19.3.17

--- go Krabi !!! go...!!! ---

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur. Lebih tepat dari rumah Am, belakang Zoo Negara. Aku parking kereta di rumah Am. Sekitar jam 10 pagi, tayar kreta Myvi Daus mula bergolek keluar dari perkarangan rumah Am.

Kami ke kedai untuk servis kereta terlebih dahulu agar perjalanan kami selamat, in shaa Allah. Sementara menunggu kereta siap, sarapan dulu di kedai berhampiran.

Settle servis, kami pun mula bergerak memasuki Lebuhraya Utara - Selatan. Memandangkan ini merupakan cuti sekolah maka kami terpaksa berasak-asak dengan kenderaan lain yang turut bercuti. Singgah di RnR Rawang. Am belanja Starbucks. Firstime minum kopi Starbucks. Ni pun sebab orang belanja. Kalau nak beli sendiri memang takkan. Mahal beb.


8.00 malam, kami di RnR Gurun Arah Utara. Di sini ada kaunter yang memudahkan pelancong dari segi white cards, insuran dan pass kereta yang ingin di bawa masuk. Jika korang tak buat sini, korang kena buat di sana. Sama jer. Bezanya sini ada orang tolong buatkan dan hanya perlu sedikit bayaran. Kita juga tidak akan kelam kabut di imegresen kelak nanti. Hahahahahahaha.....

Alhamdulillah...kami selamat tiba di Changlun, Kedah sekitar jam 8.00 malam. Kami check-in di Changlun Inn. Cari hotel menggunakan google map yang membawa kami hingga ke dalam taman perumahan. Selesai check-in, kami keluar makan sampai ke Jitra. Katanya kedai paling hipster. Tapi tak hipster pun. Nasi putih mentah. Arghhhhhhhh...

Balik hotel buat pengurusan diri. Punya la letih, Daus sesampai bilik terus tumbang. Am turun tengok bola dan diikuti oleh aku.

Keesokkan paginya, bangun pagi dan buat pengurusan diri.

Dari Pekan Changlun, kami bergerak menuju ke Wang Kelian. Kami akan cross border melalui pintu masuk sempadan Wang Kelian. Alasannya adalah kerana ia lebih dekat untuk menuju ke Krabi. Jika masuk melalui Bukit Kayu Hitam, kami perlu melalui Hat Yai. Ini sangat jauh.















Satu masalah kereta kami ialah heating. Tak tahu kenapa. Kata Daus semua benda dah tukar yang baru. Dari semalam perjanan dari Kuala Lumpur lagi masalah ini. Hari ini pula dalam perjalanan ke Wang Kelian, kami perlu mendaki. Memang heating meter terus mencanak ke merah. Kami berhenti seketika di satu point view.

Dulu sini ada menara pandang yang besar. Tapi sekarang tinggal tapak jer. To be honest, aku tak pernah cross border walaupun aku sebagai orang kedah yang mempunyai kemudahan border past. Ini kerana aku ada satu fikiran yang jumud bahawa kalau masuk ke sana, belum tentu dapat balik ke Malaysia. Macam-macam aku fikir seperti kena bom dan sebagainya.


Di post Imegresen Thailand, kami kena beratur untuk proses passport dan kereta. Daus lebih cekap bab ni. Untung ada Daus. Muah skit pada Daus.




Dari post ini, aku pula yang drive. kesian pada Daus yang drive dari semalam lagi. Aku drive mengikut arahan Daus sahaja.

Berhenti makan tengah hari di satu warung tepi jalan. Kata Am, ini merupakan sup paling owesome pernah dia rasa.

4 jam lebih kurang memandu, kami akhirnya mula memasuki kawasan Krabi. Kami tercari-cari pantai Krabi. Namun tidak ketemu. Akhirnya kami berhenti bertanya pada satu kaunter pelancongan. Dengan panduan yang diberikan, kami pun berjaya sampai di Ao Nang. Sebelum itu kami singgah di 7E untuk mendapatkan Tourist Simcard.

Di Ao Nang pula, kami berusaha mencari hotel atau hostel yang paling murah. Akhirnya dengan kesungguhan Am dan Daus, kami dapat satu hostel backpackers. Ia merupakan dorm tapi kami diberi privilege. Hanya kami bertiga sahaja di dalam dorm tersebut. Cuma harga tu up sikit la.

Kami buat pengurusan diri.


Kami pun keluar berjalan-jalan sekitar Ao Nang. Pertama sekali nak makan sebab kami kelaparan. Am dan Daus to obses dengan makanan terutama pen kek. OMG...!!!

Motor idaman







Sebelah malamnya, kami menaiki _____________ (terlupa nama) untuk ke Night Market. Antara tourist attraction. Agak jauh juga night market ni dari Ao Nang. Pada mulanya kami bertanya pada satu kenderaan macam tut tut tapi tak tut tut. Ia motor dengan ada satu ruang penumbang disebelahnya. Dia caj B500 seorang sehala. So pergi balik B1000. Omak kau. Mahalnya. Oleh yang demikian kami cuba transport lain. Transport yang macam ojek (panggilan di Indonesia). Bayarannya hanya B300 seorang. Dalam tu boleh naik ramai. Ada 4 orang gadis mat salleh dalamnya untuk ke Night Market juga. Hahahahahha....


Gagahnya lengan abang ni

What so special market ni? Hmmmm....macam biasa jer. Sama macam pasar malam di Malaysia. Tak der yang istimewa pun. Am dan Daus macam biasa to obses about food.

Di sekitar Ao Nang pun tidak kurang meriahnya dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barang. Kami sempat menyaut baju singlet seoarang satu. Kata Am, ni baru betul Krabi. Di sini juga terdapat banyak kaunter-kaunter yang menawarkan pakej-pakej island hopping.

Betul-betul....kita acap kali ditayangkan dengan gambar-gambar kepulauan yang amat cantik oleh mereka yang datang bercuti ke Krabi. Tidak dinafikan semua itu. Tapi untuk trip kami kali ini, kami akan buat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan kerana kami adalah berbeza. Yeaaahhhh..........

6 comments:

  1. baru syok nak koemn pakai pc...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha....komen la panjang-panjang skit.....

      Delete
  2. lama betul x tgok blog ni 5 bulan 4 kot ... hari ni baru ada masa.... bos pun x da.. he he he.... cuci mata jap... suka tgok pic spnjang perjalanan ni... teranggggg... pemandangan.... cam berada di highway.. tp x kan ni je.... krabinya maneeeeee....

    ReplyDelete
  3. bro, gmbr yg kat jalan tu kat area mana? serius nice tu buat shoot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...