Ok, datang lagi ke Pulau Tioman. Hihihihi...
08 April 2016
Sekitar jam 6.15 pagi, aku dah beratur di depan kaunter pendaftaran. Kali ni ramai giler orang. Bayangkan, jam 7 pun aku masih dalam line. Barisan seakan tak bergerak. Mana taknya, satu orang beratur, daftar untuk 30 orang.
Kedengaran suara melalui mikrofon dengan sedikit emosi marah memanggil pemegang pass berwarna biru untuk masuk gate A. Tengah stress ke bang...!!! Rileks la...
Dalam masa dok beratur, ada la hai satu group ni dok bising-bising. Sebaik habis mendaftar group tu, bersumpah-sumpah juru kaunter tu. Huihuihui...
Fungsi kaunter ni adalah mendaftar masuk setiap pelancong yang ingin pergi ke Pulau Tioman. Sistem ini dikey-in secara manual ke dalam komputer. Dulu tulis tangan. Ini bertujuan untuk rekod kemasukkan dan bab-bab berkaitan keselamatan.
Ia terbahagi kepada 3 iaitu Tekek, Air Batang dan Salang satu line, Tekek satu line dan Genting, Paya dan Tekek satu line. Pelancong beratur ikut mana kampung yang dia nak pergi.
Kemudian aku berlari pula ke kaunter Jabatan Taman Laut dan Taman Negara Johor. Masing-masing mengenakan bayaran RM5 bagi Malaysia Citizen. Non citizen, RM25.
Kemudian ambil pass dan masuk Gate A dan naik feri.
Dalam feri, ditegur pula oleh seseorang. Eh!!! Areb. Areb is penulis si-kerdil-bersuara.blogspot.com. Yup, blogger tentang dunia hiking yang terkenal tu. Dia juga antara guide yang sedang mencipta nama. Tapi dia agak low profile.
Tak sempat berbual panjang sebab lain-lain tempat duduk.
Ikut jadual bot, jam 7 pagi gerak. Tapi akibat kesesakan, jam 7.45 baru gerak.
Sekitar jam 9.30 pagi, feri tiba di jeti Kampung Air Batang. Arep turun di jeti sini. Katanya nak diving. Mencuba dunia dalam air pula. Mungkin beliau dah bosan kot dengan dunia politik hiking. Eh!!!
10 Minit berikutnya, baru sampai jeti Kampung Salang, jeti terakhir.































