08 Feb 2016
"Tobaaa!!! Ko tengok Zu ni. Dia dah pandai dah sekarang. Dok kacau Lina. Semalam dengan Nea, pagi ni dengan Lina plak...."
"Zu...Zu...ko dah berubah Zu. Dulu ko tak macam ni....", kata Toba.
Gurau senda memecahkan keheningan pagi. Kesejukkan pagi ditambah dengan hujan yang masih renyai-renyai turun dari semalam. Bukan dari semalam, dari mula trekking lagi.
On trek semalam aku dah dengar Ana dan Abg Nas dok borak yang mereka memang dah tengok ramalan kaji cuaca. 6 hari street hujan. Satu hari jer panas. Sepatutnya semalam yang panas tapi hujan juga.
Mereka saja tak muat naik kat group. Hahahahahaha... Tapi Fais tahu rasanya. Aku? Aku memang tak pernah la tengok ramalan kaji cuaca ni. Tak terlintas pun.
Menurut gogo, hari ni perjalanan paling jauh. Untuk sampai ke campsite Bongsai, akan melalui Puncak Anak Noring dulu. Perjalanan memakan masa lebih dari 8 jam.
Bayangkan, sekarang jam 11 pagi pun belom jalan. Kompom overtime la malam ni.
Kenapa lambat jalan? Sebab hujan. Hmmmm.....
Jam 10 ke atas, hujan dah mula reda. Matahari pun mula bersinar dan menembusi celah-celah pepohon dan terus ke tapak khemah. Syukur sesangat. Dah 3 hari tak kena cahaya panas matahari. Alhamdulillah...
Maka keluarlah manusia-manusia dari bawah fly. Gosok gigi...berak...bakar sampah...itu....ini....
Azab pagi adalah nak pakai baju trekking yang basah semalam. Berchenta lagi... Apa pun, line semua masih hapening. Aku boleh katakan, Zu ni icon dan idola la tuk this trip.
Cuaca yang baik tidak disia-siakan. Bergambar sakan. Unggun api diadakan bagi membakar sampah, menghangatkan badan dan mengeringkan baju.
acah-acah ensem....ceh
Hmmm...awat mulut berbau ek? Tak gosok gigi la tu.
Ni #icon sepanjang trip.
Problem
masalah yang sering dihadapi dalam mana-mana trip, ialah ration yang
tidak diambil. Hmmmmm... Semalam kat Kem Sakai pun macam tu juga.
Hairan. Dah lupa apa ration yang dia orang keluarkan. Aku masa mula-mula
dapat ration aritu memang dah tahu, ration aku compom tak keluar.
Ok....dah kena cergas ni. Masa is time. Kami mula gerak sekitar jam 12 tengah hari. Haaaaaaaaa... Kepala dah mula mengira, nak overtime sampai jam berapa.
Kem
BCA ni memang luas dan lapang. Ada lopak air yang agak besar memberi
kemudahan kepada aktiviti masak. Hikmah Allah bagi hujan. Kalau tak der
hujan, memang tak ada la lopak air tu.
Kurang
2 jam trekking, kami berhenti berehat di satu puncak tipu. Berhenti
menghilangkan penat. 15 minit berikutnya, sambung kembali.
Satu jam kemudian, kami pun selamat sampai di puncak Anak Noring yang berketinggian 1889 meter dpl. Alhamdulillah. Kami juga lunch kat sini. Jam 2.30 petang masa tu.
Kami tidak lama di puncak kerana mengejar masa. Bukan itu sahaja, rintik-rintik hujan pun dah mula rasa. Jangan cakap banyak. Kami mengorak langkah menuju ke destinasi. Dah jam 3 petang ni.
Puncak Anak Noring ni tak ada view. Sekian terima kasih.
Geng pewai kat belakang. Tak mampu dah rasanya nak meneruskan hidup ini. Eh...!!! Far East yang gagah pun dah mula berkata-kata yang begnya overload. Huhuhuhu...
Owh, lupa nak mention bahwa dalam line ini ada penyertaan dari warga Singapura (Temasik). International ok.
Batch mark aku dalam trip ni Abang Toba jer. Dia dah la terkehel sana sini akibat eksiden 3 hari sebelum trip, tapi dia boleh jer steady mendaki. So yang mana sihat-sihat tu, jangan nak mengeluh sana sini.
Naik bukit, turun bukit.....turun lembah, naik lembah...kami sampai di satu lembah yang ada sungai kecil. Masa tu jam 5 petang lebih. Hampir jam 6 kalau tak salah. Kami berhenti rehat. Solat dan pengurusan diri.
Ini merupakan last water point bagi destinasi ke Kem Bongsai yang memakan masa hampir 3 jam lagi. Trek, PACAK. Pikul air dari sini.
Trek bukan sahaja pacak, tapi berlecak. Mossy forest dia memang tak bagi diskaun. Formasi line berubah-ubah. Yang maintain, sweeper jer. Kekadang Abang Nas terpaksa ke hadapan untuk membantu Ki mencari trek. Faiz dan Waqih dah mula berkira-kira nak bagi bintang tuk trek ni. Hahahahaha...
Penat melayan pacak dan lecak, kami berhenti berehat di satu kawasan yang agak lapang. Abang Nas dan Ki dah ke depan lagi untuk cari trek. Jam di tangan sudah 6 petang lebih. Campsite masih jauh.
Kembalinya Abang Nas dan Ki, katanya jom angkat beg. Jangan rehat lama sangat. Jom-jom... Then dia orang kata, "kita campsite sini je lah". Kena prank rupanya.
Rasa lega sangat. Tarik fly dan buat pengurusan diri.
Hari ni punya cuaca baik sangat. Tak hujan. Allah mendengar doa kami. Sempena dengan itu, kawasan ni dinamakan Kem Toba.
Ditanya kepada Abg Nas, menurutnya, kem Bongsai jauh lagi. Kalau teruskan juga, kompom overtime. So, kita sini je lah. Esok kita kena gerak awal. Kul 7 kita kena gerak dah.
Semua SETUJU. Hmmmm....setuju aja. Hahahahahaha....
Ditanya kepada Abg Nas, menurutnya, kem Bongsai jauh lagi. Kalau teruskan juga, kompom overtime. So, kita sini je lah. Esok kita kena gerak awal. Kul 7 kita kena gerak dah.
Semua SETUJU. Hmmmm....setuju aja. Hahahahahaha....
Malam ni au lepak kat fly utama. Saja la nak berborak-borak dengan teman-teman yang lain. Nak mendengar luahan perasaan mereka sepenjang trek arini. Hahahahaha...
"Ben memang tak banyak cakap ek? Asyik senyum jer."
Ok...malas komen.
Lepas makan, kami pun tidur...
*berkaitan Kem Toba tu, saja ja kami letak nama tu. So jangan dok buat kontroversi kata kami pandai-pandai namakan kem. Huhuhuhu....
sikitnya pic mlm... kecewaaaaa lg.... apa pun suka tgok model yg nk mkn cacing besar tu....tp rasa kurang sikit la pic2 utk kali ni... x pic2 yg sebelum ini.. nape aek.... mmmmmm.... fikir jap ....
ReplyDeletewalaupun hari ke 3 ni tak hujan, tapi tangan kotor melayankan lumpur. So, xboleh nak pegang kamera nak snap. Saya sayang kamera saya. Hahahahahahahahahahahaha...
Delete