13.12.14

--- Gunung Nuang ---

Last aku naik, hampir 8 tahun yang lalu. Ingat-ingat lupa. Masa tu ada Teng dan Salam.

Pagi tadi, aku join lagi tuk mendaki gunung Nuang ni. Diajak oleh admin MONeL iaitu Arep. Kerap sangat dengan group MONeL lately ni? Ada apa-apa ker? Apa maksud ada apa-apa? Macam-macam. Biasa la aktiviti outdoor ni. Sape-sape yang ajak, jika ada berkesempatan, aku join jer. Diaorang tak bayar pun tuk aku promote group diaorang. Hihihihi…..

Jam 4 pagi, dapat call dari Ayat, wake-up call. Kejutkan aku tuk cergas ke lokasi. Tidur sekejap jer. Semalam jalan-jalan ngan dia orang ke Festival Lampu Putrajaya. Very the outstanding festival. “Tengok kat atas, tangan kat dada”.

Aku pun cergas. Jam 5 pagi, aku mula bergerak. Guna google map tuk ke sana. Sepatutnya tidur rumah Nazrin semalam sebab dia nak join. Lastly dia ada hal ngan family. So cancel.

Minta tolong Igor belikan clorex, butterscotch dan air mineral. Aku dah terlepas petronas. Aku bertemu ngan, Zul, Areb dan Ayat kat simpang Gunung Hitam.

Setibanya kami di Hutan Lipur Gunung Nuang, kelihatan beberapa pendaki sedang bersiap-siap untuk memulakan pendakian. Lagi awal rupanya. Kemudahan sini agak lengkap. Ada chalet dan surau. Kawasannya juga bersih. Solat Subuh dan menunggu rakan-rakan yang lain.Kata gogo, nak gerak seawal jam 7. Tapi ada jer yang belom sampai. Takper, yang penting, aku bukan yang terakhir. Hihihihi…..

Makin banyak pendaki mula masuk dan mendaki. Lebih kurang jam 7 lebih, kelihatan kereta Igor pun sampai. Bersamanya, Siti, adik Siti dan Boboi. Hihihihihi….. Diaorang belikan nasi lemak untuk sarapan. Alhamdulillah…memang lapar sebenarnya.

Bayaran masuk adalah RM1. Ada pak guard nanti ada jaga. Jangan nak ngelat. Seringgit je pun.

Kami pun cergas. Around jam 8 pagi, kami pun mula trekking. Akan melalui trek balak sepanjang 5 km. Dalam masa yang sama, kami sedang menunggu seorang lagi rakan yang katanya nak join. Tapi belum sampai. Kami pun gerak dulu. Tinggal satu walkie talkie kat ___________ .

DSC08869

DSC08870

DSC08871

DSC08872

DSC08873

DSC08879

DSC08881

DSC08882

DSC08883

Start jer trekking, Ayat dah hilang di depan. Apa dia makan pun tak tahulah. Berdesup. Sepanjang trek balak ni, terdapat beberapa pondok / wakaf. Tak ingat aku nak bilang. Tak ada masa nak bilang. Baik layan penat. Dari starting point hingga Wakaf 1 (Lolo), sejam lebih skit. Rehat kejap sambil tunggu yang belakang sampai.

7.12.14

--- Daypack Gunung Chabang oleh MONeL ---

Ok......semalam, geng MONeL ada buat trip ke Gunung Chabang, Perak. Dia orang ada ajak tapi tak join. Antara sebabnya, treknya pacak sangat sampai puncak. Tak mampu nak layan. Masih segar dalam minda ini bagaimana melayankan trek tersebut dulu. Walaupun dah bertahun berlalu. Haaaaaaaa......dahsyatkan trauma yang aku alami. Hahahahahahaha.......

So apa motif entry ni kalau aku tak pergi? Haaaaaaaa.....sesaja ja nak kongsi sebab member MONeL pergi. Mana la tau kalau ada rakan-rakan yang nak cari guide ker, nak dapatkan info ker. Boleh la kontek-kontek dia orang di pesbuk mereka >>> MONeL <<<

Hasil lobian, mereka berjaya mengumpulkan 8 orang line-up yang berani menyahut cabaran tersebut. Siapa 8 orang tu tak pasti plak. Yang aku pasti dan compom pergi ialah Areb (gogo) dan Igor (abg askar). Ada post dalam pesbuk. Mereka buat daypack jer. Tahniah.

Berikut adalah catatan yang mereka kongsikan :

0700   :   shoot ascending
0955   :   reach campsite / last waterpoint
1013   :   sweeper reaches campsite

1018   :   proceed ascending
1040   :   reach view point
1112   :   reach Chabang summit
1140   :   sweeper reaches Chabang summit

1330   :   shoot descending
1425   :   reach campsite / last waterpoint
1635   :   arrived starting point
1657   :   sweeper arrives starting point


Tahniah diucapkan pada mereka yang gagah....!!!

28.11.14

--- XPDC Tambuyukon Hari 4 ---

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 5

28 November 2014, lepas makan semalam, terus tidur. Tidur awal sebab kami akan bergerak menuju puncak seawal jam 1.00 pagi.

Bangun awal pagi buat nasi goreng dan packing. Sejuk? Hmmmmm…..ok la. Just nice. Jap lagi trekking panas la. Ok…jom.

Trek nak kata mencanak, tak mencanak sangat. Mencanak tapi mencanak dengan trek berakar.  Disebabkan gelap, maka kami tak terasa sangat. Just jalan jer.

Suasana semakin cerah. Kelihatan cahaya merah di langit dari celahan rimbunan pepohon. Kami masih dalam trek. Jeneral Camp pun tak sampai-sampai lagi. Jam tangan menunjukkan 6.30 pagi. Guide Huda dah mula bising-bising….. “ bila nak sampai ni woi……? Betoi ka trek ni?…..” Hahahahaha……..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Berdasarkan map, rasanya, tidaklah jauh sangat. Berbeza pula bacaan GPS Abang Jept. Menurut bacaan GPS, tanda km yang dibuat on trek tak sama bacaannya. 1km pada tanda, bersamaan 2km pada GPS. Sekali sekala, aku naik mental juga apabila mereka dok buat kiraan dan perbandingan.

Owh ya…! My friend ada cakap yang hutan mossy di Tambuyukon ni sangat cantik. Tapi pengalaman aku masa melaluinya, rasanya macam biasa sahaja. Rasanya mossy jungle kat Gunung Irau lagi cantik kot. Ini hanya pendapat aku sahaja ok.

6.57 pagi, kami pun sampai Jeneral Camp. 5 jam masa masa diambil untuk sampai ke sini. Wow…..jauhnya. Puncak belum sampai ok. Sebelum puncak, ada satu lagi kem. Kami break jap di sini.

Sambil rehat tu, Abg Jept ada explain pada guide tentang bacaan GPS. Mereka pun mengiyakan pendapat Abg Jept itu. Mungkin ada benarnya. Winking smile

DSC08623

DSC08624

DSC08625

DSC08626

27.11.14

--- XPDC Tambuyukon Hari 3 ---

Hari 1   Hari 2   Hari 4   Hari 5

Akibat tidur terlalu awal, terjaga beberapa kali di awal pagi. Jam 11 terjaga, jam 1 terjaga, jam 3 terjaga…….. Sarcastic smile

27 November 2014, bangun… bangun… bangun… Abg Jept paling awal bangun. Dia dah bergegas ke dapur. Pantas saja. Subuh pun dah hujung-hujung. Maklum la. Subuh sini lagi awal dari Semananjung.

Abang Jept dengan bantuan chef-chef wanita, sedang menyiapkan sarapan pagi dan lunch pack. Sementara dapur dok kung kang….kung kang….bunyi senduk dan periuk, yang lain lipat fly. Buat la mana-mana patut. Alhamdulillah….semuanya berjalan lancar.

Cuma Min kelihatan agak kurang sihat. Sejak semalam, dia kurang makan dan tidur awal.

DSC08565 copy

DSC08567

DSC08568 copy

DSC08571 copy

DSC08574 copy

DSC08576

DSC08583

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSC08584

DSC08585

26.11.14

--- XPDC Tambuyukon Hari 2 ---

Hari 1   Hari 3   Hari 4   Hari 5

26 November 2014, pagi yang ceria. Subuh jam 4.47 pagi ok.

Nak shared sedikit ilmu yang aku baca. Ia berkaitan garam. Rasulullah apabila tiba di suatu kawasan baru, mean bermusafir, Baginda akan meletakkan garam pada lidah. Ini bertujuan bagi sistem badan dapat menerima suasana baru. Garam yang digunakan, mestilah garam bukit.

Ada la kaedah-kaedah dan teknik yang Baginda guna seperti jari mana yang Baginda guna. Antara lain fungsi garam ialah, dapat menghidarkan diri dari terkena sihir atau ganguan syaitan. Maka dalam konteks kita sebagai pendaki ni, yang selalu masuk hutan, tempat tinggal jembalang, boleh la kita amalkan. Lately ni kan banyak kejadian berkaitan dunia pendakian yang tidak enak didengar. At least ni usaha kita. Korang boleh google kalu nak tahu lebih. Atau bertanya ustaz-ustaz. Saya just bagi hint jer. Terpulang la nak amalkan atau tidak. Terpulang pada kepercayaan masing-masing. In shaa Allah…. Tapi kalu solat pun abaikan, macam mana Allah nak tolong kan. Hahahahaha…..

Motip bebel pepagi ni naper? Owh….taklah. Saja berkongsi rahsia awek muda.

Ok…ok… kami cergas bangun Subuh. Pengurusan diri dan sebagainya. Masak dan makan pagi dan luch pack. Barang yang tidak mahu dibawa, boleh tinggal di sini jer.

DSC08491

DSC08493

DSC08495

Sementara menunggu guide dan porter datang, kami melakukan aktiviti pemanasan body terlebih dahulu. Diikuti dengan nyanyian lagu Negara Ku dan bacaan doa oleh Shafri. Huda dan Azizah nyanyi dengan penuh patrotik.

Guide belum sampai. Oleh itu, En. Suani membawa kami ke sebuah tapak tanaman kajian. Haaaaaaa…..kat situ ada lebih dari 10 jenis tumbuhan yang sedang dibuat kajian oleh pengakaji, saintis, student master, dan profesor. Antara fungsi pokok yang sedang dikaji itu ialah menyerap mineral nikel.

Nikel ni satu mineral yang akan mempengaruhi samada air di kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk di minum. Tak sesuai tu bukan bermakna tidak boleh minum. Cuma untuk jangka masa panjang, nikel ni memberi kesan pada tubuh badan seperti mandul.

Sorry, cannot tell banyak sangat sebab aku tak ambil cakna sangat. Tak save dalam memory sebab diluar bidang minat otak. Saraf otak berkaitan tumbuhan belum berfungsi masa tu. Dengar memang dengar, cuma tak save. Hihihihihi………. Party smile Tapi, En. Suani memberi penerangan tu memang bersungguh-sungguh la. Siap ada demostrasi lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...