4.5.23

--- Trans BAS; Kem Baha ---


Ok, dalam train dah bertemu Labu (solo traveller terkenal. Separuh daripada Bumi pernah dijejakinya), Alan as gogo dan beberapa teammate atau line up, kami lepak di cafe. Borak-borak kosong.

Takkala Subuh menjelang maka ramailah content creater bersiap-siap untuk merakam moment atau pemandangan indah. Aku sleep jer...... Tak kreatif nak buat video content.

Pergi ke kantin untuk sarapan. Aduuuuu....Menu puuuunnnnnnn. Aku tengok orang buat review dalam TT macam menarik dengan menu berbagai dan coach surau yang lawa. Aiseh..... Satu lagi budak yang jaga kaunter kantin ni banyak main la. Tak serius dengan pelanggan. Tak fokus. #donereportKTM

Content creator



Kami selamat tiba di stesen Dabong sekitar jam 10 pagi plus minus. Masa turun pun memang ramai content creater busy itu ini. Hahahahaha......

Masih berkesemapatan bertemu dengan member-member dari daerah yang sama. Mereka dengan aktiviti mereka.

Geng bas sekolah

Saja bergurau dengan mereka naik bas sekolah ker....

Bertemu dengan guide dan beliau bertanya kenapa lambat sangat tiba? Mmmmmmm...... Tanpa membuang masa kami pun menaiki transport yang telah lama menunggu ketibaan kami. Cari kedai makan dulu untuk sarapan dan bungkus makan tengah hari.

Harga makanan kat sini murah dowwwwww........

Ok, kita bergerak pula ke starting point (Stong Hill Resort) pendakian untuk buat last packing or apa-apa yang patut. Barang yang dirasakan tidak perlu dibawa boleh ditinggalkan dalam van.

Pada awalnya gogo kata tiada ration yang akan kita bawa kerana semua guide dah settlekan. Tapi tetiba ada pula ration. Ada miss communication di situ. Tapi takper..... kena on juga. Repacking untuk tambahan ration.





Semua dah siap, terus jalan tanpa briefing, warm up dan doa. Power. Sendiri-sendiri berdoa pun boleh kan? Hihihi....

Masa ni dah jam 12.30 tengah hari. Guide mencadangkan ikut trek resort bagi mengelakkan cuaca panas jika melalui trek air terjun. Malang sekali pagar resort berkunci apabila kami tiba di jambatan resort itu. Kena game. Ubah jalur pendakian. Lencongan.....

Kurang 15 minit, kami pun sampai di air terjun. Cross dan bergambar. Alhamdulillah tidak la panas sangat.

Tanpa berhenti terlalu lama, kami meneruskan pendakian. Dapat kejar dengan pendaki dari team lain yang mendahului kami sebelum ini. Terus potong. Hahahahaha.....




Pacak guys....pacak. Tak ada discount. Bila dah penat, beg yang ringan pun boleh terasa berat. Beg aku sendiri pun aku rasa berat dari kebiasaan. Walhal bawa benda yang biasa jer. Peluh mencurah-curah.

Walaupun tak panas sangat tapi kadar silau yang tinggi menyebabkan aku tak agresif sangat nak bergambar. Huhuhuhuhu...... Snap sekeping dua jer buat rasa-rasa. 😀. Pada masa ni aku masih survey lagi siapa yang bakal jadi model. Labu? Dia dah level America Next Top Model dah. So dah terlalu tinggi levelnya. Hahahahaha......














Masa berehat di simpang laluan alternatif:

"Dia orang dua ni siapa ek?", tanya salah seorang line up.

Tanpa was-was, gogo memperkenalkan aku dan Labu. Hahahahahahahaha..............

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........geng kita ker? Ingatkan guide. Senyap jer," kata line up lain.

Kami dua hanya mampu senyum jer.

Sambil itu gogo meminta sebuah beg yang dipikul oleh salah seorang pendaki wanita untuk repacking. Nasihat gogo, susunan barang di dalam haversack sangat penting bagi melancarkan pendakian. Ia akan menentukan keselesaan ketika haversack digalas kelak seterusnya mengurangkan kecederaan. Tq gogo.... #sharinginfoberguna





Akhirnya guide mengukir sebuah senyuman

Masih bertanya-tanya kapan tiba di destinasi

Sambung pendakian.

Tiba di Kem Baha setelah 2 jam 30 minit mendaki. Alhamdulillah... Ni phase group tengah. Group depan laju sangat. Yang belakang hampir 3 jam kot. Campsite kami telah ditetapkan iaitu paling dekat dengan air terjun atas. Setibanya di situ dah ada fly yang telah dipasang oleh guide. Gogo pasang satu lagi fly company bersebelah/atas sikit dari fly guide tadi. Ada open and tent. Pilihan di tangan anda. Nak tidur hammock pun silakan. Aku macam nak buka fly sendiri tapi terlalu awal. Kita observe dulu.









Gogo



Masak-masak don't worry kerana guide dah settlekan. Kami tiruk tiruk....main gelungsur-gelungsur....rehat....free time.

Malam menjelma, lepak di open tent. Hujan turun sedikit lebat. Tempias masuk khemah. Tent tak pasti keadaannya. Selamat kot. Katanya tent yang murah lagi power dari tent yang harga ratus-ratus. Itu antara isu yang dibualkan. Hujan tak lama. Suasana di open tent memang meriah dengah gelak tawa mengilai. Itu tandanya semua line up happy dengan pendakian hari ni. 💖💖💖

Suasano hujan


Masa untuk dinner. Layan diri. Lauk sedap tapi nasi jelatah. Selesai makan buat ice breaking sikit. Maaf, bukan selepas dinner tapi sambil dinner. Nama, asal dan kenapa minat hiking? Antara yang aku ingat sebab-sebab minat hiking ialah minat nature, mengisi masa lapang, berubah sukan dari sukan ke sukan lain akibat kasut rosak, sebab beli peralatan khemah/camping, kerana kawan dan......mmmm....tu je yg aku ingat. Hahahahahaha....

Paling lega adalah game tak jadi. Sebab aku takut nanti kena denda. 😁😁😁

Sambil-sambil nak sleep tu, sempat berborak lagi. Lah ada sama geng yang sama dalam pekerjaan. Tak sangka. Beliau ialah Mad. Tahniah Mad.

Zzzzzz.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...