Hmmmm.....kali ni bukan trip mendaki. Trip santai dan minum kopi.
Sedang memandu kereta dalam perjalanan dari Mersing ke Putrajaya, dapat satu mesej. Mesej dari Daus. Katanya ada berita tak baik. Uit...!!! Aku dah rasa lain macam. Apa berita tak baik tu kan?
Pertamanya, dia nak minta maaf sebab salah bagi info tentang waktu penerbangan. Katanya, time flight kita berbeza. Aku pada 3hb, 2359. Manakala dia dan 2 orang lagi rakan pada 4hb, 0855. Ini bermakna aku akan fly dulu.
Membaca mesej itu saja membuatkan aku rasa tak senang hati. Hati dan fikiran dah mula resah. Tangan yang memegang stereng pun dah sedikit shake. Arghhhhhhhhhhhhh........
Kata Daus lagi, dia tak usha tiket yang dibeli oleh rakannya. Dia hanya forward maklumat whatsapp pada aku untuk rujukkan aku membeli tiket. Dia ingat maklumatnya sama. Entah kenapa tetiba hari ini, dia nak melihat tiket dan mendapati waktunya tidak sama.
Pada malamnya, aku dan Daus jumpa di airport. Bincang punya bincang, aku ambil keputusan untuk beli tiket baru. Tiket sehala RM3xx.xx. Takperlah. Nak buat macam manakan. Fobia punya pasal. Ok, tiket dah settle. Selesai makan, kami cari port untuk tidur.
Subuh... Buat pengurusan diri sambil menunggu 2 orang lagi rakan.
Kami pun berjalan masuk ke ruang menunggu. Pemeriksaan berjalan lancar. Sedang berjalan-jalan tu, dari jauh aku nampak Arkmey sedang text mesej. Bertegur sapa sebab lama tak jumpa sejak dia dapat pindah ke Kelantan.
Pagi cuaca kelihatan sedikit mendung dan hujan renyai-renyai. Cermin tingkap seat aku plak agak kabur. So...not good untuk snap pic. Hurmmm...
Aku tak pernah tak takut kalau naik flight. Arghhhhh..... Ku sangka flight 1 jam, rupa-rupanya 1 jam 50 minit.
Setelah beberapa minit berlepas, pilot said ada tribulance. Lampu pemakaian seat bell terus dinyalakan. Aku dah cuak. Flight sedikit bergegar.
Lama kemudian, flight attendance memulakan penghantaran makanan. Aku tak buat tempahan. Tapi bagi menghilangkan perasaan takut, aku terus pesan makanan. Untuk hilangkan rasa resah lagi, aku dengar muzik bagi mengelakkan mendengar pilot memberi informasi keadaan cuaca. Ternyata ia tidak berkesan juga. Di luar tingkap, hanya keputihan. Aku cuba membayangkan apa yang ada di bawah sana. Aku rasa bawah sana bukan laut kerana dari segi geografi, laluan dari KL ke Vietnam, adalah daratan.
Seterusnya, aku ambil pula pen dan sampul muntah. Aku start menulis. Tulis la apa-apa saja. Yang pasti bukan lagu. Hahahahahaha......
Seat aku berada di pintu kecemasan. Sebelum ni tak pernah rasa nak baca. Tapi kali ini, semua aku baca sambil fikirkan keadaan cemas jika berlaku.
Rasa nak muntah plak tetiba apabila flight bergoyang. Tapikan, sebenarnya aku lagi resah apabila aku menulis. Huhuhuhu....
Aduh....lama lagi ker flight ni?
Takkala pilot mengumumankan yang kita akan mendarat sedikit masa lagi, aku terus sedikit lega. Jam tangan menunjukkan 9.19 pagi waktu Malaysia. Dalam benak fikiran ku, 'sekejap lagi' tu sebenarnya hampir setengah jam lagi baru benar-benar mendarat.
Alhamdulillah, flight selamat mendarat.
Penumpang kali ni agak disiplin. Tak kelam kabut ambil beg sehingga flight betul-betul berhenti. Good.
Agak berkabut di lapangan terbang Tan Son Nhat, Ho Chi Minh.
Kami tidak lama di airport. Samapi jer, terus naik bas menuju ke Cat Hotel. Jika anda nak tahu, orang Malaysia banyak pergi di situ. Hihihi....ada sebabnya. Termasuklah 2 orang member kami tu. Dia orang bukan suka suki tapi ada business.
Siap ada yang datang pagi, balik malam selepas ambil barang. Datang dengan beg yang besar dan kosong. Balik dengan beg yang penuh dengan isi. Hihihi....
Matawang Vietnam juga mempunyai digit sifar yang banyak.
Koordinat Cat Hotel 10°46'17.63"N, 106°41'46.90"E
Perjalanan dari airport ke hotel hanya kurang 15 minit sahaja. Sebenarnya boleh lebih cepat. Tapi disebabkan traffic jam, maka ambil masa sikit.
Kami check in dan buat pengurusan diri. Bestnya bilik kami ialah pemisah antara ruang kamar dengan bilik air ialah cermin kabur. Tapi nampak bayang dan bentuk. Hahahahaha....malas nak terang lebih detail. Hahahahahahahahaha......
Aku dan Daus terus berjalan-jalan ke beberapa tourist attraction di Ho Chi Minh. Mat dan Abangnya, menguruskan order list. That what their purpose.
Sebelum tu, kami makan dulu di kedai muslim yang berdekatan situ.
Bangunan lama tinggalan pemerintahan Perancis
Independence Palace
Saigon Notre-Dame Basilica
Saigon Central Post Office
Benthanh Market
Pada sebelah malamnya pula kami jalan-jalan di night marketnya dan pusing sedikit kota. Balik tidur.
Aduh, aku lupa satu lagi tempat yang pergi siang tadi. Tempat tersebut ialah Gia Long Palace. Bukan istana tapi ia merupaka sebuah muzium. Mungkin dulu ianya istana la kot. Kenapa tak ada gambar? Sebab telah diberi nasihat oleh pengawal bahawa sebarang foto adalah tidak dibenarkan.
Apa yang tunjukkan di dalam muzium ini? Ok....kebanyakkan muzium ini menunjukkan alatan-alatan atau pekerjaan-pekerjaan utama rakyat Vietnam. Terdapat juga barangan berkaitan kegiatan ekonominya seperti wang syiling dan sebagainya.
Yang lucunya, bila kami dah masuk, bersepah orang dok buat photoshoot dalam tu. Ceh. Tapi disebabkan aku ni jenis lurus bendul maka aku pun tak snap la walaupun sekeping. Hahahahahaha.....
Aduh, aku lupa satu lagi tempat yang pergi siang tadi. Tempat tersebut ialah Gia Long Palace. Bukan istana tapi ia merupaka sebuah muzium. Mungkin dulu ianya istana la kot. Kenapa tak ada gambar? Sebab telah diberi nasihat oleh pengawal bahawa sebarang foto adalah tidak dibenarkan.
Apa yang tunjukkan di dalam muzium ini? Ok....kebanyakkan muzium ini menunjukkan alatan-alatan atau pekerjaan-pekerjaan utama rakyat Vietnam. Terdapat juga barangan berkaitan kegiatan ekonominya seperti wang syiling dan sebagainya.
Yang lucunya, bila kami dah masuk, bersepah orang dok buat photoshoot dalam tu. Ceh. Tapi disebabkan aku ni jenis lurus bendul maka aku pun tak snap la walaupun sekeping. Hahahahahaha.....
No comments:
Post a Comment