10.2.16

--- Trans Noring 5 ---

10 Feb 2016

Tidur malam memang tak pernah nyenyak. Kadang terjaga, mengiring kiri tidur ku. Terjaga lagi, pusing mengadap atas. Terjaga lagi, pusing mengiring kanan pula. Begitulah setiap satu jam.

Suasana sepi sahaja. Sekali sekala terdengar bunyi daun kering seperti dipijak sesuatu. Apa tu? Nak bangun tegur tak? Eh!!! Takyah la. Biar apapun bunyinya, keluar dari sleeping bag, tak mungkin. Huuuuuuuuuuuu...

Dengkuran Abang Toba superb...kbye!!!

Tetiba ada orang datang dari tepi khemah, "nak tumpang tidur sini boleh tak? Sana agas. Tak tahan."

Sambung tidur...zzzzzz...zzzz.....

Entah selang jam berapa, keluar Azilan dari fly, menuju ke fly nya kembali. Kedengaran, "....tak tahan doww....sini pun banyak agas...."

Ada agas ka? Tak gigit pun. Sambung tidur lagiiiii....

Takkala aku buka mata, hari sudah siang. Subuh kompom terlepas. Perasaan malas nak bangun begitu tebal. Tapi tetiba terasa sleeping bag aku macam basah-basah. Terus bangun. Ada air mengalir masuk rupanya. Huhuhuhu....tak jadi nak sambung tidur.

Hujan renyai-renyai kembali menghantui kami. Air sudah bertakung di fly yang kami tidur.

Jam 11.30 pagi lebih baru kami mula mendaki menuju ke puncak. Daypack jer. Jangkaan masa diambil lebih kurang 3 jam. Trek, pacak sampai puncak. Haaaaaaaaaaa.....jangan nak terkezut.

Starting perjalanan, hujan renyai-renyai.

Berak on trek merupakan satu kelaziman ok. So jangan nak euwwww sangat......




Mengimbas kembali selama 4 hari yang lalu, beberapa topik hangat sering dibincangkan sepanjang trek. Salah satunya V3. Sebut jer V3, teringat aku kepada KeReX. Rasanya sekarang ni dia orang memang sedang on trek menjayakan misi V3. Katanya 21 hari. Ada kata 28 hari. OMG...!!!

Dahsyatkan generasi XXX sekarang ni. Aku nak pergi Broga yang 1 2 jam tu pun aku dah menangis-nangis nak balik, inikan pula 20 hari lebih. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Sebelum ni hanya dengar V1 dan V2 jer. Tetiba ada pula V3. Bukan sahaja V3, ada lagi lain-lain gunung seperti Gunung Tahan daypack. Can't you all imagine. Daypack Gunung Tahan. OMG...!!! Walaupun dalam keadaan terkejut mendengarnya, yes, ada satu group yang aku kenal ni, buat Gunung Tahan, Kuala - Puncak - Kuala dengan hanya 4 hari 3 malam. Viral seluruh pesbuk.

Kalau kita dengar gunung-gunung hardcore, kita akan waaaaaaaaaaaaaaa..... wow..... amazing.... superb... #gengultralite dan bla...bla....bla....

Tapi kalau nak buat Broga seminggu, Tabur 3 hari 2 malam, Bukit Saga 4 hari 3 malam. Mesti hanya bunyi cenggkerik jer kan. Hmmmmm.......... well. Hahahahahahaha........

Apapun keajaibannya, terpulang pada kepuasan masing-masing. Kita sokong seratus peratus. Apa yang aku fikir nak buat sekarang dan masa hadapan jika trekking lagi ialah nak hired porter. Yes, gunung Malaysia jer. Tapi bawa porter. Aku hanya bawa kamera jer. Oh! Yeaahhh...!!!



Tips kepada sahabat-sahabat pendaki lain, jangan sekali-kali percaya pada terma 'dah tak jauh', '30 minit lagi sampai', 'lepas bukit ni, kita sampai...', atau seumpamanya. Itu semua proganda.

Tapikan, bukan nak cakap la, walaupun kita cuba hindarinya, ia sering diuji takkala mental sudah lemah. Ditambah pula ada insan-insan yang mulutya sangat ringan yang selalu bertanya. Gogo atau guide pula just nak melayankan persoalan, bagi la jawapan tersebut.

Apapun ia, itulah asam garam dalam hutan yang bila dikenang, rasa sebak sebab gembira. Disamping mempunyai rakan line up yang awesome. Eh! Awesome ker? Tak la awesome sangat tapi masuk kepala la senang citer. Hahahahahhahahaha... Tapi sesekali dalam group yang bermasalah pun ok gak sebab ada la bahan nak diceritakan dalam blog. Hahahahahahahahaha......

Paling tidak pernah mengecewakan ialah melihat flora dan fauna. Terlalu deep untuk ceritakan pada korang. Rasa tenang. Damai. Ada perasaan cinta. Subhanallah....



Ok lah... kami selamat sampai di Puncak Noring sekitar jam 1 petang.

Perasaan gembira hanya terpancar melalui ekspresi wajah dan perlakuan masing-masing. Aku perati jer sorang-sorang.































View puncak? Hmmmmm....malas nak cakap. Korang naik sendirilah nanti. Tu pun kalau rezeki korang la.

Benda yang sedap selalunya melalaikan dan membawa penyakit yang mudarat. Begitu juga bila dah terlalu seronok di puncak. Kalau tak dikawal, mungkin sampai malam la kat puncak ni.

Sekitar jam 2 petang lebih kurang, kami mula bergerak turun ke campsite. Cerdas semua....come on...lincah...lincah....

Kami sampai di campsite sekitar jam 3 petang lebih. Cergas packing... ration dan sampah jangan nak buat lupa.

Beg aku dah bau telur. Hmmmmm....

Dalam taklimat perjalanan hari ni, destinasi ialah Kem Y. Sampai jam berapa, itu jangan tanya. Yang perlu ditanya ialah, mampukah korang mengharunginya (eh...dah macam kem motivasi plak) Kita ke Kem Y agar esoknya kita lebih dekat untuk keluar. So, trekking dengan penuh hati-hati. Maintain performance tapi sepantas mungkin. Jom gerak.


Setelah hampir 2 jam kami meninggalkan campsite, kami berhenti apabila kami lost lagi. Marking ada tapi tempat tak familiar. Katanya, sepatutnya tak ada air terjun.

30 minit gak la ke hulu hilir. Ki memang guide terbaik. Sekian....

Marking dah jumpa katanya. Memang kena lalu air terjun. Rupa-rupanya, air terjun ni baru terjadi akibat tanah runtuh dan sebagainya. Dulu tak ada air terjun. Keadaan dikelirukan lagi dengan marking orang lain. Marking Anip.




Kesan cakaran pada pokok. Mungkin beruang yang ingin memanjat mendapatkan serangga. Harimau? Mmmmm....mungkin juga.










Nampak tak aksi apabila begitu haus? Korang nak ke macam ni? Tak nak kan? So..... dok umah jer layan drama Boyfriend Ku Jiran Sebelah.

Tajuk drama semua nak menghala ke perasaan wanita jer. Habis, lelaki ni apa? Please lah. Sorry teremosi... hahahahahahahaha...... (iklan skit)


Sejam kemudian, kami lost lagi. Ok check-check GPS, Kem Y tak dak. Yang ada Kem Sakai. Ikut trek ni sampai la kita. Dah tak jauh. Dalam 2 km jer.

Hmmmm...... 'jer' yang tak tahan tu. Adoooiiii...... Hahahahaha....

"Abang Nas, kita jauh lagi ke? Antara Kem Y dan Kem Sakai, mana yang dekat dari sini? Kita campsite kat Sakai je lah."

Kata Abang Nas, "......masalahnya Kem Sakai pun tak tahu kat mana....Sabar k.....kita akan lalui semua ini sama-sama. We all together. I'm promise."

Dengar jer ayat tu, semua mata berkaca. Terharu...!!! Aku tak sempat nak snap sebab ianya berlaku dengan pantas.

Ki dah kembali... Ok jom jalan. Follow jer. Jangan banyak tanya. Jam sudah menunjukkan 7 lebih. Get ready semua dengan headlamp k. Hari ni bukan acah-acah overtime. Memang kita akan overtime.

Ok...now serius question ask u all. Dari hari mula kita trekking asyik dengar nama Anip. Anip itu...Anip ini.... Anip otai....Anip power.....Anip crazy..... Nama Anip ni sentiasa bermain di bibir-bibir korang. Yang lebih lagi apabila 'marking Anip'. Marking yang menyumbangkan kepada kekeliruan. Persoalan is SIAPA ANIP dalam storyline ni? In this situastion, what contribution Anip for us? Haaaaaaaa....... memang bila mental cakap omputih ek?

Dalam line guide yang aku kenal ialah Ayien Carlos, Kasut Getah, Arep (blogger sikerdilbersuara.blogspot.my), Ponco dan Far East (radakadvanture) jer. Anip ni siapa? Hmmmmm..... Kita akan siasat dan terjah.


Raincover pun dah tak tahan dengan trek Noring ni. Koyak rabak.

Menariknya line up ni, datanglah dugaan apapun, muka tetap happy. I LOVE U ALL... Terus feeling atas stage. Ada spotlight. Nyanyi lagu Whitney - I Will Alaways Love You. Mmmmmm.......




Dalam suasana begini, otak aku mula bersambung dengan saraf-saraf lain. Apa fungsi gps? Bagaimana ia berfungsi? Kata dah donlod trek nya. Hmmmm....

Itu apa yang orang macam aku fikir la. Orang yang tak ada gps, apatah lagi menggunakannya. Hihihihi....

Hari dah gelap. Makin gelap dan terus gelap. Cahaya headlamp jer.

Lalu jalan ni salah.....patah balik..... Salah naik.....turun balik.

Lalu buluh.....lalu tepi sungai.... Panjat batu......turun batu.

Lalu lumpur....... redah sungai..... lalu lumpur..... redah sungai..... lumpur.... sungai....... lumpur... sungai.... akhirnya barai....

Rehat.

Abang Nas dah kat depan bersama Ki untuk cari trek. Trek ni yang sepatutnya membawa ke Kem Sakai pun dah macam tersasar.

Sekarang aku yang jadi sweeper. OMG...!!! Sebelum ni ada Abang Nas, lega la skit. Seraammmmm...!!! Dah tak da bau vape berperisa jagung. Hmmmmm.....

Aku memang follow rapat. Takut tertinggal jauh. Sekali sekala terdengar bunyi-bunyi yang asing. Jalan jauh sikit tetiba ada bunyi buluh dipijak. Eh...!!! Aku pusing belakang untuk tengok (macam dalam drama tu). Tiada apa-apa. Aku lajukan langkah agar rapat dengan orang depan.

'Ben, steady jer ek. Muka pun rileks jer.'

Depa tak tau yang dalam hati ni berdebar-debar. Tapi tak tunjuk la kan. Nanti jatuh la air muka kejantanan I kalau Lina, Nea dan Ana nampakkan.

...........Eh...!!! Rasanya macam dah lalu trek ni. Awat lalu lagi? Berkata dalam hatiku. Hmmmm.....kebetulan sama kot. Mungkin aku tengah mental. Takper-takper...tenang-tenang. Berehat sekejap kami.

Jam berapa? Hmmmm...malas dah aku tengok sebab nanti mental.

Jalan lagi. Ada satu ketika tu aku terdengar suara gadis berbisik di telinga ku. "Korang takkan sampai"...... Haaaaa.....something like that. Aku berhenti seketika. Istigfar.... Ok...ok...tengah mental kot.

Sebelum banyak lagi story yang bukan-bukan keluar, baik aku pendekkan jer cerita ni. Selepas beberapa jam kena game, Alhamdulillah, Allah menemukan kami dengan Kem Y. Perasaan lega yang teramat.

"Nanti keluar nak UNFRIEND KASUT GETAH"...... ketawa kami beramai-ramai. Boleh buat lawak dan ketawa tu kiranya semua lineup dalam kondisi mental yang sihat. Hahahahahahaha..... well done geng. Clap for yourselfish.

Tarik fly...

Umpama tak jumpa air sepurnama, ramai-ramai turun ke sungai untuk mandi dan bersihkan diri. Macam-macam style. Korang dapat bayangkan la suasananya. Mandi ramai-ramai, best kot. Eh!!! Haaaaaaaaaaaa......fikir lain jer korang yang baca ni kan. Haish.... Kami bawa kain basahan masing-masing ler. Ceh....

Dah settle semua tu. Dah rileks sikit, team dapur pun start masak. Time to eat, aku laju jer pergi lepak fly dapur. Sambil tu borak.

"Ben ni diam jer kan. Masa kat Rajah dulu pun sama gak."

Aku senyum jer.

"Ben ada girlfriend tak? Ke Ben ni gay. Tengok duk kat Zu. Zu, ko jaga2......"

Kahkahahkahkah......

Ada lagi cerita tapi malas lah tulis. Kahkahkahkahkah...

Time to eat. Mai...mai...mai....

Ai! menu malam ni jer ker? Haish, banyak jer lauk lain tapi aku kan tak makan sayur. So.....yang macam ni pun dah memadai. Bukan makan yang aku utamakan tapi nilai pengorbanan tukang masak tu yang perlu kita raikan. Dia orang penat-penat tapi gagah dan gigih menyediakan makan. Haaaaaaaaaaa....... up baik punya. Moga-moga nextrip dapat join. Simple taktik.


Sambil tu sempat berborak tentang hal tadi. Rupa-rupanya, bukan aku sahaja yang pelik tentang laluan trek yang berulang tu, yang lain pun perasan. Soooooo.....ianya bukanlah rekaan semata-mata. Its true story.

Menurut cerita, kita tadi mungkin kena 'game'. Bukan mungkin lagi tapi memang dah kena game. Ada sesuatu telah memesongkan laluan. Atau kita dalam demensi yang lain. Omg...!!! Fiksyen sains sangat.

Normal la sebab hutan ni ada penghuninya. Dia orang saja nak bergurau kot. Apapun, yang paling penting, jangan buat benda tak senonoh. Tapi bila kita fikir dari sudut lain pula, mungkin ini satu kebetulan kita berpusing pada tempat yang sama kerana suasana gelap. So penglihatan kita terhad dan tak jelas. Kalau nak sabitkan Abang Nas dan Ki tak tahu jalan, macam agak mustahillah sebab dia orang berpengalaman. Orang paling berpengalaman pun boleh kena game, apatah lagi kami-kami yang level kubis.

Anggap jer kejadian tadi satu salam perkenalan. Aku rasa tak teruk sangat game tadi tu. Ada lagi pengalaman kena game yang lebih teruk yang korang pernah laluikan? Hahahahaha....

Di fly pula, berborak panjang dengan Abang Toba. Banyak benda dan pengalaman Abang Toba kongsikan. Nasihat, tips-tips mengharungi hidup......fuhhhhh.......terus rasa insaf. Malam ni lah paling terasa deep dan close ngan Abang Toba. Thankzzzzzz...... eh!!!

Kalau dalam rancangan tv, kita namakan 'Up close with Toba'. Something like that la. Ala-ala Kim Kardasian dan Fazura.

Zzzzzz.......agas banyak.

2 comments:

  1. kite org x fikir apa2 pun masa baca part mandi2 tu.... he he he... cuma ralat la sikit sbb x da pic la... nk gak tgok air sg ke air terjun ke... x dpt daki dpt togk pun jadi la... kan... mmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pun pic time mandi tu, mungkin tak lalu kot korang nak tengok....hahahahahahhahahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...