"Tobaaaaa...!!! Ko tengok Zu ni. Dah semakin menjadi-jadi. Dah la semalam tidur tengah-tengah. Kanan Nea, kiri Lina...."
"Zu.....please Zu, behave..."
......................... "Toba, aku difitnah. Ni zaman penuh dengan fitnah. Jangan percaya Toba. Please...." rayu Zu.
Cuaca yang baik semalam memudahkan packing pagi ni. Mudah-mudah pun, pukul 10 pagi lebih gak gerak. Hahahahahahaha... Lagi mudah, lagi malas kan.
Disebabkan dah delay beberapa hari sebelum ni, maka hari berikutnya pasti memberi impak.
Macam biasa, chef-chef sedang menyiapkan braekfast dan lunch pack.
"Nyilu plak rasanya tengok Lina basuh telur...Eh !!!"kata Abg Toba. Semua orang gelak menceriakan lagi suasana. Aku dah mula memahami tema 'Peiwai Tapi Kelakar'.
Kelihatan Gandalf arini ceria wajahnya. Happy la tu sebab cuaca baik. Semalam dan 3 hari yang lalu, jenuh melayankan trek berlumpur bercampur tahi gajah yang bersepah-sepah.
For your information, Abang Toba bawa cabury satu kotak. Hahahahahahaha.... Terkezut kita wak.
Ok...dengar taklimat......bla...bla...bla... Taklimat lama sangat. 2 3 jam. Tapi aku cuma dengar, "...target destinasi hari ni ialah Puncak Gunung Noring". Tu jer.
Catatan masa kamera menunjukkan kami bergerak jam 11 pagi lebih. Sampah jangan tinggal k.
Kata gogo, hari ni kita layan permatang jer. Dalam otak aku, ye ker permatang? Hmmmm.....layan jer.
Sejam trekking, kami lost. Terlepas simpang katanya. Marking ada tapi.....mmmmm...... Marking orang Siam yang mencari kayu gaharu. Masa tu tengah turun. Then...kena naik semula. Mujur tak jauh. Huhuhuhu...
" Ada satu batang kayu yang aku pacak kat bawah pokok. Kayu dari luar..."kata Abg Nas.
Bahu krem. #dongibab Faiz. Hahahahaha... #ucandoit
Jam 4.15 petang lebih, kami sampai di Kem Bongsai. Haaaaaa.....ni lah campsite yang sepatutnya kami sampai dan bermalam semalam. Hmmmmm...... Kami rehat sekejap. Ada lopak air di sini.
Stress sebab lense aku asyik berkabus je. OMGGGGGG...!!!
Topik menarik yang dibualkan sepanjang on trek ialah HAKAM (sorry kalu salah ejaan). Kedengaran lately ni banyak benda-benda nonsent di up kat group tu. Jika dulu isu berkaitan mengiklan barang, kali ni lebih kepada isu 'show off' dan memberi pendapat ikut pala tau. Kalau dalam bahasa jawa ia bermakna 'nak up diri sendiri'.
Eh! Ye ke begitu? I dont know. Maybe. Kalu aku salah tafsir or dengar, I'm sorry. Hope tak der yang saman aku. Hahahahahaha... Actually, benda ni bukan saja berlaku dalam HAKAM. Luar HAKAM pun ada. Benda ni selalunya lebih kepada salah faham jer. Normal la media sosial.
Dulu masa pergi BYYBTN pun aku asyik dengar juga benda alah ni. Keluar hutan, lupa plak nak cari apa benda HAKAM ni. Yang pasti aku takder dalam group tu. Aku hanya follow #amranfans jer.
AMARAN KERAJAAN : MEROKOK ADALAH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Kahkahkahkah...
"Noring kalau tak OT, bukan Noring la namanya. So hari ni kita OT skit."
Aku terus set mental, kena OT hari ni. Mula pikiaq, kat mana aku letak headlamp? Cukup tak bateri? Lama lagi ka nak sampai?
Sambung trekking...
Sedang melayan trek yang turun, ada sorang mmber ni jatuh tersungkur. Siapa tu? Ada la. Tak nak la habaq. Hampa cari sendiri. Kihkihkih... Ada luka sikit.
Kedengaran dalam trekking, dah mula bercakap-cakap kat mana nak campsite. Masing-masing dah start pewai teruk. Di tambah dengan asyik tersalah trek. Huhuhuhu.....
Dengan nada yang stress dan mental, "Abang Nas, betul ker malam ni nak ke puncak? Malam ni guna ration ni. Penuh dalam beg ni. Berat. Tak larat nak bawa. Dengan air lagi." berkata ia.
Bab jatuh ni kalau nak cerita, banyak la. Orang depan aku ni, asyik jatuh jer. Hanya mampu gelak dalam hati jer. Bukannya segaja gelak, tapi TERGELAK. Hahahahaha....
Mujur aku sweeper. So orang tak tahu samada aku jatuh atau tak. Aku dah kawtim baik punya dengan Abang Nas.
Selain daripada Abang Toba yang aku jadikan penguat semangat, asap vape berperisa jagung juga antara pengubat mental yang berkesan. Bila tak larat jer, terbau asap vape, terus jadi hijau dan gagah. Tq Abang Nas. Hahahahaha....
Gogo suggest, drop barang yang tak perlu di Kem Kubu. Then terus naik ke puncak Noring. Mungkin sampai puncak dalam jam 11 malam atau lebih. Jika tak teruskan juga ke puncak malam ni, ditakuti kita drag masa untuk keluar nanti.
Cadangan lain atau cadangan orang pewai ialah bermalam di Kem Kubu jer. Esok awal pagi daypack ke puncak.
Secara analisis (wow...analisis k)...... Cadangan pertama lebih rasional. Untuk cadangan kedua tu, boleh ker awal pagi nak bangun shoot ke puncak. Tengok hari-hari sebelum ni, semuanya Subuh gajah jer. Itu masalahnya.
Kami berhenti di satu lokasi bagi menghormati waktu Maghrib. Tidak ada bunyi riang-riang.
"Abang Nas, dari Kem Kubu ke puncak berapa lama?"
"3 jam lagi lebih kurang...."
"Dari sini ke Kem Kubu?"
"Jauh lagi...susah nak agak...."
"Hmmmmm......kita campsite kat Kem Kubu jelah. Nea dah tak larat. Dah pewai ni...."
"Hmmmm....tak per, kita tengok setakat mana kita boleh pergi. Masalahnya....Kem Kubu pun kita belum sampai....sabar Nea k."
Untuk info, Kem Kubu merupakan campsite di kaki Puncak Noring. Ia juga merupakan persimpangan untuk keluar. Dalam erti kata lain, turun dari puncak akan melalui kem ini untuk keluar.
Lepas Maghrib, kami sambung lagi trekking.
Aku tak pasti sampai Kem Kubu jam berapa. Tapi rasanya lebih jam 9 kot kami sampai. Kami berhenti untuk ambil air. Kedengaran suara minta jangan pijak lopak air. Sambil tu kami menunggu dalam kesejukan. Menunggu Abg Nas dan Ki mencari kawasan. Mereka yang akan putuskan di mana nak tarik fly.
Ok, tak jadi campsite sini sebab kawasan ni dah berubah. Banyak pokok tumbang dan tak ada port yang sesuai. Jom kita jalan 'sikit' lagi. Tak jauh dari sini kata Abang Nas. 30 minit ja.
'Sikit' tu hanyalah metafora jer kawan-kawan. Yang kata sikit tu, 2 jam gak la berjalan nak sampai tempat yang kami campsite.
Campsite malam ni hanya redah jer. Asal lapang dan sesuai, kami berhenti. Tarik fly dan buat pengurusan diri. Jadi ka nak naik ke puncak malam ni? Haruslah tak. Semua dah tak larat. Huhuhuhu...
Macam biasa, dengan cergas tarik fly dan buat pengurusan diri.
Bagi rakan-rakan ku yang selalu tanya, "korang kalau naik gunung, waktu malam jer buat apa ek?"
Haaaaaaa....tu atas sana aku dah snap picnya. Ada yang masak maggi, nyalakan ubat nyamuk, ketip kuku jari dan kaki, buat magic cahaya dan banyak lagi.
Zzzz...Zzzzz.....
FINALLY dapat gak tgok aktiviti mlm..... walau pun cuma beberapa pic je... tq2... x menghampakan...
ReplyDeletekihkihkih...
Deletetak sabar nak tunggu episode 5. hmmmm
ReplyDeletekahkahkahkah........
Deletenea da pewai.. hahaha ingt lg
ReplyDeletekihkihkihkih...
Delete