Sebelum trekking
Terdiri daripada 22 orang pendaki termasuk dengan Poncho. Dalam line up ini ada 6 orang pendaki perempuan. Kental. Mereka menamakan trip ini, Ops Cantas atau SemaLiang. SemaLiang adalah gabungan Semangkuk dan Liang. Dari nama tu sendiri korang boleh tahulah bahawa trip ini adalah dari Gunung Semangkuk ke Gunung Liang.
Kenapa aku tak join? Actually ada tanya dia orang. Dia orang kata boleh join. Mengalu-alu kata mereka. Bila tanya apa nama trip? Kata mereka, trip rintis dan rahsia. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa......😱😱😱 mendengar kata rahsia jer dah tahu betapa hakkurnya trip. Level-level dewa jer boleh join. Aku memang tak boleh trip hakkur. Tak kuat. Disamping itu, tarikh trip juga menjadi halangan untuk join.
Semalam aku berkesempatan lepak dengan salah seorang pendaki. Namanya Cokek. Mulanya dia pesan jangan mention namanya, aku setuju untuk tidak letak namanya. Tapi aku letak nama samaran jer. Cokek adalah nama samaran.
Pada Khamis (30 Ogos), malam, semua pendaki berkumpul di TBS. Dari TBS, mereka menaiki van menuju ke Fraser Hill.
Jumaat (31 Sept) pagi, semua pendaki sudah bersiap sedia untuk mendaki. Mereka memulakan pendakian di pintu rimba Pine Tree Hill dan bakal menamatkan trip ini di Sungai Dara, Tanjung Malim pada Selasa (4 Sept).
Pada hari pertama mereka mendaki, mereka berjaya menawan puncak Twin Peak. Meneruskan perjalanan dan berhenti bermalam di Sungai Merah. Sungai Merah ini adalah last water point dalam trek menuju ke puncak Gunung Semangkuk.
Sabtu, 1 Sept... Para pendaki sudah siap sedia meneruskan perjalanan atau pendakian. Dari Sungai Merah mereka menetapkan Three Boundaries sebagai destinasi hari ini. Menurut Cokek (bukan nama sebenar), perjalanan dari Twin Peak ke Gunung Semangkuk sangat memakan masa. Lama katanya.


















