4.12.17

--- Trip Minum Kopi Di Ho Chi Minh, epi 2 ---

Kembali ke Episod 1

Morning guysss.....

Dalam episod 1, ada tak aku bagitau tentang perbezaan waktu? Owh....I'm sorry guyssss. FYI, beza waktu antara Malaysia dengan Vietnam ialah 1 jam. Vietnam sejam dahulu menerima cahaya matahari.

Selain itu, pastinya ada juga yang tertanya-tanya, di mana kisah trip mengopinya? Hahahahahaha... Ok, selepas check in semalam, kami ada lepak minum kopi. Dijual oleh penjual bermotor. Ada macam-macam perisa. Harga RM3. Memang dia tulis RM3. Suasana sini dah tak macam kat Vietnam disebabkan mereka sini boleh berbahasa Melayu.

Bitexco Financial Tower


Pagi ini kami merencanakan perjalanan ke muzium perang, War Remnant Museum.

Dalam perjalanan, kami mencari cafe untuk breakfast. Bukan breakfast biasa tapi coffee cafe.









Tiba di muzium perang Vietnam. Pastinya ramai yang tahu perang antara Vietnam dan Amerika. Bahkan siap ada filem lagi. Cuma macam biasa la. Filem Amerika, mesti la dia hero.

Dalam muzium ni memberi gambaran sebenar peperangan tersebut. Satu sahaja yang benar dalam peperangan iaitu 'rakyat menjadi mangsa'.











Sampai tingkat 4 kami terokai muzium tu.

Rasa lapar. Daus dan Mat bawa kami ke satu kedai yang femes. Rekemen by Trip Advisor. Nama kedai tu The Daun. Boleh cari kat pesbuk. Juga boleh layari laman sesawang thedaun.com.

Best ke makanan kat situ? Hurmmm...good question. Pada pendapat aku, biasa-biasa jer. Hahahahahaha.....






Pembinaan MRT kerjasama Vietnam dan Jepun


Selesai makan, kami balik ke hotel untuk buat pengurusan diri pindah bilik. Aku dan Daus pindah ke bilik Mat. Kami kurangkan satu bilik sebab malam ni kami akan terus balik KL. So no need to check in.

Sebelah petangnya, kami nak pergi cari pusat urut pula. Aduuuhhhhh........ Hujan lebat di luar sana tidak mematahkan semangat kami untuk berjalan keluar.



Kegigihan workout walaupun hujan lebat


Coffee cafe pagi tadi

Sebelum pulang, ini adalah beberapa hasil tangkapan. Hahahahahaha.....

Tidak lupa juga kisah menarik semasa mengurut kaki.

I Love Osprey

Belum ada dalam list

Buat pergi kerja and santai


Langit Malaysia

Begitulah kisah 3 hari 2 malam kami di Ho Chi Minh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...