Aku pernah plan nak ke Karimun ni 2 tahun lepas. Masa tu plan samada nak ke Batam atau Karimun. Hanya plan je la. Tak ingat kenapa tak jadi. Masa plan tu, ada buat research melalui google. Tapi dapatannya kurang meyakinkan dan tidak wow untuk menguatkan lagi trip. Mungkin itu antara sebab tak jadi kot. Hahahahaha.....
Kebanyakkan info yang dapat tentang Karimun Besar ialah lebih kepada shopping dan makan jer.
Untuk trip ini, Haji Ishak sebagai gogo sangat proaktif untuk menjayakan trip. Kami mula berkumpul di jeti sekitar jam 8 pagi. Kereta dicadangkan parking di SMK Kukup dan SJKC Ken Boon.
Aku tiba di Pontian sekitar jam 3 pagi. Lepak di Dataran Di Raja. Tidur di Masjid Jamek Bandar Pontian. Selesai Subuh dan sempat jogging dalam 30 minit di dataran, aku pun bergerak menuju ke SMK Kukup untuk parking. My KU, Encik Azmi, mesej ajak breakfast dulu. Katanya kedai terbaik di situ. Bersama breakfast pagi itu ialah En. Hairol dan Tuan Haji Kamarudin (KU Kokurikulum, JPN). Aku tertanya juga, siapa yang bersara ni? Takkan Tuan Haji Kamarudin? Hahahahahaha....
Haji Ishak datang pick up kami di SMK Kukup. Kebanyakannya dah berkumpul di lobi jeti.
Jam 10 pagi feri kami bergerak. Team kami diberi peluang duduk di tingkat 3 feri. Berdekatan dengan kokpit. Layanan istimewa katanya. Terima kasih kepada pihak feri Tuah 1.
Pelayaran tidak makan masa yang lama. Rasanya kurang sejam, kami sudah hampir tiba di jeti Tanjong Balai, Karimun Besar. Cuaca yang baik menjadikan pelayaran berjalan dengan lancar.
Ketibaan kami disambut mesra oleh...oleh....alahai, aku tak ingat nama Mas itu. Hmmmm.....takper2. Tak ingat takper. Hahahahahaha.... Mas tu kiranya macam agen atau tour guide kami. Beliaulah yang telah mengatur tentatif sepanjang kami berada di sini.
Bergamber dengan kenderaan unik
PARAGON Hotel. Yup.... Jika anda mencari maklumat penginapan di laman sesawang, pastinya nama Paragon Hotel paling banyak keluar. Kedudukan hotel ini yang sangat dekat dengan kawasan shopping, menjadikan ia sangat popular untuk diinapi.
Dari jeti, kami dibawa ke hotel Paragon dengan menaiki kenderaan yang seakan bas yaang telah diubahsuai.
Perbezaan masa di antara Malaysia dengan Karimun Besar adalah satu jam.
Kami diberi masa sehingga waktu Zuhur sebelum diminta turun semula untuk makan tengah hari. Lebih kurang sejam lebih kami berehat di bilik masing-masing.
Saiz bilik tidaklah semewah yang disangka. Sesuai dengan harga yang mampu dibayar oleh pelancong. Dalam bilik air ada lipas. Arghhhhh....!!!
Sekitar jam 1.30 petang (waktu Malaysia), kami dah berkumpul di lobi. Kami menaiki bas dan dibawa ke satu restoran masakan Padang. Sebaik kami masuk, kelihatan makanan telah pun terhidang di atas meja. Selesai mengaminkan doa, kami pun makan.
Kebanyakkan pelancong yang datang ke sini, pastinya dijamukan dengan masakan Padang. Memang tidak dinafikan, masakan Padang memang sangat terkenal. Pengalaman aku makan nasi Padang ni, yang paling sedang pernah aku rasa ialah di Pekan Koto Baru. Itulah pertama kali aku merasai Nasi Padang. Sambalnya cukup sedap. Serius.
Masa tu kami ada trip mendaki Gunung Singgalang dan Marapi. Itu juga merupakan program AUTeM Pertama ke luar negara di bawah Kelab Rekreasi AUTeM. Klik sini untuk tengok travel log nya. Opssss!!! Sorry...linknya belum dikemaskini. Hihihihi....
Aktiviti seterusnya ialah Air Terjun Pongkar. Yes....ada aktiviti mandi manda. Inilah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Yeaaaa.....semua siap dah bawa swimming trunk dan seumpamanya. Horeeeyyyy....!!!
Dah sakit pinggang mungkin Tuan Haji.....hihihi....
Air Terjun Pongkar merupakan tempat rekreasi umum bagi masyarakat setempat. Air terjun ini juga merupakan kaki Gunung Jantan.
Menurut guide, 4 jam diambil untuk sampai ke puncak Gunung Jantan. Tanya tu bukan saja-saja tanya. Tanya dengan niat nak daki tapi apakan daya. Aku sorang jer. Lagi pun masa tak cukup rasanya. Hahahahahaha..... Nextime....
Panasssssssss....!!! Rasa dahaga. Kami di bawa ke Pantai Palawan untuk minum air kelapa muda.
Kami dapat perkhabaran yang En. Kema on the way. Yeaaaa....
Kami kembali ka hotel untuk ihstirehat. Jam 8 waktu Malaysia, sila berkumpul di bawah untuk dinner. Malam ni dinner untuk meraikan pegawai yang akan bersara. Sedihnya....
Majlis makan malam diadakan di Hotel Royal.
Ucapan aluan pengerusi
Bacaan doa
Ucapan yang diraikan
Penyampaian cenderamata
Malam masih mudah. Selesai makan malam, kami dibawa pusing-pusing sekitar bandaraya.
Owh...untuk pengetahuan u all, semua aktiviti kami di sini menggunakan waktu Malaysia. Tujuan adalah untuk tidak memeningkan pelancong.
Orang kata malam masih muda. Kami meneruskan aktiviti malamnya dengan berjalan-jalan di night market yang berdekatan. Kecil jer night marketnya. Tak happening sangat.
Kopi merupakan antara tarikan yang menarik bagi peminat kopi. Aku juga dapat mesej dari teman-teman yang pernah datang ke sini agar mencuba kopi di sini. Ternyata, kopi di sini sedap dan lain dari yang lain. Terbaik. Aku minum kopi kosong sebenarnya. Hihihihi....
Selain night market, ada juga yang ingin berkareoke dan urut-urut. Hahahahahahaha..... Malam ini merupakan malam terakhir kami di sini. Esok dah nak balik.
Sambungan...
No comments:
Post a Comment