nama Taj Mahal adalah bermula semasa zaman pemerintahan British. Nama asalnya ialah The Cave Of Mumtaz (dalam bahasa hindi bunyi lain la). Bila anda masuk ke Taj Mahal, akan ada makam Mumtaz dan Shah Jahan. Itu hanyalah simbolik sahaja. Kubur sebenar terletak dibawahnya. Laluannya untuk ke kubur ditutup untuk awam. Mumtaz meninggal dunia selepas kelahiran anak ke 14.
Menara-menara sedang dibersihkan

Ada satu lagi yang best ialah 3D. 3D ni popular dalam filem-filemkan. Ia mula dipopularkan oleh negara-negara Barat la kononnya. Tapi unsur 3D ni telah wujud pada senibina ini. Nak tahu, kena datang sendiri. Aku tak sempat snap sebab melayankan panas dan bahang. Tekak memang kering habis. Aku tunggu Daus cakap, "...wei, tak tahan la. Boleh buka tak?".

Sebelum pulang, kami sempat solat di masjid sebelah Taj Mahal. Aku ingatkan mimbarnya di dalam bangunan, rupanya kat luar situ jer. Ai....bangunan punyalah besar, sini jer mimbarnya. Kami juga sempat bertemu dengan Imam masjid yang sedang membaca Al-Quran. Beliau dan generasinya telah menjadi Imam secara sukarela sejak dahulu lagi. Allahhuakbar.... semoga Allah membalas jasa-jasanya.

Siapakah arkitek Taj Mahal ini? Hmmmm......Imran cakap Muhd Ishak. Bila aku google, macam-macam nama keluar. Mana satu pun tak tahu. Kata Imran, ibu jari arkitek ini dipotong sebaik sahaja siap pembinaannya. Di tanya adakah arkitek itu menyedarinya, YA, arkitek itu memang sudah mengetahuinya.

Sebelum meninggal dunia, 2 permintaan Mumtaz, pertama, menjaga baik-baik anak-anak mereka dan kedua, membina sesuatu yang tidak sama di dunia ini sebagai tanda cinta mereka.

Sebaik sahaja Taj Mahal ini siap, seorang anak Shah Jahan telah menggulingkan kerajaan dan mengambil alih. Shah Jahan di penjarakan di Red Fort dan Baginda mangkat di situ. Baginda disemadikan bersebelahan dengan makam isterinya.

Salah satu sebab penggulingan adalah kerana Shah Jahan banyak menghabiskan duit rakyat dalam merealisasikan impian percintaannya. Menurut Imran, di seberang sungai sana, kelihatan satu binaan berkubah berwarna hitam. Tahu tak apa itu? Itu merupakan kawasan pembinaan satu lagi Taj Mahal untuk Shah Jahan sendiri. Menurut Imran lagi, Taj Mahal itu akan menggunakan marmar hitam. Tapi impian itu tidak tercapai kerana anaknya telah menggulingkannya.


Pada hari Jumaat, kawasan ini ditutup kerana ada solat Jumaat.

Untuk cenderahati, Imran bawa kami ke kedai cenderahati yang diiktiraf. Di situ kami di beri briefing tetang jenis-jenis mamar khususnya yang digunakan pada Taj Mahal. Kami hanya mampu beli sebuah Taj Mahal kecil setiap seorang. Harga satu INR 8500. Pastu beli freez magnet satu INR 300.

Lepas dah bersalam dengan Imran dan bayar semua, kami ambil tut tut berkuasa bateri dan terus menuju ke Agra Cantonment Railway Station. Kami bayar lebih skit dari INR 500 pada Imran. Bulan-bulan puasa buat amal sikit. Lagi pun dia buat partime jer ni. Dia tengah buat Sarjana Muda Sains. He want became a teacher one day.

Impian nak bergambar dengan baju Melayu tidak kesampaian. Aritu kat Ladakh pun tak dapat. Kat sini pun tak dapat. Panas dan bahangnya merenjatkan mode kami. Tujuan nak berbaju Melayu tu sebab nak buat ucapan perantauan nanti. Huhuhu...

Budak jual magnet ni bersungguh-sungguh nak jual cenderahati. Ikut kami sampai ke station keretapi. Dia sanggup offer 20 keping freez magnet dengan harga INR 500. Tak sampai hati, aku bagi sedikit duit kat dia. Semoga dia jadi insan yang berguna kelak. Amin.

Sempat lagi driver tut tut ni nak tawarkan perkhidmatan lain. Dia tanya samada kami dah beli tiket atau belum? Kami jawab dah ada. Dia pun senyap dan terus jalan. Kalau jawab tak ada tiket tu, nanti jadi macam tadi la. Dia mesti nak offer taxi dengan berkata bahawa train dah habis. Haish....

Dalam perjalanan tu, tetiba boleh pula kena ribut pasir. Arghhhhhhh.......... Panas + bahang + ribut pasir = AWESOME.

Kelihatan ramai orang di perkarangan stesen keretapi ni. Nak lepak mana pun tak tahu. Daus ajak lepak surau yang kelihatan tidak jauh dari situ. Alhamdulillah....ada juga tempat untuk berteduh. Solat kejap dan rehat sementara menunggu waktu berbuka.

Hari ni punya dugaan berpuasa hampir-hampir tewas. Huhuhu.....

Aku tanya pula pada Daus, are you ok? Masih bertahan? Daus plak jawab, "aku tunggu ko cakap tak tahan jer. Hahahahaha..."

Sedikit demi sedikit orang mulai memenuhi ruangan surau. Mereka menjemput kami untuk join bersama dia berbuka. Alhamdulillah...







Selesai berbuka dan solat, kami tunggu sehingga jam 8.45 malam. Sementara tu bersosial kejap (internet) dan aku buat catatan agar aku tidak lupa isi-isinya. Train kami jam 9.15 malam. Kelihatan memang agak sesak la orang nak naik keretapi. Berpusu-pusu masuk. Sama macam kita tengok dalam tv. Cross landasan tu perkara biasa ja. Nak naik train tu bermacam-macm dibawanya. Dalam hati, minta-minta kami dapat train yang ok. Kami sempat berborak dengan seorang remaja ni masa kami nak kompomkan patform kami. Katanya train ni class standard. Meaning class baik berbanding train yang tengok tadi. Dalam pada itu, dia kata memang impian dia untuk pergi Malaysia. Waaaaaaa....terharu dengar. Orang yang hidup susah sini mendambakan kehidupan aman seperti Malaysia.

Train pun sampai. Kami cari tempat duduk. Tak lama sangat berhenti, keretapi bergerak semula. Hidangan malam pun tiba. Rupanya ia included dengan tiket. Patut la tadi siang masa beli tiket dia tanya samada vege or non.

Daus ada bagitahu yang warna hijau menunjukkan vege. Kalu korang pergi India one day, beli sesuatu makanan, cari simbul bulat warna hijau. Maknanya itu vege. Vege bermakna HALAL ker? Tak semestinya.



Hampir jam 12 tengah malam, kami tiba di New Delhi Railway Station. Kelihatan masih ramai penumpang yang sedang bergelimpangan di sini. Tak tahu la samada tunggu train atau memang inilah rumah mereka. Hmmmm....

Bazaar dah pun tutup masa kami melalui untuk ke hotel. Kami singgah subway beli makanan sikit. Lapar katanya.

Rehat dan tidur. Tidak lupa mengunci jam untuk sahur.

Tut2 dari Kashmere Gate ke Bazaar   INR     200
Hotel 1 malam                                     INR   1000
Simcard                                               INR     600
Tiket train                                           INR    1160
Sewa kereta                                        INR    4000
Beca                                                    INR     200
Tiket Taj Mahal   INR 1000 x 2          INR   2000
Cenderahati INR 850 x 2                    INR   1700
Guide                                                  INR     500

Total                                                   INR  11360


10 Jun 2016

0250, jam handphone berdering. Aku bangun untuk sahur. Daus tak bangun dah sebab dia dah makan sebelum tidur tadi. Aku sahur dengan biskut dan air milo jer. Pastu tunggu Subuh jap. Subuh jam 0340 lebih kurang. Pastu, aku sambung tidur.

Hari ni lastday. Dah nak balik. Fuuuhhhhh.....

Pagi ni kami tukar bilik ke bilik sebelah, 303.

Tak banyak aktiviti kami di hari terakhir ni. Malas nak bergerak keluar sebab panas. Aku sambung buat catatan dan berchat dengan seorang teman di Facebook. Dia sedang memberi info-info tempat menarik di sekitar Delhi. Termasuklah masjid untuk solat Jumaat hari ni.

Dalam banyak-banyak info yang dikongsi, paling menarik ialah perkhidmatan metro line. Hmmmmm....kenapa la kami tak tahu dari awal lagi.


New Delhi station ada kat belakang bangunan tu








Ni lah New Delhi station


Cuba untuk memenuhi impian kawan-kawan

Flight malam ni jam 2310 waktu tempatan. Peringatan kepada kawan yang membawa laptop dan kamera dslr, jangan letak dalam beg bahagian bawah. Jika anda berbuat demikian anda kena keluarkan semua barang untuk dapatkannya. Pastu rescan. Alatan elektronik seperti laptop dan dslr beserta kabel cajnya perlu diimbas secara berasingan. Itulah yang terjadi pada aku. Huuuuuuu....letih kot nak packing semula kat situ. Boxer-boxer, pakaian dalam dan alat makeup semua kena keluarkan. Malu la orang tengok. Huhuhuhu....

Penerbangan pulang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan buat aku. Aku hampir-hampir muntah melayankan gegeran kapal terbang. Kertas muntah tu aku pegang setiap masa dan sekali sekala aku buka untuk persediaan. Hmmmmm.......

Disebelah aku seorang auntie. Seorang akauntan. Lanjut usia kelihatannya. Bekerja di sebuah firma swasta. Apa yang aku nak katakan ialah dia orang Malaysia. Tu jer. Dia bercerita tentang pengalamannya sepanjang di Leh.

Duit hotel malam ke dua         INR 1000

Jumlah                                     INR 1000


11 Jun 2016

Sekali sekala, aku melihat jam di tangan. Dalam hati tak putus-putus berdoa agar kami cepat melepasi Teluk Benggala dan cepat sampai ke Malaysia.

Masa naik flight tadi, aku ada berpesan kepada seorang pramugari agar memberitahu aku waktu Subuh dan kiblat. So pramugari tu datang kembali dan memberitahu waktu Subuh setelah bertanyakan kepada pilot.

Fajar mula kelihatan. Perasaan lega ada sedikit.



Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA 2. Syukur sangat-sangat. Sebelum berpisah, kami transfer gambar dulu. Hihihihi.....

Kesimpulannya..........Nanti aku buat selepas semua episod settle.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...