2.10.22

--- Air Terjun Lata Cermin 2 ---

Assalamualaikum dan selamat pagi guys....

Sebelum tu nak mohon kebenaran rakan-rakan untuk muat gambar dari kamera korang dan ucapan terima kasih.

Sepanjang malam diselubungi sejuk hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat. Tapi tak terasa lebat sebab kita bawah pokok. Then ada juga cerita-cerita misteri bla...bla...bla.... 👻👻👻

Yang penting chef awal pagi dah perform. Bunyi sudip dan belanga keting...ketung...ketang....ketung...... (betul ke bunyi macam tu?) Hahahahahaha......

Masing-masing lepak di air terjun di atas sedikit dari kawasan khemah. Healing bagai dan bergambar. Air terjun yang sebenar nanti lepas breakfast siap.































































Memerlukan bimbingan ibubapa untuk melihat gambar ini



Abang kawasan






Chef dah panggil untuk sarapan berat. Tadi sarapan ringan-ringan jer. Pastu mohon siap-siap untuk trekking ke air terjun yang sebenar. Bawa seadanya sahaja.

"Baik abang gogo." 

Maka berjalanlah kami menyusuri sungai dan denai demi sebuah air terjun yang dikatakan secret germ. Terma-terma orang sekarang. Satu lagi terma is, HIDDEN WATERFALL. So bila guna terma-terma ini maka akan menaikkan lagi vibe misteri. Hahahahahaha.....

Berjalan HAMPIR DUA JAM, maka kami pun tiba. Belum sampai lagi di air terjun, kami dah berfoto-foto. Sebab nak berlatarbelakangkan waterfall tu. Tak kurang yang sedang ambil video ala-ala National Geography gituuu.... Supaya ngam dengan sosial media masing-masing.

Kenapa dinamakan Lata Cermin tak pasti. Lupa nak tanya. Aku pun tak tahu kat bahagian mana sudut-sudut yang boleh dikaitkan dengan cermin. Tapi air terjunnya lawa la.

Apa lagi kan. Mandi tak sangat pun. Hahahahahaha.... Semua nak berfoto-foto jer.



Legenda







































Belakang tabir untuk gambar yang menarik










Setelah beberapa lama bersantai, masa untuk kembali ke campsite. Jangan lupa gambar group. Wajib katanya.

Tiba di campsite, terus siap-siap packing kerana check out hari ni. Tapi lunch dulu. Chef tak pernah tak perform ok. Terbaik chef Ottergoexplore.









Citarasa mewah




Pulang...marilah pulang...marilah pulang...bersama-sama







Terperangkap dalam selut

Mangsa selut


Kami selamat tiba di Sungai Y apabila malam sudah menjelma. Team paling laju depan rasanya tiba sekitar jam 6.30 petang kot. Alhamdulillah kali ni tak kena game. 4x4 pun sudah sedia menunggu. Kami pun terus naik dan menuju ke RnR Bintang Hijau

Overtime sedikit

Penghuni alam





Membuat pengurusan diri. Salam-salam dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Grrrrr.....jauh dow nak drive balik. Huhuhuhuhu.....

Alhamdulillah....semua selamat tiba.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujang di tengah-tengah pagi. Ada sahabat-sahabat kita yang mengalami musibah dalam perjalanan pulang. Kita doakan mereka dipermudahkan.



Car down




Terpaling letih


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...