5.5.23

--- Trans BAS; Summit Attack to Baha, Ayam Dan Stong ---


Semalam sebelum melelapkan mata, gogo dah briefing sedikit tentang tentatif untuk hari ini.

Tentatif hari ini yang utama adalah menawan puncak Baha, Ayam dan Stong. Untuk awal paginya lepak dulu di air terjun untuk sunrise sambil berbaju melayu/raya.

So macam-macam aksi kita dapat lihat sepanjang layan sunrise ini. Tapi perkara yang paling aku kagum ialah mereka yang suka buat video. Pacak tripod kemudian beraksi sendiri depan phone. Mean ada kekuatan. Dari semalam lagi aku observe generasi z ni buat content. It mean they are very good and effort.

Kemudian mereka nak buat footage untuk tema Wes Anderson. Seriusly aku memang tak tahu tema tu. Katanya tengah in lately ni. Trend ni katanya bukan baru cuma dia comeback jer.





















Tengah solat






















Terlalu potret




Gogo dah bagi signal. Jam 8.30 mesti siap semua sebab nak mula trekking. Kembali ke khemah, sarapan dan packing apa-apa yang diperlukan sepanjang pendakian menawan 3 puncak.

Sekitar jam 8.40 pagi, kami mula berkumpul. Sedikit taklimat dan bacaan doa.














Jam 9.00 pagi mula mengorak langkah memulakan pendakian. Puncak pertama akan dituju ialah Puncak Baha.

Lebih kurang 15 minit berjalan, kami tiba di sungai pertama. Rehat sekejap jer. Cannot lama-lama. Sweeper sampai jer, kami gerak. Rehat pula di Kem Balak. Antara Kem Balak dengan sungai ambil masa kurang 30 minit. Satu beg dah kena ambil.

Kem Balak ni mengembalikan memori bahawa aku pernah sampai sini. Untuk rekod, aku pernah ke Stong, Ayam dan Baha pada zaman student dulu. Pastu aku pernah datang lagi untuk Stong sahaja.





Kem Balak

Lanjut pendakian lagi hingga tiba di sungai yang ke dua. Tempoh perjalanan sekitar 30 hingga 40 minit jer. Jika laju boleh jer lebih singkat dari itu. Trek pun tidaklah pacak sangat. Rehat kejap. Hihihihihi.....

Masih yang menarik perhatian aku adalah mereka-mereka yang buat video. Pacak tripod. Pastu action tanpa menghiraukan orang. Serius kagum. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Jangan lupa share tau. 😀😀😀

Lanjut pendakian menuju ke puncak Baha. Trek untuk sampai ke Baha memang pacak sedikit guys. Diskaun dia pun sekali sekala jer. Tapi masih boleh layan lagi. Tak bawa bebankan. Aku jadi sweeper untuk tengah. Follow belakang Lan. Ye lah, aku pun bukannya laju sangat. Ikut phase masing-masing.








Tanah runtuh


Penat bai


Alhamdulillah tiba di Puncak Baha sebelum jam 1 seperti yang disasarkan.

Macam biasa, group depan dah sampai awal 30 minit.

Foto-foto.

Hasil perbincangan, kita akan bergerak dulu tanpa menunggu sweeper paling akhir iaitu guide. Kerana ada seorang lagi line up bersama mereka.

Next is Puncak Ayam.













Untuk sampai ke puncak Ayam, kami akan rehat makan dan solat di simpang. Trek menurun sedikit untuk ke punca air terakhir.

Di situ kami lunch sekali. Punca air sini kecil sahaja.

Team lain juga sudah tiba untuk lunch di tempat yang sama (persimpangan). Kami terus ke Puncak Ayam seperti yang direncanakan. Dari simpang ke puncak sekitar 15 minit jer.

Foto-foto....video-video.....content-content....

Ok.....aku terasa terasing apabila berada dikalangan pengguna iPhone ni. Sebab cara dia orang bagi arahan untuk ambil gambar very teknikal. 0.3, 0.5, 0. bla...bla...bla...... aku bila dengar terasa seakan-akan kemahiran dslr aku macam jauh ketinggalan. Hahahahahaha...... Sebab itu aku tak keluarkan sangat camera aku. Rasa malu. Hahahahahaha...... Dia orang power kot. Dia orang tahu secara detail gambar yang sepatutnya begini begitu. 👍👍👍







Ok, meneruskan perjalanan lagi. Satu lagi puncak iaitu Stong. Trek dah tak susah sangat. Dah macam permatang jer ni untuk sampai ke Stong.

Alhamdulillah selamat tiba di puncak Stong sekitar jam 3.30 petang. Puncak Stong ni ada sebuah batu besar. Mungkin Stong ini diberi nama sempena batu ini, stone. Disebabkan dialek Timur maka jadilah Stong. Hihihihihi......

Nak berfoto-foto pun riuh.

Santai di puncak dalam sejam lebih. Kedengaran bunyi guruh. Kami pun mula angkat beg dan perlahan-lahan menyusur turun menuju ke Kem Baha.

Dalam perjalanan turun itu, guide sudah berpesan agar jangan sesekali berhenti di satu kawasan yang kedengaran bunyi air dan sebuah batu. Maka laju la line up ni berdesup turun.












Kami melewati beberapa batu-batu yang besar dan sebuah gua. Tak silap aku nama gua itu Gua Sorok. Juga tidak digalakkan untuk berhenti atau singgah. Kecuali kecemasan jer kot. Ada la cerita-cerita misteri.

Sambil-sambil turun tu, berborak dengan Labu tentang pokok-pokok yang kami jumpa sepanjang jalan. Labu juga memberi tip-tip penjagaan. Lawa-lawa pokoknya. Ada yang rare. Kalau guide tak ada kata belakang aku ni, memang dah terambil satu dua jenis ni kang. Hahahahahaha.....

Kami berhenti rehat sebentar di anak sungai kecil. Keluarkan headlamp kerana hari sudah mulai senja. Tadi on trek kami sempat berhujan agak lebat tapi tidak lama.

"Wei......aku dah jalan laju, kenapa tak sampai lagi?", keluh Lan Sado. Hahahahahahaha...... Mungkin ingin bercanda.

Alahmdulillah, group tengah iaitu aku tiba di simpang signboard sekitar jam 7 lebih sedikit. Langsung aja. Hujan dan mula rintik-rintik dan terus lebat. Beberapa orang rakan yang laju di depan dah tiba di campsite 30 minit awal.

Malam ini hujan lebih lebat dari semalam. Kedengaran bunyi air terjun yang sangat kuat. Kami cuba untuk turun tapi tidak jadi apabila gerun melihat keadaan paras dan kelajuan air. Maka ambil keputusan untuk bersihkan diri di pili tandas sahaja. Sebelum tu dah makan-makan di khemah guide/chef.

Di sekitar open tent katanya ada sang kala jengking.

Open camp malam ni agak sedikit darurat di sebabkan tempias hujan lebat. Lan Sado, Azim dan Jo ambil keputusan tidur di surau. Aku, Labu, Mad dan Zul stay jer dalam tent ni. Kita orang kemas-kemas. Lap-lap. Hampar satu lagi ground yang aku bawa. Settle. Landing time.

Kita doakan seorang rakan kita yang belum tiba bersama 2 orang guide agar selamat. Team yang satu lagi pun belum tiba. Katanya memang lambat la akan tiba.

Berdasarkan info, mereka bertiga tiba di campsite sekitar jam 1 pagi dengan perasaan yang ceria. Hahahahaha..... Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...