6.5.23

--- Trans BAS; Gua Ikan dan Kembali Pulang ---


Sekitar jam 4.30 pagi, terjaga dek kerana Mad dah nak gerak turun. Sempat bersalaman dengan beliau. Pastu tersambung tidur semula. Hihihi…. Semoga Mad selamat tiba dan dapat mengejar flightnya.

Jika ikutkan Labu dah kejut awal lagi sekitar jam 2.30 pagi sebab dah set nak pergi tengok star gazing. Hmmmm…..hampeh. Terlalu kusyuk sleep sampai malas nak bangun. Sorry Labu.

Subuh, bergegas bangun sebab nak layan sunrise lagi. Ketiadaan air paip menyebab kami terpaksa ke sungai untuk berwudhuk. Lincah-lincah. Paip dah tersumbat mungkin sebab hujan lebat.

Alhamdulillah, masih sempat Subuh dan kemudian lepak di air terjun. Cuma pagi ni tiada berpakaian baju Melayu sebab Mad dah bergerak pulang. Pagi ni layan biasa-biasa sahaja sambal kopi-kopi dan video Wes Anderson. Belum selesai rupanya. Tapi gambar tetap beribu-ribu berlatarbelakangkan sunrise. No ending story.

Pagi ini destinasi ialah turun semula ke stesen keretapi Dabong kerana nak layan gua-gua. Cut Off Time is jam 10.00 pagi. Hihihihi….







































Jarang-jarang orang berjaya snap pic aku yang tepat komposisinya. Hahahahahaha..... Mungkin sebab di pakai ipong 13 kot.



Untuk gambar atas ni, aku suka secara peribadi. Ada moment yang deep. Ada cerita dalam gambar ini.

Start packing. Tapi sebelum tu mandi lagi dan sesi gelungsur dengan pakaian tradisional. Dah puas mandi dan snap-snap, baru naik. Puas? Tak pernah..... Hahahahaha.....


Kita fikir hanya di air terjun jer boleh ootd (outfit of the day) dengan pemandangan yang wow. Di sekitar campsite pun tidak kalah suasananya. Cahaya matahari yang bersinar di balik pokok-pokok menghasilkan rays of light yang menakjubkan.










Semua tent sudah siap dikemas. Peralatan semua sudah di packing ke dalam bag. Sampah-sampah dikutip untuk dibawa turun.

Terbaik line up kali ini kerana tiada jeritan bertanya barang siapa ini. Siapa punya? Kelihatannya semua tahu barang masing-masing. Sampah pun masing-masing line up ringan tulang untuk membawa turun. Alhamdulillah. Terbaik guys.

Perjalanan turun berjalan lancar dan kami tiba di starting point dengan selamat sekitar jam 1230 tengah hari. Terus muat naik barang ke dalam transport. Kami bergerak menuju ke Gua Ikan dan gua-gua lain di sekitarnya.

Jom gerak turun

Masih sempat sebelum turun






Sebelum caving, makan-makan dulu di situ.

Caving pun kami hanya sempat sebuah gua jer. Tak sempat nak cover banyak gua kerana guide sudah mahu pulang. COT untuk membuat persiapan ialah jam 5 petang. Guide akan hantar ke stesen Dabong.

Actually Labu pun tak sempat caving masa ni sebab tiket train ke Kota Bharu jam 4 petang. Maka dia gerak dulu. Thank you Labu sebab join trip ni. Eh...!!! 😁😁😁

Kat gua baru jumpa pokok ni




Di sini kami berpisah dengan guide. Beliau sempat bertanya complaint sekiranya ada sepanjang trip. Cuma nasi je lah kena perbaiki. Jelatah sepanjang time. Lauk dah sedap. Cuma nasi jer. Huhuhuhu......

Kebetulan petang ini, ada pasar malam berdekatan stesen Dabong. Sempat lagi berOOTD sebelum ke pasar malam. Pasar malamnya tidaklah besar. Sesuai dengan saiz kampung. Di pasar ni sempat lagi buat street photography.

Hasil tangkapan di pasar tu di bawa ke stesen untuk makan bersama-sama.

Lama lagi nak tunggu train balik ni. Hahahahahahaha..... Train kami sekitar jam 11 malam.
















Perkongsian ilmu bersama individu yang berpengalaman

Sambil-sambil tunggu keretapi, sempat ada sesi perkongsian ilmu treking. Mereka bertanya tentang cara packing dan barang apa yang perlu dibawa.

Antara yang sempat aku record dengar ialah law of first out, last in and last out, first in. Haaaaaa.....ini bermakna peralatan mana yang akan dikeluarkan dahulu mesti dimasukkan kemudian iaitu berada di atas beg. Contoh peralatan; ration, fly, ground, headlamp, emegency eguipment. Manakala yang akan dikeluarkan kemudian, perlu dimasukkan dahulu kerana ia akan berada di bawah sekali. Contoh; sleeping bag, pakaian, peralatan makan. Dalam masa yang sama perkaran yang perlu dipertimbangkan adalah berat ringan sesuatu barang. Barang yang ringan perlu berada di bawah manakala yang berat berada di atas.

Semasa beg di galas, beban beg perlulah di atas pinggul/pinggang. Kurangkan beban pada bahu. Ini bermakna pemilihan yang sesuai juga amat-amat penting.

Perkara lain yang Ada kongsikan ialah berapa helai pakaian yang perlu di bawa. Tip dari Ada adalah sedikit lebih baik. Baju trekking sepasang dan baju untuk malam/rehat juga sepasang. Itu sahaja. Contoh mendaki Gunung Tahan yang memakan masa 7-8 hari. Maka sepasang itu sahaja pakaian trekking dan pakaian malam. Jangan hari pertama baju lain, hari kedua baju lain. Hihihihi...... Jika nak bawa lebih boleh bergantung pada trip, saiz beg dan paling penting beban yang bakal dipikul. Jangan kerana kita seorang, seluruh line-up nak kena tanggung.

Tq Ada atas perkongsian.

Jom makan malam di kedai Route 66. Bersebelahan jer dengan stesen. Layanan tak mesra sangat tapi no choise. Hihihihi......


Keretapi tiba. Kami pun naiki couch masing-masing. Lena hingga ke destinasi masing-masing.

Ok, nak tamatkan entry ini. Ucapan terima kasih kepada gogo dan semua line up. Line up best. Yang kena tinggal sebab phase slow tetap berjuang untuk menawan ke tiga-tiga puncak. Tidak mental. Line up semua kepala sporting. Rasanya mereka bukan jenis terasa kalau kena bahan. Tahu tanggungjawab masing-masing. Makan tumpah kat stesen pun, ambil mop bersihkan. Itu salah satu kualiti yang thumb up.

Jumpa lagi next trip jika ada rezeki. Dan nak ucapkan terima kasih kepada pemilik-pemilik gambar yang memberi kebenaran kepada saya untuk dimuatnaik ke dalam blog saya sebagai pelengkap. Tanpa gambar anda tidak ceria entry kali ini.

Jujurnya, dalam trip ini aku rasa beban kamera ni paling terasa sebab sedikit berat. Aku terpaksa bawa dua lens yang berbeza. So nak kena adjust lens lain pasni. Hahahahahaha.....

Aku tiba di stesen Kluang

1 comment:

  1. suka tgok pemandangan di waktu pagi dlm hutan cantikkkkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...